Sunday, 22 July 2012

Bermotor ada caranya


Hari ini terpandang suatu fenomena yg rasanya sudah menjadi kebiasaan di Tanah Melayu. Jika dulu di zaman 80an, berbondong-bondong pelajar sekolah menaiki basikal or gerek(bg org Kedah). Namun kemakmuran negara tercinta mengubah budaya ini, tatkala motor menjadi kenderaan yg agak tidak asing dewasa ini.

Kini motor sering digunakan utk ke sekolah. Ia bkn sahaja memudahkan anak2 ke sekolah tetapi juga ibu-bapa yg terlibat dlm aktiviti ini. Katanya lebih fleksibel demi kekangan masa terutama yang bekerja di waktu pagi.

Brooom!!!! bunyi motor memintas aku..... termenung seketika

Mengimbau kenangan waktu persekolahan. Alhamdulillah, parent aku tidak ada isu ini utk disharekan kerana aku berada di sekolah asrama. Pengalaman ingin bermotor pun hanya seketika apabila memasuki Form 6, tetapi masa itu motor kapcai aje C70 berlampu bulat. 

Ah!! lebih baik kayuh basikal.

Kembali terpaku melihat motor tadi!!
 
Bukan apa!!! kulihat pembonceng di belakang itu adalah anak yang masih di sekolah rendah. Terberdiri pembonceng tatkala melintasi bumper2 yg banyak.

Aduhai!!

Sudahle tanpa bertopi kaledar, apa nak jadi.

Minggu lepas aku dimaklumkan bahawa seorang pelajaar sekolah yg berumur 14thn meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Sayang sungguh, katanya arwah merupakan bekas pemain hoki Selangor. Amat menyedihkan... Al-Fatihah utk arwah.

Aku tidak dpt membayangkan kesedihan dan kesayuan keluarga arwah. 

Aku mengambil kata-kata seorang Ustaz!
'Umat Islam yg melakukan pengeboman berani mati itu utk memusanhkan musuh adalah lebih baik baginya utk terus hidup bagi memikirkan jalan terbaik utk mendaulahkan Islam di muka bumi'
 
Jika sebegini pentingnya nyawa, fikir-fikir kan lah...... anak2 yg bermotor dan ibu-bapa yg memberi anak2 bermotor.

Wassalam

Tuesday, 17 July 2012

Mengeluarkan kereta dari Port Klang

"N3 berkisar mengeluarkan kereta dari Port Klang. Kompleks ke, time consuming ke... sudi-sudila baca"



Pergerakan hari ini menuju ke Port Klang dengan suatu misi semoga dipermudahkan. Maka awal2 lagi call dah brother yg menjaga tempat parking kereta sebelum bergerak. Dia akan tanya:-

  • No chasis kereta
  • Nama owner
  • Container no-refer IID dokumen

Then gerak ke sana, at least dia prepare doc lebih awal. Dptkan juga address kat mana kereta kita di parking.

Jam 11am kami pun tiba di Westport, Port Klang tempat tafsiran. So mula2 submit semula K1&doc lain kat Tkt1 bhg tafsiran jgn terus nak pi bayar mcm kami. Pass surAt  rayuan yg Kastam Putrajaya bg kat Pengarah Kastam Negeri Selangor.

Selepas d masukkan data dlm sistem then baru boleh p bayar. Sebelum tu pastikan bank draft or bankers cheque telah disediakan atas nama Pengarah Kastam Negeri.

BayAr then dptkan resit paperless katanya d kaunter. 
Simpan!(Nanti semasa reg keta, JpJ nak)
Nasib En kastam ni bantu, kasi cepat. Biasale agent2 dah bawa berkepuk2 dokumen.




 Resit Pembayaran Kastam


Then minta guide ke arah keta di parking.  Agen kami parking di PkFz  dlm 4miles. Jumpa polis ambil pas dulu. Kami just masuk then polis Pkfz pun minta buka bonet utk periksa. Sudah selesai kami pun nak masuk, baru tau kena ambil pas dulu. Reverse ke pondok polis bantuan PKFz cakap nak pickup kereta dr luar negara, jika agen bg tau agen. Owner mcm kita pun boleh juga. Polis akan minta IC dan isi borang panjang VTC(vehicle tracking....), polis bg pas.


 Pintu masuk PKFZ



Baru boleh masuk PKFZ, ada pesanan kata barang2 dlm bonet cuba elakkan d bawa nanti payah pula. Begitu juga anak2, kami bawa 1 hero, but saya je yg keluar minta pas, infact polis pun nampak dia ok je.

Memasuki PKFz nampak banyak kereta baru bersusun dlm kws tersebut. So itu kereta baru, yg terpakai apalah sangat pada mereka yg handle may be ribuan applikasi setiap hari. Naik muak la kot, but itu tugas masing2. Yg d hospitalnya bergelumang dgn darah so jlnkan amanah masing2.

Selepas masuk x pasti nak ke mana, then call dimaklum bhw rounabout then ikut pukul 3. Tercari2 jumpa berderet2 kereta plate UK tersadai, Bmw, mercedes, audi dan pelbagai lagi. Akhirnya bro itu terus bawa ke tempat kereta, banyak lagi. Then dia bg kunci dan kereta masih boleh di start, very impressive. After nearly 70days tidak bertuan. Kereta kami pada agen QEL block A unit 42.


 Banyak keta di parking.... nasib berbumbung


Then kami dijemput masuk opis, dia minta

  • K1
  • IID
  • Bayar parkir RM8 per day

Then dia kembalikkan
  • Resit
  • VTC dokumen-utk bg kastam masa nak hantar pas
  • Dockumen warna biru-utk polis Pkfz masa nak keluar

Sempat juga dia bertanya, macamana abg buat sendiri ni. Siap dgn rayuan semua. Aaa... May b saya ade masa, coz keje sendiri. Jika x free better suruh agent.


Masa utk memandu kereta anda, LIHAT minyak  tinggal 5miles. Alamak. Masa nak keluar polis bantuan akan periksa semula bonet. Dia ambil dokumen yg perlu then arah kereta ke sebelah kanan utk pegawai kastam verify doc dan chasis keta. 

Wah ! Abg. Ni kalu org bujang mesti ramai girlfriend ni...

Aha! Tawa aku
"org bujang just 2 pintu" balas ku
Still ok abg, jwbnya.

Kemudian aku pulang semula pas PKFz dan ambil 2 IC. Jgn lupa plak kwn or isteri yg ikut tadi.

Maka terus memandu, mencari Esso yg bersebelahan opis Westport. Sudah maklum bahawa airconditioning was not working. Tau aje la, dgn 34celcius di PKFZ maka memang mencurah2 peluh. Anak pun nak ikut skali.

Suspen juga, smpai Esso minyak dah betui2 no reading pd display. Drp 3-4miles dan hingga 1 miles. Memang amat suspen, takut manatau mati tengah jln. Tahu ajela, banyak trailer kontena yg memandu boleh tahan kelajuannya.

 Hampir or sudah habis fuel




AlhamdulillAh.  Dengan berhati2 memandu ke rumah sebelum di petang hari ke puspakom.
(Silakan dapatkan Pas sementara utk Pemeriksaaan dari JPJ, sebelum memandu. Pastikan kereta ada insurans. Nak gamble pun boleh!!!! sendiri tanggung)


Sedikit perkongsian, memang menyeronokkan malah dpt explore new places PKFZ dan meet more gomen servant. Then observed the SOP of clearing the vehicles. Not really difficult but u need to be patience sometimes, officer not around, u have to wait longer. But as long u have the right documents and photocopied , it shouldn't be any issues. The hurdles just to clear the tax!! Money!! Money.

Reminder:-

  1. Advice utk wanita, jika nak buat sendiri bawa le parents, adik&abg coz area Pkfz ini besar dan sunyi. In case kena kacau ke, sebab ia betul2 terpencil.
  2. Semasa hantar kereta ambil reading mileage terakhir sebelum masuk kontena
  3. Standby bawa cable jumper or tong minyak; utk apa!!!
  4. Ini berdasarkan proses di Westport, Port Klang. Port2 yg lain idak sama


   

Thursday, 12 July 2012

Pemeriksaan Kenderaan AP @Puspakom



Buat appointment terlebih dahulu, tapi sebelum tu pastikan kereta yg d bawa keluar dr Port Klang mempunyai insurance dan kelulusan memandu oleh Jpj dgn mendptkan permit Pas Sementara utk Pemeriksaan(3 days only) or ICP(to be confirmed)
  • K1
  • Ap
  • Isi borang keta import terpakai di puspakom
  • Bayar-rm25

Inspection 10min &Tunggu result. Akan di panggil kita dlm 1 jam, certificate seperti berikut:-

B2 form Puspakom-valid for 1 month



Then pandu balik ke rumah, utk proses register e-Daftar dgn Gateway Provider yang dilantik oleh JPJ. Saya memilih Drosstech, setelah Cuscapi(sampai opis dah) masih belum dpt menyediakan perkhidmatan

Sunday, 8 July 2012

Urusan AP @Kastam



Setelah rayuan AP selesai maka tiba masa dgn Kastam Di Raja Malaysia. Memandangkan kereta telah tiba 27 may 2012, dan urusan kelulusan AP yg direject lulus pada 14 jun 2012. Namun dokumen AP hanya keluar pada 21 Jun 2012. So bayangkan kereta d ship 27 April, hampir 2bln tersadai. Apa keadaan keta, entahla!!!!!!

Disebabkan Kelulusan AP lewat dan kereta telah tiba, maka agen yg di lantik oleh Arcadia telah di minta oleh aku utk mengeluarkan kereta dr kontena. Ini proses boleh buat sendiri, but since aku dlm keadaan kelam kabut maka agen uruskan. Jika AP dpt awal dan hanya menunggu kereta, maka boleh clear sendiri.

Selepas AP siap aku set timing samada nak guna agen or buat sendiri. Akhirnya ambil keputusan clear sendiri,why!!!!
1-since ada free time
2-aku suka go through proses delivery gomen, nak tau implementation tu smpai ke idak. Sebab dah bnyk aku buat sendiri hal2 lain seperti urusan tanah, rumah, loan , wasiat dan dll.
3-nak lihat mesra pelanggan jabatan2 kerajaan, selepas gaji naik
4-nanti boleh advice kwn2

Memandangkan aku dah suruh agen Mikhir keluarkan kereta, so next step hanya perlu bayar charges dan collect dokumen. Agen kata dia advance bayar dulu charges tersebut. Then terus ke kastam utk nilaian cukai.

Alamat agen yg di lantik oleh Arcadia UK. Utk makluman, terdapat beberapa agen yg dilantik oleh Arcadia. So aku tidak bermaksud mengatakan agen ini bagus atau tidak, hanya memberi contoh agen yg handle kereta AP.

Mikhir World Trading Sdn Bhd
No. 8, 1st Floor, Lrg Batu Nilam 34A,
Bandar Bukit Tinggi 2,
41200 Klang,
Selangor 

Perjalanan dr rumah ke Mikhir di bandar bkt tinggi, klang hanya dlm 40minit. Ini kira turbo driving dan tiada traffic jam. Banyak perubahan area bandar klang. Pembangunan terlalu rancak, hilang sudah ladang kelapa sawit. Actually area klang tidak asing bg aku kerna pernah praktikal d Toshiba Teluk Panglima Garang. So tinggal d Jln Kebun, dan kerja part time d MD bandar klang. So laluan ke bandar klang dr jln kebun aku familiar dgn motor Kawasaki KIPS 150cc. But now totally berubah, so kaum2 India yg memenuhi ladang2 terpaksa mengalami pembangunan dan adakah mereka berjaya menyesuaikan diri dgn pembangunan? Itu merupakan suatu topik yg perlu diperhalusi oleh jabatan yg bertanggunjawab.


Kos yg perlu bayar kpd agen seperti berikut:-

Akan dimasukkan kelak



Selepas itu menuju ke opis Dagang.net(KEDAI EDI) utk membuat doc K1. Nasib bertanya pd agen Mikhir, kerana pemahaman awal opis Dagang.net ini di Port Klang. Rupanya juga di bdr bkt tinggi, lokasi seperti di bawah:-

KEDAI EDI(Selangor)
B-3A-3, Level 3A,
North Tower (Tower B) BBT One The Towers,
Lebuh Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang, Selangor.
PIC : Mr. Che Zalman Che Noh
Email : zalman@dagangnet.com
Tel No : 03-3325 1172
Fax No : 03-3325 1189

*Cari pintu utama yang ada pengawal, kalau tidak kena tawaf plak


Dokumen yg perlu di bawa:-
  • AP
  • IID form(ini saya ambil drp agen kerana mereka yg deal dgn shipping liner)
  • IC pemohon
  • Ongkos

Ada borang yg perlu diisi utk menyediakan K1 ini. Staff Dagang akan bantu,but owner sendiri kena dtg. Jika tidak kena sediakan surat mewakilkan, which sedikit kompleks kerana perlu signature. Siap di isi submit dan pegawai kata kena WAIT 1 hour utk Kastam verify. So kebetulan time mkn, lepak kejap. Pd hemat sayA Dagang.Net ni memudahkan kerja Pak Kastam tetapi sedikit charge d kenakan kpd pengguna seperti berikut. Sekitar sejam kami dtg semula utk ambil doc K1 yg dah siap. Dagang akan copy Ic dan Ap.


Form yg akan di isi sebelum dipindahkan ke bentuk di bawah



Ini borang K1 yg kita dpt dr Dagang.Net. K1 ini amat penting!!!


 RM 39.65, resit kami


#dagang.net ni dulu saya pernah berlawan tender projek. Smart biz model.





Jam menunjukkan 1.20pm, kami bergegas ke Wisma Kastam Port Klang Westport. Perjalanan sekitar 30min or 10-15km. Jauh juga tu. Tercari2 Wisma Kastam dgn melihat signboard dan kebetulan ada pedoman drp itu. Ikut aje, wah besar2 bangunan. Parking dan masuk ke dalam kaunter di tutup. Mana mungkin!

 Wisma Kastam ... Bkn Yg Ini


Bertanya kpd Cik/Puan kastam yang dok bersantai utk makan.
"nak tanya sikit, betulke ini tempat utk buat tafsiran cukai import kereta"
Sambil menunjukkan doc K1
Bkn ni, kena go straight ke arah Dolphin sana tu.
"salah tempat lA ye" kataku.

Kami pun bergegas keluar utk mencari Arah Dolphin. Akhirnya jumpa juga Dolphin itu, actually itu lambang Westport. Utk memudahkan cara, cari arrow Westport Port Training Centre, dlm tu ada bhg penilaian cukai yg berada di tingkat 1. Memandangkan masih time rehat,opis itu di tutup. Berkeliaran agen2 di luar opis tersebut. Sorang tu maklum bahawa surau dibelakang sana, maka kami pun bersolat zohor dan sedikit berehat.

 Bangunan ini baru betul...

WEstport sebelah.. aje

 Ini Dept yg menafsir cukai... Tkt 1


Sekitar 215pm, pintu di buka. Maka kami pun menyerahkan dokumen2 yg diperlukan. Maka berlaku proses penafsiran yg dilakukan secara bertulis tangan. Jeng Jeng!!.

Bila dpt tafsiran, terkejut beruk dgn amaun yg diberikan. Kemudian masuk jumpa pegawai dan dia terus sign. Nak buat rayuan ye!

Yes, jawab ku.
Kena ke Putrajaya, jwb pegawai.


 Jika ingin mengetahui bagaimana tafsiran di jalankan, boleh cuba link di bawah. Pilih  DOCKET yang hampir dgn kereta anda dari segi model, tahun,cc.



Jika setuju dgn tafsiran cukai tersebut, boleh sediakan bank draft di atas nama "Pengarah Kastam Negeri". Kemudian anda boleh terus memandu kereta utk pulang(jika berani).



Actually pelbagai cara:-
  • Kena ambil dulu insuran kereta then apply from JPJ borang "Permit Pas Sementara Untuk Pemeriksaan Kenderaan". Ini free. Boleh dpt di mana2 JPJ rasanya. Tapi kena maklum anda ingin bawa kereta dr Port ke Puspakom. Ini valid for 3 days. Baru boleh pandu kereta legally.
OR
  • Naik tow truck, ada anggaran perbelanjaan dari port klang ke subang jaya sekitar rm250

Jika tak setuju, buat surat rayuan dan submit by hand or pos ke:-

Kastam Putrajaya
Pejabat Bahagian Perkhidmatan Teknik
Cawangan Pengurusan Penilaian
Kompleks Kementerian Kewangan
No 3, Persiaran Perdana
Presint 2, 62596 Putrajaya
(Tkt 6, nort building-yg ade recepsonist)




Kami mengambil keputusan utk merayu dan dalam masa seminggu pickup jawapan 2 sampul, 1 utk kita dan satu lagi utk Pengarah Kastam Selangor(nanti pass ke opis Port Klang-bhg tafsiran)

Ini sepintas lalu utk share maklumaT, agar sedikit membantu.

#cukAi kena tinggi memang pening. Org kata kau bawa balik Porsche ke!



Link lain

https://malaysialiverpool.wordpress.com/2012/05/21/membawa-pulang-kereta-dari-uk/

Monday, 25 June 2012

Permohonan AP


N3 ini pasti ramai ternanti2, apatah lagi sahabat saya yg sedang kesibukan mengemas utk pulang ke tanahair setelah sekian lama berkelana sambil membawa pulang bkn saja kepingan kertas2, tetapi juga pengalaman, ilmu, pemikiran dan idea baru dlm mewarnai persada kerja. Semoga beliau berjaya.

Sudah lama tidak berblog kerana mengejar dan dikejar waktu. But alhamdulillah ruang masa yg terluang di awal pagi boleh berkongsi sedikit pengetahuan bagaimana utk memohon AP pelajar atau pegawai kerajaan yg ditempatkan di luar negara, bkn yg bertugas utk negara tetapi samada melakukan attachment, training, dll.


Perlu jelas bahawa AP tu adalah hak milik setiap rakyat Malaysia dan boleh dimiliki sekali seumur hidup utk setiap orang. (Ada yg menyebar spekulasi hanya org Melayu sahaja dapat AP. Ini tidak benar, selagi anda warganegara dan memenuhi syarat).Namun ada definisi yang melayakkan kita mendapat AP.

Syaratnya

1.    Malaysian citizens that is eligible to apply:
i.    Government officials working or studying overseas (at least obtained a diploma).
ii.    Malaysian citizens working full time in a company/posted overseas for at least 1 year or studying overseas (except from Singapore and Brunei). Accompanying spouses or children are not eligible to apply for Import License.
iii.    Husband, wife and children of Government officials and staff of home-based offices working at Malaysian Representatives office overseas. 


Saya nasihatkan sebelum pulang ke Tanah Melayu, sila baca checklist ini agar anda ada gambaran apa yg perlu disimpan. Tapi sila lihat jika terdapat perubahan prosedur baru yg kadang2 tidak diketahui oleh kita atau terlepas pandang. Rujuk website MITI. http://www.miti.gov.my/


Checklist Dokumen Permohonan Lesen Import




Boleh download dokumen tersebut seperti link di bawah:-

http://www.miti.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Document_4eb0fe9a-c0a81573-2ce72ce7-843eaabf/SENARAI%20SEMAK%20DOKUMEN%20AP%20PERSONAL%20%28BEKERJA-BELAJAR%29.pdf


Tulisan yang bewarna kuning tersebut merupakan maklumat yang diperlukan. Saya mengambil contoh kes bg pegawai kerajaan yang bekerja di luar negara(UK). Mungkin terdapat sedikit perbezaan bagi yg balik dr Jepun dan  Korea yg memerlukan dokumen diterjemahkan.


Borang Permohonan AP



Boleh download juga borang permohonan;
http://www.miti.gov.my/storage/documents/956/com.tms.cms.document.Document_ab68dfbf-c0a81573-49c349c3-b505e1fb/1/BORANG%20PERMOHONAN%20AP%20PERSENDIRIAN%20%28BEKERJA-BELAJAR%29.pdf



Jika anda dlm kategori ini, boleh la meneruskan pembacaan tetapi jika utk sebagai maklumat tambahan boleh saja. Terdapat beberapa syarat tambahan yg perlu dipatuhi iaitu:-
  • Returned to Malaysia permanently.
  • Apply within 3 months from the date of return to Malaysia . 


Lepas sampai TanahMelayu register keje than hantar semua dokumen ke MITI. Namun sebelum itu perlu tahu yg setiap dokumen perlu di sahkan oleh Peg. Kerajaan Malaysia(Kelas A) atau Persuruhjaya Sumpah. PAstikan setiap mukasurat.


Anda perlu maklum bahawa selepas dapat AP, terdapat peraturan yg perlu diketahui:-


i.    The vehicle can only be registered in Malaysia under the applicant's name.
ii.    The ownership of the vehicle cannot be transferred to any third party within 2 years from the date of registration.
iii.    Import License is granted to applicant once in a lifetime. 


Borang yg telah siap sila hantar ke:-

Ministry of International Trade & Industry (MITI)
Import and Export Control Division
2nd Floor, Block 10 Government Offices Complex, 
Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur. 

Permohonan akan diproses oleh MITI dlm masa 10 hari bekerja. Terpampang SOP tersebut di kaunter MITI.


Berdasarkan pengalaman:-
  • Kenderaan mesti cukup syarat 9bln, jika ada yg tak cukup sila lewatkan sedikit kenderaan dihantar pulang tetapi sebelum habis 3 bln balik ke Msia. Ini prasyarat penting

  • Jika terdapat perbezaan ketara antara date of aquired dan  Doc Ref pada V5C, pastikan 9bln itu mengikut Date of Doc Ref pada bahagian bawah page 2 V5C dokumen.

  • Simpan segala bukti2 yg perlu jika terdapat pertanyaan dr MITI, seperti roadtax, dokumen V5C yg lama jika bertukar alamat rumah, dll.

  • Selepas 7hari boleh cuba semak dgn MITI utk menentukan samada dokumen AP telah diluluskan. Harus mengerti mereka teramat sibuk. Kadang2 melewati SOP yg diwar-warkan.

  • Jika gagal, sila tulis surat rayuan dan jumpa pegawai utk mendapat/memberi penjelasan kenapa gagal. Majukan bukti2 kukuh.

  • Stage ini tidak perlu agen melainkan anda terlalu sibuk.(Tak salah saya, agen tidak lagi dibenarkan menghantar permohonan ini)

  • Pujian harus diberikan kpd MITI kerana menyediakan borang JK69 di lokasi mereka. Maka tidak perlu lagi ke Percetakan Nasional di Chow Sau Lin utk mendapatkan boarang tersebut. Tahniah MITI.


Link lengkap utk keluar keta AP

1) Apply AP
http://badrul-perjalananku.blogspot.com/2012/06/permohonan-ap.html

2) Proses keluar kenderaan dari Port


3) Puspakaom


4) Mendaftar Kenderaan AP Di JPJ
http://badrul-perjalananku.blogspot.com/2012/06/mendaftar-kenderaan-ap-di-jpj.html



Blogger2 lain

http://informationchanneltohelppeople.blogspot.com/

Tuesday, 19 June 2012

Salah Baca Pun...


Sambil menjamah supper sempat berborak2 dgn Amat.
"Belajar apa kat sekolah, best ke".....(pertanyaan provokasi)

Jawab Amat dlm pelat2 Upin&Ipin
"Alah, cikgu tu! orang salah baca pun dia marah!!!"
Amat ke yg buat salah... sambil memandang serius ke arah dia
"Bukan Amat le....."
"Kwn le....., baca salah pun kena marah"

Sambil aku ketawa terbahak2........

Teacher Amat kat UK, mcm tu ke
"Tak ada le...."

Bkn tujuan utk mengkritik guru, tapi itula budaya pembelajaran kita. Saya pun tidak terlepas dari bertindak sedemikian......

Ada teman yg berkata, may be 2 or 3 generasi baru kita dapat merasai pengalaman bersekolah di UK. Anak sebesar Amat pun dpt merasai perbezaan situasi pembelajaran. Ini may be suatu cabaran utk kita.

Wednesday, 6 June 2012

Sikap Perlu Berubah

Kehidupan berinternet memang begitu sinonim di dalam abad ini. Malah jika tiada internet rasa mcm tak senang hidup walaupun orang mengatakan itu hanya suatu kehendak. Yg pasti terserah kepada individu itu sendiri.

Sejak pulang dari rantau orang, kami membuat bebrapa penilian tentang operator internet. Namun kini, VirginMedia(VM) menjadi langganan orang ramai. Pakej yg berpatutan serta kelajauan min 5Mbps memang amat mencukupi. Dulu di sana kami amat berpuas hati dgn servis Unifi, bukan kerana 100% perfect kerana kita tidak dpt lari dari pemasalahan walaupun begitu rapi kita membuat planning. Tetapi cara mereka melayan masalah dan kerenah pelanggan amat baguih dan boleh dikategorikan dalam kelas A.

Setelah membuat keputusan, aku terus mendaftar dgn VM. SOP pemasangan selepas form di hantar ialah 5hari, tetapi dalam 2-3hari aku mendapat panggilan telefon. 
Encik, boleh kita percepatkan pemasangan dlm minggu ini.
Boleh aje, kami tiada masalah. Memang menantikan...

Wow betulle performance wise, mcm Unifi kita dulu 20Mbps, now dah boleh tengok Viptv online. Memang best. Anak2 pun duk ke hulu dan ke hilir bersama ipad dgn Upin&Ipin. Nampak gaya mereka ketagih....

Danish tengok apa tu!.... Upin&Ipin. Tapi sekarang ada pulak Boboi!!!, tak henti2 mereka melayan sehinggakan perbualan dan dialek percakapan mereka dah hafal......

Dua seringgit dua seringgit...... Apa k benda tu Amat. Dua seringgit dua seringgit... ulang dia lagi

Itulah character mempengaruhi perlakuan anak2 ketika ini. Bagus juga at least mereka cuba mempelajari bahasa Melayu.

Setelah beberapa lama menggunakan VirginMedia ni, tiada masalah muncul. Memang puas hati, setimpal dgn harga dan perkhidmatan.(baru 3w)

Tiba2 ku lihat... mcm lagu Zainal Abidin pulak. Kabel2 telefon di depan rumah aku sudah jauh melayut, alahai.. kataku dalam benak.

Macamana jadi begini, ummmm!!!!.....
Rupanya dahan2 pokok telah menghempap kabel2 tu. Aduhai, jgn la putus pulak fiber VirginMedia ku ni.

Lalu aku pun capai cordless VM,
Tekan 1 utk bahasa Malaysia..... panjang pula arahan ni, dah le nombor 1300.... mahal ni

Akhirnya dpt bercakap dgn operator, selalu the first thing aku akan cuba pickup nama dia. Itu skill yg tengah aku build up, supaya dia tahu si pemanggil ni tahu nama dia dan respect beliau.

Aku pun memulakan bicara..... saya nak maklumkan bahawa dahan2 pokok di depan rumah saya telah menyebabkan kabel2 VM jatuh ke bawah, saya minta VM tugaskan kontraktor VM datang potong sebelum berlaku apa2 kerosakan atau kabel terputus. Jelas dan ringkas complaint aku.....

Dia noted complaint aku, nanti kami akan call Encik dlm 24jam balasnya. 
Ok, saya tunggu...  VM call.
(2thn lepas aku pernah call mereka utk potong dahan, itu pun staff VM yg maklumkan servis begitu ada pada VM)

Tup2... dah 1 minggu tiada tindakan.

Aku call semula, 
Encik report yg dulu tu ....blah2.....
Kena buat report lain. 
Ok, buat le.... but jika VM saya down saya akan Minta Pampasan...

Selang beberapa hari, ada sorang minah ni dok follow up aku.
Encik!! dah ade kontraktor VM datang ke.
Tak ada pun.....

Tadi semasa aku sedang memandu sekali lagi dia call...
Encik! dah ada VM ambil tindakan ke
Bosan saya!!! Jawabku dgn keras sedikit... dah 2minggu ni. Nanti saya report kat Sir Z, saya nak hantar surat layang kat dia
Encik!! Encik!! Jgn buat begitu,
Saya tak kira, 2-3 hari lagi tak settle saya bgtau Sir Z
Encik!, saya akan usahakan cepat2.

Ini apa yg berlaku kpd VM, bhg customer servis tidak dapat memain peranan utk memaklumkan kepada bahagian kerosakan or bhg kerosakan tidak ambil endah.

Lingkup company VM mcm ni, ini yg aku tak bersetuju dgn no competitor. Sikap!!!!, ulang semula Sikap!!! pekerja2 yg ambil sambil lewa.
Sepatutnya, ambil tindakan pantas sebelum kabel tu putus.

Aku teringat katanya seorang military officer, 
"U all tinggal kan software & hardware yg canggih pada saya. Itu adalah bagus, tapi saya risau HUMANware yg ada pada saya ini dpt memikul tanggungjawab dan atitude yg sepadan dgn kecanggihan teknologi."

Mungkin Hak Pengguna tiddak kuat, utk challenge.
Pernah terjadi, BritishGas di saman 2.5juta pound kerana mengabaikan pelanggan beliau.
http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/3717211/British-Gas-fined-25million.html

Come on wahai pekerja VM ni, be profesional. Bkn tengok bawah tempurung je.
Jika anda bagus, dunia pekerjaan terbentang luas.... dunia in sudah menjadi kecil. 
May be kena buat program Undercover CEO, utk mengetahui perlakuan pekerja mereka.

Fikir kerja itu ibadah, bkn setakat nak dpt gaji. Please fikir&renungkan.