Sunday, 2 January 2011

PengembaraanKu

Jauh perjalanan luas pandangan...begitulah pepatah berbunyi. Memang betul, dari pengembaraan baru kita dapat membandingkan hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Memang dari selepas SPM hajat hati ingin berkelana atau belajar di luar negara. Ikutkan result SPM, memang layak infact sudah pergi pun temuduga dengan JPA untuk ke luar negara. Tapi di saat akhir aku sendiri menolak kerana teringat pesanan ibu, 'tak payahla belajaq kat luar'......

Rezeki itu di mana-mana, memang betul tapi kena berusaha juga untuk mendapatkan. Pembuka jalan terhadap ke dunia luar pada ketika umur 30tahun. Peluang mengikuti program TOT ke Deutschland membuka minda dan cara berfikir untuk masa hadapan. Dalam 17 bulan banyak juga benua Eropah yang ku terokai, walaupun sekadar 2-3 hari namun ia menjadi lipatan sejarah dalam diari PerjalananKu. Di antara tempat-tempat yang telah dilawati:-
  • Austria
  • Belgium
  • Danmark
  • Deutschland(Munchen,Bremen,BremenHeaven,Hamburg,Berlin,GarmischPartenkirchen,Hannover)
  • France
  • Holland
  • Itali(Rome & Venice)
  • Rep Czech
  • Sweden(Gamla Stan)
  • Switzerland
  • USA(Los Angeles)
Jika ada kelapangan, aku akan berkongsi cerita perjalananku. Bye

No comments:

Post a Comment