Tuesday, 14 June 2011

Paris-Conclusion

N3 semenjak 2 menjak ni, conclusion je or panggil summary. Saja nak share info, bukan gossip tau ...ini fakta.
Paris kota fesyen penuh dgn peninggalan sejarah, namun kita jangan terpedaya dgn negara maju ini. Kenapa!!!!! kota Paris penuh dgn limpahan tourist yg dtg sepanjang masa NAMUN kemakmuran industri ini adakalanya ada golongan yg mengambil kesempatan.............

1) Sebelum pergi k Paris aku mengimbau semula kes 8-9thn dulu semasa melancong bertiga aje. Masa itu booking hotel yg di cadang oleh supervisor aku. Ok, semua berjalan lancar. Restoran halal pun dekat je. Bila checkout aku kena pau sebab kata bayar harga standard bukan offer. Nak berbalah dgn Inggeris dia yg berterabur. Lagipun kita dgn budak kecik, EURO 20 kena bayar lagi.....pehhhhh. Tak mai dah hotel tu.

2) Trip baru2 ni, ade trajedi juga. But semua selamat & x ade masalah. Cuma lucu & bengang!!!!!
KAmi booking hotel 2 bilik d Premeire Inn, so check in sekitar 2-3petang. Lepas lepak2 sebelah ptg, mula memandu k Paris yg sekitar 20 minit. Pusing punye pusing smpai le jam 12 tgh malam. Balikla kami ke hotel.
Budak2 besar+me 1 bilik, Emak dia dgn yg 2 kecik 1 bilik..... sebab itu syarat, max 3 orang. Aku pas kad kat Abg utk masuk ke bilik, tup tup...dia mai kata bilik x leh masuk. Faham ajela, jam 12tgh malam. Badan pun letih, driver energy banyak di gunakan utk kosentrasi memandu + mengatur projek tour ni. Melencong sikit bak kata Dunchan Bannaytne dlm buku nya, bila org tanya pasal what is your expertise, kita dok fikir pasal sijil & experience kita semasa bekerja secara formal je. But actually apa yg kita buat tu adalah skil dan expertise juga......

Mengatur itinerary, booking, budget cost & time, safety procedure, driving regulation in EU...etc
Aha...nampak tak....selingan..aje

So berbalik ke hotel tadi, i pun cuba p bilik yg x leh buka tu. Cuba masuk kad, merah lagi, but dlm masa yg sama terdengar ade org dlm bilik.............ehe!!!!! macam tv terpasang. Tiba2 ade sesautu yg dilempar k pintu dr dlm.....Woiiiii. Apa lagi, kami ber3 turun ke bawah jumpa recepsonist, complain le...... Mamat ni English boleh sikit, jika Aliff speaking or explain lg bagus. Dia macam taraf Amat aje....... sorry mengumpat.

Explain dlm bahasa mudah;
Cannot go into my room.....
Heh!!!! why tanya dia
Don't know...
Sambil semak sistem Ok try this, OK now.

Kami pun naik smula, nasib ade lif. Cuba lagi......... BINGO...Led Hijau bila kad dimasukkan.

But sebenonya dr tadi dah perasan kat luar...... dlm hati nak masuk ke idak. Yg x sedap, teman x kabo le kat bdak2 2 orang. Ini citer org tua...... bunyi katil bergoyang2 kuat berbunyi dr dalam...... dengan bunyi-bunyian yg org dewasa aje faham( x yah describe je le)...... kira depa kat dlm dok tengah cruise their journey..dlm bahasa simbolik.

Apa lagi, dlm hati dok fikir nak masuk ke idak, nanti kena debik or aku debik dia x berbaloi plak...... So ketuk pintu 2-3 kali. May be gelombang badai kat dlm dah slow kot, x dengar apa2 lagi.. tiba2. QUOI bunyi suara pompuan dr dalam

Sebenonye dlm hati ade jeli juge......

Jom2...kata kat bdak2 ...sah ade org. Turun balik then jumpe balik MaMat French yg bahasa setaraf Amat tu....
I try this card...OK
But women inside...
heh!!!! x percaya dia.

Let my security check......
Dlm masa yg sama, di dok semak buku& sistem. Keluar ke dlm dia pi....... hampeh sungguh Paris ni.
Then tiba2 dia bawa bekas burger+sekotak susu. These yours....... dia cakap.
Bila abg check, burger dah kena makan then susu yg dpt drp Disney pun kena tibai....

Aha!!!!!!, sorry!!!!...... tup2...mamat security dtg ...apa ke bende dia cakap aku pun x faham. Abg ade belajar France kat skolah but masih basic. Then dia bagi bilik lain........ aku ambik blah je.

Bdak2 ni takut nak tido, bilik baru ni just 2 katil single. Berbanding dgn bilik yg bergoyang katil tu...1 double 1 single. Aku bukan apa risau mamat2 hotel ni pakat, bila ade bilik kosong dia sewa kat org lain. U never nows what will be happening in Paris.

Keesokan hari, check out baru aku complaint. 
I check in 412, 410, check out ... 412, 420.
Heh!!!, jawab dia
410 3 bed, 420 2 bed cakap aku.
Dia geleng kepala, ni org yg sama masa aku check in..... dia lari masuk ke dlm.
Tiba2, dtg bawa 10Euro. Sambil cakap I don't know.

Bila bercerita dgn kawan aku, kalu d UK dah dpt free 1 malam ni.

In fact masa aku naik teksi d Germany mula smpai k Munchen->ottorbrunn, driver tersilap ambil jalan. On the spot dia STOP kan meter sebab dia punye error....

ITulahlah trajedi yg di sebut2 dlm N3 terdahulu...so hati2 ye. Ditambahkan lagi kisah buruk di Paris; 2 musibah menimpa kwn ku.

1-Notebook+ kamera hilang sementara dok minum d Kafe Paris. Dok berhati2 tu kena juga. Menangis x  berlagu dia, especially SLR dia yg penuh dgn gambo lepas diskuss new partner d PAris. MEngamuk bro ni....

2-Ayah+ibu member aku yg tour d Paris, kena copet....kesian depa. Ini dah beberapa kali trip k Paris, kena juga dlm train lagi.....


So hati2, dlm kemegahan & keagungan kota romantik Paris, anda jgn terpedaya..........   au revoir






1 comment:

  1. If you want your ex-girlfriend or ex-boyfriend to come crawling back to you on their knees (even if they're dating somebody else now) you have to watch this video
    right away...

    (VIDEO) Win your ex back with TEXT messages?

    ReplyDelete