Thursday, 18 August 2011

Roti atau biskut.....

Tajuk aje bagaikan nak mengajar buat kueh raya. Mesti tercabar tiffinbiru aka Chef Mat Gebu. Tak pasti kegebuannya dlm bulan Ramadhan ni.

Roti atau biskut......

Istilah yg selalu confused disebabkan faktor geografi...... sebab org Utara TanahMelayu akan kata sesetengah biskut tu RoTi. Jika dpt pesanan nanti hang beli RoTi Marrie sebungkus..... better faham2 betui 1 hari cari pun x akan jumpe la kan.....

Betui tak.....

Kat kpg sini selalu berbalah dgn wife isu ni...... bila beli Double Chocolate Cookie..... Roti atau biskut.


Roti atau biskut.......

DVLA oh DVLA

N3 kali ni mnak bercerita pasal JPJ UK or dipanggil Driver and Vehicle Licensing Agency (DVLA). Memang agency yg akan sering dikunjungi oleh rakyat Msia utk membuat lesen or mendaftar pembelian keta. Kat UK ni seperti blog terdahulu beli keta amat mudah ye kan, jual beli dgn seller then update aje ke DVLA. Amat mudah kan...

But kali ni nak bercerita just how perkara mudah utk update nama pembeli baru ke doc V5C pun smpai 3 kali baru betui. Aduhai Mat Salleh ni......., mula2 salah eja nama. Hantar kali ke2 salah lagi...... aduhai ini gamaknya berlaku semasa mogok pada tempoh hari d DVLA bila union x setuju pasal package pencen. Hampir lumpuh DVLA kena staff yg berUnion mogok, maka teman punye doc pun tersalah lagi, tande protes le tu. Memang la negara maju sungguh.....

Kali ke-3 hantar baru la betui.....bayangkan jika yg menunggu utk pulang ke tanahair..... so don't expect kat UK ni everything is perfect kan.... dlm planning kena reserve time utk incase ade error...... x perfect pun kerje2 org2 kat Ulu Kingdom ni. Selamt bersahur

Apa la Mat Salleh ni...

Bukan nak mengata but nak berkongsi cerita pasal Mat Salleh dr British Gas(BG) ni. Al kisah bermula bila lampu d dapur idak menyala. Apa lagi halo landord, lampu tarak menyala. Nanati goreng ayam x nampak....plak. Oh!!! No problem, we have bought maintenance service from BG. You just need to call.

Maka Melayu ni pun call le kan BG. Lama juga nak dpt bercakap dgn customer service. Tunggu dlm 5 minit. Lepas kacek kurang lebih, report di ambil maka appointment pun d set. The next day, dtg le nak tengok lampu kalimantang, jarang2 rumah pakai lampu jenis ni. Sebelum itu terpikir nak beli bulb dan replace tengok apa hasilnya. Ah!!! baik telefon aje landlord to confirm. Kita dah bayor mahal2 sewa jgn kasi chan le....

Oh!!! don't worry I've replaced the bulb & starter kata landlord. So kat UK ni base on trust, aje.... teman pun caya la dia...si China ni. Bila dtg orang BG dgn tools + tough notebook ...wow... ini kat Msia teman supply masa projek dgn mindef je. Tau brape kat Msia dlm RM15K-20K sebijik... Kat sini engineer(dipanggil bkn technician tau...) BG nak repair electricity pun pakai binatang mcm tu. Hebat kan....

Check punye check, dia tanya have you change the bulb. Yeap, my landlord have replaced it. Dekat 30 minit juga dok check sana sini.... then bg tau, I need to order parts(which part) and it will take a weekkkk. Aha, a week too long..... Dia pun cau bg kertas sekeping.

Nasib ade 1 lg mentol ayam.....boleh la mengoreng ayam.....

Seminggu udah lebih, hari ke-8 dok mengomel dgn wife mana org BG ni kan janji a week. Pd hari ke-9 jam 8am telefon berdering..... biasale teman dok tidor lagi. Udah lepas sahur jam 5.30 baru tidor...... nasib telinga ni selalu d korek, so agak sensitif sikit.

Halo!!! yeap blah2222 our engineer will come to fix ur lights around 12am to  4am. It's ok,.....yes2 jawab aku. Sambung la mimpi kejap balik.....

Tup tup sekitar 10.40am pintu  di ketuk. I'm from BG, sambil tunjuk kad.....aha APA ni janji 12-4, but dtg awal. Ok come in..... lagi cepat lagi bagus. Org lain plak, bawa tools + tough book..... bebel sana sini. Have you change your bulb tanya engineer tu. Yeap, my landlord have done it. Dia pun belek2, are you sure...... I trust my landlord. Sambil membelek lagi, NO this is an old bulb...kata dia. Aha..... I can't do anything today, YOU NEED TO CHANGE THE BULB.... aha, tanye aku Do you have any spares bulb just to test. NO I DON't kata engineer. 

Kartun betul, previous engineer x mentioned apa2 pun...suruh beli bulb ke apa. Tup tup dtg engineer yg baru nak bulb baru boleh buat keje. Apa La BG ni, bengang aku. Bukan aku kedekut nak beli dulu...but bg tau le. Nanti aku claim pd landord le....... suruh p beli kat B&Q(warehouse peralatan rumah..sebab besaq sangat). Last weekend aku dah p beli cat kat situ.....benggang2. 

Bukan apa, ni dah kali kedua BG buat perangai mcm ni. 2 minggu lepas sumbat bath tub...ade cover insurance. Smpai2...tengok2, there is no accesss to remove the hair,etc. I can't do it anything, landlord has to provide access. La la..... mudahnya, depa ni saja nak temberang ke. My bos will contact you.... smpai ke sudah x call pun.

Patutla, BG baru2 ni dlm bln Julai kena saman berjuta juge sebab x layan customer report. Padan muka... kat UK ni customer punye rights memang kuat.....report aje.

Moral of  the story dgn Mat2 Salleh ni kena tanya detail, apa rosak, bila nak dtg, apa kena buat...... siap dgn black & white. Kalau x tanye x habaq....... nanti survey siap kau.... ku lipat2 rapat2 kau.... oh BG

Bila Nak Raya Ramai Yang...

Ramai yang sibuk memanjang, betui tak. Kerja sana sini utk persediaan raya But jgn la lupa berterawih plak ye kan. Hamba pun apa kurangnya, kalu d Msia masa ni la nak beli baju raya, sampin, dan bermacam2 lagi ye.Namun kali ni idak le sibuk bershopping, pakai le apa yang ade jgn memilih2. Budak2 dah bg tau, kita beraya sekadar apa yang ade la kan..... 

Ramai yang juga sibuk mengecat rumah utk raya, d Msia itu juga jadi budaya. Alahai 1 thn sekali..... kan. D jadikan cite teman pun dok sibuk mengecat sebahagian rumah yg kotor d sebabkan kesan2 mould aka fungus. Itu pun lepas mengayat2 landlord ni. Tu la org kata jika deal dgn org Asian tu payah sikit dulu Paki now China, macam2 belit. Paki dulu tu Islam, but kena berhati2....alhamdulillah hasil kerja keras duit deposit dapat balik full. Bak kata kwn dr Leceister kena tau our rights kalu idak dia balun aje ikut suka mcm negara Pakistan le. Ada Member balik dr sana katanya MasaAllah negara islam ni, d airport pun kena bg rasuah. Naik keta d laluan laju boleh plak motor dtg arah depan...... itu yg bila dpt aje dok UK puak2 ni x nak balik. Dgn China ni nak duit memang cepat, but haram temberang lebih. Katanya buat Phd BioMedik di hospital, tapi tengok mould pd dinding rumah boleh buat dek aje. Kena hati2.... but Melayu ni dok lebih 1thn dah tau le selok-belok jgn dok auta lebih la. Kena profesional sediakan peluru bergambar, x layan kita p report Council la Bro. Aha itu keluhan d Ramadhan..... but insaallah yg benar pasti nyata kan. Tq





Bila Hujan Ramai Yg...

Ramai Yg pompuannya bertutup kepala.......sebab x nak pakai payung. Boleh pulak ye, ni cuma hujan but nanti hujan d sana bagaimana kita menahannya. Comelkan kalu minah2 salleh begitu, idak le sakit pemandangan tambah2 berpuasa d musim summer. Hari ni hujan smpai k malam, sejuk boleh la tahan sekitar 15Celcius.

Bukan apa d sebabkan hujan terpaksa menghantar isteri ke hospital. Jgn terkejut, itu memang destinasi hariannya. Bukan ade apa2.... Cuma 3 hari lepas dia cuba2 berbasikal k kantor. Cepat la sikit, jimat 25minit katanya. Kalau tidak 45 minit berjalan selamba rock.....cuba congak brape masa dia berbasikal tu. Boleh tahan juga lajunya.

Itu le permulaannya, bila hujan ......

Wednesday, 17 August 2011

Terawih Minggu Kedua di Wolfson College

Ramadhan yang menjelma memberi ruang utk warga Oxford berterawih bersama2 di Wolfson College. Mungkin ade yang bertanya knape 1 kali je dlm seminggu; kan..... sebabnya kesibukan warga Oxford, tempat yang terhad(ni pun booking 1 bln awal) dan transportation(x semua ade kenderaan). Hari2 lain tu  urus sendiri dlm erti kata lain buat sendiri samada ke Masjid or berjemaah bersama keluarga.


Bila islam itu minoriti baru kita tahu kan, but insaallah itu akan menguatkan semangat kita lagi. Jgn berpecah belah, pentingkan agama dlm kehidupan. 

Tradisi ini telah bermula sejak dahulu lagi, alhamdulillah kita tidak kekurangan para iman&bilal. Insaallah, di masa dtg yg mai belajaq bkn hanya pandai dlm ilmu dunia & amat arif dlm ilmu agama juga.

Terawih di lakukan sebanyak 8 rakaat di tambah 3 witir. Kali ini kelab ade sponsor SuP Ekor peh!!!! di makan bersama Roti. Memang sedap Chef Wolfson yg masak, baru kita tau masing2 ade kepakaran. Di sebabkan teruja nak makan sup Ekor, tak sempat nak tangkap gambar....even tulang ekor pun terlupa.  Mari kita tinjau terawih warga Msia di Oxford.



Selingan drp anak sapa lagi tu.... 


Insaallah bertemu d minggu ke-3...

Iman adalah mutiara


Iman Mutiara
Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah




Lagu di atas ialah pembuka bicara utk N3 kali ini. Bukan apa nak tele dgn tajuk. Gambar2 di bawah ialah aksi spontan anak bongsu le kan, ambil sejadah dan solat. Tiba2 aje nak solat, dia solat ikut2 aje or tengok kami(ayah&ibu) & abang2 solat. But really impressed cara & rukun betul la..... tu org kata melentur buluh  biar dr rebung. But jika dah keras kena rendam buluh tu lama2.... asalkan jgn putus asa. Akhir kata seperti lagu di atas iman adalah mutiara.







Doa utk semua org islam tau DeDeK