Monday, 22 February 2016

Ho Chi Minh Apa Best!

Setelah 5 hari di HCM ada beberapa pemerhatian menarik yg ingin dikongsikan
  • Melintas jalan

Lintas aje, tak perlu tunggu jalanraya lapang. Rules of thumb...motosikal atau kereta akan mengelak kita yg melintas. Setakat ini tidak pernah pula nampak pelintas jalan kaki dilanggar motor atau digilis kereta. Tak pernah sepanjang 5 hari, malah ada yang sanggup berposing utk melintas.






Lihat aksi pelancong berposing sambil melintas

  • Banyak giler motosikal

Ini fenomena biasa di HCM. Kadang tu dari 2 lorong kenderaan, 1 lorong dikuasai oleh motosikal. Memang banyak tidak terkata. Jika ada 2 lorong kenderaan, kereta akan rapat di bahagian tengah utk membolehkan motosikal ini menyelit di kiri & kanan. Mutual understanding tu.... tak mcm di Msia, kiri,kanan & tengah ikut suka aje








  • Pemanduan

Ikut suka, macam tiada undang-undang jalanraya. Adakala akan terjumpa yang melawan arus, itu perkara biasa aja. Orang melintas tanpa perlu risau dilanggar, itu memang hebat. Tapi...  dlm 5 hari tiada sebarang kemalangan jalan raya dilihat. Memang menakjubkan, walau dlm situasi jln raya no rules. Kalau di Msia faham-faham. Why, adakah  pemandu lebih berhati2 atau memandu tidak laju. Walaupun kualiti jalanraya sememangnya jauh ketinggalan dari Msia.



video

  • Berniaga

Kemajuan ekonomi Vietnam berkembang dengan pesat, banyak pelabur masuk utk mendapat manafaat dr ini. Malah syarikat2 multinasional seperti Intel juga akan/telah memindahkan operasi manufacturing mereka dari Penang ke Vietnam. Kebetulan saya sempat berbual dengan Jurutera Intel yg menceritakan perkara tersebut. Beliau mengatakan bahawa Intel telah mencuba beberapa negara tetapi Vietnam dipilih bkn sahaja disebabkan oleh kos buruh yg rendah(seperti Malaysia tahun 80-an) tetapi mereka juga mempunyai tahap IQ yang hampir sama dengan rakyat Malaysia. Jadi bayangkan keuntungan pihak Intel dapat dengan hanya membayar RM900 mendapat kualiti kerja seperti Malaysia di alaf ke-21.

Dari aspek lain, perlu kita faham bahawa kaedah berniaga di sini adalah secara tawar menawar. Adakalanya yg di jual di pasar malam mereka lebih mahal dari harga kebiasaan di Malaysia. So pandai2 la, menawar. Tips nak bargain, u cuba la slash 50% diskaun see how. Mesti penjual mengomel & menarik muka masam, but biarkan sahaja. Nanti dia akan panggil semula apatah lagi kita pelanggan yg pertama. Akan nampak scenario terdapat org berkumpul di suatu kedai utk mendpt bargain yg terbaik. Jika beli dgn harga 10% diskaun drp harga di Msia, buat apa kan. So slash sebanyak mungkin.


Jika dipegang2&diraba2 oleh penjual di Pasar Ben Teh tu perkara biasa je. Tak kira la lelaki or pompuan.



  • Agama

Majoriti rakyat beragama Buddha. Kedudukan geografi kita dgn HCM tidaklah jauh sangat, dalam 2jam perjalanan dgn kapal terbang. Namun kita patut bersyukur kerana walaupun dari rupa wajah sesetengah mereka seakan-akan dengan kita tapi berlainan agama. Bagaimana bumi Tanah Melayu diberi rahmat untuk menerima Islam secara total. Mungkin faktor lokasi dan sejarah memainkan peranan penting, mungkin Qada & Qadar juga ada sumbangan. Terfikir sejenak, dan mensyukuri nikmat. Semoga bumi Vietnam kelak nanti berkembang dengan sinar Islam.
video



Sunday, 24 January 2016

Ho Chi Minh Vietnam-Day3


HCM terkenal dgn kesan sejarah peperangan Vietnam. Jadi tidak sah jika tidak menjejak kaki ke Chuci tunnel. Perjalanan dari ben thanh market mengambil masa 80 minit dengan bas. Cuma di awal pagi utk keluar dr bandar HCM memang perit dek kesibukan warga kota yg keluar bekerja.



Memang HCM masih ketinggalan jauh dari infrastruktur jln raya yg boleh dikatakan seperti Malaysia sekitar hujung 80an(jika tidak keterlaluan). Acapkali apabila bas kami berselisih pasti ia merapat ketepi dah akan membunyikan hon beberapa kali utk motosikal, basikal atau penjalan kaki ketepi. 

Disepanjang perjalanan banyak juga kawasan2 perindustrian yang besar dengan pelabur Korea(yg perasan dari bendera yg terpasang). Begitu juga kws sawah padi yg terbentang luas. Rumah2 kampung yg masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negaraku yang tercinta. 

Sambil pemandu pelancong John Wein bercoleteh mengenai Vietnam dlm dialek VietnamLingsh aku dpt pick up suatu kata.

'Vietnam had faced so many wars, either with China, France, American over the centuries. But nowadays, there are no war here. Vietnam people are very very happy, we want to develop our nation. We work very hard.'

Setelah perjalanan hampir 60 minit, bas kami berhenti di suatu tempat yang menjual souvenir hasil industri kampung. Pelbagai hasil seni samada lukisan, ukiran dari tempurung kelapa yang amat menarik&kreatif. Di situ juga ditunjukkan bagaimana ia dihasilkan. Di dalam bhg pameran pengunjung tidak dibenarkan utk mengambil gambar, jadi tak boleh la nak share...










Tiba aje ke Cuchi Tunnel kami terus bergerak bersama diketuai oleh John Wein. Tiket masuk telah kami bayar semasa dalm bas lagi, John Wien berkata just one phone call, all the tickets will be ready for you guys. Hebat marketing dia.....  Tiket masuk  110.000vnÄ‘ sekitar RM20




Ini tourist guide kami, John Wien



Setelah masuk. kami berkumpul mendengar penerangan & video mengenai Cuchi Tunnel.


Peta sekitar Cuchi tunnel

Menunggu penerangan

Struktur Cuchi Tunnel-beberapa level



video

Tour guide dr grup Mat Saleh


 Pergerakan kami secara berkumpulan ini amat santai, cuma jangan tertukar grup atau terlalu jauh dari John Wein. Kami bermula dengan very small tunnel


 



  



Sistem perparitan dalam Cuchi tunnel





Beberapa contoh jerangkap samar

                   


Lain2 aktiviti

       
 

     




Kami dijamu dengan topioka aka Ubi Kayu bersama gula merah. Apa lagi, memang sedap ditambah sedikit kelaparan. Memang licin habis....




Bertan-tan bom yg digugurkan oleh US dikumpulkan semula oleh pihak Viet kong dan diproses utk menjadi senjata mereka. Di sini skil utk mematikan bom dan mengasingkannya amat kritikal, jika tersalah akan meletup.

                          


Kami berehat sebentar di kedai souvenir.



               




Disini juga boleh mencuba shooting AK47, mesingun, M16. Adakalanya peluru AK47 ini tersekat semasa menembak, ia disebabkan oleh peluru lebihan yg dikumpul selepas Perang Vietnam. Harga sebutir peluru dipaparkan dibawah:-












Aktiviti yg ditunggu-tunggu ialah menyusuri Cuchi Tunner sejauh 50m. Ruang memang amat sempit, separuh jalan gelap betul tiada lampu. Terasa lemas kekurangan oksigen bila keadaan gelap. Pergerakan terbaik ialah merangkak mcm baby........ tapi bg yg perut besar, amat sukar utk bergerak.

Adakah startegi sedemikian dipelajari oleh Palestine dlm pembinaan tunnel menentang zionis Israel.

Kws tunnel ini bersambung2 dan mempunyai keluasan yg amat luas. Komplek tunnel ini telah digazetkan seluas 121km.




Sekitar 230ptg kami bertolak pulang ke HCM, memang keletihan semua dlm bas....