Friday 31 December 2010

Imbasan 2010

4 jam lagi 2010 akan melabuhkan tirai. Mungkin juga ini tulisan terakhir 2010, jika masa tidak mengizinkan. Tahun 2010 terlalu banyak mencatatkan sejarah dalam kamus kehidupanku. Bermula dengan planning ke UK, seterusnya meninggalkan alam pekerjaan setelah hampir 14 tahun bertungkus lumus mencari ilmu dan sesuap nasi untuk keluarga dan pemergian ibunda isteriku ke rahmatullallah.

Semuanya menjadi simpanan dalam diari kehidupan perjalananku. Aku perlu lebih kuat dan bijak menempuh hari-hari mendatang agar segala perancangan masterplan mencapai objektif. Semoga 2011 di murahkan rezeki, mempunyai kesihatan untuk terus bernafas,di lapangkan fikiran serta lebih mendalami islam dan mencapai sebuah keluarga bahagia. Auf weidersehen...selamat tinggal 2010. Willkomen...selamat datang 2011.Alhamdulillah

Muhammad Faiz Najmuddin

Hari terakhir 2010 ingin berbicara mengenai anak ke-3,....Muhammed dipanggil di New Marston Primary School. Pada awal persekolahan dia hanya termangu-mangu belajar dalam English. Namun selepas 2-3 bulan bersekolah, dia sudah mula bercoleteh dengan teman-teman beliau. Entah kadang-kadang aku sendiri pun tidak mengerti apa yang dipertuturkan.
 
Minatnya terhadap komputer dan games menjadi medan dia belajar. Tahu ajelah cakap Melayu pun masih belum fasih inikan pula membaca. Namun aku percaya dia seorang anak yang berdedikasi, jika ada homework dia pasti mengheret aku meminta aku membantunya. Sekarang.... itu ayat yang acapkali digunakan beliau.

Dia begitu cepat mempelajari komputer, dari games, surfing, PowerPoint dan bermacam lagi. Amat telah pandai membuat presentation dalam PowerPoint siap sekali dengan animations. Kami sungguh kagum, apa abang-abang boleh buat, dia pasti akan cuba melakukan.

Kegemaran seterus terhadap football or fussball atau bolasepak. Torres menjadi mainan di bibirnya, yang aku kagum dia sudah boleh sendiri surfing mencari gambar Torres, Raul..... 
Amat bersama kakak-kakak Oxford
Mengidam XBOX 360

Namun seminggu sebelum cuti sekolah dia deman dan batuk. Kesian tengok keadaan dia tetapi amat tidak langsung merenget. Hampir seminggu dia batuk dan terlantar di katil, makan pun tidak. Badan skinny cuma bertahan minum air. Namun aku amat kagum, dia melawan penyakit tanpa menangis. Alhamdulillah setelah seminggu dia semakin sembuh dan kembali dengan senyuman serta gurauan yang lebih nakal. Tambahan lagi dengan gigi rongak menyerlahkan lagi kenakalannya.

Membina semula pipi 
Cantek senyuman Amat...... bersama baju kegemaran
 
Cuti krismas dan tahun baru sudah hampir ke penghujung, sudah tiba masa bersekolah. Yang pasti Amat lebih bertenaga, bersemangat, dan nakal mengharungi 2011.All the best!!!!

Thursday 30 December 2010

NHS v2

Apa nak jadi ni, almost 2 weeks anak bongsu belum hilang batuknya. Even sudah bagi ubat dari farmasi, tapi belum lega. Badan dah keding, 2 minggu tak makan tinggal rangka aje....skinny. Bukan itu aje, kami pun for the past 2 weeks tidoq malam pun macam ayam, kadang tu dia menangis subuh, batuk berterusan dan macam-macam lagi.

So nekad ke NHS medical centre untuk mendapat rawatan secepat yang mungkin. Sekitar 1030 sampai,
Me:Morning, I would like to make an appointment for my kid. Mr. D.
NHS: Can I arrange it next week.
Me:Nop, my son have been coughing for the past 2 weeks. Indeed he unable to sleep at night. Can I see the doctor today.
NHS: Oh!!!, does he has a fever.
Me:Yes, last week. But at moment he doesn't has any more fever but still continuosly coughing.
NHS: He is 2 yo and 10 months. Ok, you can come around 11.30am today but you might need to wait.
Me: That's good. Thanks a lot. Bye

Lebih kurang begitu skripnya. You must tau pusing-pusing untuk mendapatkan sesuatu. Good luck.

UK Driving License

Hari ini menjadi sejarah dalam perjalananku, 30 Dec 2010 aku berjaya memiliki UK driving license. Setelah hampir 5bln menetap di Oxford, aku telah hampir mencapai  kesemua milestones yang aku tetapkan dalam masterplan my journey in Oxford. Apa yang penting telah dicapai tu:-
Mencari sekolah anak-anak
Mendaftar NHS
Membeli kereta
Mendapatkan lesen memandu UK

Ah!!!, itu aje main task completed. Selepas pekena nasi ayam utntuk dinner, hampir lupa pula apa yang ingin di tulis. Maklumlah jarang dapat makan sedap-sedap dengan kuah kicap bercili api.....peh!!!! sedap tu.

Untuk makluman yang berkelana di UK, lesen memandu Malaysia dan international diterima hanya untuk setahun selepas anda pertama kali mendarat di UK. Selepas 1 tahun, jika kena tahan dengan pak polisi.... anda boleh di dakwa. So I'm thinking ahead......after reading blog, talking to OTAI-OTAI di UK and the rest is history.

Tuesday 28 December 2010

NHS di Oxford!!!!!

Salji semakin mencair, tapi aku belum sempat bermain snow. Mungkin ade peluang kedua, insaallah. Lagipun cuaca sejuk sekitar -9C ke 0C sungguh memeritkan dalam 1 bulan yang lepas. Anak bongsu aku masih lemah, setelah seminggu terbaring di sebabkan batuk dan deman. Sekarang sudah makan sikit-sikit dan berminat untuk bermain PSP, semoga minggu ke-2 ini dia semakin pulih dan normal seperti biasa. Alhamdulillah De'longhi Convector Heater 2KW yang baru di beli banyak membantu, terutama bila tengah malam suhu merudum negatif.

Berbalik ke topik perbincangan, mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan di Oxford. Sebagai sebuah negara maju, sudah pastinya sistem rawatan perubatan....namun jika anda berhijrah ke sini perlu tahu segala trick. Kebetulan anak ke-4 aku mengidap asthma, maka perlu ubat standby setiap masa: Ventolin.

Apabila menetap di UK anda perlu mendaftar dengan National Health Service(NHS) mengikut cathment area, seperti klinik kesihatan di Malaysia. Namun medical centre ini hanya boleh dikunjungi dengan membuat appointment, tak boleh terjah datang je...tau.

Aku sudah banyak kali ke medical centre ini, sebab percuma. Siapa kata...sebenarnya kita telah membayar cukai bulanan, seperti kami disebabkan wife melakukan training maka kami tidak dikecualikan cukai. Rawatan bertemu doktor percuma, tapi ubat perlu di bayar bagi yang berumur 16 tahun ke atas. Boleh tahanla!!!!!!!!!!

Doktor-doktor di sini bagus tapi amat payah betul nak bagi ubat. Anak ke-3(5 thn) yang batuk dan deman hanya diberikan paracetamol. Kalau di Malaysia tu siap dengan antibiotik, vaitamin.....macam-macam ade. Kebetulan masa jumpa doktor terlewat 10 minit, so staff nak reschdule the appointment....masa ni kena belajar story sikit....kata my son has been coughing for almost 2 days and he can't sleep at night....barula dia nak slot in. Kena la tunggu 30 minit dengan budak batuk tak henti-henti, yang risau takut dia termuntah aje.

Memang bagus agar anak-anak ini to build up their antibodi, but you know kadang tu kesian budak itu terbatuk-batuk. Kalau anak besar kita boleh memahami but bagi yang di berumur 6 tahun ke bawah...... tidur malam pun tak lena. That's the part and parcel as a parent.....

Moral of the story, you should be able to convinced the NHS personnel especially the front desk...

Sunday 26 December 2010

Online

Zaman internet banyak mengubah cara hidup kita, dengan connection 20Mbps semua hanya di hujung jari. Dari shopping, bayar bil, transfer duit, menonton Barclays or Piala Suzuki semua boleh di capai dengan pantas dan mudah.  http://www.footballstreaming.info/



Namun kita perlu berhati-hati adenya malware dan hackers yang mencari loop holes untuk menerobos masuk. Suatu ketika dalam 2 bulan yang lepas, my wife yahoo email had been hacked by alient, it's fortunate since the hackers chatting with me in middle of the night. In fact my wife is in the kitchen, ........... beware...

Harga Petrol di UK

Lama tidak mencoret sesuatu dalam blog ini. Sudah hampir dekat 2011, hanya beberapa hari. Kelibat snow sungguh memuaskan hati anak-anak. Namun mereka belum puas hati dan masih menunggu untuk terus bermain snow. Tunggu!!!!!!!!

Kali ini ingin berbicara pasal harga petrol di UK yang senantiasa berubah setiap ketika malah juga berbeza di setiap stesen minyak. Jadi perlu bijak memilih stesen mana yang ingin dikunjungi, alah jangan risau...........kita boleh layari     www.petrolprices.com
Cuma masukkan poskod dan register......

Friday 26 November 2010

Driving in Oxford!!!!!

Setelah plan lama untuk membeli kereta, hajat tertunai juge..... bayar cash...pehhh...first time sepanjang bekerja. Ada rakan-rakan di Malaysia bertanya...banyak duit kau!!!!!!!!!!! Kalau nak tahu.... BMW 5series dalam tahun 2005 pun baru GBP14,000. So...jangan terkedu.....kalau beli di Malaysia kereta reckon.....berapa la harganya, nearly RM200,000++. Nak pasti....check www.carlist.my

Namun pada hakikatnya, tidak terfikir pula 'How To Drive in UK'...signage dan cara pemanduan bersopan di sini...yeke. Nak tahu first day bawa balik kereta dari owner lama, berpeluh juga. Tau ajelah melalui Cowley Road di Oxford yang sibuk..... sempit....dan banyak pula zebra crossing. Di Malaysia jika orang hendak melintas semasa kita sedang memandu....sudah tentu berkumat-kamit mengomel.....apalah orang ini....tak tau lintas ke.....Woiiiii... Tetapi di sini you guys should aware, silap-silap pemandu pulak kena marah sebab tidak berhenti.

Aku juga rasa gabra....nak memandu untuk memahami....signage di UK. Walaupun itu international standard.... tapi you guys need to understand faster...... Walaupun aku pernah berkelana di Germany selama 17bulan, namun tidak pernah memandu di sana. Ini kerana bahn(train) und bus begitu bagus....macam di ibukota Kuala Lumpur...gitu. Another consideration is speed limit; if you enter city centre the speed is 20miles/hour. If not you  guys will be captured by fix speed camera....... fix tau...so means 24hours.... is being monitored.

It nearly take me 2 weeks to build up confident and familiarise UK road signage and how to drive.Kalu nak faham, please visit this website:-

Then my first trip was to Bicester Village.....about 30 minutes driving from my house.It was 26 days after I bought my lovely car.




Then Swindon, 1 hour driving from Oxford. The most intersting part for me is to visit what so called 'The Magic RoundAbout'. You will see 1 big roundabout that consists of five mini-roundabouts arranged in a circle.Pehhhh......sempat mencuba...nasib baik kereta tak banyak.....I'm not sure how the traffics during peak hours.



Map of Magic Roundabout

But Swindon is a city full of roundabout....watch out...

Tu kat depan......cemas sebentar
Our 3rd tour was to Stoke On Trent..... 2 1/2 hours from Oxford. Cool.... and chilly journey.


1 miles to PortMeirion-Stoke On Trent

Namun, yang penting bila driving perlu ada SatNav as you tourist guide, beli la GARMIN from www.amazon.co.uk , but driver carefully......paling penting...jangan lupa solat walau anda di mana jua berada selagi anda masih bernyawa. Cau dulu...

Thursday 25 November 2010

What is our judgement!!!!!!!!!!!

Bertemu semula, sebelum ini aku blog lebih kepada prosedur membeli kereta di UK. Sebenarnya prosedur ini mudah sahaja, tapi yang paling penting ialah 'What is our judgement':-
1) Kereta jenis apa!!!
Oleh kerana kami semuanya 6 orang, kereta sedan biasa tidak cukup tambahan pula kerana setiap penumpang dalam kereta perlu memakai talipinggang. Wajib!!!
a) Pilihan pertama Toyota Estima, seperti blog terdahulu. Ini plan nak bawa balik ni.....model 2006 or 2007
- Sampai sini baru tahu, tiada sudah model baru yang masuk ke UK. Setakat 2005....teman tak suka, dan tidak terlalu banyak.
b) Zafira
- Ini kerana CC nya kecil...., lagipun inin bukan nak bawa balik. As long we can travel around UK, it's really good enough. Petrol, it's not too bad for 1.6cc 16V. By RPM 3000, the speed is around 90miles/hour.
So it's better than my previous Toyota Unser 1.8cc. Then most important it's belong to Vauxhall which assemble the Zafira model in UK. No need to buy 2.0cc, for sure it's better performance but it consumes more petrol for sure like hell...... unless you are driving on the highway


2) Apa kereta nak bawa balik
-Bila timbul isu ini, pening juga. Kalu orang utara Utara kata nak belek punye belek 2 bulan baru dapat beli keta yang baguih untuk bawa balik. Jika 7 atau 8 seater di sini terdapat Mitshibushi Grandis, Mazda 6, Peugeot Picaso dan bermacam lagi. Kita perlu faham untuk bawa balik kereta ke Malaysia, kereta tersebut mesti dimiliki selama 9 bulan sebelum di bawa pulang ke tanahair. Terpikir juga ada kemungkinan mempunyai 2 kereta untuk 6bulan terakhir. Huhu..... baget-baget.......


Selepas berfikir semula, akhirnya beli la Zafira 2004. Dah hampir 2 bulan memandu, jauh juga perjalanan....Bicester, Swindon and Stoke On trent... ini yang paling jauh...2.5jam.


Ada pulak, teman-teman bertanya mana gambo keta.....dalam fb kan ada....tapi tak apa.....lihat di bawah.





So, I stop here...insaallah we will hear more interesting stories from me....

Saturday 20 November 2010

Membeli kereta di UK

Hampir sebulan tak sempat blogging, bila ada mood or boring baru la blogging..... Oxford pun semakin sejuk, walaupun hari ini bacaan 9Celcius namun sejuknya mencucuk tubuh Mamat Melayu ni. Kali ini kita bercerita pasal fasa [B] dalam PerjalananKu....iaitu memliki kenderaan untuk merancakkan lagi aktiviti perlancongan. Bukan apa, ia menjadi suatu keperluan bagi yang berkeluarga. Membeli kereta di UK

Kereta di UK, harganya pada pandangan aku berpatutan. Memandangkan GDP per capita UK yang ke-20 tertinggi di dunia. Boleh dikatakan kebanyakan penduduknya kaya-kaya belaka. Namun harga keretanya amat memeranjatkan jika diketahui, terutama kereta terpakai. Patutlah banyak kereta reckon di Malaysia yang beralih arah ke UK untuk mendapatkan kereta-kereta yang boleh diklasifikasikan mewah di Malaysia. Tambahan pula dengan kadar matawang pound yang menjunam ke sekitar 1GBP=RM5 begitu memberangsangkan pedagang-pedagang AP.

Sememang telah menjadi perkiraan kasar kami sekeluarga untuk memiliki kereta di UK, tetapi pelbagai strategi dikaji untuk mendapat kereta yang sesuai. Hari pertama sampai, aku sudah membeli senaskah majalah AUTOTRADER UK......... apa lagi....

Untuk membeli kereta boleh layari

Dari link-link ini boleh membuat perbandingan kereta apa yang ingin di beli. Sebelum datang ke Malaysia aku bercadang untuk membeli Toyota Estima atau Alphard.... versi superman tu....model 2007 . Namun bila sampai aje di UK, model-model Estima kegilaan AP ini tiada lagi di bawa masuk ke UK. Cuma tinggal model lama, tahun 1996 sehingga 2005. Waduh, apa yang hendak di bawa pulang nanti...... Di Malaysia Estima model 2007 ini hampir mencecah RM200K...wow....kalu kerja makan gaji below 10K....sakit nak bayar ni. Kalu model 2005 di Malaysia sekitar RM130K-150K, tapi tak menarik la...nanti kami balik...insaallah 2012 sudah 7tahun. So kira punye kira, sebab kami perlukan 6seater punya kereta. Sedan cuma 5 seater, so terpaksa juga ke pilihan ke-2 Zafira. Di Malaysia keluaran Opel dulunya, recently from Chevrolet.... di UK Vauxhall....apa plak brand ni.... study punya study, ini GM punya manufacturing partner.... sama kelas Misthibushi dengan Proton la.....

Hendak berkongsi pengalaman, apa yang perlu di buat sebelum membeli kereta:-

1) Pilih kereta berdasarkan budget dan samada nak bawa balik Malaysia atau tidak
- Cari yang mana minat.....dulu...pulus mesti ade juga
-Aku jumpa di http://www.gumtree.com/ tetapi banyak belajar dari http://www.autotrader.co.uk/
-Pilihan Zafira, sekitar 2001-2004 atau budget dalam 1500-2500 GBP

2) Buat temujanji dan pergi ke site.....
-Selepas finalist budget, call dalam 5 private or trade seller. Buat appointment nak jumpa.
-Jika trade seller tiada masalah sebab outletnya memang ada di situ. Tapi jika private pastikan anda pergi ke rumah dia betul-betul.
-Selalunya trade seller lebih mahal, but you can request for warranty..let say 3-6months.

3) Dah set date and time, inform akan buat test drive sekali..... Apa yang hendak diperiksa dokumen, kereta.
- Pasal keadaan kereta ini, aku pun susah nak cakap. Sebab aku sendiri pun tak pandai nak advice. Kita ini bukan mekanik, tetapi hanya pemandu. But bare in your mind, you should be able to look expert even you are not..... payah tu.....so petua aku, kita belajar yang mudah dulu...pasal dokumen.
a) V5C dokumen(aka geran di Malaysia)
-V5C kita minta lihat yang original. Seperti geran dokumen ini akan menceritakan hal mengenai kereta ini.
Nama Pemilik
Alamat(Alamat rumah pemilik mesti sama pada borang ini)
Vehicle Identification Number(VIN)-Ini amat penting, semak nombor VIN pada dokumen sama dengan VIN pada kenderaan. Lokasi VIN, berbeza-beza. Zafira pada cermin depan sebelah kiri pemandu dan di bawah. Dekat pintu pun ada juga. Berbeza untuk kenderaan lain...rasanya...google sikit
No Enjin-Periksa nombor enjin ini...
Tarikh dikeluarkan
Berapa kali berpindah tangan

Tuan-tuan kena copy dokumen ini, 4 mukasurat aje. Saya bawa kamera....sebab ada maklumat yang perlu kita simpan dan cross check seperti VIN. Snap aje....
Lihat contoh V5C di bawah

Muka depan V5C- now warna merah pulak

Page2-Maklumat penting

2) Then FSH apa ke benda tu, dlm autotrader mesti mention bende tu...Full Service History aka service dokumen di Malaysia.
- Di UK, mekanik akan mengisi setiap bahagian yang telah di servis. Dari situ kita tahu bila dan apa yang terbaru di servis. Paling penting adalah mengenai timing belt, sini di panggil Cambelt bagi kenderaan yang guna. Ada setengah menggunakan timing chain, jadi tidak perlu tukar setiap 60K miles.



3) MOT, bila akan expired(aka PUSPAKOM inspection pada teksi)
-Setiap kenderaan di UK perlu melakukan pemeriksaan MOT setiap tahun bagi kereta yang telah berusia 3tahun ke atas. Setiap tahun perlu buat MOT, jika MOT expired, tidak boleh memandu. Jika MOT panjang lagi, 6-9bulan jadi tak perlu fikir kena bayar test MOT. Zafira saya Feb 2011 expired, so kena sediakan pulus. Testing just 50GBP.... but jika ade kerosakan kena repair sebelum lulus, itu yang menakutkan sikit tu.....pulus. Basic rules, longer you have MOT it's better.....


4) Tax aka roadtax di Malaysia
-Sini tax boleh tahan juga...... mahalnya. But boleh ambil 6bln sekali..... rules sama dengan MOT.

5) Periksa Vehicle Check
-Ada banyak syarikat yang buat servis ini, tujuan:-
A Vehicle Check provides you with the comprehensive history of a car you're thinking of buying, identifying whether it's subject to outstanding finance, written off, stolen, scrapped, clocked and much more. Powered by our expert partners at Experian, the results are instant, accurate and enable you to buy a car with confidence in its past.

Saya semak di www.autotrader.co.uk
Ambil semakan untuk 5 kenderaan for 24.99GBP(boleh guna selama 2bulan), jika 1 semakan 19.99GBP. So better semak keadaan 2-3 kereta..., contoh result seperti di bawah

Ini untuk memastikan, kereta curi ke... ade hutang bank...kereta scrapp ke....



5) Insurance
-Di sini insurance untuk pemegang lesen non-UK adalah 2x ganda mahalnya. Tak pasti kenapa!!!
-Jika beli pada orang, semasa anda ingin memandu pulang kereta. Sila pastikan insurance telah dibeli, ini amat penting. Mesti...ye jangan lupa beli online aje.....cth

Banyak lagi, bandingkan yang terbaik. Pilih full coverage.

Jika anda membeli di kedai, minta dia belikan 7 days insurance. So you bayar dah boleh drive sendiri... then baru beli insurance. Manatau beli sampai ke Birmm ke... sana murah sikit.

Semasa membuat test drive, buat di tempat lapang kerana isu insurance ini. Takut apa-apa terjadi pemilik akan penting kepala, kita for sure lebih dari itu...aha

6) Semasa memeriksa kereta apa nak tengok
- Tax
-MOT
-FSH
-Mileage, basic 10K miles per year... so jika kereta 5thn suppose around 60K. Jika lebih, theoretically wear and tear are more.......
-Tayar dia, ada review kata jika keempat-empat tanyar sama. So owner begitu take care his car...1st impression
-Minyak hitam
-Heater
-Aircond
-Brake
-Clutch
-Condition engine, smooth or not
-Radiator and cooleant
- Any whizzy sound...ceng2
-ETc

7) Membeli kereta
-Setelah selesai membuat perbandingan, solat istiqarah...pilih yang mana kita berkenan.
-Bargain
Ini skil individu, apa yang saya boleh share, just try 20%-25% off....lihat reaksi dia. Jika tidak suruh dia repair apa yang patut. Bargain fuel...30GBP ke....
Or even minta dia bayar roadtax for 6 months .....
Or ask for warranty
-Dah suka then bayar deposit 5%-10%. Dalam 4-5 hari bayar full.
-Sediakan surat jual beli, ambil contoh dari autotrader juge. Isi dan sign.... itu aje.
-But bayar tu, hai-hati jika banyak just jumpa di bank dan transfer. Saya bayar di rumah dia.
Itu penting alamat dalam V5C sama dengan rumah dia tinggal.
-Ada bahagian pada V5C yang owner asal wajib submit kepada DVLA(aka JPJ). Kiranya tukar nama la...., di Msia kena melalui JPJ. Saya jual kereta dulu kena sign depan pegawai JPJ....sebab buat sendiri.


License
So apa lagi....setakat ini itu sahaja..lastly get 2nd opinion or ajak member temankan...

Syarat memandu, hanya perlu lesen Msia yang sah, then boleh memandu selama 1tahun.
Then kena pass exam... driving license UK...untuk tahun seterusnya.

Child seat
Child seat...wajib tu... more than 135mm do not need to use car seat.
5-12yo, that less than 135mm perlu pakai booster seat....
Baby-4yo kena pakai proper car seat....lihat sini.... http://www.britax.co.uk/
Booster Seat Offer 5GBP

Setelah 1.5 bulan, dah sampai ke Swindon, Bicester, Stoke On trent and Birmm-berhenti makan aje.
Yang menarik selepas dapat kereta ialah mendapatkan keyakinan, memahami signage dan sopan santun pemandu di sini. Especially speed limit, zebra crossing and bicycles....

Pasal harga kereta bagi pemegang AP-student, compare http://www.autotrader.co.uk/ dengan http://www.carlist.com.my/ .............. jangan tak tangkap..... satu..... almost 60% less..abang oiii....
BMW 530 2005 di UK around 14K GBP, + cukai+transport total = RM140K di Msia.... goto carlist...

Cau...wassalam..sejuk ....pulak








Friday 29 October 2010

Satellite Navigation(SatNav) &Global Positioning System(GPS)

Satellite Navigation(SatNav) &Global Positioning System(GPS)
Salam semua, lama juga tak update cite-cite baru. Pagi-pagi jumaat yang hening walaupun dah 0730pagi sempat mencoret sedikit idea atau ilmu yang indirectly kita boleh kongsi bersama. Kena...cepat..sikit..nanti..budak bangun idea hilang, faham ajela cuti 10hari semua enjoy giler2.
SatNav amat famous sebenarnya terutama dalam industri ketenteraan dan pengankutan. Sebelum ini aku tidak pernah ade angan-angan memiliki gadget ini, namun apabila merantau ke negeri orang ini awek terbaik menemani kami sekeluarga bercuti...awek!!!..sebab suaranya sedap...
Sebenarya dalam setiap masa terdapat isyarat dari satelit ke bumi yang kita dapat secara percuma jika kita ade GPS receiver. The GPS is a worldwide radio navigation system formed from a constellation of 24 satellites and their ground stations. Ha...ade 24 satelit yang buat cross checking dengan Markas di bumi untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Selepas data yang diterima daripada satelit dilakukan mathematical manipulation oleh GPS receiver, ia akan di hantar ke komputer untuk memaparkan :-
Koordinat kita,
Kelajuan kita
Ketinggian dari aras laut
Time & Date
Etc
Komputer ...dalam erti kata lain satu SatNav sendiri...maka dapatlah kita apa yang kita lihat.

Nuvi 1340


Ini nak berkongsi cerita; Apa sebenarnya di hantar ke komputer sebelum keluar pada display. Mudah aje.. format dia dipanggil National MaritimeElectronics Association(NMEA)...ini dia cth format:-
$GPGGA,123519,4807.038,N,01131.000,E,1,08,0.9,545.4,M,46.9,M,,*47
GGA                   Global Positioning System Fix Data
123519               Fix taken at 12:35:19 UTC
4807.038,N        Latitude 48 deg 07.038' N
01131.000,E       Longitude 11 deg 31.000' E
1                         Fix quality: 0 = invalid
                               1 = GPS fix (SPS)
                               2 = DGPS fix
                               3 = PPS fix
                               4 = Real Time Kinematic
                               5 = Float RTK
                               6 = estimated (dead reckoning) (2.3 feature)
                               7 = Manual input mode
                               8 = Simulation mode
08                    Number of satellites being tracked
0.9                   Horizontal dilution of position
545.4,M           Altitude, Meters, above mean sea level
46.9,M             Height of geoid (mean sea level) above WGS84 ellipsoid
                        (empty field) time in seconds since last DGPS update (empty field)       

                      DGPS station ID number
*47                   the checksum data, always begins with *

Kein panic(bahasa German).....jgn panik....semua ni mula saya belajar semasa projek PV di Deutshland. Biasala..siapa nak ajar periuk nasi masing-masing..... but sebenarnya mudah aje....so kalau pi melawat kapal laut banyak dia orang pakai GPS as one of their redundant system.

Bila balik, GPS ini dah mahir dan mula terlibat dalam projek... reverse engineering software periuk api. Masa ini knowledge lagi berkembang. Last projek paling best...dengan ilmu yang ade ni dapatla bantu company melayu yang mudah aje di tipu oleh what so called Consultant from Oversea... panas hati...dia just spend beratus ribu atas apa yang dia tidak pasti. Namun sikap orang Melayu ini bila mat salleh putih kelentong, depa sign aje......
Melencong sikit, tetapi ini pengalaman perjalananKu. Biar kita mengambil iktibar di atas segala sesuatu yang telah berlaku. Supaya next time we are not called orang-orang yang bodoh or saja-saja membodohkan diri........ triple meaning tu. Sambung balik...cite tadi, bila saja aku propose&demo sekali apa yang aku discover, then baru bos tau... sepanjang la ni kena tipu aje.
Pendekkan cite, aku take resposibility to reverse engineering sistem TACNAV  dan yang penting deliver tu........daripada design sistem hardware, software dan testing. Semua tu orang Melayu buat.... kecuali kos-kos murah kita bagi kat bangsa lain la........mana boleh share kan...this is our privacy ma. Tuan-tuan nak tau..aku jumpe company Europe buat sekali hardware&software....nearly Euro10K pcs. Kira-kira la..... kami pakai 12 pcs..+.spare.... kira sikit 10Kx5x12; belum masuk customization.....bayangkanla....so kami buat tak sampai 100K hardware....software buat 1 semua boleh pakai..... tuptup habis projek....macam-macam orang nak tau....... dah tu.....kalu dapat 2x setahun naik pangkat ok juge kan........ tak siapa nak appreciate....yang best....infact aku sendiri pun tak percaya boleh siap dalam 1 tahun..... but itulah pengalaman. So itulah sebenarnya berlaku dalam syarikat-sayrikat konglomerat, dia orang dapat projek senang-senang. Hire sana, beli sana...last-last margin ciput.... Menang lagi projek...beli lagi.... oversea... so macamana nak develop human capital. Sebab yang jadi bos tu...tak pernah terlibat dalam development....kalu nak mengarah ..anak kita pun bolehkan.... Tak apa itu rezeki dia orang, tapi you all as a tax payer should be more consent....aku takpa la....tak bayar cukai lagi....heheheh...



                      
Complex GPS

  

Output from reverse engineering of complex GPS

Berbalik ke GPS, sekarang kos SatNav boleh dikatakan murah. Beli and pasang.....pada kereta.... nak buat sendiri pun tak ade masalah....bagi final year projek pada student..... future SatNav dia akan ade 3D building, meaning whenever you see the display it's almost similiar to the real view. Harga mampu milik...jika skip 50 kotak rokok...dah boleh beli....

Ok..... cuaca pun mendung di pagi jumaat...nanti nak solat kat JR Hospital....pelik..hospital pun ade buat solat jumaat....itu yang perlu umat islam sedar bile berkelana...... kat Msia...masjid sebesar-besarnya...tapi... tak pi jumaat juge......Wassalam









Saturday 16 October 2010

Aktiviti-aktiviti awal di Oxford

Pelbagai program yang telah dirancang sepanjang berada di bumi UK ini. Ia boleh dirangkumkan kepada 3 fasa:-
A-Hal-hal pengurusan seperti pendaftaran ke University,sekolah anak-anak,rumah dan solat serta, produk halal
B-Pengankutan, perlancongan dan ukhwah
C-Pekerjaan or 'income'

Selepas 3 fasa ini, kehidupan boleh dikatakan normal.Insaallah.....
[A]
1-Mulanya dengan pendaftaran wife di John Radcliffe Hospital(JR). Penyediaan pas, prosedur dan info-info penting.
2-Seterusnya membuka akaun bank untuk transaksi scholarship. Penting!!! perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Jabatan mengatakan anda berkhidmat di situ. Surat tawaran awal tidak di layan, terpaksa berulang-alik ke bank ....dengan berjalan kaki, nasib baik cuaca masa itu begitu nyaman belum sejuk. Bank akan charge kita depend 5-8GBP....setiap bulan....boleh claim balik ke niiii!!!!
3-Kenape penting akaun bank ini; sebab dengan kad debit yang ditawarkan amat berguna untuk melanggan internet, membayar bil-bil(air,api,gas,council) dan oh!! lupa membeli barang dari internet.
4-Mendaftar anak-anak di County Council; memandangkan sessi persekolahan bermula pada Sept. 2010....dan kami tiba pada 6/08/2010, masanya amat suntuk. Mudah sungguh; tak perlu bawa apa-apa hanya isi sekeping kertas dan pilih 3 buah sekolah yang berhampiran or cathment area. Alhamdulillah...untuk 2 orang anak yang ke New Marston Primary School ada kekosongan. Seorang dalam Foundation dan satu lagi dalam Year4. Ingaaatttt!!!!!!!! kelas bargantung kepada date of birth; which month your kids are born. Cut of period is 1st September. Anak ke2, born in March and in 2010 he is 8yo, but since he born in March he will join Y4. But his younger brother born in 25 Sept, he is 5yo in 2010. He will be joining Foundation class; fuhhhh.. jika dia masuk Y1 blur giler.... cakap pun tak betul lagi...sian dia.... he has to learn the hard way....hopefully he can overturn the hurdles...

Anak yang ke secondary school...worst scenario, dia lepak rumah almost 1 bulan sebab menunggu penentuan sekolah. Kerana tiada kekosongan, terpaksa di hantar ke Oxford School di Randville Road, tidak jauh dari Manzil Mosque. Ini kira tidak termasuk dalam senarai semasa mendaftar di County Council. Selepas dapat surat perlu pula.... attend 'placement test'... biasale....huru-hara, oral test Miss tanye ayah dan emak kerja apa dia blank. 1st week, I hantar dia sampai ke depan sekolah sebab perlu transfer to another Oxford bus: 13 <-> 5. Now after 2 weeks dia bisa mengatur langkah sendiri...trained him to be more independent and responsible at the age of 11yo. Sudah pandai balik guna U5-Oxford Brooke University bus. Nasib tambang bagi umur di bawah 16yo, untuk ZoNe A hanya 28GBP untuk 28days...naikla...berapa kali.......Beli kad
'KEY' di Debenham, tkt3 ....di Magdalen Street Oxford OX1 3AA. Jimat.......

My Recommendations:-
>>Once you guys confirmed your home address in Oxford. You can apply online to select which school your kids will be studying. http://www.oxfordshire.gov.uk/wps/portal/publicsite  ...Find:school admission
It's good to secure a place at a prestige goverment school... they can improve English especially....slang and pronouncation. Itu jika gomen school...ade juga fully private school or islamic scol http://www.iqraschool.org.uk/

.....Nanti kita sambung topik [A] utk rumah dan produk halal serta solat...nak solat...jam 0600 dah maghrib....lepas tu nak pi ambil printer plak....ummmm!!!

Tuesday 12 October 2010

Hari pertama di oxford

6 August 2010-Jumaat
Bila pesawat mendarat turun di bumi UK.... bermulalah satu sejarah baru dalam ...diari kehidupan. Manakan tidak....bekerja selama 14thn, tiba-tiba aje memilih untuk jobless. Tetapi itu jalan terbaik sebelum tiba-tiba diberhentikan kerja. Namun pengalaman berada di perantauan 17bulan sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar Apa erti sebenar berkalana ke Eropah ini.

Kami selamat mendarat lebih kurang 5.45 pagi iaitu 10 minit lebih awal daripada jadual penerbangan. Semasa ingin keluar dari pesawat terdapat 2 orang polis menaiki pesawat dan mengekori seorang pemuda turun, apa kes nya……
Semasa beratur di laluan imigresen kami tiada menghadapi sebarang masalah, semua peringatan yang diberikan seperti menyediakan laporan X-ray telah dibuat sebagai langkah berjaga-jaga. Alhamdulillah kami terus mengambil bagasi dan mencari laluan ke Terminal 5 dari Terminal 4 di mana pesawat MAS mendarat. Untuk ke Terminal 5 kami perlu menaiki train, ahhhhhh!!!!!!!!!..... kena memunggah bagasi yang banyak ke dalam train sebab troli tidak di terima. Aku sempat bertanya kepada seorang petugas train yang berada di situ, katanya dengan laju…… Kami mengambil train ke Terminal 5, tetapi apabila sampai ke platform Terminal 1 kecelaruan berlaku. Aku sempat bertanya kepada minah salleh samada to get off or remain on this train,….i thing you should remain. Rupanya train ini balik semula ke Terminal 4,….ahhhh jumpa balik petugas yang memberikan panduan. Apabila train tiba ke Terminal 4, penumpang tidak di benarkan masuk selagi pemeriksaan keselamatan di lakukan oleh petugas train. Beliau sekali lagi memaklumkan kepada kami dengan sedikit nada marah, you should get off the train and remain on platform 1. Trip kedua kami sampai ke Terminal 1, kelam kabut memunggah bagasi ke luar….uhhhhhh dan seterusnya bila train ke Terminal 5 tiba, memunggah balik ke dalam train. Boleh tahan juga, tapi alhamdulilllah kudrat masih ada walaupun kepenatan perjalanan masih terasa, begitu beberapa hari sebelum perjalanan berkemas rumah dan menyelesaikan urusan penting. Itu sebabnya kena mempunyai tenaga yang cukup apabila merantau, dan perantau selalunya mempunyai daya juang yang tinggi untuk menghadapi segala rintangan yang mendatang tidak menentu.
                Apabila tiba di Terminal 5, kami ke bahagian Arrival dengan menaiki lif yang pada awalnya tercelaru juga. Bila tiba di bahagian Arrival matlamat kami ialah mencari bas ke Oxford di platform 11 dari lapangan terbang Heathrow. Aku membiarkan anak-anak tinggal bersama emak mereka sementara aku mencari laluan ke bas. Setelah jumpa aku pun menelefon Rozie pelajar Phd di Oxford yang menjadi rujukan kami bermula dari mengenalpasti rumah pengginapan sehinggalah kami sampai ke Oxford. Lebih kurang jam 7.50 pagi kami menaiki bas ke Oxford yang mengambil masa 90minit dengan tambang sehala 20 pound untuk dewasa dan 10 pound untuk kanak-kanak di atas 5 tahun. Aku membayar sebanyak 80pound, kemungkinan terlebih bayar 20pound disebabkan 2 anak aku masih di bawah 5 tahun. Apakan daya, inilah perkara-perkara yang perlu diteliti untuk mengelakkkan wang dikeluarkan berlebihan kepada orang lain. www.oxfordbus.com.uk . Destinasi kami adalah Thornhill Park&Ride yang mana Rozie dan Keluarga akan menjemput kami. Ada seorang pemuda yang bersungguh-sungguh ingin membantu kami, bermula dari menaiki bas sehinggalah memindah barang di Thornhill P&R. Budaya ini masih wujud walaupun UK banyak menerima kejutan budaya moden yang adakalanya menguris hati kita.
Setiba di Thornhill kami menunggu lebih kurang 15 minit yang mana Wan suami Rozie membawa 7 seater teksi untuk kami. Apa lagi semua begitu ghairah ke destinasi kami Copse Lane, Marston, OX3 0AU, Oxford. Perjalanan mengambil masa 30 minit dengan bayaran 12pound, ok la kiranya sebab isteri menganggar berapa yang perlu di bayar. Pak Khurshid tuan punya rumah tidak dapat menjemput kami kerana ada hal penting yang perlu diselesaikan. Dalam pukul 9.30 pagi kami sekeluarga sampai ke teratak kami di Oxford dengan kontrak selama 1 tahun dengan bayaran 950pound sebulan. Rumah ini ada 3 bilik. Alhamdulillah tempat kami berteduh untuk mengharungi perjalanan 21bulan kami ke Oxford. Rozie ada memasak kari ayam sebagai juadah kami mengisi perut, al maklumlah cuaca dah sejuk. Setelah siap mengangkat bagasi ke dalam rumah aku sempat merebahkan kepala di atas katil sambil berselimut, sejuk….. suhu di sekitar 19-20 celcius. Wan berpesan, dalam jam 1300 dia kan menjemput saya untuk solat Jumaat pertama di bumi Oxford.
Tatkala 2 jam merehatkan badan yang separa letih aku bangun pada jam 1200. Sebelum tidur tadi telah pun aku ketahui bahawa ada kari ayam dari orang Oxford, nantilah aku mahu berehat. Baru aja membuka mulut, isteri aku terlopong mulutnya. Semua habis di kerjakan oleh anak-anak, lapar kata mereka tambah lagi sedap pulak….hemmmm. Bukan rezeki di pagi Jumaat ini… aku pun jamah apa aje sementara menunggu Wan datang.
Lebih kurang jam 1300, Wan sampai bersama 3 kawan yang lain Amir, Din,xxx. Amir juga mengikuti isteri ke sini membuat Phd. Sebelum ini di kota London untuk program sub-specialist selama 1 tahun. Din kahabarnya telah 6 tahun di sini, mesti Otai tapi masih lagi muda. Solat Jumaat di Central Mosque, ManZil, Oxford cepat khutbahnya, majoriti di datangi oleh warga Pakistan. Selesai solat kami terus pulang ke Oxford sementara menunggu Pak Khurshid jam 1530. Pada awalnya aku ingin ke kota Oxford mencari makanan seperti ayam dan daging tetapi Pak Khurshid akan memaklumkan perihal rumah. Pelbagai peringatan dan tunjuk ajar diberikan kepada aku mengenai rumah beliau sehingga selepas itu aku naik pening dan terlelap semula selepas mengambil Panadol. Itu antara ubat-ubatan penting untuk yang perlu disediakan jika berada di perjalanan.
Pak Khurshid menyediakan pelbagai makanan ringan dan dapur kepada kami sebagai bekalan sementara. Alhamdulillah syukur sekurang-kurangnya kami dapat menstabilkan diri dalam 2-3 hari sebelum dapat membiasakan diri kami di Oxford. Aku masih tergiang-giang harapan dan kepercayaan yang telah diluahkan oleh Pak Khurshid terhadap orang islam Malaysia dan Turki yang menurut pengalaman beliau boleh dikatakan first class. Patutulah ungkapannya begitu, kerana rumah sewanya sebelum ini diduduki oleh warga British yang berkahwin dengan pemuda palestin. Ada isu sehingga dinding rumahnya di ketuk-ketuk dan dia terpaksa membelanjakan suatu jumlah yang besar untuk memperbaiki segala kerosakan.