Monday 7 March 2011

Continuos learning!!!!

Hari ni matahari terang benderang,namun cuaca masih lagi sejuk. Bukan aku tidak mensyukuri nikmat Illahi, tapi perlakuan manusia dewasa ini telah banyak mengubah peredaran cuaca kini. Aku baru aje sempat menghabiskan buku Secrets of the Millionaire Mind tulisan T. Harv Eker.

Aku tertarik dgn cadangan beliau yg menyuruh kita memberi perhatian serius kepada pembelajaran berterusan dan mendapat nasihat drp sifu. Katanya lagi "commit to your growth. Each month read at least 1 book, listen to one educational tape or CD, or take a seminar on money,business or personal development."

Pentingnya ilmu dlm peradaban barat,sebab itu banyak invention terhasil dari sana. Namun sepatutnya kita yg islam ini menghayati ajarannya, tapi malang sungguh kita hanya sebagai pembeli dan pengguna teknologi. Adakah genetik nusantara kita ini kurang memiliki ciri-ciri inventor. Atau kerana kemewahan menyebabkan kita alpa untuk bersedia di kemudian hari. Di mana silap kita, kesian ramai pakar merasa terpinggir dan tidak dihargai. Maka timbul isu brain drain yg menjadi topik popular, betulkah ini terjadi atau atau kita yg tidak pandai menghargai brain mereka ini. Fikir-fikirlah....

2 comments:

  1. ntahlah manusia maybe semakin alpa dgn dunia

    ReplyDelete
  2. Betui2...namun manusia juga perlu mengingatkan sesama manusia. Tk for visiting

    ReplyDelete