Sunday, 8 July 2012

Urusan AP @Kastam



Setelah rayuan AP selesai maka tiba masa dgn Kastam Di Raja Malaysia. Memandangkan kereta telah tiba 27 may 2012, dan urusan kelulusan AP yg direject lulus pada 14 jun 2012. Namun dokumen AP hanya keluar pada 21 Jun 2012. So bayangkan kereta d ship 27 April, hampir 2bln tersadai. Apa keadaan keta, entahla!!!!!!

Disebabkan Kelulusan AP lewat dan kereta telah tiba, maka agen yg di lantik oleh Arcadia telah di minta oleh aku utk mengeluarkan kereta dr kontena. Ini proses boleh buat sendiri, but since aku dlm keadaan kelam kabut maka agen uruskan. Jika AP dpt awal dan hanya menunggu kereta, maka boleh clear sendiri.

Selepas AP siap aku set timing samada nak guna agen or buat sendiri. Akhirnya ambil keputusan clear sendiri,why!!!!
1-since ada free time
2-aku suka go through proses delivery gomen, nak tau implementation tu smpai ke idak. Sebab dah bnyk aku buat sendiri hal2 lain seperti urusan tanah, rumah, loan , wasiat dan dll.
3-nak lihat mesra pelanggan jabatan2 kerajaan, selepas gaji naik
4-nanti boleh advice kwn2

Memandangkan aku dah suruh agen Mikhir keluarkan kereta, so next step hanya perlu bayar charges dan collect dokumen. Agen kata dia advance bayar dulu charges tersebut. Then terus ke kastam utk nilaian cukai.

Alamat agen yg di lantik oleh Arcadia UK. Utk makluman, terdapat beberapa agen yg dilantik oleh Arcadia. So aku tidak bermaksud mengatakan agen ini bagus atau tidak, hanya memberi contoh agen yg handle kereta AP.

Mikhir World Trading Sdn Bhd
No. 8, 1st Floor, Lrg Batu Nilam 34A,
Bandar Bukit Tinggi 2,
41200 Klang,
Selangor 

Perjalanan dr rumah ke Mikhir di bandar bkt tinggi, klang hanya dlm 40minit. Ini kira turbo driving dan tiada traffic jam. Banyak perubahan area bandar klang. Pembangunan terlalu rancak, hilang sudah ladang kelapa sawit. Actually area klang tidak asing bg aku kerna pernah praktikal d Toshiba Teluk Panglima Garang. So tinggal d Jln Kebun, dan kerja part time d MD bandar klang. So laluan ke bandar klang dr jln kebun aku familiar dgn motor Kawasaki KIPS 150cc. But now totally berubah, so kaum2 India yg memenuhi ladang2 terpaksa mengalami pembangunan dan adakah mereka berjaya menyesuaikan diri dgn pembangunan? Itu merupakan suatu topik yg perlu diperhalusi oleh jabatan yg bertanggunjawab.


Kos yg perlu bayar kpd agen seperti berikut:-

Akan dimasukkan kelak



Selepas itu menuju ke opis Dagang.net(KEDAI EDI) utk membuat doc K1. Nasib bertanya pd agen Mikhir, kerana pemahaman awal opis Dagang.net ini di Port Klang. Rupanya juga di bdr bkt tinggi, lokasi seperti di bawah:-

KEDAI EDI(Selangor)
B-3A-3, Level 3A,
North Tower (Tower B) BBT One The Towers,
Lebuh Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang, Selangor.
PIC : Mr. Che Zalman Che Noh
Email : zalman@dagangnet.com
Tel No : 03-3325 1172
Fax No : 03-3325 1189

*Cari pintu utama yang ada pengawal, kalau tidak kena tawaf plak


Dokumen yg perlu di bawa:-
  • AP
  • IID form(ini saya ambil drp agen kerana mereka yg deal dgn shipping liner)
  • IC pemohon
  • Ongkos

Ada borang yg perlu diisi utk menyediakan K1 ini. Staff Dagang akan bantu,but owner sendiri kena dtg. Jika tidak kena sediakan surat mewakilkan, which sedikit kompleks kerana perlu signature. Siap di isi submit dan pegawai kata kena WAIT 1 hour utk Kastam verify. So kebetulan time mkn, lepak kejap. Pd hemat sayA Dagang.Net ni memudahkan kerja Pak Kastam tetapi sedikit charge d kenakan kpd pengguna seperti berikut. Sekitar sejam kami dtg semula utk ambil doc K1 yg dah siap. Dagang akan copy Ic dan Ap.


Form yg akan di isi sebelum dipindahkan ke bentuk di bawah



Ini borang K1 yg kita dpt dr Dagang.Net. K1 ini amat penting!!!


 RM 39.65, resit kami


#dagang.net ni dulu saya pernah berlawan tender projek. Smart biz model.





Jam menunjukkan 1.20pm, kami bergegas ke Wisma Kastam Port Klang Westport. Perjalanan sekitar 30min or 10-15km. Jauh juga tu. Tercari2 Wisma Kastam dgn melihat signboard dan kebetulan ada pedoman drp itu. Ikut aje, wah besar2 bangunan. Parking dan masuk ke dalam kaunter di tutup. Mana mungkin!

 Wisma Kastam ... Bkn Yg Ini


Bertanya kpd Cik/Puan kastam yang dok bersantai utk makan.
"nak tanya sikit, betulke ini tempat utk buat tafsiran cukai import kereta"
Sambil menunjukkan doc K1
Bkn ni, kena go straight ke arah Dolphin sana tu.
"salah tempat lA ye" kataku.

Kami pun bergegas keluar utk mencari Arah Dolphin. Akhirnya jumpa juga Dolphin itu, actually itu lambang Westport. Utk memudahkan cara, cari arrow Westport Port Training Centre, dlm tu ada bhg penilaian cukai yg berada di tingkat 1. Memandangkan masih time rehat,opis itu di tutup. Berkeliaran agen2 di luar opis tersebut. Sorang tu maklum bahawa surau dibelakang sana, maka kami pun bersolat zohor dan sedikit berehat.

 Bangunan ini baru betul...

WEstport sebelah.. aje

 Ini Dept yg menafsir cukai... Tkt 1


Sekitar 215pm, pintu di buka. Maka kami pun menyerahkan dokumen2 yg diperlukan. Maka berlaku proses penafsiran yg dilakukan secara bertulis tangan. Jeng Jeng!!.

Bila dpt tafsiran, terkejut beruk dgn amaun yg diberikan. Kemudian masuk jumpa pegawai dan dia terus sign. Nak buat rayuan ye!

Yes, jawab ku.
Kena ke Putrajaya, jwb pegawai.


 Jika ingin mengetahui bagaimana tafsiran di jalankan, boleh cuba link di bawah. Pilih  DOCKET yang hampir dgn kereta anda dari segi model, tahun,cc.



Jika setuju dgn tafsiran cukai tersebut, boleh sediakan bank draft di atas nama "Pengarah Kastam Negeri". Kemudian anda boleh terus memandu kereta utk pulang(jika berani).



Actually pelbagai cara:-
  • Kena ambil dulu insuran kereta then apply from JPJ borang "Permit Pas Sementara Untuk Pemeriksaan Kenderaan". Ini free. Boleh dpt di mana2 JPJ rasanya. Tapi kena maklum anda ingin bawa kereta dr Port ke Puspakom. Ini valid for 3 days. Baru boleh pandu kereta legally.
OR
  • Naik tow truck, ada anggaran perbelanjaan dari port klang ke subang jaya sekitar rm250

Jika tak setuju, buat surat rayuan dan submit by hand or pos ke:-

Kastam Putrajaya
Pejabat Bahagian Perkhidmatan Teknik
Cawangan Pengurusan Penilaian
Kompleks Kementerian Kewangan
No 3, Persiaran Perdana
Presint 2, 62596 Putrajaya
(Tkt 6, nort building-yg ade recepsonist)




Kami mengambil keputusan utk merayu dan dalam masa seminggu pickup jawapan 2 sampul, 1 utk kita dan satu lagi utk Pengarah Kastam Selangor(nanti pass ke opis Port Klang-bhg tafsiran)

Ini sepintas lalu utk share maklumaT, agar sedikit membantu.

#cukAi kena tinggi memang pening. Org kata kau bawa balik Porsche ke!



Link lain

https://malaysialiverpool.wordpress.com/2012/05/21/membawa-pulang-kereta-dari-uk/

6 comments:

  1. Nanti dah dapat keputusan rayuan boleh buat rayuan sekali lagi. Ada my friend bawak balik aeras dari jepun lepas 2x rayuan kena bayar tax rm50k.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan, maaf bertanya...jika xkeberatan, boleh tuan nyatakan kos yg tuan bayar kepada agent utk keluar kete drp kontena?, Wsalam...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Mntk tunjuk ajar..
    Cmn plak kalu nak angkat super bike 600cc
    Brp ye tax nye

    ReplyDelete
  4. Salam nk tny, kalau nk buat rayuan kena contact sapa eh? Agent sy pon xtawu.. Haihhhh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg malas membaca ke cane?kt atas tu dia dh tulis siap bg alamat..tulis surat utk buat rayuan..blh pos atau bg by hand..

      Delete
  5. Salam nk tny, kalau nk buat rayuan kena contact sapa eh? Agent sy pon xtawu.. Haihhhh :(

    ReplyDelete