Tuesday, 13 March 2012

Hari Terakhir di Turkiye

Van wolksagen yg di tempah meluncur laju dr Apartment di SultanahMet dengan menyusuri Selat Bosphorus. Angin pagi yg bertiup menusuk tubuh namun ia tidak menghalang kami utk meneruskan perjalananku. Pantas sungguh masa berputar,sudah masuk hari kelapan kami di bumi Istanbul.

Wajah kepuasan yg terpampang dr setiap ahli keluargaku walaupun amat sukar utk diterjemahkan apa yg terbuku dlm hati masing-masing. Semoga tazkirah sepanjang pemerhatian di Istanbul ini dpt lebih memberi gambaran sebenar secara nyata apa yg terjadi terhadap jatuh bangun sebuah empayar Islam Ottmaniah yg berakhir pada tahun 1923.

Tatkala van merentasi Jambatan Bosphorus sayup-sayup kelihatan kapal-kapal di bawah sana. Ada cerita ketika kami nun di bawah sana. Lebuh raya bertol ke Lapangan terbang Sabiha Gocken melalui beberapa kws cantik. Salji masih keputihan di sesetengah kws dengan begitu utuh keras.

Perjalanan hanya sekitar 40minit ke Sabiha dgn tambang 60Euro. Bila ku tanya kpd anak2 adakah mereka ingin lagi ke Istanbul semua menjawab ringkas Tershukur.

Gambaran kenangan sekitar hari terakhir di Isketambul, Turki.

Dari tingkap apartment kami 

Eminhan Apartment; 2 bilik+kitchen+tandas....sesuai utk 6 orang 

 Dapur boleh masak2, disediakan pinggan mangkuk dan periuk..complete


Family business bersama owner 
Off peak season sekitar 60++Euro, 
Peak season 130++Euro semalam


Selat Marmara dr van kami 



Van yg dipandu oleh pemuda yg meminati kelab Galatasary dgn scarf terpampang di dashboard. Walaupun beliau kurang mahir berbahasa Inggeris namun masih mesra melayan beberapa pertanyaan aku. Namun yg paling menarik di tangannya terpegang tasbih yg senantiasa mulutnya berkumat-kamit. Ini mungkin merupakan suatu bentuk Turki baru selepas  di ambil alih oleh Erdogan walaupun negara masih diklasifikasi sebagai sekular.



Sekitar Besiktas.... cicek.. bkn Cicak 

Nun Bosphorus Bridge, menghubung benua Asia dgn Eropah 



Pemandangan dr atas Bosphorus Bridge 

Sayup2 aje kapal2... 




Tol..automatik dgn hanya dilekat small device pd tingkap depan kereta 

Cantik 


Salji masih putih di benua Asia, pada awal kedatangan kami disambut dgn salji yg memutihi ibu kota Istanbul. Tapi perjalanan tetap diteruskan




Belum habis bersalji 

Departure area at Sabiha Gocken 



Cantik airport Sabiha Gocken 

Gaya tersendiri 

Bert-shirt aje 


Aksi hero yg paling kocik

Istanbul dr atas Easy Jet

Promote Easy Jet 

Selamat sampai di Luton Airport. Kocik aje but praktikal 


Jokes semasa menunggu transfer van sampai


 Selepas mengambil kereta kami pun ke Luton City Centre untuk mencari bekalan dinner dan seterusnya bersolat di masjid Luton. Cantik dan meriah masjid ini, actually bandar Luton mempunyai kisah tersendiri dan merupakan kilang Vauxhall yang terbesar di UK.




Meriah sempena Maulidur Rasul



Pelbagai pengalaman dan pengajaran yg menjadi ilmu yg berguna dlm meneruskan kehidupan di masa hadapan yg pasti penuh ranjau dan berliku. Apatah lagi tatkala Islam dijaja utk kepentingan tertentu samada utk meraih undi politik malah juga Bagi menghalalkan segala maksud samada tersurat atau tersurat.

1 comment: