Friday 11 November 2011

Perginya di usia muda.....

Telah menjadi lumrah aku bangun pagi akan check phone, boleh kata dah rutin sblum ke WC dan seterus bersolat subuh. But x yah tanya le, bile emergency....

Tiba2 'Salam Badrul: FYI, RH telah kembali ke rahmatullah pagi tadi time nak bersalin'

Terkejut betul ana di buatnya, masih muda lagi RH. Meninggal hari Jumaat semasa nak bersalin. Allah lebih mengetahui perjalanan setiap insan ini. Ana pernah bekerja dgn Allahyarham RH selama 3.5thn. Sempat juga melawat beliau semasa melahirkan anak ke-2 di Hospital An-Nur Bdr Baru Bangi yg berhadapan dgn Masjid Hasanah BBB. Pernah tanya, kenapa pilih kat sini, katanya bila azan dapt dengar dari bilik dan layanan amat baik. Begitu peka beliau sekeluarga.

RH meninggalkan 2 anak lelaki yang begitu comel, mcm Mat Saleh sikit. Ini merupakan kali ke-2 office mate ana meninggalkan kami, sebelum ini isteri kwn juga semasa melahirkan anak. Semoga Allah mencucuri rahmat  terhadap Allahyarham RH dan Hafiz dapat menerima takdir ini dengan redha.

Bilakah masa kita nanti...... 

Adakah kita bersedia atau masih alpa&lupa......Renung2

No comments:

Post a Comment