Wednesday, 12 January 2011

Pencuri!!!!!!!!! oh Pencuri!!!!

Selagi hukum agama tidak menjadi pegangan manusia dan undang-undang islam menjadi primary dalam kehidupan sejagat pasti perkara mencuri, maling, thief atau dieb tak ade penyelesaiannya. Aku memperkatakan situasi yang melanda jiran aku back home yang tinggal di negeri paling maju di Malaysia. Apa nak jadi..... yang pasti robber atau perompok ini mengganas takkala hampir segenap pelosok dunia merasai cengkaman merudumnya ekonomi kapitalis. Di Malaysia setiap rumah pasti dilengkapi dengan grill besi, alarm, CCTV yang menjadi cabaran kepada perompok ini........ Namun ia hanya sebagai halangan mudah yang boleh ditembusi. Sememangnya negara yang majoriti penduduknya beragama islam dan pendatang dari seberang yang seagama tidak dapat meresapi islam sebagai 'way of life'...............

Jika aku bercerita mengenai teratak kami di Oxford ini pasti anda tidak percaya. Aku senantiasa memohon kepada Illahi agar kami berada di bawah lindungannya walau di mana jua berada. Namun hakikatnya rumah yang kami tinggal ini seperti nenek moyang kita di kampung dulu yang hanya tawakal kepada selak kunci di pintu utama tanpa sebarang grill. Kalau anda fikir, tak masuk akal. Tapi itulah realiti di negara maju yang majoriti penduduknya tidak Islam, namun anda berasa lebih confident........ Fikir-fikir kan bagaimana maju negara yang kita inginkan sehingga kehidupan tidak terjamin dan terbelenggu dalam ketakutan

Periksa pintu sebelum tidur........selamat malam 

2 comments:

  1. kesian... harap2 jauhkan dari si maling nie...

    ReplyDelete
  2. Yela..semoga senantiasa di lindungi Illahi. Tq

    ReplyDelete