Friday 31 December 2010

Imbasan 2010

4 jam lagi 2010 akan melabuhkan tirai. Mungkin juga ini tulisan terakhir 2010, jika masa tidak mengizinkan. Tahun 2010 terlalu banyak mencatatkan sejarah dalam kamus kehidupanku. Bermula dengan planning ke UK, seterusnya meninggalkan alam pekerjaan setelah hampir 14 tahun bertungkus lumus mencari ilmu dan sesuap nasi untuk keluarga dan pemergian ibunda isteriku ke rahmatullallah.

Semuanya menjadi simpanan dalam diari kehidupan perjalananku. Aku perlu lebih kuat dan bijak menempuh hari-hari mendatang agar segala perancangan masterplan mencapai objektif. Semoga 2011 di murahkan rezeki, mempunyai kesihatan untuk terus bernafas,di lapangkan fikiran serta lebih mendalami islam dan mencapai sebuah keluarga bahagia. Auf weidersehen...selamat tinggal 2010. Willkomen...selamat datang 2011.Alhamdulillah

Muhammad Faiz Najmuddin

Hari terakhir 2010 ingin berbicara mengenai anak ke-3,....Muhammed dipanggil di New Marston Primary School. Pada awal persekolahan dia hanya termangu-mangu belajar dalam English. Namun selepas 2-3 bulan bersekolah, dia sudah mula bercoleteh dengan teman-teman beliau. Entah kadang-kadang aku sendiri pun tidak mengerti apa yang dipertuturkan.
 
Minatnya terhadap komputer dan games menjadi medan dia belajar. Tahu ajelah cakap Melayu pun masih belum fasih inikan pula membaca. Namun aku percaya dia seorang anak yang berdedikasi, jika ada homework dia pasti mengheret aku meminta aku membantunya. Sekarang.... itu ayat yang acapkali digunakan beliau.

Dia begitu cepat mempelajari komputer, dari games, surfing, PowerPoint dan bermacam lagi. Amat telah pandai membuat presentation dalam PowerPoint siap sekali dengan animations. Kami sungguh kagum, apa abang-abang boleh buat, dia pasti akan cuba melakukan.

Kegemaran seterus terhadap football or fussball atau bolasepak. Torres menjadi mainan di bibirnya, yang aku kagum dia sudah boleh sendiri surfing mencari gambar Torres, Raul..... 
Amat bersama kakak-kakak Oxford
Mengidam XBOX 360

Namun seminggu sebelum cuti sekolah dia deman dan batuk. Kesian tengok keadaan dia tetapi amat tidak langsung merenget. Hampir seminggu dia batuk dan terlantar di katil, makan pun tidak. Badan skinny cuma bertahan minum air. Namun aku amat kagum, dia melawan penyakit tanpa menangis. Alhamdulillah setelah seminggu dia semakin sembuh dan kembali dengan senyuman serta gurauan yang lebih nakal. Tambahan lagi dengan gigi rongak menyerlahkan lagi kenakalannya.

Membina semula pipi 
Cantek senyuman Amat...... bersama baju kegemaran
 
Cuti krismas dan tahun baru sudah hampir ke penghujung, sudah tiba masa bersekolah. Yang pasti Amat lebih bertenaga, bersemangat, dan nakal mengharungi 2011.All the best!!!!

Thursday 30 December 2010

NHS v2

Apa nak jadi ni, almost 2 weeks anak bongsu belum hilang batuknya. Even sudah bagi ubat dari farmasi, tapi belum lega. Badan dah keding, 2 minggu tak makan tinggal rangka aje....skinny. Bukan itu aje, kami pun for the past 2 weeks tidoq malam pun macam ayam, kadang tu dia menangis subuh, batuk berterusan dan macam-macam lagi.

So nekad ke NHS medical centre untuk mendapat rawatan secepat yang mungkin. Sekitar 1030 sampai,
Me:Morning, I would like to make an appointment for my kid. Mr. D.
NHS: Can I arrange it next week.
Me:Nop, my son have been coughing for the past 2 weeks. Indeed he unable to sleep at night. Can I see the doctor today.
NHS: Oh!!!, does he has a fever.
Me:Yes, last week. But at moment he doesn't has any more fever but still continuosly coughing.
NHS: He is 2 yo and 10 months. Ok, you can come around 11.30am today but you might need to wait.
Me: That's good. Thanks a lot. Bye

Lebih kurang begitu skripnya. You must tau pusing-pusing untuk mendapatkan sesuatu. Good luck.

UK Driving License

Hari ini menjadi sejarah dalam perjalananku, 30 Dec 2010 aku berjaya memiliki UK driving license. Setelah hampir 5bln menetap di Oxford, aku telah hampir mencapai  kesemua milestones yang aku tetapkan dalam masterplan my journey in Oxford. Apa yang penting telah dicapai tu:-
Mencari sekolah anak-anak
Mendaftar NHS
Membeli kereta
Mendapatkan lesen memandu UK

Ah!!!, itu aje main task completed. Selepas pekena nasi ayam utntuk dinner, hampir lupa pula apa yang ingin di tulis. Maklumlah jarang dapat makan sedap-sedap dengan kuah kicap bercili api.....peh!!!! sedap tu.

Untuk makluman yang berkelana di UK, lesen memandu Malaysia dan international diterima hanya untuk setahun selepas anda pertama kali mendarat di UK. Selepas 1 tahun, jika kena tahan dengan pak polisi.... anda boleh di dakwa. So I'm thinking ahead......after reading blog, talking to OTAI-OTAI di UK and the rest is history.

Tuesday 28 December 2010

NHS di Oxford!!!!!

Salji semakin mencair, tapi aku belum sempat bermain snow. Mungkin ade peluang kedua, insaallah. Lagipun cuaca sejuk sekitar -9C ke 0C sungguh memeritkan dalam 1 bulan yang lepas. Anak bongsu aku masih lemah, setelah seminggu terbaring di sebabkan batuk dan deman. Sekarang sudah makan sikit-sikit dan berminat untuk bermain PSP, semoga minggu ke-2 ini dia semakin pulih dan normal seperti biasa. Alhamdulillah De'longhi Convector Heater 2KW yang baru di beli banyak membantu, terutama bila tengah malam suhu merudum negatif.

Berbalik ke topik perbincangan, mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan di Oxford. Sebagai sebuah negara maju, sudah pastinya sistem rawatan perubatan....namun jika anda berhijrah ke sini perlu tahu segala trick. Kebetulan anak ke-4 aku mengidap asthma, maka perlu ubat standby setiap masa: Ventolin.

Apabila menetap di UK anda perlu mendaftar dengan National Health Service(NHS) mengikut cathment area, seperti klinik kesihatan di Malaysia. Namun medical centre ini hanya boleh dikunjungi dengan membuat appointment, tak boleh terjah datang je...tau.

Aku sudah banyak kali ke medical centre ini, sebab percuma. Siapa kata...sebenarnya kita telah membayar cukai bulanan, seperti kami disebabkan wife melakukan training maka kami tidak dikecualikan cukai. Rawatan bertemu doktor percuma, tapi ubat perlu di bayar bagi yang berumur 16 tahun ke atas. Boleh tahanla!!!!!!!!!!

Doktor-doktor di sini bagus tapi amat payah betul nak bagi ubat. Anak ke-3(5 thn) yang batuk dan deman hanya diberikan paracetamol. Kalau di Malaysia tu siap dengan antibiotik, vaitamin.....macam-macam ade. Kebetulan masa jumpa doktor terlewat 10 minit, so staff nak reschdule the appointment....masa ni kena belajar story sikit....kata my son has been coughing for almost 2 days and he can't sleep at night....barula dia nak slot in. Kena la tunggu 30 minit dengan budak batuk tak henti-henti, yang risau takut dia termuntah aje.

Memang bagus agar anak-anak ini to build up their antibodi, but you know kadang tu kesian budak itu terbatuk-batuk. Kalau anak besar kita boleh memahami but bagi yang di berumur 6 tahun ke bawah...... tidur malam pun tak lena. That's the part and parcel as a parent.....

Moral of the story, you should be able to convinced the NHS personnel especially the front desk...

Sunday 26 December 2010

Online

Zaman internet banyak mengubah cara hidup kita, dengan connection 20Mbps semua hanya di hujung jari. Dari shopping, bayar bil, transfer duit, menonton Barclays or Piala Suzuki semua boleh di capai dengan pantas dan mudah.  http://www.footballstreaming.info/



Namun kita perlu berhati-hati adenya malware dan hackers yang mencari loop holes untuk menerobos masuk. Suatu ketika dalam 2 bulan yang lepas, my wife yahoo email had been hacked by alient, it's fortunate since the hackers chatting with me in middle of the night. In fact my wife is in the kitchen, ........... beware...

Harga Petrol di UK

Lama tidak mencoret sesuatu dalam blog ini. Sudah hampir dekat 2011, hanya beberapa hari. Kelibat snow sungguh memuaskan hati anak-anak. Namun mereka belum puas hati dan masih menunggu untuk terus bermain snow. Tunggu!!!!!!!!

Kali ini ingin berbicara pasal harga petrol di UK yang senantiasa berubah setiap ketika malah juga berbeza di setiap stesen minyak. Jadi perlu bijak memilih stesen mana yang ingin dikunjungi, alah jangan risau...........kita boleh layari     www.petrolprices.com
Cuma masukkan poskod dan register......