Monday 30 January 2012

Mengisi Masa Terluang

Sepanjang minggu lepas sempat mengasah otak yg lama berkarat dlm kerja2 teknikal apatah lagi programming language. Itu kerja2 yg bg aku menarik but hampir 2thn++ telah tak buat kerja tu maka slow sikit.

Seminggu aku berguru dgn seorang Prof di University of Leceister yg berkongsi ilmu mengenai Reliable Embedded System. May be jika org tanya apa yg istimewanya, since Embedded System ini telah lama diperkatakan..... apa yg specialnya. Jika perasan perkataan Reliable tu..... amat penting. Technology ini telah dipakai dlm Airbus A380 so hebat la kan. Jika di darat dalam keta Audi telah. But bg yang tak faham biarkan sahaja......., namun yg nak dikongsi ialah bagaimana course ini diuruskan amat menarik.


Kursus ini banyak dihadiri oleh Engineer or Programmer yg telah dihantar oleh company masing2 utk explore new technology ini. Terdapat 6 modul yg setiap modul hanya 1 minggu. Setiap modul ade gap 3 bln. Lepas itu ada projek dan jika suksess dpt Master selepas itu.Prof hanya mengajar dari jam 10am until 1pm.  Lepas tu terus bg assignment utk kita bertarung..... dengan C programming until 6.15pm or even 8pm. Poning den....
Ada yg dtg dr US, even juga dari Nigeria. Begitu straight forward, kebanyakan yg bekerja juga hanya perlu dtg/bercuti 1 minggu, maka tiada permasalahan utk company melepaskan pekerja masing2.

Jadi bg warga Malaysia yg ada kelapangan carilah course seumpama ini utk mengisi masa lapang sementara berada di UK. Samada finance, management or etc. At least anda ada value added selepas pulang ke tanahair. 

Tepuk dada tanyalah selera.....

Sunday 22 January 2012

Forum Santai...

Untuk makluman jika sesiapa yg berminat, utk menonton recording forum boleh layari:-


http://www.livestream.com/nur_ramadhan 


Pilih Forum Sembang2 Santai..


Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Platform baru utk melatih generasi muda ke hadapan dengan idea bernas dan bertanggunjawab di atas apa yang dilontarkan.


Ini hanya permulaan...

Thursday 19 January 2012

Response Terhadap Isu2 Semasa Di Tanahair

N3 kali ini ingin memaklumkan bahawa warga OxfordMalaysian akan mengadakan sesi forum bersama Panelist2 yang merupakan warga Malaysia di UK. Majlis ini akan dikendalikan oleh moderator yang tidak asing lagi iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin aka Dr. MAZA.


Ini merupakan sesi tertutup berdasarkan jemputan, namun boleh layari online streaming di....







Sekian Terima Kasih

Tips Membeli Kereta BMW

Rasanya N3 kali in pasti akan meletup mengalahkan Chef Mat Gebu, sebab cakap pasal keta begitu ramai yg dtg membaca. Tak kiralah lelaki or wanita, but yg pasti payah nak jumpa yg explain begitu details pasal keta. So siapa yg baca ni, boleh refer link2 di bawah yg ditulis khas kpd yg berminat membeli keta d UK. Org kata org Melayu ni sibuk sampai tak sempat nak share info, itulah menyebabkan kita boleh kalah dalam isu Pulau Batu Putih tiada ahli sejarah or penulis yg merekod setiap kejadian yg berlaku.



Selepas 15bln bolehle berkongsi pengalaman, nak kata pandai idak le seberapa but as our guide. Bolehla...
May be ade yg bertanya kenapa plak pilih BMW, not Mercedes or Audi ..... ini sebab mengikut kebiasaan orang membeli bagi kereta terpakai below year 2010 BMW menjadi pilihan. Kerana pada saya design BMW memang tertawan & menarik. Tambahan lagi bersesuian dgn cita rasa org muda. But selepas 2010, Mercedes dan Audi Q5/Q7 menjadi kegilaan pengeksport AP Malaysia disebabkan design yang lebih anggun....

Memang hajat hendak berkongsi cerita, but since ada sorang sahabat dah minta guide so dipercepatkan mencari masa dlm kesibukan 24jam. Aspek yang akan disentuh seperti berikut....






Photo2 dr Autotrader




  • Sejarah BMW 3s or 5s
Ini penting, sebab terdapat pelbagai siri yg hanya sedikit sebanyak berubah samada dari segi interior design or exterior.... sikit2 je. Sebab kereta dah jadi macam fashion show...every year perlu ade model keluar so manufacturer pun terpaksa ikut trend ini.



Pls go through...... tengok 3S or 5S yg diminati

  • Bawa Balik Msia?
Jika ini untuk bawa balik ke Msia, maka bg pemegang AP student or malaysia yg attach di obersea terdapat beberapa perkara yg perlu diketahui.

Kereta yg lebih 60bln maka cukai adalah rendah, boleh anggap jika harga beli di UK RM50K, maka tax RM50K.Jika keta yg kurang drp 60bln, cukai lebih tinggi...... harap maklum

Nanti dah beli keta, jgn lupa ada lagi tax..... so pls kira budget.

  • Budget
Perlu tahu apa yg di consider:-
Harga Keta
Tax d Msia
Insurance di UK
Cost guna di UK(sebab kereta perlu 9bln di UK sebelum d bawa ke Msia...kos minyak, MOT, maintenance)

Sila kira....le, then up la 10%-20%, sebab dah berkereta ada kos parking, saman ,etc

  • Model BMW...
Terdapat pelbagai model, saya hanya fokus kepada model sedan 5 pintu 5s
Kapasiti Enjin

2000cc
2300cc
2500cc
3000cc
4400cc

Bagi kapasiti enjin melebihi 3000cc, harga roadtax di Malaysia ialah sekitar RM2300++.
Enjin 2500cc sekitar RM880. Pls refer link di bawah


Jika dah study sejarah BMW 5s, akan lihat sikit confuse;

Model 2007 above, model 523i utk 2500cc enjin.
Model 2007 below, 525i enjin 2500cc.


So tadi hanya contoh, so cuba fahamkan history BMW 5s.

  • Petrol or Diesel

Kebiasaaan ramai yg membeli enjin PETROL untuk di bawa pulang, sebab DIESEL lebih mahal di Malaysia.Tambahan lagi kualiti DIESEL di Malaysia lebih rendah mutunya dr di UK(berdasarkan info teman2)

  • Tahun dikeluarkan

Seperti dimaklumkan, kereta yang baru lebih mahal dan tax juga di Malaysia nanti tinggi. Tax bagi kereta berusia lebih 60bln adalah paling rendah.

  • Mileage

Selalunya yg mileage rendah akan lebih mahal, jika dibanding dua buah kereta dalam tahun yang sama. Sebaik-baiknya cari yg rendah dan berpatutan dgn harga. Jika dapat below 30K or 40K miles amat memadai.

  • Spec

Ini yang paling sukar, sebab setiap BMW boleh di customize mengikut keperluan sendiri:-

Seat automatik adjustable-(boleh configure level of seat 1,2,3: driver&front seat passenger)
Stering automatik adjustable-Additional
i-Drive- model 2004 ke atas sudah ade ciri2 ini. Terdapat beberapa version
SaT NAV- option
Leather seat
SunRoof- pilih kereta
Automatik Blind at rear windowoption
Bluetooth
Heated seats-boleh panaskan seat masa winteroption
Front and Rear Park Distance Control-Ada screen bg tau jaraak kita nak parking, merah rapat ke halangan
BMW 6 disk cd changer
Rear electric blinds, sun-blinds for side and rear windowsoption
Electric mirrors,option
Electric windows-wajib kot
Push Button Start
Remote central locking
Auto Lights
Auto Wipers
Climate Control
Cruise control-Set 100miles, keta jln sendiri tak perlu press accelerator pedal
Height adjustable drivers seat
Multi function steering wheel-ada button boleh ctrl volume,etc. Ini boleh configure sendiri
Drivers airbag-wajib

  • MOT
Ini mesti ada bg setiap kereta yg meluncur di UK jika telah berumur 3thn. Inspection ini hanya sekitar GBP50++, bg kes tiada fail. Jika fail kena repair dan kos bertambah.

Jika plan nak bawa kereta pulang, better dptkan MOT yg hayatnya sehingga kita pulang. Dpt kira untung sikit.

  • Insurance
Ini tricky sikit. Bg yg tidak mempunyai lesen UK harga insurance almost double. Jika kereta yg berusia 5thn, insurance sekitar GBP1000++ bg pemegang lesen UK. So kira2 lah sendiri...
Insurance juga syarat yg perlu ada apabila membawa pulang kereta ke Msia, mesti ada.


  • Tyre

Run Flat Tyre, apa tu. Maksudnya jika tayar itu bocor masih boleh berjalan dalam beberapa kilometer serta sensor ada bg tahu di dashboard.


Ada kwn yg travel almost 2hours dlm keadaan Run Flat Tyre nya bocor. But still ok lagi...
Logik, sebab bapak wikipedia bagi tau boleh travel up to 200miles lagi but kelajuan kena drop to 90kmph-50kmph. Bila guna Run Flat Tyre, selalunya tiada tyre spare diberikan dlm bonet.Jika mengunakan tyre biasa tiada masalah lebih smooth dan lebih murah.



  • Roadtax UK
Kereta tahun diregister seperti berikut:
1/3/2005-23/3/2006, tax for 2500c is 260pound per year. 
Jika 23/3/2006 -23/3/2007, tax 244++pound per 6 months. 
Katanya 2010 and above GBP1K...aje. Sila semak




  • Harga
Ini bergantung kepada kategori anda pilih. Jika utk:-
2500cc
mileage below 40K miles
Year around 5years
Petrol
Spec maximun,

Harga sekitar GBP 10K-12K, bergantung kepada nasib dan pasaran kereta.










523i but 2500cc... pls verify



  • Maintenance
Secara teori kereta yg berusia lebih lama 7 thn ke atas perlu lebih banyak maintenance disebabkan oleh ware and tare. But kemungkinan juga kereta yg baru juga ada maintenance. So dinasihatkan study sikit model dan year yg dikeluarkan, dari situ kita akan tahu seperti case recall yg berlaku kebelakangan ini.

Jika pernah terdengar ' Warranty 1 Year or just 6months'. Apa tu...
Sebenarnya di UK ini kita beli kereta boleh beli maintenance separately daripada 3 party. Ada teman beritahu, GBP200 per year. BUT kena study betul apa yang di cover........
Selalunya dia hanya cover major component seperti Gear Box; yg kebiasaannya jarang rosak utk kereta yg berumur 5-6 thn. May be still ok utk 20thn.

Apa yg nak di bg tau, jika hanya major component di cover dan selalunya tak akan rosak maka kita hanya akan membazir duit. Ada setengah dealer bg tau, dulu dia jual keta belikan insurance kepada clientnya BUT selalunya tiada yg claim pun melainkan bhg2 kecil yg tidak di cover maintenance. Maka sekarang dia yg cover sendiri maintenance let say for 6 months. Ini kita bercakap kereta yg mempunyai reputasi yg bagus. 




  • Bagaimana Nak Pilih Kereta
  1. Semasa switch on tiada lampu sensor yg berbunyi or merah
  2. Pastikan semua pintu boleh buka&tutup. Ada kes... beli pintu tak boleh buka dr dlm
  3. Test drive sekitar 10-15 minit pd kadar kelajuan berbeda, 40mph, 100mph....
  4. Jika berlaku pertukaran gear automatik.. semasa pecutan pastikan ia smooth
  5. Jika Run Flat tyre di gunakan, terdapat sedikit bunyi kasar/bising semcm ade bunyi masalah bearing
  6. Semak Vehicle Check, utk pastikan tiada tuntutan bank, keta curi,etc. http://www.autotrader.co.uk/vehiclecheck/vehiclecheck.jsp
  7. Check Service History......
  8. Jika boleh, bawa org yg dah ade keta BMW. At least dia tahu...selok beloknya. Banyak sensor yg display pada dashboard.
  9. Cuba radio dan setiap button, lampu
  10. Jika spec dan harga dah puas hati, apa lagi bayar deposit...

Boleh refer as guideline, jika perlu lagi info nanti akan cuba dimasukkan.....wassalam

Monday 16 January 2012

Good Society vs Foreign Affairs

Ni nak sambung sikit citer semasa pergi program bersama Oxford United FC, berdasarkan sembang2 dissatisfaction di atas layanan terhadap youth player Summertown Tigers. Mat Saleh ni memang kuat juga complain but dlm masa yg sama cakap belakang or mengumpat juga tak ketinggalan. Org dok kata, kat kampung2 di Tanah Melayu aje berlaku, but itu sebenarnya lumrah kehidupan manusia. Kat sini pun kuat juga....

Dipendekkan cerita, semasa lunch diberi kepada setiap player, terdapat HaM yg dihidang. In fact selepas aje keluar dr bilik tersebut Aliff telah memaklum kpd aku. Indeed, aku telah maklum kepada beliau berulang-ulang semenjak menjejak kaki di UK. Keluar aje dia terus berbisik

... ade HaM tadi ayah. 
Kau termakan ke......
Aliff makan buah & air saja.
Ok, jawabku. 

Sebenarnya waktu itu aku telah beli kebab utk bekalan kami ber4. Keluar aje aku terus suruh dia jamah kebab sebab nanti lambat lagi nak balik. Habis aje dimakan kebab kambing tu, apabila dah kautim x yah mkn sayur...

Selepas beberapa hari, aku seperti biasa menghantar Aliff ke training. Di akhir sesi tersebut, terdapat parents yg betul2 tak puas hati terhadap layanan Oxford United terhadap anak mereka.

Perbualan mereka:-

You know they serve HaM without informing us, no vegetarian food is served...kata sorang lady tu
What happen if there is an Arab in those session... tambah ayah sorang player
They should aware all those things..... tambahnya

So bayangkan berapa consent Mat Salleh ini, yg dikatakan oleh seorang sahabat they have very good society BUT their foreign affairs that create so many tensions to the other part of the world.

Itu perkara2 yg aku dpt pelajari sepanjang berada di sini yg tinggal hanya beberapa bln. Semoga demografi muslim di UK terus berkembang....

Sunday 15 January 2012

Tour bersama Oxford United FC

Tanggal 2 Jan 2012 adalah saat bersejarah dlm perjalananku. Kali ini dapat peluang berada dalam Stadium Kassam yang menjadi Home Ground kepada Oxford United FC di Divisyen  NPOWER League 2. Walaupun stadium tersebut hanya dpt menampung 10 ribu orang, namun ia sungguh menarik.

Sebenarnya Aliff serta rakan2 dr Summertown Tigers telah dijemput utk berlatih bersama dibawah kelolaan kelab Oxford United di sebelah pagi lebih kurang 2 jam. Ini merupakan peluang utk mendapat tunjuk ajar dari barisan jurulatih yg diharap bertauliah serta berkaliber.






Disebelah petangnya para ibu-bapa or penjaga di jemput hadir menyaksikan pertandingan bola sepak di antara Oxford United dgn Crawley. Namun sebelum itu anak2 ini disajikan dengan pelbagai acara dari lawatan stadium, penerangan mengenai kelab dan paling ditunggu2 ialah autograf drp player. Apa lagi, aku juga membawa 2 lagi anak, masing2 terus membekalkan baju utk di conteng oleh player Oxford United. Nanti aku perhalusi kesimpulan program...

Oxford United ini tidak sehebat Crawley Town yang berada di tangga ke-3, namun itu belakang cerita. Yg penting pengalaman berada dalam suasana stadium bola di England. 


Perlawanan bermula sekitar jam 4pm, namun kami sudah berada di Stadium seawal jam 2pm. Memang ramai org yang kebetulan merupakan bank holiday, dlm erti kata lain hari org bercuti di England. Penuh... biasale stadium kecil.

Stadium sekitar 3ptg

Grand stand sebelah sana



Maskot Oxford United

Dewan di Kassam Stadium ini sudah 2 kali aku jejaki utk bersolat Aidil Adha, jadi tiada menjadi persoalan utk menentukan kiblat bersolat kelak. Ambil aje wuduk tebarkan jaket sebagai sejadah, alhamdulillah mudah juga Zohor aku.

Namun waktu Asar sedikit mencabar, selepas aje 1st half aku terus mencari lokasi utk bersolat. Mana nak cari port utk bersolat. Bkn apa, stadium kecik.... bawah tangga ke.... yg akhirnya terpanjang ade suatu penjuru urk bersolat. Memang tiada pilihan, kerana semua ruang adalah terbuka, sebelum menebarkan jaket aku bertanya steward yg berada hampir dgn lokasi aku pilih. Can I use this area for 5 minutes to pray..... Sure!! pantas jawapan beliau. Aku pun terus menebarkan jaket utk bersolat. Memang terasa juga kesukaran jika tidak betul prihatin kepada tanggungjawab 5waktu bila merantau. Pandai2 la mengawal diri serta mendorong kepada yang baik. Selepas 15minti aku menyambung semula utk solat maghrib, faham ajela dlm winter waktu solat sangat rapat. Jam 4 ptg sudah gelap, kiranya aktiviti2 outdoor semakin kurang melainkan fokus kepada indoor aktiviti2.

Menonton bola di stadium bkn sahaja terasa bahang kehangatan pemain2 bergask di padang namun juga penonton2 yg terdiri drp pelbagai lapisan. Stadium2 di Britian ini tiada pagar berbanding dgn di Malaysia, maka penonton boleh aje masuk kepada jika mahu. Namun ini katanya adap meraka masih kuat...... biarkan urusan dlm padang milik pemain.

Oxford United berjaya mendptkan gol dahulu disebabkan kesilapan penjaga gol Crawley, dan harapan utk menang semakin tinggi kerana waktu hanya tinggal 3-4 minit. Namun dlm bolasepak yg bulat ini apa2 boleh berlaku, di sebabkan kealpaan akhir Crawley menyambar gol penyamaan.

Yg aku suka, bila saja bola menerjah jaring player Crawley terus berlari ke belakang gol utk memprovoke supporter Oxford United. Apa lagi.... supporter pun terus berlari utk memarahi player lawan dgn pelbagai perkataan 4 words.

Keadaan stadium apabila game telah bermula...penuh.


Aliff bersama kwn2....tak sejuk ke..




Yellow Shirt is Oxford United




Gema yg terhasil drp sokongan kedua pihak amat menarik..... GO Yellow Go!!!! Go yellow Go!!! yg pd awalnya tidak aku fahami. Boooooo!!!!!....


Bersedia utk balik....



Terdapat beberapa janji pihak penganjur terhadap pemain2 remaja ini yang tidak dipenuhi:-

Autograf- tiada langsung
Sepakan penalti semasa Half Time- youth player ini menunggu2 
Makanan- tidak dimaklumkan Ham dihidangkan(dicerita dlm siri lain...ada kisahnya)



Namun ia pengalaman yg menjurus aku utk terus memprovoke teman2 di Oxford utk menuju ke kota London bg menyokong QPR........ jika dpt kita pergi ramai2 ke sana, dpt game dgn Arsenal or Chelsea or Liverpool pasti best.... JOM ke sana.

Friday 6 January 2012

Penyewa HARAM...

Sambungan al kisah Penyewa Haram(PH).....

Menyelesaikan isu tuntutan tanah ke atas penyewa haram

Perkara ini telah berlaku sekian lama, ada sekeping tanah yg dikongsi oleh 2 kelompok keluarga. Kebetulan d pihak keluarga kami, semuanya telah mempunyai rumah sendiri dan setelah kematian Tok Wan & Pah rumah pesaka tinggal Mak Penakan utk beberapa tahun. Tiba2..kasi seram sikit...

Dtg hamba Allah ingin menyewa/membuat rumah di belakang rumah. Org kata sewa tapakle..... may be disebabkan keseorangan maka Mak Penakan ni bagi, tapi sempat di sertakan oleh abah dgn sehelai kertas perjanjian yg disaksi oleh Tok Penghulu. 

Masa terus berlalu dan sampai ketika Mak Penakan ni pun ikut aku dan tinggalah rumah pesaka kosong dan tanah itu tiada berpenghuni. Maka hamba Allah menjadi raja dgn membuka sebuah gerai makan di depan tanah kami tanpa merujuk kpd kami. Ini bak kata pepatah Belanda dapat tanah. Masa tu dah start tidak membayar sewa yg tidak seberapa itu. Kebetulan abah mendpt panggilan telefon dr sorang wanita yg mengatakan, Cikgu...boleh tolong halau org penyewa tu, Laki saya dok main judi kat situ.

Berderau juga bila dengar cite mcm tu, imej Abah sebagai Cikgu lebih 25++ di situ tercalar. Tanpa berlengah, Abah+Akaknya pergi menyiasat pd bln Ramadahan yg juga bertujuaan utk mengutip sewa. Alangkah terperanjat di siang hari bila sampai ke rumah penyewa haram tu, ada offer servis katering plak... utk org yg tak berpuasa. Di kampung pun ade problem juga....

Apa lagi, marah betul la Abah. Penyewa haram(PH) yg terkejut terus nak ambil hati dgn membayar sewa yg tertunggak. Mulanya di ambil tetapi dipulangkan semula, kerana tidak bersetuju dgn tindakan PH tu.

So aku pun mencadangkan kita keluarkan PH since kita pun ada proper surat. Pada suatu hari kami pun jumpa PH dan menyerahkan surat notis mengikut perjanjian iaitu 1 bln. Masa terus berlalu, maka tiada yg PH nak bincang ke apa. Maka aku pun cari loyar, loyar pun hantar surat peringatan 1,2,3.... buat don't know aje.

Lepas itu aku jumpa loyar lain plak, sebab loyar yg awal tu dah p tempat lain. Payah juga deal dgn loyar ni.... Bila dpt jumpa loyar ke-2 ni dia bg tau since ur family punye geran kongsi dgn org lain, u kena dpt signature setiap penama even though org tu duduk bhg u. Pulak mcm tu...... jika dpt buat mcm tu baru senang menang kes. 

Semak balik geran, baru tahu ramai yg dah meninggal especially yg sebelah family lain. Mcm2 hal. So dlm erti kata lain kena pecah geran, kpd 2 baru ada changes menang.

Aku pun approach yg sebelah tu, kebetulan kepala kuasa ade di KL. Kalu boleh aku tak nak campur bhg depa, minta depa lakukan pindah hakmilik but aku bg tau kos pembiyaan, family kami yg tanggung. Hampa lakukan pindah milik kpd waris yg hidup.

2kali p buat x faham juga, so terpaksa la aku plak incharge cari adik2 beradik depa utk pindah nama. So x nak panjangkan cite... nanti terlebih mengumpat plak. But nak stress kat sini masyarakat juga perlu transformasi dan yg penting transformasi diri.

Dipendekan citer, aku berjaya organise semua penama yg meninggal kpd waris masing. Then hantar semua application ke Pejabat Tanah. Ni dah almost 1thn geran blum keluar lagi, but katanya dah approve. Ini GTP aka Goverment Trasformasi Programme yg PM buat dan semua kementerian gomen kena ambil tindakan. Katanya KPI 3-4bln, last2 9bln itu pun dok push tanya sebab ade adik keje kat situ. Kalu idak entahle deme...

Berbalik kpd PH, maka kami x pernah ambil sewa semenjak 2004.... bayangkan jika sewa rumah diUK dah boleh dpt kat 0.5million.... but ni kena keluar duit lagi. Org kata..jual aje.... polisi aku jual tanah ambo tak nak even tanah segitiga..... tambah tanah aku suka. Sebab dr tanah ana boleh berkembang...lihat sejarah pendatang haram Yahudi masuk ke Palestine...depa cari apa... bila ada tanah, boleh cucuk tanam, berkembang masyarakat dan seterusnya negara. Bg aku.... tanah ini ada sentimental value, mcm citer Datuk Lat yg beli balik semula semua tanah yg ayah dia jual dulu. Sebab itu ade value...kenangan anda d bessarkan.

Namun abah bkn org yg perguih or gelojoh, ada saudara kata bakar aje..rumah PH tu. Apa tuan2 rasa...

Dipendekkan cite lagi, PH itu meninggal dunia. Pendek rupanya umuq dia..Allah lebih mengetahui. So my cousin offer kat wife dia u keluar I bg pampasan lagi...wife dia berminat la kan. But I pesan kat abah, bg depa keluar dulu then baru la uruskan bg duit.

So next step balik ni kena cari loyar tu then proceed to next step... lepas ni tarak bg muka dah. 

Pengajaran utk perkongsian bersama jgn terlalu mudah memberi org sewa di atas tanah anda.... sat aje...nanti kami keluaq le

CABARAN 2012


Bila menjelma pelbagai persolan muncul sejajar dgn tahun baru. Bkn apa, thn baru, setakat azam baru but mungkin terlupa CABARAN baru yg perlalui. Dalam konteks TanahMelayu sudah pasti semua menanti dgn tidak sabar PilihanRaya. Utk kerajaan memerintah perlu menyediakan diri melalui 2012 dgn pelbagai CABARAN yg sedang menanti sama sedar atau tidak.

Jadi CABARAN politik memang telah diketahui amat sengit di tanahair, malah juga di Eropah yg kebanyakan negara dlm status ke arah bankrap.

Namun aku ingin melihat antara CABARAN pada penulis yg sedikit boleh dikongsi dgn pembaca.

1-Menyelesaikan isu tuntutan tanah ke atas penyewa haram
Perkara ini telah berlaku sekian lama, ada sekeping tanah yg dikongsi oleh 2 kelompok keluarga. Kebetulan d pihak keluarga kami, semuanya telah mempunyai rumah sendiri dan setelah kematian Tok Wan & Pah rumah pesaka tinggal Mak Penakan utk beberapa tahun. Tiba2..kasi seram sikit...

Dtg hamba Allah ingin menyewa/membuat rumah di belakang rumah. Org kata sewa tapakle..... may be disebabkan keseorangan maka Mak Penakan ni bagi tapi sempat di sertakan oleh abah dgn sehelai kertas perjanjian yg disaksi oleh Tok Penghulu.... kisah selanjutnya dlm blog seterusnya. 

2-Mendapat CF utk rumah
Dah 1thn lebih rumah siap, dah submit pun kat pihak berwajib. Almost 17bln tak siap2..... dok kena bg rasuah baru nak settle ke..... kata negeri berkebajikan, tukaq kerajaan pun x jln2.

3-Menyesuaikan persekolahan anak2, 
Study2 study2... kat Msia nanti, mcm mana bdak2 nak adapt. Nanti bdak2 skolah plak p demontrasi.

CABARAN yg mendatang yg pasti dtg drp Allah, semoga kita semua dapat melaluinya dgn penuh ketakwaaan.

AZAM 2012

Bila tahun baru mesti org bertanya or berkata mengenai AZAM baru. Siapa yg bernama AZAM x perlu nak berkata apa2 lagikan. Sememangnya bukan mudah utk mencari AZAM baru BUT lebih sukar utk melaksanakan apatah lagi mencapainya.

Bg yg merokok may b boleh berAZAM utk berhenti, bkn utk kepentingan sendiri tapi org ramai especially yg berkeluarga.

Bg yg suka membuang masa elok bergerak2 utk mengisi masa dgn lebih berfaedah.

Bg yg jarang melekat kat rumah, boleh banyak2 kan berkampung di rumah utk bersama keluarga.

Bg yg dah berumur jagale kesihatan dan mula2 buat rutin check up especially yg berumur 30thn++++

Bg yg suko pd reformasi, berpijak kpd AZAM yg nyata. Elakkan terpedaya dgn khayalan. Tidak semestinya demokrasi menjadi halal utk semua keadaan dan masa.

Perbanyakkan AZAM utk mendalami ilmu agama agar hidup lebih aman&tenteram.

Persiapkan AZAM as our guideline utk 2012.....

Sunday 1 January 2012

I'm really offended

C:I would like to change this item. My wife has rejected it..... 
O:What wrong with it
C:It has some defect at the back
O:What!!!!! Can you see this, it's one day before, it's still good.
C:But my wife do not want it
O:I'm really offended

Itu perbualan antara Customer(C) & Owner of the shop(O) pd hari terakhir 2011. Aku pun terkejut juga sebab so far aku membeli d kedai ni tak pernah plak terjadi mcm ni. Dah lebih 1 thn aku menjadi regular customer. 

Topik antara C & O adalah berkaitan AYAM MENTAH yg di pulang semula. Hebat betul si C seorang Paki, betul2 nak yg terbaik sampai boleh return semula. But base on my experienced org2 mcm ni u all kena carefull bila deal dgn dia org, cakap berbelit.

Itulah kita kita bercakap pasal customer satisfaction memang sukar utk dipenuhi but mesti ade guideline..... iaitu agama. Begitu juga dlm mencorak demokrasi sesebuah negara, pastinya agama sebagai rujukan.

2012....

Selamat menyambut 2012 dan selamat tinggal 2011. Begitu pantas masa berlalu, semoga 2012 yg akan dilalui dengan perancangan yang lebih teliti dan yg paling penting setiap aktiviti mendapat berkat Illahi. Sebagai insan yg kerdil kita hanya mampu merancang namun Allah yg menentukan.

Yg best 2012...... ni 12/12/2012.... may be plate keta ke....OR... 

Selamat Tahun Baru 2012