Friday, 3 July 2015

Berpuasa di Muenchen


     


Salam Ramadhan semua.

Lama sungguh tidak menulis walaupun teruja utk berkongsi cerita mengenai Ramadhan di benua Eropah secara lebih spesifik. Ini cerita lama sekitar 2002. Pada ketika itu berpuasa dalam musim winter. Macamana suasana...

2002-Munich, Germany

Semasa ini aku berkelana selama 5 bulan di Munich bersama teman2 utk tugas rasmi.... bekerja lah maksudnya. Dalam kehidupan yang single ini pelbagai tugas dilakukan, adakalanya tidak pernah langsung dilaksanakan di Malaysia. Aku sampai di Munich pada July, wah summer la kan pada itu. Suhu sekitar 17C.... nyaman sungguh. Tarikh pulangnya pula sebelum Raya, awal2 dah plan. 

Aku tinggal bersama teman di Ottobrun sekitar 30minit dgn keretapi ke Munchen Hauptbahnhof.... apa ke benda tu... boleh lagi teman spell. Dlm bahasa Melayu dipanggil Munich Central Train Station. Seperti photo di bawah.

Image result for munich hauptbahnhofImage result for munich hauptbahnhof











Utk makluman, Munich ini ramai org Islam dari Turki yang dtg semenjak WW1 lagi. Jadi tidak sukar untuk mencari makanan halal di setiap cerok. Tips utama mesti cari Masjid kerana di situ bertumpu kedai2 daging & restaurant halal. So don't worry if tuan or puan terpaksa or dipaksa ke Munich, soal makanan or pemakaian bagi wanita muslim tidak pelik di mata masyarakat setempat. 

Kebetulan Ramadhan sekitar Nov, jadi masa winter waktu siang lebih pendek dari malam. Jika di Malaysia sekitar jam 7 baru gelap tatkala mentari terbenam. Tapi masa winter jam 4 ptg sudah gelap. Waktu solat Zohor dan Asar adalah rapat, adakalanya hanya berbeza dalam sejam lebih. Flashback Nov 2002, zohor sekitar 12 am dan asar 2 ptg. Sementara maghrib pula 4.30ptg, matahari terbit dalam 730ptg. Jangkamasa berpuasa dalam 9 jam..... Wow pendeknya!!!!

Itu org cakap best berpuasa dalam musim winter, pendek aje. Kebiasaan pada hari bekerja aku pulang dalam 530ptg, jadi time berpuasa kami berbuka di pejabat aje. Berbekalkan air , roti or kurma... cukup dah. Balik rumah baru makan apa yang patut. 

Berpuasa diperantauan ini tidak sama langsung dari segi persiapan dan mental. Be strong. Malam carilah masjid untuk terawih, tapi di Ottobrun ini tiada yg dijumpai.

Image result for kebab in munichJika hujung minggu, aku memasak dgn rakan serumah ala kadar sahaja. Nasi dan 1 lauk, samada brahim yang dibawa, ayam goreng or kicap. Yang simple. Rasanya tak pernah berbuka di Restaurant, may be berjimat. Tiada buffet yg ingin dikejar... Tapi jika dpt Doner Kebab yg memang favorite pun memadai... jika mula2 belajar makan pasti tak habis, lama-kelamaan tak cukuuuupp. Alamak... dulu tiada zaman selfie sangat since kamera phone pun tak famous sangat. Tak mampu kiranya. So tiada stok gambar food ketika berbuka...anyway tengok je Doner Kebab kasi terliur





Sahur makanannya selalu sama dengan waktu berbuka.  Bolehla kan... waktu berbuka singkat. Lagipun winter dengan suhu di bawah 10 celcius pasti sejuk... perut cepat keroncong tapi rasanya dahaga itu memang berkurang sangat. Another part, mata pun sejuk je.... winter kan(ada faham maksud tu...). Yang pasti disini 100% menggunakan driver, dia akan bawa kemana yg kita ingin pergi. Namun kena ikut waktu yang ditetapkan, kalau tidak kena tinggal as salam.... maksud saya 100% public transport, badan fit. Mcm ni...

NeuSchwanshtein                                           Garmich Peterkechien   


Sebagai general knowledge, Munich ini tahap kebersihannya Super Clean. Memang jauh berbeda dgn kita so jgn lah mencemar duli membuang sampah ikut suka. 

Yg paling best setelah hampir sebulan berpuasa masa utk pulang beraya ke tanah air tercinta. Wow !!! ini journey paling lama utk beraya dlm 14 jam. Tetapi bagi yg pulang ke pantai timur 14 jam may be jangka masa optimum utk sampai destinasi.

Since this is my first trip outside Asia,                
jadi ole2 raya pun boleh tahan. 
Image result for ferrero rocher coconutApabila check in di Munich, total luggage 
kami(2 org) sudah mcm 4 org punya . Antara yg banyak adalah Forrero Rocher Coconut, sebab murah dan di Msia ketika itu belum banyak di pasaran



Jadi ground staff Lufthansa kata... since the flight is not full I allowed both of you to check in without any charges. 
Image result for lufthansa   
Muenchen Airport



But you have to pickup your luggage and check in again in Munich. Bila kami check in dengan MAS memang kantoi. Selepas buang apa yg patut( terpaksa....... note2 semasa belajar dgn firma... nasib dpt store dlm memori aka otak) pun masih terlalu berat utk di kawtim. Akhirnya begini lah kata Akak MAS, saya kira round up aje. Ini dah kira bodek habis, mengayat pun tak jalan. Finally kena bayar sorang RM1K+++. Apa lg swipe je dulu kredit kad yg ada..... Ketika ini exchange rate sekitar 1Euro == RM3.8.

Image result for teh tarikDalam flight ada steward yg rajin offer kami... nak teh tarik ke!!! Aduhai... boleh aje, walupun not my favorite tapi mana mungkin dilepaskan pengalaman minum teh tarih di 30,000 km di awan biru. Semoga berjumpa di next Ramadhan.


Saturday, 20 December 2014

Bandung here we come...

Blog ni dah berabuk sangat. Lama juga tidak melancong ke luar negara. Maklumla..... now time cari duit dulu. Idea ke bandung sekeluarga ialah untuk memberi peluang kepada anak2 melawaat negara yg berpenduduk 280juta, dengan populasi muslim sekitar 87.2%. Lawatan kami dulu kebanyakan ke negara2 Eropah yang kaya dan mempunyai sistem transport, social, kebersihan yang terurus. Now ingin membawa minda anak2 terhadap kehidupan di Asia Tenggara.


Bandung terletak di Pulau Jawa Barat dengan populasi hampir 2.6mil di kota bandung. Kedudukan Bandung hanya 148km dari Jakarta dan berada 768m dari paaras laut menyebabkan suhunya sungguh nyaman sekitar purata 23.6Celcius. So bayangkanlah, tentu best weather sebegini untuk berjalan2 or shopping di Bandung. Bandung mempunyai kesan peninggalan sejarah Belanda secara langsung; dari wajah org bandung, bangunan, nama juga ada terikut juga.


Ridwan Kamil.png



Wali Kota or Mayor ketika ini Ridhwan Kamil, eh!!! mesti org tertanya2 saudara ke. Nanti saya nyatakan kenapa di ambil kisah Mayor ini.








Bandung ini bkn kali pertama bg aku. Udah beracap kali ke sini suatu ketika dahulu dari 2006-2009. Hampir 5 kali lebih, dah tau selok belok. Ni atas tujuan rasmi bekerja.... Ini kira kunjugan selepas 5thn enggak dtg semula.

Sebelum kami terbang ini merupakan kunjungan pertama kami ke KLIA2. Mula2 ingin parking mobil di sana, tetapi selepas di kira2 lebih baik menggunakan khidmat Pak Usop. Jom tinjau dulu...



Dlm Flight


Immediate after touch down
Untuk makluman, disebabkan kedudukan di kws tanah tinggi, pendaratan di Bandung Husein Sastranegara International Airport  sedikit mencabar dan juga landasan sedikit pendek. Alhamdulillah Airbus AIR ASIA mendarat dengan selamat tetapi cepat brek kerana landasan yg terhad. Utk makluman Airport dipanggil BANDARA bermaksud BANDAR UDARA. Perlu faham culture di Indon suka memendekkan atau mencatum perkataan. Nanti guest.....

BANDARA ini saiznya kecil iaitu seluas 5,000 meters square, dengan penumpang 2.46 million. Lepas aje checkout, screening terus keluar.




Sampai aje Pak Supir telah tunggu. Utk makluman sepatutnya fligh kami 2030, tetapi dicepatkan ke 1530. Take off delay 1 jam. So Pak Supir yg tunggu pun lama juga... kesian. Sampai waktu telah gelap.Maka kami pun terus ke Restoran Nasi Padang. Saya pesan kpd anak2 tengok bagaimana mereka membawa hidangan yg begitu banyak. Si kecik pun order Teh O Ais atau dipanggil Teh Manis. Saya Opocat bercoklat..... awek muda...




Amat mkn rendang bersama cousin yg handsome

Then terus check in ke Hotel Ibis yg berselahan Trans Studio.... itu untuk next day punya itenary




See u guys next day

Saturday, 12 April 2014

MENYEWA RUMAH DI OXFORD



MENYEWA RUMAH DI OXFORD
Bagi warga Malaysia yang ingin mencari rumah di Oxford terdapat beberapa tips yang dapat dikongsikan bersama iaitu:-


1) Mencari Rumah
·        Agen-agen bertauliah

http://www.premier.uk.com/


Selalunya agen akan mengenakan fee sebagai contoh jika rumah sewa sebulan harganya GBP1000, pihak agen akan mengenakan fee sekitar 1 minggu iaitu GBP250.(sebagai rujukan)


·        Terus ke Landlord



Menyewa terus dengan Landord tiada fee dikenakan tetapi perlu tahu selok belok proses menyewa di UK seperti Agreement, Housing Act, Payment, Deposit dan lain-lain lagi


·        Link-link lain

http://www.rightmove.co.uk
http://www.zoopla.co.uk/ 


[***Jika guna link rightmove, tiada rumah dr agent seperti Chancellor dimasukkan]


2) Agreement
Jika memilih menyewa menerusi agen atau Landlord, segala paperworks disediakan oleh mereka. Tetapi kita perlu faham agreement tersebut, dan terdapat beberapa tips berikut:-


·        City Council-Free Housing Advice Service



Agreement yang diberikan oleh agen atau Landlord boleh disemak oleh pihakHOUSING ADVICE SERVICE SECARA PERCUMA untuk mengelakkan daripada sebarang unsur yang tidak adil kepada penyewa.


·        Deposit

Setiap deposit yang dibayar oleh penyewa kepada Agen atau Landlord MESTIdisimpan ke dalam TENANCY DEPOSITORY SCHEME yang ditubuhkan oleh kerajaan. Selepas 14hari deposit di bayar,Agent atau Landlord perlu memaklumkan kepada penyewa maklumat deposit scheme itu:-



The contact details of the landlord or agent
How to apply for the release of your deposit
Information explaining the purpose of the deposit
What to do if there is a dispute about the deposit


Menjadi suatu kesalahan kepada Agen atau Landlord jika tidak menyertai skim ini dan penyewa boleh melaporkan kepada pihak county court yang mana jika didapati bersalah Agen atau Landlord dikenakan denda 3x amaun yang disewa.
Sila rujuk: Private Tenant's.pdf page 10


·        6 months break the contract

Minta dimasukkan clause ini ke dalam agreement, iaitu untuk memberi kemudahan kepada penyewa keluar daripada rumah sewa itu selepas 6 bulan jika penyewa mendapati keadaan rumah atau persekitaran tidak memuaskan. Ini amat diperlukan bagi yang menyewa rumah dari Malaysia lagi dan tidak berpeluang melihat sendiri keadaan rumah dan juga perangai Landlord. Bagi penyewa yang baru sampai, masa 6 bulan itu boleh dianggapkan jangka masa yang sesuai untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Oxford.




3) Jenis Rumah
Terdapat pelbagai kategori rumah yang ditawarkan


·        Furnished/Part Furnished/Unfurnished

Bagi yang baru sahaja sampai, boleh memilih Furnished House kerana tiada masa dan kenderaan untuk membeli perabot rumah. Namun bagi yang telah lama tinggal, Unfurnished tiada menjadi masalah, tetapi perbezaan sewa rumah Furnished&Unfurnished hanya sedikit sekitar GBP50 atau sama sahaja.


·        Bilangan Bilik

Ini ditentukan oleh bilangan ahli keluarga, jika 5 orang ke atas maka hanya rumah 3 bilik sahaja yang dibenarkan menyewa.


·        Date Available

Kena pandai nego, jika tidak kita kena bayar sewa rumah walaupun belum hendak masuk.


·        Double Glazing

Pastikan tingkap dan pintu rumah menggunakan kaca double glazing untuk mengurangkan kesejukan semasa winter.




4)Perkara Lain


·        White Items

Merujuk kepada Fridge, Washing Machine & Dapur yang selalunya disediakan oleh Landord. Namun kita boleh bincang untuk dapatkan microwave, toaster dan oven.


·        Heater

Dinasihatkan agar LAndord membeli pakej Maintenance dari British Gas atau agensi lain. Ini untuk memudahkan penyewa melaporkan kerosakan tanpa mengeluarkan wang. Kritikal bila breakdown semasa winter.


·        Lokasi

Bagi yang mempunyai anak sekolah, amat sesuai mencari yang berdekatan dengan sekolah. Namun ia bergantung kepada keperluan masing-masing




Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Tk