Sunday, 18 December 2011

PAU 2011-Part1

Ingin berkongsi sedikit dlm N3 mengenai PAU2011 di PWTC. Ini selepas mendapat msg drp teman yg bertanya tiada ke update PAU dlm blog. Sebenarnya memang terdpt perancangan but sedikit sibuk dgn AGM dan beberapa hal yang perlu diselesaikan selepas semua tugasan dipikul oleh Home Minister selama 11hari. Insaallah ini rumusan ringkas siri-1

Hujung Nov 2011 aku telah di jemput utk pulang ke tanahair bg menghadiri PAU 2011. Selalunya setiap tahun Kelab2 UMNO Luar negara dijemput menghantar wakil masing2. Ini merupakan suatu tadisi yg amat baik bg yg berada di luar negara mendapat suatu pengalaman sebenar semasa PAU.

Ini dimaklumkan bahawa sepanjang penulisan ini hanya melibatkan pandangan peribadi dan tidak mewakili mana2 kelab UMNO luar negara. Mesti ingat..... pandangan peribadi.

Kali ini sebanyak 64 kelab2  UMNO seantario dunia pulang ke tanahair drp total 74. Di sini kita berpeluang berjumpa dgn rakan2 dari benua yg berbeza, ada dari Rusia, Australia, Amerika, Kanada, Indonesia, Korea, Jepun, Pakistan, UK, Deutshland, Perancis dan New Zealand.


Perwakilan dari UK 


                                                        Perwakilan dari UK


Aktiviti terlalu padat, boleh dikatakan bukan utk bersuka-ria or escape. Kehadiran di pantau setiap masa malah disiplin waktu amat diutamakan. Bermula dengan acara makan malam pada 25/11 sambil penyampaian hadiah kpd kelab2 yang telah melakukan pelbagai aktiviti yg amat memberi kesan kpd warga Malaysia di luar negara. Antara pemenangnya:-

1-KU-Kaherah: Ops Piramid
Terlibat membantu dlm mengeluarkan puluhan ribu pelajar&rakyat malaysia di sana semasa berlaku kekacauan dikala kejatuhan Hosni Mubarak

2-KU-Bandung: Bandung Games
Games terbesar utk pelajar Malaysia di Indonesia. Jika di UK ala2 Notts Game.

3-KU-London
Terlibat dlm menjayakan Merdeka Carnival

4-KU-Queensland
Menjayakan kutipan bantuan bencana di sana

5-KU-Christchurch
Membantu mangsa gempa bumi 

Mungkin ada yg tertinggal.......




Hari2 seterus kami dihimpunkan utk KURSUS KEPIMPINAN dgn mendengar pelbagai pesanan, nasihat dan amanat utk dikongsi bersama sahabat handai bila pulang nanti.

Pentas Kursus Kepimpinan

Menunggu taklimat seterusnya

Bersama KJ; moderator Kelab Umno Hull


Bersama perwakilan dr kiri: Volgrad,Perth(dah 30thn di sana tapi bahasa Melayu masih kekal fasih),Leeds,Lancaster


Majlis penutup Kursus Kepimpinan bersama Dato Sri Anifah-Menteri Luar Negeri


Antara yang paling menyentuh ialah kisah Dato Fuad Hassan kira adik or abg Dato Jalaluddin Hassan pelakon filem. Mengenai perjumpaan mereka suatu ketika dulu bersama barisan kepimpinan pemuda Indonesia(rasanya dr partai pemerintah).

Pada awalnya mereka boleh dikatakan diperlekeh oleh pemuda Indonesia mengenai kejayaan Bangsa Indonesia dalam mengharungi kehidupan seharian tanpa ada perlu membangkitkan isu bangsa dan bahasa kerana rakyat telah menerimanya sejak sekian lama tanpa sebarang masalah. Dengan bangga katanya kami tidak perlunya mengadakan sebarang polisi or protection terhadap dasar2 negara. Kata mereka dengan angkuh lagi.

"Pada ketika itu Dato' bersama ahli rombongan beliau merasa begitu Mt kecil, ingatkan dapat belajar sesuatu tetapi kena perlekeh plak. Kecik hati beliau katanya masa itu sambil tunduk malu."

Tiba2 muncul seorang bapak Menteri.... lupa namanya, sambil berkata wahai anak2 muda Indonesia. Memang benar kita tidak mempunyai masalah namun harus kamu ingat kedai siapa yang kamu bakar bila berlaku rusuhan. Orang mana yang kamu marah dan cari pada ketika itu.....adakah kamu lupa.

Tapi anak2 muda dr Malaysia ini tidak malu dan mengaku bahawa mereka punya masalah oleh itu mereka lebih kehadapan memikirkan agar ia tidak menjadi lebih besar maka wujudlah DEB, penguasaan ekuiti oleh bumiputera dan pelbagai polisi yg nampaknya agak berat sebelah. Namun implikasinya amat besar dlm pembangunan negara, kerana struktur bangsa dlm negara itu amat penting. 

Kita tidak mahu hanya 5% populasi suatu bangsa namun menguasai ekonomi hinggakan 90%. Wahai anak-anakku marilah kita buangkan sifat ego, bahawa Malaysia sudah jauhhhhhhh!!!! ke hadapan bukan lagi negara yang kita masih beranggapan di kala Sukarno melaungkan IndonesiaRaya.

Ketika ini Dato' kata, angkat muka balik. Kembang balik.......

Ini hanya sedikit sedutan drp ucapan Dato' Fuad Hassan yg penuh dgn emosi dan memang bergema bilik yang boleh mengisi 200orang ini.

Dapat ku simpulkan bahawa amat menarik berpeluang mendapat maklumat secara terus dari pemimpin2 tertinggi sambil beramah mesra dgn mereka. Niat yg suci utk mengekalkan tanahair ini sebagai milik Melayu mengikut definisi perlembagaan Malaysia.

Friday, 16 December 2011

Tulisan.....

Ini hanya karangan pendek hasil nukilan Aliff(9thn). Idak la sehebat mana namun impress cara cikgu bg kredit pd dia. Tidak pasti apa komen cikgu bahasa di tanahair aku apabila membaca tulisan sedemikian. Masih banyak yg perlu diperkemaskan namun ia adalah permulaan yang baik pd pendapat aku. Jika mengharap parent yg mengajar may b tidak sempat or sukar utk mendapat ruang fokus oleh anak2.


Setelah 15bln di UK, daripada seorang anak yg tidak boleh bertutur&menulis dlm English but now he is able to be independent. Hopefully he will put more effort for the next 6 months before we are flying back to Malaysia.

Master Chef

Bila petang2 masing2 berebut ingin mencari channel Master Chef. Even though dlm rumah ni sorang aje wanita melayu terakhir tetapi influence beliau terhadap channel ini mempengaruhi 3 anak beliau. Program bersiri ini berkisar mengenai kepada mencari Chef yang terbaik. Kadang2 layan juga tengok, but ini bukan kelolaan Golden Ramsey. Pengacara dan Chef yg terlibat lebih sopan dlm kata-kata beliau, berbanding dgn Golden Ramsey dengan Hell Kitchen yg penuh dgn F word dan pelbagai perkataan tidak senonoh. Namun apabila membaca mengenai buku beliau baru tahu bahawa sepanjang perjalanannya utk mencapai tahap tertinggi itu beliau dihidangkan oleh bekas2 Chef or sifu beliau dengan perkataan sebegitu.

In fact wife bg tau anak yg 9thn bila ia berada di dapur, character dia pun dah macam Chef. Siap dressing makanan dlm pinggan berserta gerak geri ala2 Chef. Nampak gaya jika Mat Gebu lihat mesti amat teruja juga........ boleh propose kat TV3 ke. Baru la budak2 tidak melepak merata2.


Ash Mair has been crowned the winner of this year's MasterChef


Boleh rujuk artikel ini:


Karier Chef ini tidak pernah terfikir oleh aku semasa kecil, but dunia telah berubah dengan pelbagai informasi namun kita hanya perlu memilih yang terbaik.



Wednesday, 14 December 2011

Sebulan menyepi...

Hampir sebulan menyepi.... bukan sebab tak sihat cuma terlalu banyak pergerakan yg membatas penulisan yang tak seberapa. Al maklumlah, masih lagi belajar menulis.

Pergerakan sebulan ni banyak tempat yg telah ku jelajahi, dari pulang ke tanahair sempena PAU 2011 selama 11 hari. Begitu juga bermalam di kampung halaman & mertua utk menjengah mereka semua. Since semua benda dah d buat planning maka tiada rasa JetLag yg perlu di layan hanya bila keletihan, berehat utk tidur di R&R. Rasanya life pun terpaksa di push jika kita mempunyai jadual yg amat padat. Namun masih still tidak lupa berjumpa kenalan walaupun terlepas mengeteh dgn teman yg baru aje melangsungkan perkahwinan pada 11/12 di usia yg masih ganteng.

Terdapat juga sedikit sebanyak perubahan di BBBangi dr segi penambahan bilangan rumah yg akan di bina di Sek3. Harga khabarnya meletup2......... namun access road tetap sama. Kita perlu bukan saja GTP tapi juga sosial transformasi dan yg palin penting Transformasi Diri.

Nanti kita bercoleteh lagi bila masa ade terluang..... Wassalam

Monday, 14 November 2011

Our Future Genetic

Ahad lepas sempat berborak dengan Emily mummy Mills ketika kami menonton perlawanan bolasepak antara Summertown Tigers vs Kennington. A few weeks ago, sempat juga berborak dgn husband beliau dan teringat ingin bertanya sesuatu.

Your husband speak Arabic.
Yes, of course.
He worked in Middle East a few years back or....
Nop, he is a Palestinian. 
Oh really!!!!
His mother is British.
So your also can speak Arabic?
No, unfortunate. But I can read several phrases or word related to my work
(She is a supervisor for Phd student in Department Art University of Oxford)

Perbualan terhenti seketika,...........

Fikiran aku merayau teringat minda yg tiba2 teruja utk memikir sesuatu mengenai 'Our Future Genetic'. Might be generasi d masa hadapan, dunia menjadi semakin kecil dan umat manusia akan bertebaran ke negara2 lain utk mencari kerja. Peluang or kesempatan ini memberi ruang kepada new structure of genetic terhasil daripada perkahwinan campur. Suatu ketika nanti pasti cucu or cicit aku akan bermata biru or teramat sepet disebabkan hasil perkahwinan ini. Ia akan memberi suatu impak baru kpd structure DNA yg terbentuk....

Kacau juga minda aku, mungkin penangan Oslo sedikit membuka utk terfikir perubahan keturunan. Sebelum ini aku tidak pernah terfikir sedalam ini, mungkin bila anak2 teruna aku semakin membesar mendorong aku berfikiran sebegini. Selalunya bila aku berfikir sedemikian pasti ade impak di masa hadapan, seumpana bila aku menyuarakan ketidakpuasan hati aku terhadap PM ke-5 mengenai dasar Islam Hadari sementara di other half of him mempromosikan 'Pakaian Kebaya'......... betul2 tidak selari. Bila aku komplen kpd uncle aku yg agak rapat juga dgn PM ke-5 teruk aku dikerjakan. But itu adalah hasil penilaian dan pemerhatian aku...... but selepas PRU12, jelas apa yg d minda aku juga bermain d kotak pemikiran pemuda2 di masa itu.

Berbalik kpd perubahan genetik ini tidak mustahil, dan di Tanh Melayu pun telah berlaku kpd golongan2 elit. Namun perspektif ini perlu dilihat dlm aspek yg lebih luas bagi mengelakkan kisah Natrah berlaku semula. Ini perlu diperhalusi dan di beri pertimbangan sewajarnyanya bahawa dunia ini kembali ke landasan kejadian Adam&Hawa.

Friday, 11 November 2011

Roti Boy...Tercabar CMG

Kelam kabut lepas bangun tidur terus aje ke dapur. Sampaikan suami pun tak sempat di tanya........... itu pembuka bicara N3 pagi ni. Rupanya veryx9 excited nak tengok hasil ulian mlm tadi.... itu hasilnya kat gambo di bawah.



Nampak ade rupa2 mcm Roti Boy, toping kat atas tu dah seakan2 rasa kopi..... boleh tahan. Cuma kena bagi lembut sikit. Anak sulung aku begitu impress sebab dia kat skolah meamng ade buat keje2 mcm ni.
[Roti Boy ni famous kat Klang Valley especially d Alamanda Putrajaya]

Semenjak merantau ni, rajin sungguh mereka cipta- innovasi la kira ni. Tambahan ade oven, rumah sewa dulu tengok oven takut nak tengok...... mcm landlord rupanya.... faham2 la yek!!!

Jika CMG  http://www.tiffinbiru.com/ tengok mesti teruja juga ni...... lama dia tak komen hamba punye blog  . Insaallah nanti balik TanahMelayu boleh bersemuka dgn CMG, nak souvenir ke....... idak.

All the best to my lovely wife... 
Vielen Dank, Ich liebe dich

Perginya di usia muda.....

Telah menjadi lumrah aku bangun pagi akan check phone, boleh kata dah rutin sblum ke WC dan seterus bersolat subuh. But x yah tanya le, bile emergency....

Tiba2 'Salam Badrul: FYI, RH telah kembali ke rahmatullah pagi tadi time nak bersalin'

Terkejut betul ana di buatnya, masih muda lagi RH. Meninggal hari Jumaat semasa nak bersalin. Allah lebih mengetahui perjalanan setiap insan ini. Ana pernah bekerja dgn Allahyarham RH selama 3.5thn. Sempat juga melawat beliau semasa melahirkan anak ke-2 di Hospital An-Nur Bdr Baru Bangi yg berhadapan dgn Masjid Hasanah BBB. Pernah tanya, kenapa pilih kat sini, katanya bila azan dapt dengar dari bilik dan layanan amat baik. Begitu peka beliau sekeluarga.

RH meninggalkan 2 anak lelaki yang begitu comel, mcm Mat Saleh sikit. Ini merupakan kali ke-2 office mate ana meninggalkan kami, sebelum ini isteri kwn juga semasa melahirkan anak. Semoga Allah mencucuri rahmat  terhadap Allahyarham RH dan Hafiz dapat menerima takdir ini dengan redha.

Bilakah masa kita nanti...... 

Adakah kita bersedia atau masih alpa&lupa......Renung2