Friday, 27 July 2012

Mari Mencuba Memasang Pebble Wash

N3 menarik yg diambil dr blog

http://agrobiosolution.blogspot.com/2010/03/bagaimana-hendak-memasang-pebble.html


Bg yg bercadang-cadang sempena lebaran boleh mencuba, sambil melatih skill hands on. Jika di Eropah kerja-kerja sedemikian dilakukan sendiri sebagai hobi sambil menjimatkan ongkos.

Pastinya pada mula ada sedikit kekeliruan atau tidak menjadi, tapi insaallah ia akan menjadi hobi malahan mana tahu sumber income yg lumayan kelak.

Selamat mencuba!!


££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££






PEBBLE WASH DIY- DO IT YOURSELF
ADVANTAGES OF PEBBLE WASH/ KELEBIHAN 'PEBBLE WASH'
  • Natural material, thus soothing to your eyes/ Bahan semulajadi dan lebih selesa di pandang.
  • Will not fade /Tidak akan pudar.
  • No need to apply paint forever./Tidak perlu dicat sampai bila bila.
  • Aesthetically beautiful./ Cantik.
  • Good for edging or contrast for flooring pattern. / Berguna untuk tepian dan corak didalam didalam rekabentuk lantai.

 

STEP NO. 1- IDENTIFY ELEMENT TO BE APPLIED WITH PEBBLE WASH 

LANGKAH NO. 1- MENGENALPASTI ELEMEN YANG HENDAK DIPASANG 'PEBBLE WASH'
  • Measure the surface area to determine the amount of pebble required for the works. Usually a bag of 25 kg pebbles can cover ten square square feet . If you are skill enough, then you can apply thinner pebble wash and you can cover more than one square meter area with a bag of pebbles. Apply cement rich rendering to the surface to the required shape.
  • Mengukur permukaan elemen untuk menentukan berapa banyak 'pebble' diperlukan, biasanya satu beg 'pebble' boleh digunakan untuk sepuluh kaki persegi. Jika anda sudah mahir, anda mungkin boleh pasang nipis sahaja dan anda boleh dapat menutup lebeh dari sepuluh kaki persegi untuk satu beg batu. Plasterkan mengikut bentuk yang di kehendaki mengunakan simen (lebihkan simen).
 
 

SUKATAN PLASTER/PLASTER MIX RATIO

'Plaster' kan struktur dengan sukatan campuran plaster seperti berikut;-
1 SIMEN (CEMENT): 3 PASIR HALUS (FINE SAND) : KAPUR(LIME)

Sukatan kapur adalah dicadangkan mengikut keperluan. Kapur membuat plaster likat dan cepat keras. Anda boleh mencuba mengikut kemahiran (skill) anda. Sekiranya anda memakai simen khas untuk plaster, kapur tidak perlu dicampur lagi. 


 

STEP NO. 2-PREPARATION OF PEBBLE WASH MIX LANGKAH NO.2- MEMBANCUH 'PEBBLE WASH'
  • Use only cement and pebble to make thick paste
  • Guna batu dan simen sahaja dan pekat
  •  
  • Ratio of 1 CEMENT :1 PEBBLE (By volume)
  • Sukatan 1 SIMEN : 1 BATU (Nisbah)




  • Let the cement absorb water and become very sticky
  • Biarkan simen betul betul menyerap air dan menjadi likat
 
 
 
STEP NO.3-APPLY CEMENT AND PEBBLE MIXTURE ALL OVER THE ELEMENT
LANGKAH NO.3- RATAKAN CAMPURAN BATU DAN SIMEN KE SEMUA PERMUKAAN ELEMENT YANG HENDAK DIPASANG PEBBLE WASH



  • INSTALL PEBBLE WASH MIX WHILST THE RENDERING STILL LOOK ' WET' BUT HARD ENOUGH TO WORK ON
  • PASANG CAPURAN BATU DAN SIMEN KEATAS PLASTER YANG SEDANG MENGERAS

 
 
  • COMPACTING AND SMOOTHING
  • MEMAMPATKAN DAN MELICINKAN 

 
  •  COMPACTING CAN BE DONE BY USING ROLLER AFTER MIXTURE START TO HARDEN.
  • KERJA KERJA MEMANPAT DAN MELICIN BOLEH DIBUAT DENGAN MENGUNAKAN ' ROLLER' SELEPAS CAMPURAN SUDAH MULA MENGGERAS



STEP NO.4-WASHING CEMENT ON TOP OF PEBBLE
LANGKAH NO.4- MENCUCI SIMEN PERMUKAAN BATU




USE SHOE BRUSH AND WATER, BRUSH GENTLY AT LEAST AFTER ONE HOUR
GUNA BERUS KASUT DAN AIR, BERUS DENGAN PERLAHAN SEKURANG KURANGNYA SELEPAS SATU JAM 


  • AFTER ONE DAY OR MORE, USE DILUTED SULPHURIC ACID AND ROLLER TO WASH LEFT OVER CEMENT ON TOP OF PEBBLE
  • SELEPAS SATU HARI ATAU LEBEH, GUNA ASID SULFURIC(50%-70% CAMPURAN AIR) DAN ROLLER UNTUK MENGELUARKAN SISA SIMEN ATAS BATU



RINSING OF ACID RESIDUE
MEMBASUH SISA ASID


STEP NO. 5. APPLY STONE SEALANT
LANGKAH NO. 5. SAPU 'STONE SEALANT' 




Recommended stone sealant brand/Jenis stone sealand yang baik: DOLPHIN BRAND 


 

INSTALLATION OF PEBBLES USING CLEAR BITUMEN AS ADHESIVE INSTEAD OF CEMENT
PEMASANGAN PEBBLES GUNA 'CLEAR BITUMEN' SEBAGAI GAM


I had received a lot of enquiries on installation of pebble using other adhesive instead of cement. Below are photographs of such installation in United Kingdom in the 80's and I was personally involved in the design. The binder used is a clear type of bitumen and the method of installation is the same as the installation of normal tarmac.

Banyak pertanyaan yang saya terima berkenaan pemasangan pebble menggunakan gam selain dari simen. Gambar dibawah ialah satu contoh satu projek disebuah sekolah di United kingdom pada tahun 80an yang mana saya juga terlibat dalam merekabentuknya. Gam jenis bitumen warna cerah/jernih telah dibancuh dengan batu (pebbles). Cara memasangnya adalah sama macam memasang jalan tar biasa.





Pebbles and clear bitumen mix was installed on top of binder course.
Campuran batu dan bitumen tanpa warna di pasang diatas slab 'binder course' (black tarmac base)




Compaction of pebble/bitumen mix using rollers and stamping plate.
Campuran yang telah dipasang di padatkan menggunakan 'compactor', 'roller' dan besi penebat. 



ENQUIRIES ABOUT SUZUKA PEBBLES/PERTANYAAN TENTANG SUZUKA PEBBLES
We also receive a lot of enquiries on how to install Suzuka Pebbles which comes in containers. According to our experience, product that comes in container usually required a bit of stirring before using. We suggest that those who intent to use the product, should first practice applying it on any concrete surface. As we our self had no experience using it, we can only guest on how to apply it. Try to apply , level, and compact it. When you are very confidence, then only you can apply it at the destined surface. Usually if adhesive are used as binders, it should also act as sealant, therefore no need to apply acid or sealant. Please inform us on the result so that we can share it with others.
Malay: Ramai yang bertanya cara pemasangan Suzuka Pebbles. Biasanya produk yang dibeli didalam tong besi atau plastic, boleh dipasang terus selepas digaul sedikit untuk membuat batu yang terkumpul sebati semula. Buat percubaan atas permukaan simen dibelakang rumah anda sebelum membuat pemasangan di tempat sebenar, pasang ratakan dan padatkan. Jangan lupa beritahu kami apabila anda Berjaya, supaya kita bolih ‘share’ dengan orang lain


Sunday, 22 July 2012

Bermotor ada caranya


Hari ini terpandang suatu fenomena yg rasanya sudah menjadi kebiasaan di Tanah Melayu. Jika dulu di zaman 80an, berbondong-bondong pelajar sekolah menaiki basikal or gerek(bg org Kedah). Namun kemakmuran negara tercinta mengubah budaya ini, tatkala motor menjadi kenderaan yg agak tidak asing dewasa ini.

Kini motor sering digunakan utk ke sekolah. Ia bkn sahaja memudahkan anak2 ke sekolah tetapi juga ibu-bapa yg terlibat dlm aktiviti ini. Katanya lebih fleksibel demi kekangan masa terutama yang bekerja di waktu pagi.

Brooom!!!! bunyi motor memintas aku..... termenung seketika

Mengimbau kenangan waktu persekolahan. Alhamdulillah, parent aku tidak ada isu ini utk disharekan kerana aku berada di sekolah asrama. Pengalaman ingin bermotor pun hanya seketika apabila memasuki Form 6, tetapi masa itu motor kapcai aje C70 berlampu bulat. 

Ah!! lebih baik kayuh basikal.

Kembali terpaku melihat motor tadi!!
 
Bukan apa!!! kulihat pembonceng di belakang itu adalah anak yang masih di sekolah rendah. Terberdiri pembonceng tatkala melintasi bumper2 yg banyak.

Aduhai!!

Sudahle tanpa bertopi kaledar, apa nak jadi.

Minggu lepas aku dimaklumkan bahawa seorang pelajaar sekolah yg berumur 14thn meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Sayang sungguh, katanya arwah merupakan bekas pemain hoki Selangor. Amat menyedihkan... Al-Fatihah utk arwah.

Aku tidak dpt membayangkan kesedihan dan kesayuan keluarga arwah. 

Aku mengambil kata-kata seorang Ustaz!
'Umat Islam yg melakukan pengeboman berani mati itu utk memusanhkan musuh adalah lebih baik baginya utk terus hidup bagi memikirkan jalan terbaik utk mendaulahkan Islam di muka bumi'
 
Jika sebegini pentingnya nyawa, fikir-fikir kan lah...... anak2 yg bermotor dan ibu-bapa yg memberi anak2 bermotor.

Wassalam

Tuesday, 17 July 2012

Mengeluarkan kereta dari Port Klang

"N3 berkisar mengeluarkan kereta dari Port Klang. Kompleks ke, time consuming ke... sudi-sudila baca"



Pergerakan hari ini menuju ke Port Klang dengan suatu misi semoga dipermudahkan. Maka awal2 lagi call dah brother yg menjaga tempat parking kereta sebelum bergerak. Dia akan tanya:-

  • No chasis kereta
  • Nama owner
  • Container no-refer IID dokumen

Then gerak ke sana, at least dia prepare doc lebih awal. Dptkan juga address kat mana kereta kita di parking.

Jam 11am kami pun tiba di Westport, Port Klang tempat tafsiran. So mula2 submit semula K1&doc lain kat Tkt1 bhg tafsiran jgn terus nak pi bayar mcm kami. Pass surAt  rayuan yg Kastam Putrajaya bg kat Pengarah Kastam Negeri Selangor.

Selepas d masukkan data dlm sistem then baru boleh p bayar. Sebelum tu pastikan bank draft or bankers cheque telah disediakan atas nama Pengarah Kastam Negeri.

BayAr then dptkan resit paperless katanya d kaunter. 
Simpan!(Nanti semasa reg keta, JpJ nak)
Nasib En kastam ni bantu, kasi cepat. Biasale agent2 dah bawa berkepuk2 dokumen.




 Resit Pembayaran Kastam


Then minta guide ke arah keta di parking.  Agen kami parking di PkFz  dlm 4miles. Jumpa polis ambil pas dulu. Kami just masuk then polis Pkfz pun minta buka bonet utk periksa. Sudah selesai kami pun nak masuk, baru tau kena ambil pas dulu. Reverse ke pondok polis bantuan PKFz cakap nak pickup kereta dr luar negara, jika agen bg tau agen. Owner mcm kita pun boleh juga. Polis akan minta IC dan isi borang panjang VTC(vehicle tracking....), polis bg pas.


 Pintu masuk PKFZ



Baru boleh masuk PKFZ, ada pesanan kata barang2 dlm bonet cuba elakkan d bawa nanti payah pula. Begitu juga anak2, kami bawa 1 hero, but saya je yg keluar minta pas, infact polis pun nampak dia ok je.

Memasuki PKFz nampak banyak kereta baru bersusun dlm kws tersebut. So itu kereta baru, yg terpakai apalah sangat pada mereka yg handle may be ribuan applikasi setiap hari. Naik muak la kot, but itu tugas masing2. Yg d hospitalnya bergelumang dgn darah so jlnkan amanah masing2.

Selepas masuk x pasti nak ke mana, then call dimaklum bhw rounabout then ikut pukul 3. Tercari2 jumpa berderet2 kereta plate UK tersadai, Bmw, mercedes, audi dan pelbagai lagi. Akhirnya bro itu terus bawa ke tempat kereta, banyak lagi. Then dia bg kunci dan kereta masih boleh di start, very impressive. After nearly 70days tidak bertuan. Kereta kami pada agen QEL block A unit 42.


 Banyak keta di parking.... nasib berbumbung


Then kami dijemput masuk opis, dia minta

  • K1
  • IID
  • Bayar parkir RM8 per day

Then dia kembalikkan
  • Resit
  • VTC dokumen-utk bg kastam masa nak hantar pas
  • Dockumen warna biru-utk polis Pkfz masa nak keluar

Sempat juga dia bertanya, macamana abg buat sendiri ni. Siap dgn rayuan semua. Aaa... May b saya ade masa, coz keje sendiri. Jika x free better suruh agent.


Masa utk memandu kereta anda, LIHAT minyak  tinggal 5miles. Alamak. Masa nak keluar polis bantuan akan periksa semula bonet. Dia ambil dokumen yg perlu then arah kereta ke sebelah kanan utk pegawai kastam verify doc dan chasis keta. 

Wah ! Abg. Ni kalu org bujang mesti ramai girlfriend ni...

Aha! Tawa aku
"org bujang just 2 pintu" balas ku
Still ok abg, jwbnya.

Kemudian aku pulang semula pas PKFz dan ambil 2 IC. Jgn lupa plak kwn or isteri yg ikut tadi.

Maka terus memandu, mencari Esso yg bersebelahan opis Westport. Sudah maklum bahawa airconditioning was not working. Tau aje la, dgn 34celcius di PKFZ maka memang mencurah2 peluh. Anak pun nak ikut skali.

Suspen juga, smpai Esso minyak dah betui2 no reading pd display. Drp 3-4miles dan hingga 1 miles. Memang amat suspen, takut manatau mati tengah jln. Tahu ajela, banyak trailer kontena yg memandu boleh tahan kelajuannya.

 Hampir or sudah habis fuel




AlhamdulillAh.  Dengan berhati2 memandu ke rumah sebelum di petang hari ke puspakom.
(Silakan dapatkan Pas sementara utk Pemeriksaaan dari JPJ, sebelum memandu. Pastikan kereta ada insurans. Nak gamble pun boleh!!!! sendiri tanggung)


Sedikit perkongsian, memang menyeronokkan malah dpt explore new places PKFZ dan meet more gomen servant. Then observed the SOP of clearing the vehicles. Not really difficult but u need to be patience sometimes, officer not around, u have to wait longer. But as long u have the right documents and photocopied , it shouldn't be any issues. The hurdles just to clear the tax!! Money!! Money.

Reminder:-

  1. Advice utk wanita, jika nak buat sendiri bawa le parents, adik&abg coz area Pkfz ini besar dan sunyi. In case kena kacau ke, sebab ia betul2 terpencil.
  2. Semasa hantar kereta ambil reading mileage terakhir sebelum masuk kontena
  3. Standby bawa cable jumper or tong minyak; utk apa!!!
  4. Ini berdasarkan proses di Westport, Port Klang. Port2 yg lain idak sama


   

Thursday, 12 July 2012

Pemeriksaan Kenderaan AP @Puspakom



Buat appointment terlebih dahulu, tapi sebelum tu pastikan kereta yg d bawa keluar dr Port Klang mempunyai insurance dan kelulusan memandu oleh Jpj dgn mendptkan permit Pas Sementara utk Pemeriksaan(3 days only) or ICP(to be confirmed)
  • K1
  • Ap
  • Isi borang keta import terpakai di puspakom
  • Bayar-rm25

Inspection 10min &Tunggu result. Akan di panggil kita dlm 1 jam, certificate seperti berikut:-

B2 form Puspakom-valid for 1 month



Then pandu balik ke rumah, utk proses register e-Daftar dgn Gateway Provider yang dilantik oleh JPJ. Saya memilih Drosstech, setelah Cuscapi(sampai opis dah) masih belum dpt menyediakan perkhidmatan

Sunday, 8 July 2012

Urusan AP @Kastam



Setelah rayuan AP selesai maka tiba masa dgn Kastam Di Raja Malaysia. Memandangkan kereta telah tiba 27 may 2012, dan urusan kelulusan AP yg direject lulus pada 14 jun 2012. Namun dokumen AP hanya keluar pada 21 Jun 2012. So bayangkan kereta d ship 27 April, hampir 2bln tersadai. Apa keadaan keta, entahla!!!!!!

Disebabkan Kelulusan AP lewat dan kereta telah tiba, maka agen yg di lantik oleh Arcadia telah di minta oleh aku utk mengeluarkan kereta dr kontena. Ini proses boleh buat sendiri, but since aku dlm keadaan kelam kabut maka agen uruskan. Jika AP dpt awal dan hanya menunggu kereta, maka boleh clear sendiri.

Selepas AP siap aku set timing samada nak guna agen or buat sendiri. Akhirnya ambil keputusan clear sendiri,why!!!!
1-since ada free time
2-aku suka go through proses delivery gomen, nak tau implementation tu smpai ke idak. Sebab dah bnyk aku buat sendiri hal2 lain seperti urusan tanah, rumah, loan , wasiat dan dll.
3-nak lihat mesra pelanggan jabatan2 kerajaan, selepas gaji naik
4-nanti boleh advice kwn2

Memandangkan aku dah suruh agen Mikhir keluarkan kereta, so next step hanya perlu bayar charges dan collect dokumen. Agen kata dia advance bayar dulu charges tersebut. Then terus ke kastam utk nilaian cukai.

Alamat agen yg di lantik oleh Arcadia UK. Utk makluman, terdapat beberapa agen yg dilantik oleh Arcadia. So aku tidak bermaksud mengatakan agen ini bagus atau tidak, hanya memberi contoh agen yg handle kereta AP.

Mikhir World Trading Sdn Bhd
No. 8, 1st Floor, Lrg Batu Nilam 34A,
Bandar Bukit Tinggi 2,
41200 Klang,
Selangor 

Perjalanan dr rumah ke Mikhir di bandar bkt tinggi, klang hanya dlm 40minit. Ini kira turbo driving dan tiada traffic jam. Banyak perubahan area bandar klang. Pembangunan terlalu rancak, hilang sudah ladang kelapa sawit. Actually area klang tidak asing bg aku kerna pernah praktikal d Toshiba Teluk Panglima Garang. So tinggal d Jln Kebun, dan kerja part time d MD bandar klang. So laluan ke bandar klang dr jln kebun aku familiar dgn motor Kawasaki KIPS 150cc. But now totally berubah, so kaum2 India yg memenuhi ladang2 terpaksa mengalami pembangunan dan adakah mereka berjaya menyesuaikan diri dgn pembangunan? Itu merupakan suatu topik yg perlu diperhalusi oleh jabatan yg bertanggunjawab.


Kos yg perlu bayar kpd agen seperti berikut:-

Akan dimasukkan kelak



Selepas itu menuju ke opis Dagang.net(KEDAI EDI) utk membuat doc K1. Nasib bertanya pd agen Mikhir, kerana pemahaman awal opis Dagang.net ini di Port Klang. Rupanya juga di bdr bkt tinggi, lokasi seperti di bawah:-

KEDAI EDI(Selangor)
B-3A-3, Level 3A,
North Tower (Tower B) BBT One The Towers,
Lebuh Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang, Selangor.
PIC : Mr. Che Zalman Che Noh
Email : zalman@dagangnet.com
Tel No : 03-3325 1172
Fax No : 03-3325 1189

*Cari pintu utama yang ada pengawal, kalau tidak kena tawaf plak


Dokumen yg perlu di bawa:-
  • AP
  • IID form(ini saya ambil drp agen kerana mereka yg deal dgn shipping liner)
  • IC pemohon
  • Ongkos

Ada borang yg perlu diisi utk menyediakan K1 ini. Staff Dagang akan bantu,but owner sendiri kena dtg. Jika tidak kena sediakan surat mewakilkan, which sedikit kompleks kerana perlu signature. Siap di isi submit dan pegawai kata kena WAIT 1 hour utk Kastam verify. So kebetulan time mkn, lepak kejap. Pd hemat sayA Dagang.Net ni memudahkan kerja Pak Kastam tetapi sedikit charge d kenakan kpd pengguna seperti berikut. Sekitar sejam kami dtg semula utk ambil doc K1 yg dah siap. Dagang akan copy Ic dan Ap.


Form yg akan di isi sebelum dipindahkan ke bentuk di bawah



Ini borang K1 yg kita dpt dr Dagang.Net. K1 ini amat penting!!!


 RM 39.65, resit kami


#dagang.net ni dulu saya pernah berlawan tender projek. Smart biz model.





Jam menunjukkan 1.20pm, kami bergegas ke Wisma Kastam Port Klang Westport. Perjalanan sekitar 30min or 10-15km. Jauh juga tu. Tercari2 Wisma Kastam dgn melihat signboard dan kebetulan ada pedoman drp itu. Ikut aje, wah besar2 bangunan. Parking dan masuk ke dalam kaunter di tutup. Mana mungkin!

 Wisma Kastam ... Bkn Yg Ini


Bertanya kpd Cik/Puan kastam yang dok bersantai utk makan.
"nak tanya sikit, betulke ini tempat utk buat tafsiran cukai import kereta"
Sambil menunjukkan doc K1
Bkn ni, kena go straight ke arah Dolphin sana tu.
"salah tempat lA ye" kataku.

Kami pun bergegas keluar utk mencari Arah Dolphin. Akhirnya jumpa juga Dolphin itu, actually itu lambang Westport. Utk memudahkan cara, cari arrow Westport Port Training Centre, dlm tu ada bhg penilaian cukai yg berada di tingkat 1. Memandangkan masih time rehat,opis itu di tutup. Berkeliaran agen2 di luar opis tersebut. Sorang tu maklum bahawa surau dibelakang sana, maka kami pun bersolat zohor dan sedikit berehat.

 Bangunan ini baru betul...

WEstport sebelah.. aje

 Ini Dept yg menafsir cukai... Tkt 1


Sekitar 215pm, pintu di buka. Maka kami pun menyerahkan dokumen2 yg diperlukan. Maka berlaku proses penafsiran yg dilakukan secara bertulis tangan. Jeng Jeng!!.

Bila dpt tafsiran, terkejut beruk dgn amaun yg diberikan. Kemudian masuk jumpa pegawai dan dia terus sign. Nak buat rayuan ye!

Yes, jawab ku.
Kena ke Putrajaya, jwb pegawai.


 Jika ingin mengetahui bagaimana tafsiran di jalankan, boleh cuba link di bawah. Pilih  DOCKET yang hampir dgn kereta anda dari segi model, tahun,cc.



Jika setuju dgn tafsiran cukai tersebut, boleh sediakan bank draft di atas nama "Pengarah Kastam Negeri". Kemudian anda boleh terus memandu kereta utk pulang(jika berani).



Actually pelbagai cara:-
  • Kena ambil dulu insuran kereta then apply from JPJ borang "Permit Pas Sementara Untuk Pemeriksaan Kenderaan". Ini free. Boleh dpt di mana2 JPJ rasanya. Tapi kena maklum anda ingin bawa kereta dr Port ke Puspakom. Ini valid for 3 days. Baru boleh pandu kereta legally.
OR
  • Naik tow truck, ada anggaran perbelanjaan dari port klang ke subang jaya sekitar rm250

Jika tak setuju, buat surat rayuan dan submit by hand or pos ke:-

Kastam Putrajaya
Pejabat Bahagian Perkhidmatan Teknik
Cawangan Pengurusan Penilaian
Kompleks Kementerian Kewangan
No 3, Persiaran Perdana
Presint 2, 62596 Putrajaya
(Tkt 6, nort building-yg ade recepsonist)




Kami mengambil keputusan utk merayu dan dalam masa seminggu pickup jawapan 2 sampul, 1 utk kita dan satu lagi utk Pengarah Kastam Selangor(nanti pass ke opis Port Klang-bhg tafsiran)

Ini sepintas lalu utk share maklumaT, agar sedikit membantu.

#cukAi kena tinggi memang pening. Org kata kau bawa balik Porsche ke!



Link lain

https://malaysialiverpool.wordpress.com/2012/05/21/membawa-pulang-kereta-dari-uk/