Saturday, 8 December 2012

Di ambang...

Perjalananku pantas berlalu... tup tup udah mencapai usia matang dalam kamus kehidupan seorang manusia. Pelbagai ranjau dalam kehidupan telah ku tempuhi, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerna masih menghirup udara ciptaannya.

Zaman Sekolah

Banyak kenangan yang mengajar aku untuk meneruskan impian dan harapan. Dari sorang budak kampung yang ingin mengenggam angan2 utk belajar ke menara gading. 

Sejak dari bermula sekolah setiap kita mempunyai cita2, untuk mngapai impian. Di sekolah rendah memang aku mempunyai ramai teman2 dari pelbagai bangsa. Manakan tidak bersekolah ketika itu di Sekolah Inggeris. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dr abah, aku berjaya meneruskan pelajaran k Sekolah Berasrama Penuh.


Di sini kehidupan mengurus diri dan disiplin terhadap masa menjadi ilmu yang teramat berguna. Memanglah mengejar ilmu itu sebagai tumpuan utama pada ketika itu tetapi pengalaman tinggal di asrama hanya yg pernah melaluinya saja adakalanya menyebabkan kita ketawa sendirian.




Zaman U

Zaman ini semakin mencabar, 2+4 tahun amat menakutkan. Apakan tidaknya, pada awal semester di U ada saja 1 paper yg terpaksa di repeat. Apabila di congak, sempat ke aku graduate on time.....

Namun selepas latihan praktikal, semua berjalan dgn licin sekali. Mungkin recharge selepas berehat menyebabkan aku terus memecut.

Alhamdulillah, aku dpt graduate on the dot.








Zaman bekerja

Zaman ini memberi aku peluang utk melihat bumi Malaysia, terutama KL. Pelbagai warna kehidupan yg terpampang di depan mata. Bagaimana kita ingin mewarnai kehidupan ini.

Ketika itu minda masih begitu tertutup utk melihat perspektif yg lebih besar. Bkn mcm sekarang kecil2 sudah melancong ke mana2, dulu mana ada AirAsia ni.

Saya masih ingat, pada ketika umur 28thn aku baru pertama kali ke luar negara... iaitu tetangga kita Indonesia. Hampir 1 minggu di sana, sedikit memberi gambaran di mana letaknya negara Malaysia.

Segalanya berubah tatkala aku berpeluang ke Deutschland. Hampir 17bln di sana, menguji ketabahan tatkala meninggalkan family di Malaysia. Aku begitu teruja melihat negara Europe..... yg pernah ingin ku kunjugi tatkala lepas SPM. Namun atas perkara yg tidak dpt dielakkan aku redha utk belajar di negara sendiri.
File:Globe.svg
Hasil perjalananku ke Deutshland dan negara sekitar, aku mula melihat perspektif dunia dgn cabaran yg berbeda.

Oleh itu hasil perancangan yg tersusun, maka kami sekeluarga peluang berkelana di bumi UK. Ini memberi peluang anak2 membuka minda lebih awal dlm mencari hala tujuan di masa hdapan.

Insaallah, kini merancang utk mencipta peluang utk dikongsi oleh org lain pula agar dpt melihat bumi ciptaan Illahi.


Alhamdulillah, semoga di beri kesihatan yang baik di negara bertuah ini. Insaallah.


2 comments:

  1. Bad, satu perkongsian yang menarik dan bermanfaat... rasanya 1 paper yang kena repeat tu paper C Program kan...aku ingat waktu tu hang patner ngan aku untuk paper program C, aku pun lepas cukup-cukup makan je "D"...aku pun ada 1 paper sangkut, paper Elektromagnet...dah final year baru pass paper repeat tuh...

    ReplyDelete
  2. Aha.... first sem dah kena deliver C programming, masa tu baru belajar guna PC & win word, yg always screen biru & hitam... meracau d buatnya.

    Tu sebabnya, now programming menjadi PujaanKu

    ReplyDelete