Friday 2 September 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432


Ramadhan pantas berlalu utk 1432H ini. Akhirnya Syawal yg dinantikan menjelma jua seperti yg dinantikan. Alhamdulillah tahun 2011 kami di sini berpuasa 29hari sama juga dgn Msia, Arab Saudi serta beberapa negara lain. 

Namun beberapa perancangan telah dilakukan utk menyambut Syawal bersama warga Malaysia di Oxford. Memandangkan hampir separuh pulang beraya d TanahMelayu, namun ia tidak mematahkan semangat kami utk terus berusaha mengaturkan aktiviti sempena Syawal terutama pada hari yang pertama. Telah menjadi tradisi di adakan majlis jamuan selepas solat hari raya Aidil Fitri utk merayakan lembaran sambil rakyat Malaysia berkumpul. Jika d Kota London ramai yg berkumpul di Malaysian Hall utk solat bersama2 tapi d Oxford kami berkumpul d Summertown house.

Pengumuman Syawal di UK tidak seperti d Tanah Melayu yang telah diselaraskan. Namun d UK ia mengikut masjid kerana pelbagai  pandangan berbeza. Setelah mendapat maklumat dr Atase Agama Ustaz Amar bahawa Central Mosque London mengistiharkan Raya pada Selasa 30 August 2011 maka diwar-warkan kpd warga Malaysia di Oxford. Bergantung kpd masing2 utk merayakan ataupun tidak. Havoc juga sebab ramai bertanya kpd Penghulu bila nak raya ni. Ada yg baru pindah rumah dan belum mendapat kemudahan internet awal2 minta saya text aka sms  beliau. Katanya pls update, kami nak beraya bersama2  rakyat Malaysia.

Setelah berincang dgn rakan2 maka kali in kita akan membuat sedikit value added utk program Syawal kali ini. Maka majlis adalah seperti berikut:-

0830:Persiapan Majlis
0900:Takbir Raya beramai-ramai
0930:Solat Raya Aidil Fitri
1000:Majlis Jamuan
1300:Bersurai
Lokasi: Common Room, Summertown House, Oxford

Itu semua merupakan persiapan Raya, namun bila aje menjelang raya dlm hati siapa yg tahu. Kerinduan kampung halaman terhadap keluarga menyebabkan fikiran melayang2 k tanahair tercinta. Insaallah 2012 kami sekeluarga akan beraya bersama sanak saudara d Tanah Melayu. Di biarkan aje perasaaan itu terus melayang2. Namun anak2 menjadi pencetus rasa gembira di perantauan. Apalah perasaan adik2 yg belajar bila syawal menjelma. Ketika berkelana d Deutschland sempat beraya Aidil Adha d sana, sedih juga kan. Bila solo, selepas solat hnaya lepak aje di rumah. Nak kira juadah raya tu memang jauh skali. Itulah bila mengenang adik2 yg solo at least dgn gathering utk solat raya & jamuan menghilangkan perasaan tersebut. Insaallah.

Mari kita lihat suasana beraya di Oxford...............

Berkumpul bertakbir raya sementara menunggu Solat Aidil fitri

Kaum wanita pun dpt join skali

Siapa lagi lengkap tu yg berbaju Melayu

Makluman sebelum majlis solat dimulakan oleh Ustaz Khairi

Juadah yg disediakan utk warga Malaysia di Oxford, semoga terubat kerinduan kepada org yg tercinta.

Daging Masak Hitam

Nasi Impit, Kek & CENDOL

Rendang& Pulut Kuning, Nasi Minyak, Nasi Bukhara, Kuah Kacang

Rendang Ayam


Juadah telah tersedia, apa lagi jom kita menjamu selera. Terima Kasih yg sudi memasak utk kita...



Kuah Lodeh Johor pun ade.....



Makcik beraya bersama anak&menantu di Oxford. Boleh kot masakan kami ini... selamat beraya



CENDOL.... pelik juga makan di pagi raya

Ambil nafas semua...

Anak2 setup group sendiri...



Berborak dgn Pak Ngah yg dah 40tahun berada di UK



Barisan para wanita

Boon, tk kerna sudi dtg. Lain kali dtg awal sikit....

Kuat juge kerusi ini, nampak dah uzur...

Kami sekeluarga dari Oxford

Warga Malaysia di Oxford mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri


Alhamdulillah majlis berjalan lancar, semoga d tahun depan lebih meriah. 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H 
Maaf Zahir Batin dr OxFord.

2 comments:

  1. - dok terus kat sana lah...nti sesekali kite org dtg beraya...ok x? hehe

    ReplyDelete
  2. Gut idea tu, but bln2 kasi masuk 5K pound okle, apamacam!!!!

    ReplyDelete