6 August 2010-Jumaat
Bila pesawat mendarat turun di bumi UK.... bermulalah satu sejarah baru dalam ...diari kehidupan. Manakan tidak....bekerja selama 14thn, tiba-tiba aje memilih untuk jobless. Tetapi itu jalan terbaik sebelum tiba-tiba diberhentikan kerja. Namun pengalaman berada di perantauan 17bulan sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar Apa erti sebenar berkalana ke Eropah ini.
Bila pesawat mendarat turun di bumi UK.... bermulalah satu sejarah baru dalam ...diari kehidupan. Manakan tidak....bekerja selama 14thn, tiba-tiba aje memilih untuk jobless. Tetapi itu jalan terbaik sebelum tiba-tiba diberhentikan kerja. Namun pengalaman berada di perantauan 17bulan sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar Apa erti sebenar berkalana ke Eropah ini.
Kami selamat mendarat lebih kurang 5.45 pagi iaitu 10 minit lebih awal daripada jadual penerbangan. Semasa ingin keluar dari pesawat terdapat 2 orang polis menaiki pesawat dan mengekori seorang pemuda turun, apa kes nya……
Semasa beratur di laluan imigresen kami tiada menghadapi sebarang masalah, semua peringatan yang diberikan seperti menyediakan laporan X-ray telah dibuat sebagai langkah berjaga-jaga. Alhamdulillah kami terus mengambil bagasi dan mencari laluan ke Terminal 5 dari Terminal 4 di mana pesawat MAS mendarat. Untuk ke Terminal 5 kami perlu menaiki train, ahhhhhh!!!!!!!!!..... kena memunggah bagasi yang banyak ke dalam train sebab troli tidak di terima. Aku sempat bertanya kepada seorang petugas train yang berada di situ, katanya dengan laju…… Kami mengambil train ke Terminal 5, tetapi apabila sampai ke platform Terminal 1 kecelaruan berlaku. Aku sempat bertanya kepada minah salleh samada to get off or remain on this train,….i thing you should remain. Rupanya train ini balik semula ke Terminal 4,….ahhhh jumpa balik petugas yang memberikan panduan. Apabila train tiba ke Terminal 4, penumpang tidak di benarkan masuk selagi pemeriksaan keselamatan di lakukan oleh petugas train. Beliau sekali lagi memaklumkan kepada kami dengan sedikit nada marah, you should get off the train and remain on platform 1. Trip kedua kami sampai ke Terminal 1, kelam kabut memunggah bagasi ke luar….uhhhhhh dan seterusnya bila train ke Terminal 5 tiba, memunggah balik ke dalam train. Boleh tahan juga, tapi alhamdulilllah kudrat masih ada walaupun kepenatan perjalanan masih terasa, begitu beberapa hari sebelum perjalanan berkemas rumah dan menyelesaikan urusan penting. Itu sebabnya kena mempunyai tenaga yang cukup apabila merantau, dan perantau selalunya mempunyai daya juang yang tinggi untuk menghadapi segala rintangan yang mendatang tidak menentu.
Apabila tiba di Terminal 5, kami ke bahagian Arrival dengan menaiki lif yang pada awalnya tercelaru juga. Bila tiba di bahagian Arrival matlamat kami ialah mencari bas ke Oxford di platform 11 dari lapangan terbang Heathrow. Aku membiarkan anak-anak tinggal bersama emak mereka sementara aku mencari laluan ke bas. Setelah jumpa aku pun menelefon Rozie pelajar Phd di Oxford yang menjadi rujukan kami bermula dari mengenalpasti rumah pengginapan sehinggalah kami sampai ke Oxford. Lebih kurang jam 7.50 pagi kami menaiki bas ke Oxford yang mengambil masa 90minit dengan tambang sehala 20 pound untuk dewasa dan 10 pound untuk kanak-kanak di atas 5 tahun. Aku membayar sebanyak 80pound, kemungkinan terlebih bayar 20pound disebabkan 2 anak aku masih di bawah 5 tahun. Apakan daya, inilah perkara-perkara yang perlu diteliti untuk mengelakkkan wang dikeluarkan berlebihan kepada orang lain. www.oxfordbus.com.uk . Destinasi kami adalah Thornhill Park&Ride yang mana Rozie dan Keluarga akan menjemput kami. Ada seorang pemuda yang bersungguh-sungguh ingin membantu kami, bermula dari menaiki bas sehinggalah memindah barang di Thornhill P&R. Budaya ini masih wujud walaupun UK banyak menerima kejutan budaya moden yang adakalanya menguris hati kita.
Setiba di Thornhill kami menunggu lebih kurang 15 minit yang mana Wan suami Rozie membawa 7 seater teksi untuk kami. Apa lagi semua begitu ghairah ke destinasi kami Copse Lane, Marston, OX3 0AU, Oxford. Perjalanan mengambil masa 30 minit dengan bayaran 12pound, ok la kiranya sebab isteri menganggar berapa yang perlu di bayar. Pak Khurshid tuan punya rumah tidak dapat menjemput kami kerana ada hal penting yang perlu diselesaikan. Dalam pukul 9.30 pagi kami sekeluarga sampai ke teratak kami di Oxford dengan kontrak selama 1 tahun dengan bayaran 950pound sebulan. Rumah ini ada 3 bilik. Alhamdulillah tempat kami berteduh untuk mengharungi perjalanan 21bulan kami ke Oxford. Rozie ada memasak kari ayam sebagai juadah kami mengisi perut, al maklumlah cuaca dah sejuk. Setelah siap mengangkat bagasi ke dalam rumah aku sempat merebahkan kepala di atas katil sambil berselimut, sejuk….. suhu di sekitar 19-20 celcius. Wan berpesan, dalam jam 1300 dia kan menjemput saya untuk solat Jumaat pertama di bumi Oxford.
Tatkala 2 jam merehatkan badan yang separa letih aku bangun pada jam 1200. Sebelum tidur tadi telah pun aku ketahui bahawa ada kari ayam dari orang Oxford, nantilah aku mahu berehat. Baru aja membuka mulut, isteri aku terlopong mulutnya. Semua habis di kerjakan oleh anak-anak, lapar kata mereka tambah lagi sedap pulak….hemmmm. Bukan rezeki di pagi Jumaat ini… aku pun jamah apa aje sementara menunggu Wan datang.
Lebih kurang jam 1300, Wan sampai bersama 3 kawan yang lain Amir, Din,xxx. Amir juga mengikuti isteri ke sini membuat Phd. Sebelum ini di kota London untuk program sub-specialist selama 1 tahun. Din kahabarnya telah 6 tahun di sini, mesti Otai tapi masih lagi muda. Solat Jumaat di Central Mosque, ManZil, Oxford cepat khutbahnya, majoriti di datangi oleh warga Pakistan. Selesai solat kami terus pulang ke Oxford sementara menunggu Pak Khurshid jam 1530. Pada awalnya aku ingin ke kota Oxford mencari makanan seperti ayam dan daging tetapi Pak Khurshid akan memaklumkan perihal rumah. Pelbagai peringatan dan tunjuk ajar diberikan kepada aku mengenai rumah beliau sehingga selepas itu aku naik pening dan terlelap semula selepas mengambil Panadol. Itu antara ubat-ubatan penting untuk yang perlu disediakan jika berada di perjalanan.
Pak Khurshid menyediakan pelbagai makanan ringan dan dapur kepada kami sebagai bekalan sementara. Alhamdulillah syukur sekurang-kurangnya kami dapat menstabilkan diri dalam 2-3 hari sebelum dapat membiasakan diri kami di Oxford. Aku masih tergiang-giang harapan dan kepercayaan yang telah diluahkan oleh Pak Khurshid terhadap orang islam Malaysia dan Turki yang menurut pengalaman beliau boleh dikatakan first class. Patutulah ungkapannya begitu, kerana rumah sewanya sebelum ini diduduki oleh warga British yang berkahwin dengan pemuda palestin. Ada isu sehingga dinding rumahnya di ketuk-ketuk dan dia terpaksa membelanjakan suatu jumlah yang besar untuk memperbaiki segala kerosakan.
No comments:
Post a Comment