Friday 8 July 2011

Menjatuhkan kerajaan

Jika hanya membaca tajuk N3 pasti pelbagai tafsiran bermain d minda pembaca. Di tengah kekalutan demonstrasi BERSIH yang dicadangkan besok 9/7/2011, pasti setiap pemikir ingin meluahkan sedikit catatan buat pembaca.

TanahMelayu sebagai negara demokrasi perlembagaan yang mempunyai raja dan yg agama rasmi persekutuan ialah Islam. Bila bercakap demokrasi ada pilihanraya yg menentukan hala tuju pemerintahan negara setiap 5 thn, dan setiap warganegara yang layak wajib menunaikan tanggunjawab menentukan kesinambungan negara demokrasi.

Walaupun sekarang ini begini hangat demontrasi rakyat yg berlaku di Timur Tengah yang kebanyakannya mengamalkan sistem beraja yang rakyatnya begitu terhimpit oleh kemiskinan. In fact drp makluman khatib minggu lepas yang baru saja balik selepas 3 bln d UAE, yg mana setiap ceramah&tazkirah agama perlu mendapat permit terlebih dahulu. Jika tidak, anda akan ditangkap. Namun apabila melihat fb teman2 di Abu Dhabi bebas ber BBQ, berkonsert dan sebagainya. Musykil juga, jika ini ada  permit.... ke idak.

Jadi pada pilihan aku dlm menentukan kerajaan pilihanraya adalah medium terbaik, kerna jika kita terlalu agresif ia akan membawa musibah yang besar kpd insan yg tidak berdosa. Seprti tajedi di Tiananmen Square or di MEsir.  Persoalannya adakah kita mahu sebegini rupa..... pemerintah&pembangkang perlu sama2 mencapai titik persetujuan. Lihat Hosni Mubarak, dlm kekalutan rakyat dia dgn selamatnya di bawa keluar namun yg menanggung musibah ialah rakyat biasa. Politikus2 ini boleh terbang ke bumi asing dan membiarkan rakyat yang merana.

Namun persoalan penting yg ingin  aku utarakan ialah adakah dgn menukar kerajaan sahaja samada secara kekerasan atau pilihanraya akan secara total mengubah mentaliti dan kehidupan rakyat.

Pertama, negeri termaju di TMelayu telah pun bertukar kerajaan tetapi dari segi perkhidmatan adakah kita telah berubah. Berdasarkan pengalaman aku berurusan dgn mereka, masih di takuk lama. Kerajaan berubah, polisi juga berubah tetapi gaya rakyat yg bekerja tidak berubah. Aku sedang menanti jawapan CF utk menduduki rumah dr PBT, sudah 7bln belum ade jawapan. Pernah pergi sendiri berjumpa, katanya tukang pencari fail cuti, even nak buka fail pun tak nak. Kali kedua pun sama, hinggakan kita naik darah baru nak cari. 

Kedua: negeri yg berebut siapa nak jadi kerajaan. Even dah 2kali bertukar kerajaan, masa menunggu proses pecah geran di Pejabat Tanah yang SOP sepatutnya 3-4 months dah now 7-8bln belum aje jwpnya. Al maklum lah proses pecah geran ni selalu melibatkan pemindahan dr bapak ke anak or sebagainya yg kebiasaan org2 yang telah lanjut umur. Lagi lama menunggu lagi banyak risikonya.. 

Kalau kita jadikan factory seperti gaya kerja PBT&Pejabat Tanah apa yg pembaca rasa. 1 keta proton 1 bln.....,

Kita melakukan transformasi yg amat baik seperti Jabatan Imigresen yg boleh mengeluarkan passport dlm jangka masa yg amat singkat...syabas.

Persolan saya adakah hanya dgn melaungkan agenda menukar kerajaan akan mengubah kehidupan dan cara rakyat bekerja. May be juge, but yg lebih penting kita perlu menukar mentaliti kita sendiri & budaya kerja sendiri.

Menuding jari mengatakan kerajaan salah memang mudah bg sesiapa saja...termasuk saya, tetapi kita perlu juga menghitung diri sendiri serta BERSIH kan dalam diri demi membina suatu negara bangsa yang disanjung serta competitive.....


2 comments:

  1. - Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - Surah Ar-Ra’d ayat 11
    (penggunaan perkataan "kaum" itu menunjukkan kalau nak berubah, kena beramai2 i.e. kesemua berusaha mengubahnya... bukan hanya sorang dua... byk drp kita berada dlm "Comfort Zone")

    ReplyDelete
  2. Betui2..... 1-2 x jadi apa2. But setup negara TanahMelayu berbeza sedikit jika d renung baik2. Jika kita beremosi utk bertelagah siapa yg betul pasti kita akan menyesal d kemudian hari...

    ReplyDelete