oxford->central car stroge luton->luton airport->Turkey
Ini merupakan peringkat 1 Day1, lebih kurang jam 2.30am kami sekeluarga bergerak dr oxford. Perjalanan ke Central car storage melalu jln Alysbery yg memang gelap sejauh 42miles dan mengambil masa 75 minit. Sebenar cuba juga melalui M40 dan M25 tetapi setelah beberapa kali reroute SatNav masih menunjukkan jln yg sama. Apa daya...
Jln 2 lorong di pagi hari sememangnya cuba dielakkan, jika siang hari pasti cantik, kelihatan snow yg masih memutihi kws2 kampung Alysbury. Mlm2 plak jln ini begitu banyak roundabout yg seakan-akan Magic Rounabout di Swindon. Tambahan mlm2 ni bnyk juga peronda kereta polis. Maka pandu pun penuh berhati2, walaupun dlm suasana yg mengantuk. Jln kampung ni banyak menemukan pekan2 kecil tetapi ade juga Alysbery College yg gah di city centre.
Apabila sampai di Luton tercari2 tempat yg nak parking, mana pergi plak ni....hampir 20 minit terpusing2 mencari2, rupanya central car storage tu telah semalam ada power cut-off. Memamg tak nampak signboard tempat tu...golap aje kws tu.
Setelah handover kunci dlm 5minit minibus smpai membawa kami ke Luton Airport yg hanya 10 minit dr tempat parking kereta. Cuaca pagi begitu amat dingin seingga terasa beku jari jemari kami.. but seperti biasa anak2 masih ceria dan cool. Ini merupakan pertama kali kami d Luton Airport, not bad.....
Selepas 15 minit menyesuaikan diri di airport kami mula check in. Pantas betul, may be sebab jam baru 5 pagi. Then kami terus buat inspection, ini yg lama sikit. Habis talipinggang, kasut kena buka... ini proses yg agak lama juga...very terror checking by the Luton Airport Security. Siap aje almost 6am, penuh betul org dlm lounge. Nak cari tempat duduk pun tiada, kami pun apa lagi hanya bersantai...
6.30am mula solat the multi faith prayer room, ok selesa juga dengan disedialan bilik ablution di sebelah. Begitu prihatin masyarakat British dlm menyediakan ruang utk setiap penganut mengamalkan ajaran masing2. But mostly, ramai org islam sahaja yg berkunjung.
6.50am kami bergegas ke gate 23 utk menaiki pesawat Easy Jet. Penuh betul, bersesak2 org dlm flight. Kami menaiki tangga belakang bg memudahkan dpt seat belakang, tak nak kch dgn bdak2 especially yg kecik sekali. Tiba2 ada plak problem pd pesawat Airbus ini, ruder ade sedikit masalah. Sebenarnya aku begitu keletihan kerana hanya sempat lelapkan mata hanya sejam siang tadi sehinggala ke subuh ini.
Ah!!! biarkan mereka repair apa yg patut, aku terasa kepanasan sehingga hanya tingga jersey Chelsea. Bila sedar2, kami dah nak mula berlepas..... penih salji di Luton Airport dan bila terbang baru nampak keputihan dr atas.....aduhai ini memang menjadi snow di Europe pd Feb sesuatu yg pelik....
Lepas aje take off, senyap sunyi sekitar 30 minit ...tidur semua termasuk Danish.
Seterusnya sampai di Sabiha Gocken sekitar 13.30pm, dan terus melepas Turkey Border yg masam mukany may b keletihan. Tiada plak nak kena isi form seperti apabila memasuki UK, Msia or Indon. Namun sedikit confuse pd awalnya kerena ramai yg beratur juga d kuanter VISA, tak pasti plak mengenai Visa ini.....
Sabiha Gocken Airport->Kardikoy->Eminou->Sultanahmet->Apartment
Lepas keluar dr Sabiha Gocken ni tercari2 bas IET utk ke Kardikoy. Dlm pd ini salji turun mencucurah namun tidak begitu sejuk. Akhirnya beli tiket di kunter IET dgn menaiki E-10 ke Kardikoy dgn hanya 5Lira seorang dewasa. Anak2 tak kena....
1pound sekitar 2.6Lira, so kira 2 pound aje ke Kardikoy yg merupakan hentian bas terakhir yng juga terminal bus di tepi Selat Boshporus atau Marmara. Begitu peik juga snow smpai ke turki di bln feb yg hampir kepada hujung winter. Kira garis laltitude ia terletak begitu jauh di bawah UK& negara Eropah yg lain.
kaunter tiket IET |
tunggu bas E-10, dlm snow.. |
5Lira....per adult dlm 40 minit, 18 stops |
snow kat luar |
Sampai di Kardikoy sudah hampir 15.45pm, anak2 pun dah lapar, so pekena le kebab dgn roti keras. Harga 4Lira satu, bdak2 complaint daging sikit but padan le dengan hargakan. Cay 1.50Lira, tak seperti di UK selalunya free. Lepas habis 4 roti keras, maka terasa x cukup maka order plak 1 roll kebab kiranya roti lembut dlm 6Lira. So total makan pagi&tengahari 25Lira. Lepas bayar bertanya di mana letak Ferry ke Eminou. Suatu yg aku perhatikan bahawa kedai2 ini dibina seperti dalam sebuah khemah tidak ada proper building, walaupun dlmnya agak kemas dan bersih. Memandangkan banyak lampu dan heater terpasang terfikir juga tahap keselamatan kerana 2 komponen tadi begitu mudah mesra utk membakar khemah penjual2 ini, melainkan khemah ini tak lut api seperti khemah2 yg disedikan semasa musim haji di Mekah. Itu terserah, but berdasarkan congakan harga yg di makan...tidak mungkin...
Bergegas kami mencari lokasi feri yg akan merentasi selat Bosphorus dlm snow yg tidak putus2 turun. Harga tiket sekitar 2Lira seorang. Perjalanan rasanya sekitar 30-40 minit dm bot yg ada menjual minuman&makanan seperti ala2 feri Pulau Mutiara. Banyak org order Cay, dlm kesejukan ini. Feri yg kami naiki ini hanya membawa perjalan kaki.
Setelah sampai di Eminou, snow masih turun tidak berhenti... redah2. Kami teraba2 mencari stesen tram utk ke Sultanhmet. Kesemua destinasi ini telah aku study, but biasale bila actual kena tahu mana arah tram tersebut. Dlm pada itu sempat berposing dlm snow yg semakin rancak turun. Begitu ramai penjual2 kereta sorong di jeti feri Eminou yg menjual pelbagai kueh samada donat, manisan2, jeruk,biji apa tu... Ini merupakan suatu pemandangan yg jarang d lihat jika berada di UK. Jika ada menjual kebab di tepi jalan itu dengan kenderaan caravannya yg begitu canggih dan bersih. Tapi di Eminou ni kualiti kebersihan amat dirasakan kurang mencapai standard hygeine. Terfikir mengapa bila sampai ke negara yg majoriti islam begitu kurang prihatin terhadap kebersihan. Sebenarnya aku merasakan SOP yg proper utk penjual jalanan ini amat penting bg memastikan rakyat tidak membeli sebarangan dr penjual yg tidak mematuhi adap dan peraturan kebersihan. Memang penjual2 ni berlesen...bkn berpeleseran.
Utk menaiki tram kami terpaksa menuruni&menaiki banyak anak tangga yg menyebabkan aku sedikit terasa kesakitan disebabkan lugage kami yg 23kg. Macamana nak beli tiket ini, walaupun clear arahan dlm English namun confuse samada bdk2 di charge. Beli aje la...3 token yg setiap satu berharga 2Lira. Stesen Sultanahmet hanya 3 hentian dr Eminou....padat tram menyusuri snow. Turun aje di Sultanahmet mencari arah ke Apartment yg dr asil selidikan hanya 900m. Dlm sibuk2 mencari arah ada plak org nak menjual minyak wangi offer.... aiii, mcm di Msia plak ni. Tak gemor teman dlm sejuk, pening mencari arah.
Sebenarya kami terlupa print direction ke apartment, hanya berdasarkan snapshot drp google maps kami teraba2 mencari arah. Aku la tu...yg ain ikut je. Pusing punye pusing terasa begitu suakr utk memahami or mambaca nama jalan, tak tau di mana...lost2...we are lost. Jika di UK, begitu jelas nama jln... or even d France. Namun may b kami yg x dpt baca nama jln2...sokok == street. Hampir sejam lebih memutar dgn jln berbatu2 dan tebing tinggi rendah meamng tidak sesuai utk mengheret beg dan menolak push chair. Dlm hati berdoa juga semoga di beri petunjuk..... Akhirnya cakap kat wife we totally lost not idea, but somewhere nearby, ade juga taxi yg nak berhenti tapi kami menolak. Setelah hampir 18.30pm azan maghrib pun kedengaran dgn jelas di sepanjang kami berjalan, mula terasa give up utk mencari. So tahan 1 taxi renault, sebab kami ber6. Pas kat dia alamat, dia pun geleng kepala. Tapi dgn pantas mencapai handphone beliau utk ccall apartment. Tamam.... tamam... itu yg didengar. Lepas tu dia kata, straight 100m then turn left...u will see park the go straight. Ask people over there.... aha2 rupanya dah dekat.Dia pun x nak ambil kami, sambil mengucapkan syukran dan salam kami bergegas meneruskan pencarian. Then selepas park tu nampak, kedai runcit dan masuk ke dlm sambil bertanya...dah letih... malas nak explore. Taukeh kedai tu mengajar seorang pemuda di mana apartment kami.... jln lagi 5 minit jumpa juga. Selamat......
Hotel ini di jaga ptg itu oleh mustafa, begitu ramah beliau melayan kami. U have 6 people why ur booking just 4, tanya beliau dgn polite dlm english yg boleh difahami. If not mistaken, ur website mention about children below is free as long they share bed. Lepas itu dia pun check semula..... yes2 it's ok.
You need to pay cash, you see... pay directly. I've sent an email about this matter, I gave my confirmation number and asked ho the payment can be done by cash or card. Wait, I check your email.... YES2, it's ok u can pay by card. Selamat...bkn apa malas nak bawa cash bila mengembara...senang u charge je. Selesai Mustafa pun carry beg menaiki tangga yg berpusing2. Mengah beliau mengangkat beg kami yg 23 kg ke tingkat 4.
Alhamdulillah setakat ni nampak apartment ok, cuma sedikit sejuk kerana heater kecik lagipun cuaca d luar minus. Dapur semua ade....., cepat2 panaskan makanan utk perabih stok yg dibawa. Tatkala ini aku saja yg tinggal menulis bait2 ayat, yg ain masing2 dgn irama tersendiri, apa idaknya letih betul dr 2am bersiap. Hari ini kami enaiki pelbagai kenderaan, bermula dgn kereta->aircraft->feri->tram->berjalan. Pasti pancit semua org, but esok dan hari2 mendatang semoga kami dapat menjelajahi bumi Instanbul dgn bermanafaat walaupun ada kemungkinan yg amat besar kami akan bersama snow sepanjang perjalanan kali ini.
(dlm coretan2 nanti pasti ada opinion menceritakan sedikit sebanyak kehidupan org turki samada negatif or positif yg akan d review sepanjang 8 ari kami di Isketambul berdasarkan pengalaman)
Terima Kasih.. saya dapat byk info dari sini.. BarakAllah.. Wasalam..
ReplyDeleteAssalamualaikum.Nk tanya. Security & Imi di sabiha ok x? Lama ke processnya? Saya akan ke Turkey.So landed di sabiha bfore ambik flight ke Kayseri.
ReplyDelete