Sunday 26 February 2012

Spain


Ini kemungkinan besar destinasi terakhir perjalananku di luar benua Eropah, ikutkan hati memang nak berkelana lagi seperti ke Sarajevo, Budaphest atau negara Eropah Timur namun apakan daya masa utk pulang ke tanahair telah tiba.

Sepanyol yg kami akan jelajahi bermula dari Barcelona->Madrid->Andalusia(Cordova, Granada, Seville) dan berakhir kelak di Malaga. Sememang tarikan di bumi Andalusia yg mempunyai sejarah Islam tersendiri apabila bangsa Moorish dr Afrika Utara dpt menawan Andalusia dan menjadikan CORDOVA sebagai pusat khalifah Empayar Islam Ummaiyah pada kurun ke 8 lagi.

Sepanyol ini merupakan negara ke 51 terbesar di dunia dgn keluasan 504,030 km2 (51st), sementara Malaysia pada kedudukan 66.  Penduduk seramai 46 juta. Mempunyai jaringan keretapai terpadat di Eropah dan diiktiraf keretapinya yg paling terpantas di dunia mengalahkan Shekanzen Jepun. Bagaimana pula train di Shanghai. Patutla tiket train begitu mahal. Kami akan menggunakan kereta merentasi Spain memandangkan kadar sewa kereta yg agak murah berbanding melancong drp bahn aka keretapi, tetapi jalan rayanya penuh dgn tol tidak seperti di UK.




Insaallah perjalananku ini diberkati Illahi. Nanati kita bercerita lagi walaupun kisah di Turkiye masih belum habis. Wassalam

Wednesday 22 February 2012

Turkiye-Day4

Selat Bosphorus

"Hari pantas berlalu, kini waktu semakin hampir untuk meninggalkan udara sejuk dan angin sepoi-sepoi bahasa dari Selat Bosphorus. Ke mana sahaja kami jejaki, begitu mudah dikenali sebagai orang Malaysia. Begitu tinggi nilai yg dipandang oleh org lain terhadap Malaysia. Tanahair yg kini begitu panas bukan sahaja pada mentari yg senantiasa memancar malah bahang menunggu pilihanraya yg semakin menghantui rakyat hinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menunjukkan masing2 terbaik.

Kelihatan berpusu-pusu manusia menaiki tram dari stesen Sultanahmet menyusuri hingga ke Eminonu melintasi Blue Mosque yang tersegam kukuh sejak tahun 1616. Ku lihat juga manusia tertib beratur untuk memasuki Hagia Sofea yg hanya 300 meter dipisahkan. Hebat sungguh peninggalan Kerajaan Ottmaniah yang masyur bertahta sehingga 500tahun. Kini aku merasakan kebangkitan semula Islam di bumi Turki semakin rancak, walaupun mengakui sebagai negara sekular. Indah betul Islam, namun umatnya perlu juga transformasi diri dan mengamal Islam dalam kehidupan seharian."... pembuka cite

Kami cuba menerokai jln yg berbatu2 konkrit yg agak besar dari Emirhan Inn Apartment tempat tinggal kami. Apartment ini sebenarnya tidak jauh dr kws2 tourist attraction mahupun city centre Istanbul, namun maklum ajelah struktur dan jln2 di Istanbul banyak yang kontournya berbukit2. Sambil menolak push chair adakalanya tercungap2 mencari angin......

Kedai yg kami jejaki hanya 50m dr Aristaar Bazaar, pada asalnya hanya ingin tahu berapa kadar harga sesuatu barang yg kami berminat utk di bawa pulang. Ini kesukaran yg amat jelas di Isketambul kerana tanda harga tidak diletakkan, jika hendak tahu perlu bertanya kepada penjual. Aku merasakan ini akan menwujudkan suasana kurang senang di antara penjual serta pembeli untuk mendapatkan persetujuan harga. Kenapa dan Mengapa di UK, harga kebanyakannya begitu jelas diletakkan untuk memudahkan pembeli. Sukar bagi ku...memahami, tapi aku selesa dgn wujudnya tanda harga bg setiap barangan kerana tiada wujud manipulasi harga yg keterlaluan. Ini ku perap dlm minda hingga sampai ke kampung Oxford dpt kuluahkan persoalan ini kpd yg lebih ariff. Bkn utk memburukan sesuatu institusi malah negara tapi mencari jwp di sebalik kebaikan yg wujud di UK.

Allah maha mengetahui kecelaruan aku mencari jawapan, dah akhirnya dlm beberapa hari lepas di kedai sambil makan capati aku mengajukan persolan tersebut. Maka jwb la temanku ini yg telah diketahui keilmuannya malah mempunyai jawatan yg amat sesuai dgn kelulusan dan kebijaksanaan beliau.

"Sebenarnya telah wujud dlm kitab Fekah yg membincang perkara ini(penetapan tanda harga) utk kemudahan menyelesaikan pemasalahan masyarakat. Memang betul dlm Islam tiada dalil yg menyuruh samada dlm Al-Quran & al-Hadis tetapi peniaga dan pembeli dewasa ini bukan mempunyai tahap jual-beli semasa zaman Rasullah serta para sahabat. Oleh itu memang penandaan tanda harga ini telah dilakukan dalam zaman islam dan itu yg di copy oleh masyarakat British utk meninggikan nilai2 dalam masyarakat mereka." WoW...

Baru kusedari bahawa apa yg di lakukan oleh kerajaan Malaysia utk mewajibkan meletak tanda harga adalah suatu langkah islamik utk menyelesaikan permasalahan masyarakat. Teringat sebelum ada tand harga, payah nak beli ikan di pasar besar Parit Buntar, kena ingat dan compare malah kena tawar lagi...aduhai. Aku amat bersetuju perlaksanaan Islam itu tidak semestinya kena maklumkan ini kaedah Islam dlm masyarakat majmuk, tetapi perlaksaan itu utk menjamin nilai2 serta permasalahan di atasi. Bukan setakat hanya menjaja agama utk mendptkan personal mileage tetapi perlaksaannya tidak mampu dilakukan kerana bukan islam keliru malah takut implikasinya. So kena smart la kan....

Berbalik kpd kedai tadi, pd awalnya memang begitu rancak dgn manis muka membuka lembaran cadar satu persatu. Namun bila berbicara tentang harga, mula semakin hilang nilai2 berniaga hingga member amaran kpd kami

"You shouldn't do like this at other shop. They will be so angry to you....blah2..."


Lama juga menunggu di luar, tak kluar2

Cantek!!!!

Pada awal melayan pembeli..gembira





Siap menebar cadar, 1 per satu

Muka dah mula berubah...


Azan kedengaran sahut menyahut di antara masjid yg begitu banyak di kota Istanbul. Terasa keindahan suara azan ini, yg lama telah tidak ku dengari di laungkan secara terbuka. Maka kami pun memilih utk bersolat di Blue Mosque.


Di luar Blue Mosque, ramai tourist



               
Cantik arkitektur di dalam Blue Mosque



           




Melewati Aladin yg bercostume....1TL per photo


Hajat kami sememang ingin menyusuri Selat Bosphorus dgn bot. Sempat juga bertanya kpd travel agent yg meletakkan 25Euro utk 4 orang dan 2 lg yg kecil percuma.
If you agree I will send a taxi to pickup u all. 

Peh!!! suka betul mereka meletak harga dlm Euro... yg sekitar 2.2 ganda dr TurkishLira. Untuk pengembara budget, banyak lagi yg kami perlu jimatkan. Jika, setakat berbot sudah sebegini rupa, kena cari alternatif.

Maka kami menuju ke Eminonu yg terdapat banyak bot atau feri. Semasa tiba dulu dr Kardikoy di benua Asia kami menaiki feribot(panggilan di Istanbul) utk sampai ke Eminonu dengan hanya 2TL utk perjalanan 30minit. 

Kami mencari kaunter feri utk bosphorus tour, tiba2 disapa oleh seorang lelaki "Bosphorus Tour." How much pantas tanya ku..... 25TL, terus aku menjeling wife. 75TL for 3 person, the other 3 is free. I'm Muslim sambil menepuk dada kiri beliau...(ini trademark Turkiye)

Do you have any discount!!, sambil membelek2 sehelai kertas promosi beliau. Ok 70TL dan terus menyuruh kami menaiki van utk ke bot yg terletak 500m katanya. You pay to the driver. Ah!!! dlm hati boleh percaya ke ni. Akhirnya selepas menunggu 10 minit, ada 1 pasang couple juga ingin tour.

Kami di bawa ke bot dan apabila saja sampai wife bersuara; ini tak seperti dalm gambar tadi? Selepas menunggu sekitar 20minit kami pun di bawa belayar ke Selat Bosphorus. Perjalanan mengambil  90 minit, dlm keadaan cuaca yg amat sejuk(5C). Aku sudah pernah menaiki bot menyusuri terusan2 di Amsterdam serta Stockholm; cuma kali ini utk memberi pengalaman kpd anak2. Namun selepas beberapa ketika meraka semua turun ke bawah disebabkan kepeningan dan terus belayar sendirian(tidur).

Sekitar 40-50 minit yg pertama kami berada di tingkat atas sahaja sambil mengambil gambar. Dari selat ini dapat di lihat dgn jelas susun atur masjid2  yg berdekatan di antara satu dgn lain. Bot yg menyusuri sekitar Besiktas itu membolehkan aku melihat Dolmache Palace dan pelbagai bangunan bersejarah di sekitar selat tersebut.

Apabila melepasi Bosphorus bridge yg pertama, bot nelayan ini mula membuat U turn utk perjalanan pulang. Tiba2, kapal coast guard yg melintasi dgn laju sekitar 50m drp bot kami menghasilkan ombak yg agak kuat maka bot menjadi tidak menentu keseimbangannya. Habis penyapu2 dan teko teh terbalik, keadaan menjadi sedikit cemas dlm 5minit. Memang terasa suspen betul, namun alhamdulillah seketika kemudian keadaan pulih seperti biasa. Jika berada di deck atas mungkin akan menjadi lebih cemas kerana tidak balance.

Akhirnya selepas 90 minit kami selamat sampai bersama mentari yg hampir terbenam. Cantik....

Kami pun terus bergerak utk menaiki tram pulang, tiba2 berdekatan dgn tramway di Eminonu terpapar iklan 10TL Bosphorus Tour dgn bot yg lebih besar. Alahai Turkiye..... sukar utk mempercayai org2 enta selepas ini......



Sekitar Eminonu, banyak feribot


Biru bot kamik..... kocil plak







Dolmanche Mosque

Dolmanche Palace



Bosphorus Bridge yg pertama

Four Season hotel di Besiktas



Ada shooting la...


Bot Coast Guard yg telah mencemaskan kami...masa ni tidak terfikir ombak yg akan smpai


Menuju utk pulang sambil menikmati sunset







Setelah keletihan kami menaiki tram dan singgah makan di Chamberlitas. Terjumpa kedai ASKOY DONER yg harga berpatutan dan akhirnya kami menjadi pelanggan tetap utk 3 hari berturut2. Alhamdulillah. Di Istanbul, daging kambing agak mahal berbanding dgn ayam. Kedai ini hanya menjual kebab Ayam.



Boleh bg kredit kat dia, utk 12 pound dah kenyang 1 family