Mlm ni mentari masih segar memancar walaupun jam sudah 8.30mlm. Ayat ini mungkin terlalu pelik jika diutarakannya di Tanah Melayu, may be org berkata sewel pulak. Tapi itu lumrah kehidupan 4 musim kejadian Illahi yang amat menawan. Tatkala summer menjelma siang hari amat panjang, maghrib masuk sekitar 9.45mlm. Waktu ini pelbagai aktiviti dapat dilakukan bila cahaya mentari masih memancar.... sebenarnya aku pun baru aje mencuba bermain tenis utk pertama kali dlm 2011. Nak kata terlalu panas tidak la sangat but begitu nyaman sekitar 18-20 Celcius.
Namun summer kali ini pasti membawa cabaran baru kerana Ramadhan yg kian menjelma dalam 3 minggu berada d musim summer. Subuh bemula sekitar 4.30am dan maghrib sekitar 9.30mlm, bermakna puasa akan mengambil masa 17jam. Yg pasti akan di tempuhi...... insaallah, ade rahmat disebalik kehidupan 4 musim.
No comments:
Post a Comment