N3 kali ini meneruskan saki baki hari2 di Isketambul utk bershopping. Setelah 6 hari maka sudah serba sedikit tahu seleok belok perangai penjual d sini.
Malaysia Bagus, saya suka Malaysia, truly muslim. Pelbagai kata2 manis utk bodek pembeli.
Mula2 kami sekitar stesen tram Cemberlitas yg berhampiran dgn Grand Bazar. Di situ banyak kelihatan penjual lampu Ottoman yg amat cantik. Just nak share tips mengenai sedikit sebanyak yg tahu mengenai lampu tersebut:-
- 2 jenis, china Glass or turki glass
- <Turki glass penjual akan berani berdiri di atas lampu tersebut & tak akan pecah>
- Pelbagai jenis material struktur lampu itu; iron, kumprum,etc
- <Iron murah sebab akan berkarat...>
- Bergantung brape banyak lampu yg ingin 3,5,7,9,13
- Saiz lampu; kecil or besar
- Jenis lampu; gantung,dinding,meja
- Harga; kena tawar gila2 smpai dia marah....aha sebab terlalu tinggi
- Sebagai rujukan aje;jika China glass lebih murah.
- Candeliar or gantung
- Turkish:7-9 lampu sekitar 400-600TL. So tawar2 le...
- 13 lampu: 800-900TL
Lampu Meja:
- 1 biji dlm 35 TL, kami dpt beli 20TL
But jika beli lampu2 ni beli le glass sebagai spare 3-4 biji, in case jika pecah tak tertinggal togel bulb aje.....ini cadangan...
Promosi kedai ni..boleh tawar menawar.... cool compare dr yg kedai lain
Cantik2...Pilih2....
Glass yg pelbagai corak, bila dimasukkan lampu begitu cantik
Pening mana satu pilihan kalbu
Habis aje lampu ni kami semula ke masjid sebelah Grand Bazar utk solat. Sandarvi aka tempat wuduq kali ini kami jumpa ade menyediakan air panas. Wow bestnya...
Selepas solat kelihatan 2 pelapis bantal berada di bawah pundak anak. Sapa bg ni plak tanya ku, tak atok tu kata anak2 sejuk dok atas tangga.... so dia letak...
Yg menarik d sini, masjid2 dikunjungi bkn sahaja utk solat tetapi juga pelawat yg bkn beragama islam. Mereka bebas masuk utk mengambil gambar2 di dalam masjid sekitar kws yg dibenarkan. Bkn shj di Blue Mosque malah rasanya di semua masjid. Jika d Blue Mosque tu aku perhatikan telah disediakan tudung & kain utk membaluti tubuh bg mereka yg memakai pakaian yg kurang sesuai. Namun masa winter ini most of tourist berpakaian amat terlalu sopan kerana faktor suhu yg di bawah 5C.
Ini yg berlaku di Masjid Putrajaya apabila begitu ramai yg dtg utk melawat masjid tersebut dan menggunakan konsep yg sama. Semoga lawatan ini memberi sedikit gambaran kepada pelawat bagaimana umat islam bersolat.
Setelah selesai kami tercari2 atok itu utk memulangkan cover kusyen.
Come!!!! Malaysia good muslim(dlm slang US)
I saw ur kids outside, it's cool
Let come to my place, i will order you Cay
It's ok
No..no, Malaysia is good muslim
Money come money go...
Friendship is forever....
Blah2....lagi
Sambil menunjukkan gambar Tun Mahathir
Lets come to our another shop.....
We know who you are.... .. we should be a good muslim in all aspects
Then dia start buka cadar....1 by one....ceng ceng...
Ini stail penjual di Turki..... mungkin d Malaysia pun sama utk nak tarik pelanggan.
Tapi setelah agak lama juga kehidupan d UK, kami agak kekok utk melakukan tawar menawar sebab sudah terbiasa dgn fixed price. Itu perbezaan yg amat ketara dgn cara kehidupan antara penjual dan peniaga. Namun aku berpendapat meletak tanda harga ini lebih baik utk mengelakkan pergaduhan or tidak puas hati dr mana2 pihak. Fixed price ini bagus jika ade yg pantau utk mengelakkan harga yg amat terlampau. Bg konsep tawar menawar ini bg pembeli akan cuba mendptkan harga termurah mungkin.
Bg d Turki ini perlu tawar sedaya yg mungkin. Berbalik kpd penjual cardar tenunan it, dia letak harga permulaan 1000USD utk 1 king size dan 1 single bed. Bayangkan.... berapa kita nak tawar. But itula yg selalu terjadi....kadang2 mereka nak dlm EURO.... so berhati2.
Sebenarnya, kami menjangkakan barang2 d sini murah. Tetapi apabila di kira cost of food pun begitu amat tinggi dan jika tersalah kedai kita akan membayar kos yg melebihi di UK tetapi dr segi kuantiti masih berbeza. Aku teringat makan di Oslo yg sepinggan dlm 14 Norwegian Kronor may be sekitar 16 pound tetapi dgn 2 pinggan dah boleh d makan oleh 2A 4C. Tetapi di Turki dgn 14TL masih terasa lapar.... bg anak yg makan. So base on pengalaman, jika ramai kena cari kedai makan yg simple dan sedikit d luar kws main tourist attraction. Yg mana kami akhirnya jumpa dgn 15GBP cukup utk memuaskan hati kami sekeluarga. Disini juga kebab yg di jual dgn menimbang dagingnya. 50g utk 3TL(RM6) kebab hanya kecik kemetot aje. Yg menarik juga penimbang mereka.... kompleks betul cara nak jual kebab. Jika di UK especially di Swindon yg pernah kami kunjungi dgn 3GBP boleh mkn 2 org smpai terasa senak perut.... kekenyangan
Sekumpulaan jemaah Umrah Malaysia sebelum ke Tanah Suci singgah sebentar di Istanbul
Gambar sekitar Spice Bazar, sebenarnya banyak gerai menarik di sekitarnya yg amat menarik utk pelancong. Pelbagai manisan dan kekacang yg di jual pada harga yg sedikit lebih murah drp dalam Bazar.
Tiba2 Amat menjadi peminat jagung
Kedai menjual Turkish Cofee, ramai yg beratur...
Nampak menarik, tak sempat nak cuba
Katanya taukeh org Melaka.... or Baba tu asalnya drp Turki!!!!
Suasana malam yg menarik
Kami ada juga menaiki train ke luar sedikit drp Sultanahmet tapi kebanyakannya kedai2 pakaian yg juga menarik utk dilawati. Namun adalah memadai utk hanya berada sekitar Eminonu, Sultanahmet, Camberlitas atau sehingga Kabatas.
Oleh kerana kepenatan kami menyewa teksi dr Eminonu ke apartment. Yg menarik teksi boleh sumbat kami ber6 dlm kereta yg hanya 5seat, jika di UK for sure kena sewa 2 keta. Bayaran 30TL, jika dgn train hanya 6TL utk 3org then yg tak tahan nak berjalan lagi 20minit dgn barang-barang yg banyak. Kebetulan tempat pemandu teksi itu parkir merupakan kws larangan dan apabila siren kereta polis peronda melalui kws itu beliau mengerakkan keta dgn pantas. Semasa kami nak bg tahu bersetuju dgn harga tersebut, dia sudah tiada. Sebuah teksi lagi yg berada di hadapan kami dgn pantas membuka bonet utk menerima kami. Tiba2 pemandu yg sebelum ini dtg dgn hanya mereverse kereta dgn pantas. Aha..... ini kelakar, dgn muka lucu dia dtg. Kwn beliau yg cuba mencuri pelanggan tadi nampak sedikit kecewa. Itu gelagat di Istanbul. Aku sempat bertanya, bagaimana jika polis dtg. Money2... Money2 sambil tersenyum....... masing2 boleh membuat tafsiran sendiri.
Salam en Badrul,
ReplyDeleteKalau nk tgk lampu2 turki boleh lawat gallery kami
Zebra Square, 18&20 Jln Kg Pandan, off Jln Tun Razak. KL
1 row ngan restoran arab Rawsha,
Bulatan Pandan.
Kami Perca & Lamba cawangan dari Istanbul. Menjual lampu turki, chandelier dan jugak handmade carpet
016 4104916 Sayuti
016 3721030 Raden