Tanggal 2 Jan 2012 adalah saat bersejarah dlm perjalananku. Kali ini dapat peluang berada dalam Stadium Kassam yang menjadi Home Ground kepada Oxford United FC di Divisyen NPOWER League 2. Walaupun stadium tersebut hanya dpt menampung 10 ribu orang, namun ia sungguh menarik.
Sebenarnya Aliff serta rakan2 dr Summertown Tigers telah dijemput utk berlatih bersama dibawah kelolaan kelab Oxford United di sebelah pagi lebih kurang 2 jam. Ini merupakan peluang utk mendapat tunjuk ajar dari barisan jurulatih yg diharap bertauliah serta berkaliber.
Disebelah petangnya para ibu-bapa or penjaga di jemput hadir menyaksikan pertandingan bola sepak di antara Oxford United dgn Crawley. Namun sebelum itu anak2 ini disajikan dengan pelbagai acara dari lawatan stadium, penerangan mengenai kelab dan paling ditunggu2 ialah autograf drp player. Apa lagi, aku juga membawa 2 lagi anak, masing2 terus membekalkan baju utk di conteng oleh player Oxford United. Nanti aku perhalusi kesimpulan program...
Oxford United ini tidak sehebat Crawley Town yang berada di tangga ke-3, namun itu belakang cerita. Yg penting pengalaman berada dalam suasana stadium bola di England.
Perlawanan bermula sekitar jam 4pm, namun kami sudah berada di Stadium seawal jam 2pm. Memang ramai org yang kebetulan merupakan bank holiday, dlm erti kata lain hari org bercuti di England. Penuh... biasale stadium kecil.
Stadium sekitar 3ptg
Grand stand sebelah sana |
Maskot Oxford United |
Dewan di Kassam Stadium ini sudah 2 kali aku jejaki utk bersolat Aidil Adha, jadi tiada menjadi persoalan utk menentukan kiblat bersolat kelak. Ambil aje wuduk tebarkan jaket sebagai sejadah, alhamdulillah mudah juga Zohor aku.
Namun waktu Asar sedikit mencabar, selepas aje 1st half aku terus mencari lokasi utk bersolat. Mana nak cari port utk bersolat. Bkn apa, stadium kecik.... bawah tangga ke.... yg akhirnya terpanjang ade suatu penjuru urk bersolat. Memang tiada pilihan, kerana semua ruang adalah terbuka, sebelum menebarkan jaket aku bertanya steward yg berada hampir dgn lokasi aku pilih. Can I use this area for 5 minutes to pray..... Sure!! pantas jawapan beliau. Aku pun terus menebarkan jaket utk bersolat. Memang terasa juga kesukaran jika tidak betul prihatin kepada tanggungjawab 5waktu bila merantau. Pandai2 la mengawal diri serta mendorong kepada yang baik. Selepas 15minti aku menyambung semula utk solat maghrib, faham ajela dlm winter waktu solat sangat rapat. Jam 4 ptg sudah gelap, kiranya aktiviti2 outdoor semakin kurang melainkan fokus kepada indoor aktiviti2.
Menonton bola di stadium bkn sahaja terasa bahang kehangatan pemain2 bergask di padang namun juga penonton2 yg terdiri drp pelbagai lapisan. Stadium2 di Britian ini tiada pagar berbanding dgn di Malaysia, maka penonton boleh aje masuk kepada jika mahu. Namun ini katanya adap meraka masih kuat...... biarkan urusan dlm padang milik pemain.
Oxford United berjaya mendptkan gol dahulu disebabkan kesilapan penjaga gol Crawley, dan harapan utk menang semakin tinggi kerana waktu hanya tinggal 3-4 minit. Namun dlm bolasepak yg bulat ini apa2 boleh berlaku, di sebabkan kealpaan akhir Crawley menyambar gol penyamaan.
Yg aku suka, bila saja bola menerjah jaring player Crawley terus berlari ke belakang gol utk memprovoke supporter Oxford United. Apa lagi.... supporter pun terus berlari utk memarahi player lawan dgn pelbagai perkataan 4 words.
Keadaan stadium apabila game telah bermula...penuh.
Aliff bersama kwn2....tak sejuk ke.. |
Yellow Shirt is Oxford United |
Gema yg terhasil drp sokongan kedua pihak amat menarik..... GO Yellow Go!!!! Go yellow Go!!! yg pd awalnya tidak aku fahami. Boooooo!!!!!....
Bersedia utk balik.... |
Terdapat beberapa janji pihak penganjur terhadap pemain2 remaja ini yang tidak dipenuhi:-
Autograf- tiada langsung
Sepakan penalti semasa Half Time- youth player ini menunggu2
Makanan- tidak dimaklumkan Ham dihidangkan(dicerita dlm siri lain...ada kisahnya)
Namun ia pengalaman yg menjurus aku utk terus memprovoke teman2 di Oxford utk menuju ke kota London bg menyokong QPR........ jika dpt kita pergi ramai2 ke sana, dpt game dgn Arsenal or Chelsea or Liverpool pasti best.... JOM ke sana.
Alhamdulillah ...
ReplyDeletedimana pun kita berada ... solat tetap ditunaikan . Hanya hambanya yang punya kekuatan ...
yela cabarannya lebih banyak. Insaallah semoga Allah melindungi kita semua.
ReplyDelete