Friday, 5 August 2011

Ramadhan Kelima 2011

Hari ke-5 ni cuaca di Oxford kembali panas tapi anginnya still sejuk. Solat Jumaat seperti biasa di JR Hospital. Kali ini brother Najib memberi Khutbah. Ia memperingatkan mengenai keberkatan bulan Ramadhan yg bukan semua orang dpt merasa nikmatnya.

Alhamdulillah, hari ini Chef balik awal. Dia terus ikut kami balik selepas solat. Apa lagi terus aje Chef beri option nak kueh pelita or buah melaka. Apa lagikan...... mestilah buah melaka yg memang telah menjadi kegemaran sejak azali lagi. Mungkin kebetulan dpt pula kwen org Melaka, hehe...memang best la majlis berbuka hari ke-5.

Apa lagi terus ke petrol station yg Unleaded udah GBP1.369(RM 6.845) perliter, but apakan daya jika tidak langkah pendek la. Biasala harga minyak di UK tidak di kawal oleh gomen...... ade baik&buruknya. Tapi gaji floor engineer or house keeper minimun GBP7 per hour, so still berbaloi lagi kan.

Lepas keta dah berminyak menuju ke Tong Heng di Headington yg menjadi Asian groceries yg top di Oxford. Sebab semalam ke Cowley & St Clement x dpt cari barang, but bila ke Tong Heng cencaluk melaka pun ada. Hebat kan......

Beli aje ramuan utk buah melaka, maka Chef pun siap ke dapur. Teruja...tanya, mana dapat warna hijau ni...tu, rupanya tepungnya dah berwarna hijau. X payah nak cari pewarna. Lepas itu ditabur desiccated coconut.....yg berbau seperti coklat ForeroRocher Putih. Peh hebat sungguh teknologi yang mengkomersialkan produk2 pertanian. Kali ni made in Phlipine. Kat Msia, industri kelapa tidak menjadi tetapi terpaksa mengimport dr Indon. Lepas tu kena ade AP plak..kan.

Mari kita lihat....next time ana pun boleh buat.




Selamat Berbuka..... 2.30jam lagi

3 comments:

  1. - org msia pon x makan lagi kuih ni bulan posa ni...kite org beli aje...hehe

    ReplyDelete
  2. woww..kuih feveret nihh...bila buat tak pernah menjadi..asyik liat jerrr..

    ReplyDelete
  3. AI: Yela...kat sini nak makan banyak sikit
    CR: Aha..nanti smpai boleh blajar kat akak

    ReplyDelete