Saturday 12 April 2014

MENYEWA RUMAH DI OXFORD



MENYEWA RUMAH DI OXFORD
Bagi warga Malaysia yang ingin mencari rumah di Oxford terdapat beberapa tips yang dapat dikongsikan bersama iaitu:-


1) Mencari Rumah
·        Agen-agen bertauliah

http://www.premier.uk.com/


Selalunya agen akan mengenakan fee sebagai contoh jika rumah sewa sebulan harganya GBP1000, pihak agen akan mengenakan fee sekitar 1 minggu iaitu GBP250.(sebagai rujukan)


·        Terus ke Landlord



Menyewa terus dengan Landord tiada fee dikenakan tetapi perlu tahu selok belok proses menyewa di UK seperti Agreement, Housing Act, Payment, Deposit dan lain-lain lagi


·        Link-link lain

http://www.rightmove.co.uk
http://www.zoopla.co.uk/ 


[***Jika guna link rightmove, tiada rumah dr agent seperti Chancellor dimasukkan]


2) Agreement
Jika memilih menyewa menerusi agen atau Landlord, segala paperworks disediakan oleh mereka. Tetapi kita perlu faham agreement tersebut, dan terdapat beberapa tips berikut:-


·        City Council-Free Housing Advice Service



Agreement yang diberikan oleh agen atau Landlord boleh disemak oleh pihakHOUSING ADVICE SERVICE SECARA PERCUMA untuk mengelakkan daripada sebarang unsur yang tidak adil kepada penyewa.


·        Deposit

Setiap deposit yang dibayar oleh penyewa kepada Agen atau Landlord MESTIdisimpan ke dalam TENANCY DEPOSITORY SCHEME yang ditubuhkan oleh kerajaan. Selepas 14hari deposit di bayar,Agent atau Landlord perlu memaklumkan kepada penyewa maklumat deposit scheme itu:-



The contact details of the landlord or agent
How to apply for the release of your deposit
Information explaining the purpose of the deposit
What to do if there is a dispute about the deposit


Menjadi suatu kesalahan kepada Agen atau Landlord jika tidak menyertai skim ini dan penyewa boleh melaporkan kepada pihak county court yang mana jika didapati bersalah Agen atau Landlord dikenakan denda 3x amaun yang disewa.
Sila rujuk: Private Tenant's.pdf page 10


·        6 months break the contract

Minta dimasukkan clause ini ke dalam agreement, iaitu untuk memberi kemudahan kepada penyewa keluar daripada rumah sewa itu selepas 6 bulan jika penyewa mendapati keadaan rumah atau persekitaran tidak memuaskan. Ini amat diperlukan bagi yang menyewa rumah dari Malaysia lagi dan tidak berpeluang melihat sendiri keadaan rumah dan juga perangai Landlord. Bagi penyewa yang baru sampai, masa 6 bulan itu boleh dianggapkan jangka masa yang sesuai untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Oxford.




3) Jenis Rumah
Terdapat pelbagai kategori rumah yang ditawarkan


·        Furnished/Part Furnished/Unfurnished

Bagi yang baru sahaja sampai, boleh memilih Furnished House kerana tiada masa dan kenderaan untuk membeli perabot rumah. Namun bagi yang telah lama tinggal, Unfurnished tiada menjadi masalah, tetapi perbezaan sewa rumah Furnished&Unfurnished hanya sedikit sekitar GBP50 atau sama sahaja.


·        Bilangan Bilik

Ini ditentukan oleh bilangan ahli keluarga, jika 5 orang ke atas maka hanya rumah 3 bilik sahaja yang dibenarkan menyewa.


·        Date Available

Kena pandai nego, jika tidak kita kena bayar sewa rumah walaupun belum hendak masuk.


·        Double Glazing

Pastikan tingkap dan pintu rumah menggunakan kaca double glazing untuk mengurangkan kesejukan semasa winter.




4)Perkara Lain


·        White Items

Merujuk kepada Fridge, Washing Machine & Dapur yang selalunya disediakan oleh Landord. Namun kita boleh bincang untuk dapatkan microwave, toaster dan oven.


·        Heater

Dinasihatkan agar LAndord membeli pakej Maintenance dari British Gas atau agensi lain. Ini untuk memudahkan penyewa melaporkan kerosakan tanpa mengeluarkan wang. Kritikal bila breakdown semasa winter.


·        Lokasi

Bagi yang mempunyai anak sekolah, amat sesuai mencari yang berdekatan dengan sekolah. Namun ia bergantung kepada keperluan masing-masing




Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Tk