Monday 25 June 2012

Permohonan AP


N3 ini pasti ramai ternanti2, apatah lagi sahabat saya yg sedang kesibukan mengemas utk pulang ke tanahair setelah sekian lama berkelana sambil membawa pulang bkn saja kepingan kertas2, tetapi juga pengalaman, ilmu, pemikiran dan idea baru dlm mewarnai persada kerja. Semoga beliau berjaya.

Sudah lama tidak berblog kerana mengejar dan dikejar waktu. But alhamdulillah ruang masa yg terluang di awal pagi boleh berkongsi sedikit pengetahuan bagaimana utk memohon AP pelajar atau pegawai kerajaan yg ditempatkan di luar negara, bkn yg bertugas utk negara tetapi samada melakukan attachment, training, dll.


Perlu jelas bahawa AP tu adalah hak milik setiap rakyat Malaysia dan boleh dimiliki sekali seumur hidup utk setiap orang. (Ada yg menyebar spekulasi hanya org Melayu sahaja dapat AP. Ini tidak benar, selagi anda warganegara dan memenuhi syarat).Namun ada definisi yang melayakkan kita mendapat AP.

Syaratnya

1.    Malaysian citizens that is eligible to apply:
i.    Government officials working or studying overseas (at least obtained a diploma).
ii.    Malaysian citizens working full time in a company/posted overseas for at least 1 year or studying overseas (except from Singapore and Brunei). Accompanying spouses or children are not eligible to apply for Import License.
iii.    Husband, wife and children of Government officials and staff of home-based offices working at Malaysian Representatives office overseas. 


Saya nasihatkan sebelum pulang ke Tanah Melayu, sila baca checklist ini agar anda ada gambaran apa yg perlu disimpan. Tapi sila lihat jika terdapat perubahan prosedur baru yg kadang2 tidak diketahui oleh kita atau terlepas pandang. Rujuk website MITI. http://www.miti.gov.my/


Checklist Dokumen Permohonan Lesen Import




Boleh download dokumen tersebut seperti link di bawah:-

http://www.miti.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Document_4eb0fe9a-c0a81573-2ce72ce7-843eaabf/SENARAI%20SEMAK%20DOKUMEN%20AP%20PERSONAL%20%28BEKERJA-BELAJAR%29.pdf


Tulisan yang bewarna kuning tersebut merupakan maklumat yang diperlukan. Saya mengambil contoh kes bg pegawai kerajaan yang bekerja di luar negara(UK). Mungkin terdapat sedikit perbezaan bagi yg balik dr Jepun dan  Korea yg memerlukan dokumen diterjemahkan.


Borang Permohonan AP



Boleh download juga borang permohonan;
http://www.miti.gov.my/storage/documents/956/com.tms.cms.document.Document_ab68dfbf-c0a81573-49c349c3-b505e1fb/1/BORANG%20PERMOHONAN%20AP%20PERSENDIRIAN%20%28BEKERJA-BELAJAR%29.pdf



Jika anda dlm kategori ini, boleh la meneruskan pembacaan tetapi jika utk sebagai maklumat tambahan boleh saja. Terdapat beberapa syarat tambahan yg perlu dipatuhi iaitu:-
  • Returned to Malaysia permanently.
  • Apply within 3 months from the date of return to Malaysia . 


Lepas sampai TanahMelayu register keje than hantar semua dokumen ke MITI. Namun sebelum itu perlu tahu yg setiap dokumen perlu di sahkan oleh Peg. Kerajaan Malaysia(Kelas A) atau Persuruhjaya Sumpah. PAstikan setiap mukasurat.


Anda perlu maklum bahawa selepas dapat AP, terdapat peraturan yg perlu diketahui:-


i.    The vehicle can only be registered in Malaysia under the applicant's name.
ii.    The ownership of the vehicle cannot be transferred to any third party within 2 years from the date of registration.
iii.    Import License is granted to applicant once in a lifetime. 


Borang yg telah siap sila hantar ke:-

Ministry of International Trade & Industry (MITI)
Import and Export Control Division
2nd Floor, Block 10 Government Offices Complex, 
Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur. 

Permohonan akan diproses oleh MITI dlm masa 10 hari bekerja. Terpampang SOP tersebut di kaunter MITI.


Berdasarkan pengalaman:-
  • Kenderaan mesti cukup syarat 9bln, jika ada yg tak cukup sila lewatkan sedikit kenderaan dihantar pulang tetapi sebelum habis 3 bln balik ke Msia. Ini prasyarat penting

  • Jika terdapat perbezaan ketara antara date of aquired dan  Doc Ref pada V5C, pastikan 9bln itu mengikut Date of Doc Ref pada bahagian bawah page 2 V5C dokumen.

  • Simpan segala bukti2 yg perlu jika terdapat pertanyaan dr MITI, seperti roadtax, dokumen V5C yg lama jika bertukar alamat rumah, dll.

  • Selepas 7hari boleh cuba semak dgn MITI utk menentukan samada dokumen AP telah diluluskan. Harus mengerti mereka teramat sibuk. Kadang2 melewati SOP yg diwar-warkan.

  • Jika gagal, sila tulis surat rayuan dan jumpa pegawai utk mendapat/memberi penjelasan kenapa gagal. Majukan bukti2 kukuh.

  • Stage ini tidak perlu agen melainkan anda terlalu sibuk.(Tak salah saya, agen tidak lagi dibenarkan menghantar permohonan ini)

  • Pujian harus diberikan kpd MITI kerana menyediakan borang JK69 di lokasi mereka. Maka tidak perlu lagi ke Percetakan Nasional di Chow Sau Lin utk mendapatkan boarang tersebut. Tahniah MITI.


Link lengkap utk keluar keta AP

1) Apply AP
http://badrul-perjalananku.blogspot.com/2012/06/permohonan-ap.html

2) Proses keluar kenderaan dari Port


3) Puspakaom


4) Mendaftar Kenderaan AP Di JPJ
http://badrul-perjalananku.blogspot.com/2012/06/mendaftar-kenderaan-ap-di-jpj.html



Blogger2 lain

http://informationchanneltohelppeople.blogspot.com/

30 comments:

  1. Assalamualaikum bro,

    nak tnye sal lesen tue, wajib ada lesen uk ke? ke boleh guna permit memandu antarabgsa je?

    ReplyDelete
  2. Jika ada UK lebih baik, since itu req terbaru. But jika dah nak balik, insaallah antarabangsa may b boleh. Paling penting 9bln, jgn terkurang walau sehari. Payah jawbnya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Nak tanya pasal document tamat belajar tu. Kalo study belum habis (in writing status) macam mana? boleh guna surat in writing status ke? sebab sure uni tak boleh keluarkan surat dah tamat belajar (belum tamat)
    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya...smpai habis belajar. Kalu masih writing, tidak sah utk bawa keta balik. Selalunya mereka tinggal keta di UK smpai habis belajar(dpt letter fr Uni)

      Delete
    2. salam, kalau le tak terlambat, saya nak respon. beberapa bulan lepas, saya tanya Miti, dia org kata melalui emel pd saya, kalau belum habis pun tak pe, tp kene ada surat dari uni atau supervisor .. cth : balik mesia utk menulis thesis ...

      Delete
    3. salam, kalau le tak terlambat, saya nak respon. beberapa bulan lepas, saya tanya Miti, dia org kata melalui emel pd saya, kalau belum habis pun tak pe, tp kene ada surat dari uni atau supervisor .. cth : balik mesia utk menulis thesis ...

      Delete
  4. Assalamu'alaikum brother badrul,yang bljr wife saya tp yg ada lesen uk cuma saya.bole appeal ke kes camni?in shaa Allah tahun ni balik

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam, ini kes mcm saya dulu. Saya suruh wife ambil lesen UK since x berani nak gamble. bcoz pekeliling telah pun dikeluarkan oleh MITI.

    If ada kekangan masa dan wang, cuma ambil/register lesen L UK. But saya tak gerenti memadai. As i said in case...ada kekangan, so balik Msia cuba merayu(MITI very2 strict for ur info)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Saya student Master di Liverpool, InsyaAllah balik bulan April 2014, sy nak ty berkenaan AP pelajar, sy difahamkan melalui laman web MITI, suami juga layak utk memohon (dia nak beli superbike), dan adakah sy (sebagai pelajar)masih layak untuk memohon (AP untuk membeli kereta) sekiranya sy kembali semula ke UK untuk PhD? atau permohonan adalah sekali seumur hidup atau Master sekali dan PhD sekali? Mohon clarification. Terima kasih.
    Best wishes, Rose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AP sekali sahaja seumur hidup. suami layak sbg pasangan.

      Delete
  7. Salam. borang v5 sy hilang. jadi sy mintak DVLA bg yg baru. masalahnya, tarikh v5 yg baru di-issued tu tarikh baru (confirm tak ckp 9 bulan). jadi mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. sama mcm kes saya dulu, pindah rumah, tukar v5, tarikh issue v5 kurang dr 9 bulan (in ref. to my boarding pass). ape sy buat, isi borang dvla v888, mintak copy v5 yg sblm. sbb kita hantar masa mula2 beli utk tukar nama/alamat. saudara boleh jugak mintak surat dr dvla yg menyatakan kenderaan tersebut telah dipindahmilik kpd saudara pd tarikh tertentu. harap membantu.

      Delete
  8. As salam. Selamat hari raya. Nak tanya jika sdr ada maklumat. Seperti yang sdr Michiko Mozuchi nyatakan di atas, mulai June 2013 pasangan kepada pelajar juga layak untuk mohon AP. Kami dah beli satu kereta lagi atas nama suami pada 15 Julai 2013 sebab rasa rugi juga tak guna keistimewaan tu(dapat AP). Kami akan balik pada penghujung November 2013 sebab dah tamat cuti belajar (4 tahun). Memang tak akan cukup 9 bulan. Kalau tangguh sampai bulan Febuari 2014 (selepas 3 bulan)pun tempoh milik kereta masih tak cukup 9 bulan.kalau kes macam ni, agak2 MITI bagi pelepasan tak, sebab peraturan baru tu pun mula berkuatkuasa pada Jun 2013. Jika sdr ada maklumat, mohon share ya.

    ReplyDelete
  9. Maaf lambat jwb. Walau apa pun mesti cukup 9bln.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum....saya dan suami insyaAllah blk thn dpan..kami nak bawa blk kereta guna AP saya sendiri sebagai pelajar...atas V5 nama saya sbg pemilik....insurance kereta tu skang ni saya sebagai 2nd driver dan suami sebagai policy holder...adakah akan jadi masalah masa nk memohon AP nanti...mohon kongsi kalau ada maklumat...trima kasih byk..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..lega dengar jwpn mcm ni..trima kasih byk!!!

    ReplyDelete
  13. Salam, sy baru balik dr Uk. Sy membawa masuk sebuah MPV. Semasa membeli mpv tersebut pada tahun lepas, harga insurance terlampau tinggi sebab saya memegang International lesen selain daripada UK lesen. Jadi, sy minta tolong dr kawan sy (pemegang uk lesen) jadi main driver, sy jadi second driver untuk mengurangkan bayaran insurance. Tapi semasa mohon AP, pihak MITI minta jelaskan kenapa nama kawan sy sebagai policy holder. Apa ulasan sepatutnya sy beri? TQ

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..saya student di bristol.. in sha Allah berhasrat nak bawa balik kereta dari sini..Saya nak tanya berkaitan insurance dan lesen kereta..adakah pihak miti atau Malaysia boleh menyemak data insurance kereta tersebut sepanjang ia berada di uk? dan berkaitan lesen adakah saya boleh menggunakan hanya lesen L UK untuk membawa pulang kereta tersebut? terima kasih

    ReplyDelete
  15. As long mesti ada lesen Msia. But dulu ada nak enforce mesti ada Lesen UK. Not sure dah implement ke. Why nak tahu samada insurance di check ke, may be tak possible masa ini

    ReplyDelete
  16. Tricky mcm tu, better explain kpd MITI. As long, kereta nama u, 9bln kereta telah dibeli. Ini kena budi bicara.

    ReplyDelete
  17. Salam nak tumpang tanya..semasa keluarkan kereta,alamat di bill of landing perlu sama di ic ke?sbb sy ada dua buah rumah dan alamat di ic itu alamat rumah yg sy jrg2 sy duduk sekarang..mohon penjelasan..terima kasih

    ReplyDelete
  18. Waalaikumsalam, kena tanya MITI soalan Hafiz

    ReplyDelete
  19. salam. tumpang bertanya. sy bkl sambung study kt sana,tp buat top up degree je,thats mean around 10 months..sy still boleh apply AP ker?terima kasih.....

    ReplyDelete
  20. Salam, Sy nak tanya, kalay boarding pass hilang xpe ke? Tp Itinerary ticket ad dlm email. Bolehke guna yg e-ticket tu.

    ReplyDelete
  21. Salam kalau belajar kat India, agak2 boleh apply AP tak? Urusan dia sama ke dengan cara kalau belajar di UK? Tq

    ReplyDelete
  22. Salam nak tanya kereta lebih dari 10 tahun dari Indonesia, boleh ke dapat AP untuk bawa balik ke Malaysia.

    ReplyDelete