Sunday, 25 December 2011

Pengembaraan Cruise dr Hull ke Zebrugge

Kali in N3 ingin berkongsi pengembaraan yg berlainan sedikit drp apa yg kami lakukan sebelum ini. PerjalananKu kali ini secara berkumpulan seramai 181++ menaiki cruise P&O Ferry dari bumi Hull(UK) ke Zebrugge(Belgium). Program ini merupakan anjuran Kelab UMNO HULL yg disertai oleh semua lapangan masyarakat Malaysia yg berada di UK, malah juga Republik Ireland.

Majlis dirasmikan oleh Lord Mayor Collin drp HULL yg turut dihadiri oleh TYT Persuruhjaya Malaysia ke UK/Eire iaitu Datuk Zakaria Sulong. Program Excel Cruise 1M ini juga disertai oleh penceramah undangan Ustaz Amar atase Agama-EM dan Timb. Mufti Kedah-Sheikh Marwazi.

Program bermula pada 20/12 -9am utk pendaftaran. Kami bertolak dr Kampung Oxford sekitar 6.45am selepas solat subuh. Semua org teruja kerana pertama kali kami menggunakan cruise, malah berdebar2 juga takut mabuk laut. Tambahan tidak sempat membeli sebarang ubat mabuk laut. Perjalanan memakan masa sekitar 4jam, dan kami tiba sekitar 10.30am d HULL.

Ramai yg telah smpai dan mendengar ceramah drp penceramah jemputan. Ini begitu menarik skali, tambahan majlis diadakan di Guidhall Hull City Centre. Biasa la kalu masuk bgn mereka penuh dgn gambar2 ratusan tahun yg merupakan himpunan sejarah HULL yang suatu ketika dulu bandar pelabuhan di Nort East England.








Antara landmark HULL, iaitu Humber Bridge. Kami dah dekat nak sampai.......







 Kami mendaftar GuildHall @ Hull City Center. Ramai juga org lain yg booking bilik di situ





Saudara Pengerusi Kelab UMNO HULL, En. Nazri 



 Lord Mayor Hull



Lord Mayor menerima cendehati drp Kelab UMNO Hull 



 Datuk Zakaria memberi sepatah dua kata


Sebelum berangkat kami dihidangkan dengan nasi beriani dan kari ayam HULL. Pulun apa lagi










Selepas  jam 4pm kami semua bergerak ke Terminal 2 P&O Feri. Selepas mengambil tiket dan sekitar jam 5.30pm kami mula memasuki cruise. Bayangkanlah 180++ group kami ini, maka kira kecoh le...sikit.


UK Border...bersusun kami 


Mula memasuki cruise, kena qqqq 

 Suasana dalam cruise

Saja p di luar deck, sejuk..


 Santai2, sambil Dedek buat lawak




Setelah smpai d Zebrugge kami di bawa oleh bas P&O ke city center Brugge yg terletak sekitar 40minit dgn bas. Penuh aje dgn kami...




Puan Wasitah wakil drp Kementerian Belia & Sukan 








Setelah smpai d city center kami bergerak sekitar Brugge dlm cuaca lembab dan sedikit sejuk. Hujan renyai2 turun, tapi tidak mematahkan semangat kami utk terus berjalan. Ada juga baby yg turut serta ke pengembaraan ini



Memenuhi bandar Brugee, kami je.. 




Kami masuk yg lain pun ikut cari souvenir.... Fridge magnet 




Jaguar...dia kata keta sport 

Berposing d sekitar city centre. Brugge merupakan historic city centre yg di iktiraf World Heritage Site of UNESCO. Kepadatan penduduk sekitar 118K org(thn 2008) dan adakalanya di gelar North of Venice. Brugge dlm bahasa Old Norse Bryggja bermaksud port.


Kami berada sekitar Market Square 












                                                    Berposing di depan train station






Sekitar jam 1pm kami bergerak menuju ke dewan yg telah dibooking oleh pihak penganjur yg terletak sekitar 15minit dr Market Squre. Nasib baik dgn pedoman peta yg d beri, kami hanya bergerak mengikuti jejak yg telah dilakar. Di situ kami telah disambut oleh Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan EU iaitu Datuk Zainuddin yg hanya baru 3bln bertugas. Beliau dgn begitu ramah mesra menyambut kami semua dengan menyediakan Nasi Beriani kambing atau Ayam. Ayuh apa lagi dalm kesejukan tu..... pulun aje. Tambahan juga disediakan murtabak belgium dan karipap dr dapur Datin. Alhamdulillah sedap semuanya.

Selesai makan, ucapan selamat dtg oleh Datuk Zainuddin serta diikuti oleh penerangan 1Belia oleh Puan Wasitah dr Kementerian Belia Sukan yg turut bersama kembara kami. Majlis akhirnya ditamatkan dgn forum Wasatiah oleh penceramah kita. Sekitar jam 4pm kami bergerak ke city centre utk menanti bas ke P&O utk check in sebelum jam 6pm.


 Datuk Zainuddin Duta kita

Puan Wasitah 




Para sahabat yg turut serta 






Berposing sebelum menaiki cruise yg dibelakang itu ke HULL




Jam 5.30pm kami menaiki P&O ferry utk pulang ke HULL. Namun cruise hanya bergerak sekitar 8pm dan tiba 11.30 hari berikutnya kerana terdpt masalah teknikal di Terminal 2 maka terpaksa di divert ke Terminal 1. Bayangkan perjalanan hampir 16jam, namun alhamdulillah gembira kerana ia julung kali diadakan di UK oleh Kelab UMNO HULL.












Bila delay sempat tangkap gambar, jika tidak kami smpai sekitar 8am. Allah lebih mengetahui apa yg baik, hanya hambanya perlu jujur dlm menyusuri bumi ini. 








Semasa berkumpul utk keluar dr cruise 


Cruise ini ade 8 tingkat. Itu terasa sikit beralun-alun bg mereka yg pernah k Amsterdam/Rotterdam yg mempunyai 12 tingkat. But alhamdulillah, semua ok. 





Ada play area utk anak2 menghilangkan kebosanan



Program seumpama ini dapat mengeratkan silaturrahim dgn rakyat Msia yg berada di UK. Dari Southampton sehingga ke Glasgow masing2 ceria terutama anak2. Costa dlm cruise ini penuh dgn org Msia, lagipun harganya sedikit murah. Bagus......

Mungkin ade yg tertanya berapa bayaranya, GBP35 per adult dan GBP15per kid. Ini tambang cruise, makan di HULL dan Brugge. Memang berbaloi!!!!!!!, infact kami hendak ke Spain namun memandangkan tiket flight yg terlalu mahal maka cancel aje dan terus booking ke program ini.

Semoga program sedemikian dpt berterusan walaupun ada pelbagai aspek yg perlu diperbaiki memandangkan ini kali pertama diadakan. Terima kasih pihak pengajur, rasanya Lord Mayor Hull boleh bagi pingat kepada Kelab UMNO HULL kerana mengalakkan industri pelancongan & melariskan teksi dan biz sampingan. Tahniah Kelab UMNO HULL.


** PHOTO kurang jelas kerana Camera Canon yg best tertinggal d TanahMelayu. Akan dpt balik next year..jan

1 comment: