Tuesday, 10 April 2012

Spain-@Madrid->Toledo->Cordova

Madrid ke Toledo

Awal2 pagi kami meninggalkan Madrid utk ke destinasi seterusnya Toledo, yg terletak 70km di tenggara madrid. Idea keluar awal juga utk elakkan bayar parking yg bermula jam 830am d pagi Isnin. Sudah Memadai utk  berada 3 mlm di Madrid, terasa lama juga.

Perjalananku d pagi itu tiada traffic jam sebab k luar kota, Toledo sekitar 9am kami telah tiba. Apa hebatnya bandar ini, yg hanya d diami sekitar 82K orang.  Selepas kejatuhan empayar Roman pd kurun 8 dan dikuasai bangsa Moors d bawah khalifah Cordova yg mana Ab Rahman III telah menawan Toledo. Ia d diami oleh org kritian, islam dan jew. Alfonso VI berjaya menamatkan penguasaan Islam pd 1085masihi .

Dari segi ekonomi, industri besi menjadi kebanggaan Toledo seperti pedang, pisau, peralatan perubatan dan dll. Ini telah diiktiraf semasa kurun ke 15-17 industri ini mendpt pengiktirafan sebagaai produk pedang yg terbaik d Eropah dtg drp Toledo pd masa itu.

Smpai saja d Toledo kami terasa sedikit sunyi bandarnya, dan tanpa membuang masa terus mencari Alcazar Castle. Terletak di atas bukit d Toledo old town yg berbatu2. Kebiasaannya bila melawat tempat sejarah pastinya jln berbatu2 seketul2 dan sempit yg adakalanya mencabar pemanduan lesen UK. Tambahan pula pemandu d spain kurang berhemah tetapi masih mengikuti peraturan jln raya. Kami mencari tempat parkir dan selepas tawaf 2x maka mengambil keputusan utk meletak d kws berbayar yg agak canggih kerana ade sensor utk mengesan kewujudan kereta dan update bil parkir yg masih kosong. Walaupun dr luar nampak bangunan tersebut berkurun namun hasil Facilities Management yg baik dr University of John Moore Liverpooll ( saja tambah citer utk promote kwn yg menjadi lecturer d sana, anak melayu sudah d terima seantario dunia hasil pembangunan minda oleh Tun M.)


90 minit ke Toledo... no tol




Signboard nama2 hotel... kita cari tourist area




Mendaki jln berbatu keras.....no so stiff





sunyi je Toledo di awal pagi

Parking canggih.... bngunan buruk je dr luar..opppsss tinggalan sejarah

Semasa menjelajahi bandar lama Toledo ini kami tidak ketinGgalan utk mendptkan sword or knife yg tertera Made in Toledo. Namun harus diingat bhw jika anda membeli yg berharga sedikit murah tetapi bersaiz sederhana jgn terbeli Made in China pula. Bnyk juga yg dpt d tembusi oleh bangsa yg 1.5billion ini. Selepas tawar-menawar akhirnya kami berjaya membawa pulang hasil pancingan. Bandar Toledo begitu cool dgn suhu yg amat nyaman tambahan d atas bukit. Panaroma memang begitu cantek, kerana kedudukan d atas bukit yg paling tinggi. Begitu ramai pelancong muda2 dr Jepun dan kebetulan di sapa oleh sepasang unggas dr Msia. Msia ke! tanya sang lelaki, yeap.


Aksi seterusnya semasa berada di bandar Toledo

Mencari Toledo Al-Cantraz


Banyak nye pedang








Jumpa juga Tourist Information... selepas terputar2 mengikut pemandu telencong


Nun keris pun ade.... depa copy apa or pernah smpai Kesultanan Melayu ke sini




Danish pasti tidak ingin melepaskan peluang. Hati2...x muat keta jika jatuh



San MAgarita...




Berposing depan kesan church....




Student dtg melawat...sebaya Amirrul je..


Pistol plak



Terdpt bebarapa masjid d situ yg d papar dlm map, namun kami tak dpt jejaki. Kebetulan semasa ingin memutar keluar dr puncak Toledo kami telah di tahan pak Policia, nervous juga. Nasib kami keta ke2, sambil memerhatikan perbualan polis&pesalah aku dpt agak apa kesalahan kami. I'm sorry i didn't realise this way only for bus. Sambil merapatkan dua telapak tangan meminta ampun, tiru gaya pesalah pertama. Can i see ur license, sambil mengeluar lesen Uk. I'm very sorry, akhirnya aku kami d lepaskan. Sselamat! Bkn apa terbaca dlm website jika foreigner buat salah akan d minta bayar 200 Euro on the spot.

Pemandangan sekitar Toledo Old Town.... 



Menghargai matahari... walaupun suhu suam2 kuku



Seleps selekoh depan tu kami di tahan  Pak Policia





Berbelit2 jln, memandu dgn berhemah dan cermat



Toledo ke Cordova

Dari Toledo kami terus ke Cordova yg lagi 3jam. Laluan kereta yg hanya 2 lorng dan kadang2 4 sungguh sepi.  Rasa mcm melalui kws pdg pasir seperti cerita koboi. Sayup jauh memandang pohon2 zaitun yg melitupi kiri kanan jln raya. Ia seumpama apabila kita menjelajahi Msia yg diliputi pokok kelapabali or kelapa sawit. Pokok zaitun idak la meninggi seperti kelapa bali, ia hanya rendang dan rendah sahaja. Khasiat zaitun ini telah di jelaskan dlm al-quran, surah

Zaitun adalah pohon yang diberkati. Allah SWT telah bersumpah dengannya, dalam surat At-Tin (95:1-2); “Demi tin dan zaitun. Dan demi bukit Sinai”

Allah SWT juga memujinya dalam Surah An-Nur(24:35) ; “…yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi. Yaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat. Minyaknya saja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api”

Dalam tafsir Al-Qurtubi disebutkan bahwa Ibnu Abbas berkata, “pohon Zaitun mengandung berbagai manfaat. Minyaknya digunakan sebagai bahan bahar lampu dan juga untuk lauk dan lulur. Kayu dan arangnya digunakan sebagai kayu bakar. Tidak ada satu bagian pun dari pohon ini yang tidak berguna, bahkan abunya bisa dimanfaatkan untuk mencuci sutera. Ia merupakan pohon pertama yang tumbuh di bumi dan sekaligus pohon pertama yang tumbuh setelah banjir besar di zaman nabi Nuh. Ia tumbuh di tanah para Nabi dan tanah suci. Tujuh puluh nabi telah mendoakannya agar diberkati, antara lain Nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW tatkala memanjatkan doa: Allahumma barik fiz-zayt waz-zaytun (Ya Allah, berkatilah zait dan zaitun). Beliau mengucapkannya dua kali.

Allah berfirman dalam surat At-Tin (95:1-4): “Demi buah Tin dan Zaitun. Dan demi kota (Mekah) ini yang aman. Sungguh kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.

Diriwayatkan dari Umar bin Khattab RA. bahwa Rasullullah SAW bersabda: “Makan dan berminyaklah dengan zaitun karena ia berasal dari pohon yang diberkati (HR. Tirmidzi)”.

Diriwayatkan dari Zaid bin Arqam RA. bahwa Nabi SAW bersabda, “Zaitun dan waras bermanfaat untuk mengobati radang selaput dada.

Anas bin Malik RA.  berkata; “Rasulullah SAW meminyaki rambut, menyisir jenggot, dan membalur wajah dengan zaitun, seakan-akan pakaian beliau adalah pakaian tukang minyak.” (HR. Tirmidzi dalam Asy-Syama’il, no. 32).

Ibnul Qayyim dalam kitab Zadul Ma’ad berkata, “Minyak Zaitun bisa menutup pori-pori tubuh dan mencegah zat yang masuk melaluinya. Jika digunakan setelah mandi air panas, minyak zaitun akan memperbaiki dan melembabkan badan. Jika digunakan sebagai minyak rambut, akan menjadikan rambut indah dan panjang. Minyak Zaitun juga berkhasiat untuk mengobati campak dan berbagai penyakit lainnya.”

http://pengobatancaranabi.wordpress.com/2011/08/11/minyak-zaitun-dalam-al-quran-dan-hadist/

Malah kami di UK ini pun amat suka mkn jeruk zaitun bila pekena sup ekor or mee kari or rebus, sebab rasa masamnya memang enak.




Pohon Zaitun...

Rendang aje..1 tin besar(2kg) sekitar RM30


Ladang solar panel.. merata2 di Spain yg mendapat mentari memancar


Berhenti isu petrol kat sini.... TESCO

Nun lagi ladang zaitun, Greenpeace tak komen ke,



Luas lagi... pelbagai kegunaa zaitun


Jln sunyi je... mace nak balik NewCastle dulu2... Kuala Lipis




Rumah2 pekerja ladang zaitun

Di celah2 ladang zaitun








Selepas perjalanan selama 3 jam, maka tiba di bumi Cordova. Perut smua memang lapar especially driver.


OTW ke hotel jumpa Restaurante.... apa lagi. Turkish Kebab, why ur owner choose this name even he is PAkistani






Trademark Cardova, lemon begitu banyak..... mencantikkan pemandangan especially pelancong macam kami. Boleh makan ke



Suasana senja di Cardova. Jln di bandar 2 lane

Mcm Putrajaya... or the other way around





Akhirnya kami melabuhkan pundak utk merehatkan diri. Besok kami akan meronda bandar Cordova utk menyelami serba sedikit peninggalan Islam di sini. Masjid Medina al-Zaharah, Great Mosque of Córdoba(kini church), dan dll.

Namun operasi memarkir di bawah bangunan hotel kami amat sulit. Dgn hanya cukup2 laluan 1 kereta dan perlu melakukan pusingan 45degree pasti mencabar apatah lagi bg pemandu berhemah seperti saya. Cuma saat cemas apabila bilik kami diketuk, ingatakan CCTV mereka dpt melihat 6manusia memasuki bilik kecil yg sesuai utk 3 orang. Tapi sebenarnya kerana lokasi keta sewa saya yg menyebabkan pintu bawah tanah tidak boleh ditutup. Nervous sedikit,..... apakan daya kami hanya ingin tidur & mandi as long ia selamat. Berjumpa di Córdoba kelak......

4 comments:

  1. Pengalaman yang sungguh berharga menjelajahi bumi para wali, al andalus. Satu perasaan yang tak tergambar ketika di bumi Iberia ini adalah apa yang dikatakan sesetengah para alim sebagai "aku tidak melihat Islam di sini tapi aku dapat merasakan nur Islam". Aku pasti akan datang kembali untuk menawan Cordova, Seville hingga ke al Bufeira di Portugal.

    ReplyDelete
  2. ada keris ar... keris diaorg buh dlm kategori "dagger" eh. :)

    ReplyDelete
  3. wOw! Menariknya kisah kembara ke bumi Spain ni...rasa teruja nak pi sama!

    ReplyDelete
  4. Simple trick to cut your power bill up to 75%:

    Want to know how to easily produce all of the green energy you could ever want right at home?

    And you will be able to make your home totally immune from power outages, blackouts, and energy grid outages
    so even if everyone else in your area (or even the whole country) loses power you won’t.

    VISIT THIS SITE: DIY HOME ENERGY

    ReplyDelete