ISABELLA
Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....
Tiba-tiba aku menyanyi-nyayi kecil lagu Search nyanyian Emy. Bukan apa, nama Isabella ni tiba-tiba aje terngiang-ngiang di telinga. Mungkin selepas tazkirah sebentar tadi bersama pelajar-pelajar Phd medik di Oxford ini mengingatkan aku terhadap Isabella...........
Nama Isabella sebenarnya mempunyai kesan sejarah yang penting dalam peradaban Islam. Setelah mengoogle, betul telahanku..... oh!!! rupanya masih belum berkarat sel-sel memori di mindaku.
Isabella diingati sebagai tokoh penting dalam sejarah islam di Sepanyol. Isabella hidup pada zaman kegemilangan Islam di Sepanyol iaitu selepas zaman pengembangan Islam yang dibawa oleh Tariq Ziad dan Musan bin Nusair. Beliau pada asalnya ialah seorang penganut Kristian yang taat dan patuh pada agamanya. Beliau merupakan anak kepada seorang ketua paderi di Cordova. Penganut Kristian pada masa itu sangat bencikan Islam dan menanggap penganut Islam sebagai kafir dan syaitan. Penganut Kristian di Cordova pada waktu itu berpegang pada doktrin Trinity iaitu dotrin 3 Tuhan iaitu Tuhan Bapa. Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Namun hidayah Allah melepasi setiap pengetahuan dan ilmu manusia. Beliau memeluk islam setelah menjadi hakim perdebatan pendita-pendita Kristian yang dikepalai oleh Father Michael dan Father Peter. Sementara di pihak Islam telah menghantar beberapa murid tersohor Ziad bin Umar dan antaranya ialah Umar Lahmi dan Muaz al-Andalusi. Kisah selanjutnya boleh dicapai dari nukilan lengkap blog....
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13021.0
Terdapat juga novel mengenai Isabella karangan MAULANA M. SAEED DEHLVI yang mengkaji mengenai Isabella. Anda boleh muat turut novel ini menerusi..
http://blog.darulislam.info/node/93
Semoga kisah ini dapat memberi kita iktibar bahawa sejarah amat penting dalam mengarab peradaban manusia ........supaya kita mengetahui dari mana kita datang...
Al-Hamra Cardova(Ehsan Ghows )
No comments:
Post a Comment