Wednesday, 1 February 2012

Scotland D3-Part1



Perjalanan kali ini dari Loch Lomond->Fort William->Iverness->Perth yg merupakan destinasi bermalam hari ini. Sepatutnya ingin bermalam di Iverness namun harga hotel yg agak mahal membuatkan aku tukar plan. Sebenarnya perjalanan U ini memang jauh namun Alhamdulillah kereta dan orang2nya semua semangat serta berada dlm keadaan tip top.

Loch Lomond






Dalam sepanjang jalan menuju ke Fort William ini kami menyusuri Loch Lomond yg begitu cantik. Jln bengkang bengkok mcm ke Batu Feringgi suatu ketika dahulu. Terdapat pelbagai temapt persinggahan menarik sepanjang Loc Lomond ini. Kami di sapa oleh seorang bapa yg sedang menanti anaknya yg mengayuh basikal jauh tertinggal di belakang, 
Can I take your family photo……
Why not…
Apa lagi… gambar ini menjadi bingkisan photo ke Salam  Aidil Fitri Dari Perantauan di Utusan Malaysia.

http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=920




Semua nak ikut Hussain Bolt 






Kami juga singgah di Tarbet, tempat Cruise Lomond mengambil penumpang. Ini memang best, boleh rekomen siapa nak ke sini. Jika dapat lepak2 sambil barbeque memang best, Cuma dekat tasik tu terdapat banyak Angsa, so banyak le tahi…..



























Bersambung.................

Tour Scotland Day2

Setelah segar tidur di Premier Inn, paginya tanpa membuang masa meneruskan perjalanan ke Glasgow D2 bermula di Scotland National Stadium. Cuaca memang cantik…lihat aje



Mahal minyak GBP1.34 per liter










Stadium tersebut  searah ke Bonnypack, yg menjadi kegilaan org Melayu bershopping terutamanya pinggan mangkuk. Memang ramai Melayu shopping di sini, tidak ketinggalan kami. Aku sempat juga masuk just utk melihat apa tarikan tempat ini. Nampak hanya gudang yang di dalamnya penuh rak2 dgn pelbagai aneka barang yg harganya begitu murah. Impress juga bagaimana mereka boleh source barang2 dan jual dgn harga yg amat murah drp Sainburys, Tesco, Aldi, Asda,etc. Tempat ni org kata Corell antara paling murah di Great Britian mengalahkan Dragon..di Leicester.




Tu Melayu...




Sekitar Glasgow....




Lama juga di Bonnypack membuatkan perut menjadi lapar tidak terkira. Maka terus ke Bandar Glasgow yg Nampak begitu tersusun dan teratur dgn bangunan2 baru. Pusing punya pusing terjumpa kedai dan kami pun terus tapau. Semasa ini kami belum ada kenalan di Glasgow. But now jika pergi kami pasti boleh singgah di rumah Ariffin-Nur Ramadhan, Izani or Hawa yg nampaknya semakin rapat. Nasib baik la kau orang…… kalau tidak habis kami serang


Beriani pilihan, tak sehebat di Lancaster 






Sambil menunggu tu ternampak ‘3 Steps to Heaven’, rupanya kedai jual aiskrim….. alahai. Musim panas pekena aiskrim memang terbaik





Then singgah di Stadium Rangers ‘The Blues’, lambang pun sama dgn Chelsea. Mari lihat kami berposing…….






Destinasi seterusnya kami check in di Travelodge Dumpbaton. Ini kira dah ubah strategi, check in awal utk dptkan kunci. Selepas bersolat, kami bergerak ke Loch Lomond yg sekitar 30 minit dr Travelodge. Loch bermaksud Tasik dlm Scottish. Memang besar tasik ini hinggakan kapal layar pun ade meyusuri tasik ini utk terus ke Inverness dan ke North Sea. Loch Lomond ialah tasik terbesar di Great Britian...fakta tu. Sekitar 39km panjang dan antara 1.2km-8km lebar..... Tasik Bukit Merah boleh challenge ke..







Pada mulanya tercari2 port terbaik utk melepak sambil mengadap tasik. Cuaca terang benderang kira santai2…. Mula2 kami terjumpa tempat org jet Ski dan menurunkan bot2 kecil masing2.





Habis keta aku ni.... 2010 punye model



Dapat la juga lihat proses menarik dan melepaskan bot2 ini. Berani betul sorang wanita dgn Audi 2 pintu yg baru cuba menarik bot ke darat. So jika ade nak beli keta dr area ni kena periksa samada keta ni suka berendam ke… aha





Then selepas posing sikit2 kami terus menyusuri jln sepanjang Loch Lomond dan singgah di Milarroccy  Bay. Disini kami boleh bermain air tasik yg begitu cantik betul pemandangannya. Lihat aje keindahan Illahi, bagi anak2 santai sambil berehat2.






Aliff terasa kepanasan 






Aku berhajat mencari kws tanah tinggi yang mengadap tasik…… itu pasti menarik. Dlm memusing2 stering2 menjelajah kws tanah tinggi Scottish ini kami terserempak dgn lembu atau kerbau Highlander. Begitu tebal bulu di badannya kerana utk menyesuaikan kedudukan Scotland nun di utara yg begitu sejuk. Mai2….. tengok







Posing sekitar castle…lupa plak namanya then ke Travelodge utk merehatkan tubuh badan di D2.