Sunday, 10 July 2011

Melupuskan harta

N3 kali ini ingin bercerita bagaimana nak lupuskan harta....yg bukan duit tapi harta tak terpakai or yg hendak di buang. Di sini bukan saja suka2 boleh lupuskan dlm tong sampah kayu2, minyak enjin, tv, monitor komputer, garden waste aka rumput or dahan, ranting kayu.

So d sediakan tempat khas utk public membuang barang2 tersebut. Tujuan utama adalah utk menyelamatkan Alam Sekitar agar dapat di warisi oleh future generations. Baguih sungguh konsep ni, negara2 maju di Eropah mengambil berat dan berpandangan jauh terhadap alam. Bagaimana tanahair ku, yang majoriti beragama islam. Apakah program recyling kita sudah boleh gah or masih lagi Majlis Bandaran mengutip sampah dengan tangan serta lori sampah meninggalkan kesan bau di jalanan apabila hari sampah sarap di kutip. Minta pembaca komen hal ini.

Bukan apa, dahulu rumah aku hanya 15 minit dah boleh smpai depan Kompleks JPM. Tapi masih tiade perkidmatan mengutip sampah, kena bayar private operator yg dpt pungut dgn lori terbuka. Sistem perumahan kita yg berkosep taman2 perumahan pada pandangan aku lebih mudah dilaksanakan. Ini kerana susun atur kwn perumahan ini memudahkan lori2 sampah sampai ke lokasi rumah2 tersebut. Sepatutnya dilakukan Pilot project utk menyediakan setiap kws rumah dgn proper Tong Sampah.... betul tak. Nanti ada la kontraktor dpt supply bende ni, kitakan negara maju tiada masalah utk menghasilkan tong2 ini.

Berbalik kpd kawasan melupus harta tak terpakai boleh dilakukan d beberapa tempat, tapi aku sempat ke Redbridge Park and Ride, OX1 4XG  iaitu sekitar 20 minit dari rumah. Utk maklumat lanjut boleh layari...


Sempat snap keadaan di tapak lokasi:-


Overtake by Citroen 







Saya buang rumput kat sini, barkarung2 org buang 


 Metal













Ustaz Amar Sidque- EM London d Oxford

Minggu ke-2 July 2011 menjadi sejarah buat warga Oxford kerana kami menerima kunjungan drp Atase Pendidikan(Bahagian Agama) dari London iaitu Ustaz Amar Sidque Moh Amin. Beliau memberikan tazkirah mengenai Ramadhan yang akan menjelma dalam 3 minggu lagi.


Majlis ini berlangsung di Buttery Room,Wolfson College yg  menjadi port pelajar malaysia di Oxford. Aturcara majlis seperti berikut:-



  • Tazkirah
  • Yassin, doa selamat & nasyid
  • Jamuan- Nasi beriani resipi Kak Non



Majlis bermula sekitar 6ptg dan berakhir sekitar.... 9.30mlm.



Ustaz Amar bersama MC Dato' Dr. Afifi 






Syair Ustaz Amar di akhir kuliah 


Seterusnya majlis baccan Yassin diketuai oleh Dr. Afifi









Nasyid dan selawat...







Cenderahati dari Malaysian Oxford Community&Student kpd Ustaz 


Majlis beramah mesra dengan sahabat handai sambil menunggu giliran makan





Insaallah majlis di bulan August akan diadakan dgn solat terawih bersama2 setiap sabtu malam Ahad. Semoga perancangan kita mendapat kelapangan dari allah. Jazakallah

Friday, 8 July 2011

Menjatuhkan kerajaan

Jika hanya membaca tajuk N3 pasti pelbagai tafsiran bermain d minda pembaca. Di tengah kekalutan demonstrasi BERSIH yang dicadangkan besok 9/7/2011, pasti setiap pemikir ingin meluahkan sedikit catatan buat pembaca.

TanahMelayu sebagai negara demokrasi perlembagaan yang mempunyai raja dan yg agama rasmi persekutuan ialah Islam. Bila bercakap demokrasi ada pilihanraya yg menentukan hala tuju pemerintahan negara setiap 5 thn, dan setiap warganegara yang layak wajib menunaikan tanggunjawab menentukan kesinambungan negara demokrasi.

Walaupun sekarang ini begini hangat demontrasi rakyat yg berlaku di Timur Tengah yang kebanyakannya mengamalkan sistem beraja yang rakyatnya begitu terhimpit oleh kemiskinan. In fact drp makluman khatib minggu lepas yang baru saja balik selepas 3 bln d UAE, yg mana setiap ceramah&tazkirah agama perlu mendapat permit terlebih dahulu. Jika tidak, anda akan ditangkap. Namun apabila melihat fb teman2 di Abu Dhabi bebas ber BBQ, berkonsert dan sebagainya. Musykil juga, jika ini ada  permit.... ke idak.

Jadi pada pilihan aku dlm menentukan kerajaan pilihanraya adalah medium terbaik, kerna jika kita terlalu agresif ia akan membawa musibah yang besar kpd insan yg tidak berdosa. Seprti tajedi di Tiananmen Square or di MEsir.  Persoalannya adakah kita mahu sebegini rupa..... pemerintah&pembangkang perlu sama2 mencapai titik persetujuan. Lihat Hosni Mubarak, dlm kekalutan rakyat dia dgn selamatnya di bawa keluar namun yg menanggung musibah ialah rakyat biasa. Politikus2 ini boleh terbang ke bumi asing dan membiarkan rakyat yang merana.

Namun persoalan penting yg ingin  aku utarakan ialah adakah dgn menukar kerajaan sahaja samada secara kekerasan atau pilihanraya akan secara total mengubah mentaliti dan kehidupan rakyat.

Pertama, negeri termaju di TMelayu telah pun bertukar kerajaan tetapi dari segi perkhidmatan adakah kita telah berubah. Berdasarkan pengalaman aku berurusan dgn mereka, masih di takuk lama. Kerajaan berubah, polisi juga berubah tetapi gaya rakyat yg bekerja tidak berubah. Aku sedang menanti jawapan CF utk menduduki rumah dr PBT, sudah 7bln belum ade jawapan. Pernah pergi sendiri berjumpa, katanya tukang pencari fail cuti, even nak buka fail pun tak nak. Kali kedua pun sama, hinggakan kita naik darah baru nak cari. 

Kedua: negeri yg berebut siapa nak jadi kerajaan. Even dah 2kali bertukar kerajaan, masa menunggu proses pecah geran di Pejabat Tanah yang SOP sepatutnya 3-4 months dah now 7-8bln belum aje jwpnya. Al maklum lah proses pecah geran ni selalu melibatkan pemindahan dr bapak ke anak or sebagainya yg kebiasaan org2 yang telah lanjut umur. Lagi lama menunggu lagi banyak risikonya.. 

Kalau kita jadikan factory seperti gaya kerja PBT&Pejabat Tanah apa yg pembaca rasa. 1 keta proton 1 bln.....,

Kita melakukan transformasi yg amat baik seperti Jabatan Imigresen yg boleh mengeluarkan passport dlm jangka masa yg amat singkat...syabas.

Persolan saya adakah hanya dgn melaungkan agenda menukar kerajaan akan mengubah kehidupan dan cara rakyat bekerja. May be juge, but yg lebih penting kita perlu menukar mentaliti kita sendiri & budaya kerja sendiri.

Menuding jari mengatakan kerajaan salah memang mudah bg sesiapa saja...termasuk saya, tetapi kita perlu juga menghitung diri sendiri serta BERSIH kan dalam diri demi membina suatu negara bangsa yang disanjung serta competitive.....


Thursday, 7 July 2011

Sunday MArket

Car boot sales or Sunday Market amat sinonim bila hari Ahad menjelma. Penuh org berpusu2..... bukan apa demi menyelamatkan alam sekitar, baik barang2 ini bertukar tangan daripada di sumbat ke tempat buangan sampah.

Adakalanya, bagai tidak percaya........ bagaimana mereka menjual sebegitu murah setakat Milo sekotak pun tidak lepas. Namun itulah biz Sunday Market....... yang setelah di teliti adakalanya barang2 ini di ambil dari orang yang menawarkan barangan percuma. Jangan tersalah tafsiran..... di sini bila barang free kualitasnya pehh!!... bagi kami masih d kategorikan sebagai amat memberangsangkan bagaikan tidak percaya. Tapi itulah adat memakai masyarakat di sini yg boleh dikatakan cermat tapi membazir bagi aku.

Ada juga warga kita yg biz berkontena ke TMelayu utk dijual, yang memang betul amat berbaloi. Pernah aku singgah ke rumah sahabat sambil bertanya ini sofa landlord ke......... jawapannya freeCycle...yang nanti aku akan perjelaskan d N3 lain. Kerna pada ku terlalu cantik dan tiada cacat celanya......










Di sini banyak juga kami membeli barang seperti landmower-GBP2, cutter-GBP3 yang masih berfungsi dengan amat baik. Percayalah....

Kehidupan 4 musim

Mlm ni mentari masih segar memancar walaupun jam sudah 8.30mlm. Ayat ini mungkin terlalu pelik jika diutarakannya di Tanah Melayu, may be org berkata sewel pulak. Tapi itu lumrah kehidupan 4 musim kejadian Illahi yang amat menawan. Tatkala summer menjelma siang hari amat panjang, maghrib masuk sekitar 9.45mlm. Waktu ini pelbagai aktiviti dapat dilakukan bila cahaya mentari masih memancar.... sebenarnya aku pun baru aje mencuba bermain tenis utk pertama kali dlm 2011. Nak kata terlalu panas tidak la sangat but begitu nyaman sekitar 18-20 Celcius.

Namun summer kali ini pasti membawa cabaran baru kerana Ramadhan yg kian menjelma dalam 3 minggu berada d musim summer. Subuh bemula sekitar 4.30am dan maghrib sekitar 9.30mlm, bermakna puasa akan mengambil masa 17jam. Yg pasti akan di tempuhi...... insaallah, ade rahmat disebalik kehidupan 4 musim.


Kereta Mana pilihan Kalbu

Berdasarkan N3 yg terdahulu, topik membeli kereta mendapat banyak hits. Semua org ingin tahu bagaimana membelinya di UK. Memang mudah...bukan itu aje....murah pulak. Mcm tak percaya, but itu yang sebenarnya.

Setelah hampir 11bln di sini, banyak lagi pengalaman membeli kereta yang boleh aku share...... but tunggu yea...tengah menyusun bait2 ayat or idea. Now banyak trick lagi utk beli keta, but ade setengahnya tidak mungkin dapat dicatat dlm blog sebab faktor2 keselamatan. Jika nak tau kena go through the process or belanja minum CAi. Ini semuanya himpunan msalah yang dilontarkan apabila nak beli keta insurance, rodtax, down payment, warranty,registration....dan mcm2 lagi yang bukan saja dr aku but teman2 seperjuangan. Malah isu keta perlu 9bln sebelum d bawa pulang menyebabkan industri AP student berkurangan pada jangkaan aku.

Apa2 pun tunggu yeah...... memang kali ni pukul habis

Mengislamkan warga baru

Semalam sempat berborak dgn teman sampai ke pagi. Bukan apa sekali-sekala bertukar pandangan. Port kali ini memang best kedai Turkish, pekena teh..CAI. Keadaan tidak sibuk ditambah ade WC...then buka until 4am. Canteek.

Kwnku ni berkongsi pengalaman mengislamkan warga britian. Teruja betul mendengar cite beliau, bukan apa jika d Malaysia tidak pernah terfikir utk menambahkan pengalaman perjalananku. Berdasarkan cite beliau aku memasang niat utk terlibat dlm kerja2 sedemikian insaallah. Sebenarnya Islam sebagai suatu Addin yang mendapat daya tarikan yang amat tinggi di UK. Insaallah semoga islam terus subur.....