Saturday 27 July 2013

Ramadhan 2013-Berbuka

Pantas masa berlalu......
Blog ini amat jarang dpt ruang utk dikemaskini, insaallah akan di atur perjalananku agar dapt memberi manafaat kpd pembaca

Ramadhan 2013 hampir separuh berlalu, pantas masa meninggalkan kita. 
Yang pasti pengalaman Ramadhan di luar negara telah banyak mencorak Ramadhan kami sekeluarga. Ini yang akan dikongsi dengan pembaca kali ini.

Jangka waktu
Memang tatkala ini sahabat2 yg berada di  Eropah & Benua Amerika akan mengambil masa 14-16jam utk menunggu waktu berbuka. Sungguh panjang!!! kan 
Tetapi rasanya kekeringan tekak tidak pasti sehebat di Malaysia. Ini kerana cuaca masih tidak sepanas di tanahair.
Cuma utk menguruskan sahur dan masa makan yang singkat memerlukan sedikit pengorbanan.



Masih teringat 2 Ramadhan yg lepas, menu sup ekor yang dimasak dlm Les Cruset dan dihidangkan selepas tarawih di Wolfson College. Alhamdulillah, saja membawa kelainan. Di makan bersama roti, aduhai enaknya. 

Especially utk adik2 bujang kita. Agar mereka terlepas kerinduaan Ramadhan di tanahair.





Berbuka
Suasana berbuka di Malaysia memang teramat mewah, sebut saja. Semua ada. PEnuh or tak cukup semeja. Itu menjadi trend or budaya org Islam berbuka di Malaysia.

Tetapi bila berkelana di UK, baru tersedar itu semuanya membazir. Banyak mana kita nak makan. Sebesar mana perut yg ada dan ingin diisi.
Kami semasa di sana hanya menyediakan 1-2 lauk, nasi(udah mesti) dan air. Kadang2 ada la kuih, samada buah melaka, apam balik, agar2 yg simple. 

 Itu pun sudah cukup utk mengisi perut. Malah lebih dr cukup utk mengharungi berpuasa di bumi asing.
Budaya ini telah menjadi acuan amalan berbuka kami semenjak 2 thn. Tiada lagi pasar Ramadhan utk di kunjungi(jangan marah ye peniaga). Tapi itulah realiti, kita di Msia ini terlalu mewah dgn pelbagai juadah yg teramat banyak sehinggakan membazir.
Alhamdulillah, budaya serba sikit utk berbuka ini akan menjadi budaya baru dlm family kami.

Miss la air tebu... but alhamdulillah, kurang sakit tekak