Wednesday, 1 February 2012

Scotland D3-Part1



Perjalanan kali ini dari Loch Lomond->Fort William->Iverness->Perth yg merupakan destinasi bermalam hari ini. Sepatutnya ingin bermalam di Iverness namun harga hotel yg agak mahal membuatkan aku tukar plan. Sebenarnya perjalanan U ini memang jauh namun Alhamdulillah kereta dan orang2nya semua semangat serta berada dlm keadaan tip top.

Loch Lomond






Dalam sepanjang jalan menuju ke Fort William ini kami menyusuri Loch Lomond yg begitu cantik. Jln bengkang bengkok mcm ke Batu Feringgi suatu ketika dahulu. Terdapat pelbagai temapt persinggahan menarik sepanjang Loc Lomond ini. Kami di sapa oleh seorang bapa yg sedang menanti anaknya yg mengayuh basikal jauh tertinggal di belakang, 
Can I take your family photo……
Why not…
Apa lagi… gambar ini menjadi bingkisan photo ke Salam  Aidil Fitri Dari Perantauan di Utusan Malaysia.

http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=920




Semua nak ikut Hussain Bolt 






Kami juga singgah di Tarbet, tempat Cruise Lomond mengambil penumpang. Ini memang best, boleh rekomen siapa nak ke sini. Jika dapat lepak2 sambil barbeque memang best, Cuma dekat tasik tu terdapat banyak Angsa, so banyak le tahi…..



























Bersambung.................

Tour Scotland Day2

Setelah segar tidur di Premier Inn, paginya tanpa membuang masa meneruskan perjalanan ke Glasgow D2 bermula di Scotland National Stadium. Cuaca memang cantik…lihat aje



Mahal minyak GBP1.34 per liter










Stadium tersebut  searah ke Bonnypack, yg menjadi kegilaan org Melayu bershopping terutamanya pinggan mangkuk. Memang ramai Melayu shopping di sini, tidak ketinggalan kami. Aku sempat juga masuk just utk melihat apa tarikan tempat ini. Nampak hanya gudang yang di dalamnya penuh rak2 dgn pelbagai aneka barang yg harganya begitu murah. Impress juga bagaimana mereka boleh source barang2 dan jual dgn harga yg amat murah drp Sainburys, Tesco, Aldi, Asda,etc. Tempat ni org kata Corell antara paling murah di Great Britian mengalahkan Dragon..di Leicester.




Tu Melayu...




Sekitar Glasgow....




Lama juga di Bonnypack membuatkan perut menjadi lapar tidak terkira. Maka terus ke Bandar Glasgow yg Nampak begitu tersusun dan teratur dgn bangunan2 baru. Pusing punya pusing terjumpa kedai dan kami pun terus tapau. Semasa ini kami belum ada kenalan di Glasgow. But now jika pergi kami pasti boleh singgah di rumah Ariffin-Nur Ramadhan, Izani or Hawa yg nampaknya semakin rapat. Nasib baik la kau orang…… kalau tidak habis kami serang


Beriani pilihan, tak sehebat di Lancaster 






Sambil menunggu tu ternampak ‘3 Steps to Heaven’, rupanya kedai jual aiskrim….. alahai. Musim panas pekena aiskrim memang terbaik





Then singgah di Stadium Rangers ‘The Blues’, lambang pun sama dgn Chelsea. Mari lihat kami berposing…….






Destinasi seterusnya kami check in di Travelodge Dumpbaton. Ini kira dah ubah strategi, check in awal utk dptkan kunci. Selepas bersolat, kami bergerak ke Loch Lomond yg sekitar 30 minit dr Travelodge. Loch bermaksud Tasik dlm Scottish. Memang besar tasik ini hinggakan kapal layar pun ade meyusuri tasik ini utk terus ke Inverness dan ke North Sea. Loch Lomond ialah tasik terbesar di Great Britian...fakta tu. Sekitar 39km panjang dan antara 1.2km-8km lebar..... Tasik Bukit Merah boleh challenge ke..







Pada mulanya tercari2 port terbaik utk melepak sambil mengadap tasik. Cuaca terang benderang kira santai2…. Mula2 kami terjumpa tempat org jet Ski dan menurunkan bot2 kecil masing2.





Habis keta aku ni.... 2010 punye model



Dapat la juga lihat proses menarik dan melepaskan bot2 ini. Berani betul sorang wanita dgn Audi 2 pintu yg baru cuba menarik bot ke darat. So jika ade nak beli keta dr area ni kena periksa samada keta ni suka berendam ke… aha





Then selepas posing sikit2 kami terus menyusuri jln sepanjang Loch Lomond dan singgah di Milarroccy  Bay. Disini kami boleh bermain air tasik yg begitu cantik betul pemandangannya. Lihat aje keindahan Illahi, bagi anak2 santai sambil berehat2.






Aliff terasa kepanasan 






Aku berhajat mencari kws tanah tinggi yang mengadap tasik…… itu pasti menarik. Dlm memusing2 stering2 menjelajah kws tanah tinggi Scottish ini kami terserempak dgn lembu atau kerbau Highlander. Begitu tebal bulu di badannya kerana utk menyesuaikan kedudukan Scotland nun di utara yg begitu sejuk. Mai2….. tengok







Posing sekitar castle…lupa plak namanya then ke Travelodge utk merehatkan tubuh badan di D2.





Monday, 30 January 2012

Mengisi Masa Terluang

Sepanjang minggu lepas sempat mengasah otak yg lama berkarat dlm kerja2 teknikal apatah lagi programming language. Itu kerja2 yg bg aku menarik but hampir 2thn++ telah tak buat kerja tu maka slow sikit.

Seminggu aku berguru dgn seorang Prof di University of Leceister yg berkongsi ilmu mengenai Reliable Embedded System. May be jika org tanya apa yg istimewanya, since Embedded System ini telah lama diperkatakan..... apa yg specialnya. Jika perasan perkataan Reliable tu..... amat penting. Technology ini telah dipakai dlm Airbus A380 so hebat la kan. Jika di darat dalam keta Audi telah. But bg yang tak faham biarkan sahaja......., namun yg nak dikongsi ialah bagaimana course ini diuruskan amat menarik.


Kursus ini banyak dihadiri oleh Engineer or Programmer yg telah dihantar oleh company masing2 utk explore new technology ini. Terdapat 6 modul yg setiap modul hanya 1 minggu. Setiap modul ade gap 3 bln. Lepas itu ada projek dan jika suksess dpt Master selepas itu.Prof hanya mengajar dari jam 10am until 1pm.  Lepas tu terus bg assignment utk kita bertarung..... dengan C programming until 6.15pm or even 8pm. Poning den....
Ada yg dtg dr US, even juga dari Nigeria. Begitu straight forward, kebanyakan yg bekerja juga hanya perlu dtg/bercuti 1 minggu, maka tiada permasalahan utk company melepaskan pekerja masing2.

Jadi bg warga Malaysia yg ada kelapangan carilah course seumpama ini utk mengisi masa lapang sementara berada di UK. Samada finance, management or etc. At least anda ada value added selepas pulang ke tanahair. 

Tepuk dada tanyalah selera.....

Sunday, 22 January 2012

Forum Santai...

Untuk makluman jika sesiapa yg berminat, utk menonton recording forum boleh layari:-


http://www.livestream.com/nur_ramadhan 


Pilih Forum Sembang2 Santai..


Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Platform baru utk melatih generasi muda ke hadapan dengan idea bernas dan bertanggunjawab di atas apa yang dilontarkan.


Ini hanya permulaan...

Thursday, 19 January 2012

Response Terhadap Isu2 Semasa Di Tanahair

N3 kali ini ingin memaklumkan bahawa warga OxfordMalaysian akan mengadakan sesi forum bersama Panelist2 yang merupakan warga Malaysia di UK. Majlis ini akan dikendalikan oleh moderator yang tidak asing lagi iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin aka Dr. MAZA.


Ini merupakan sesi tertutup berdasarkan jemputan, namun boleh layari online streaming di....







Sekian Terima Kasih

Tips Membeli Kereta BMW

Rasanya N3 kali in pasti akan meletup mengalahkan Chef Mat Gebu, sebab cakap pasal keta begitu ramai yg dtg membaca. Tak kiralah lelaki or wanita, but yg pasti payah nak jumpa yg explain begitu details pasal keta. So siapa yg baca ni, boleh refer link2 di bawah yg ditulis khas kpd yg berminat membeli keta d UK. Org kata org Melayu ni sibuk sampai tak sempat nak share info, itulah menyebabkan kita boleh kalah dalam isu Pulau Batu Putih tiada ahli sejarah or penulis yg merekod setiap kejadian yg berlaku.



Selepas 15bln bolehle berkongsi pengalaman, nak kata pandai idak le seberapa but as our guide. Bolehla...
May be ade yg bertanya kenapa plak pilih BMW, not Mercedes or Audi ..... ini sebab mengikut kebiasaan orang membeli bagi kereta terpakai below year 2010 BMW menjadi pilihan. Kerana pada saya design BMW memang tertawan & menarik. Tambahan lagi bersesuian dgn cita rasa org muda. But selepas 2010, Mercedes dan Audi Q5/Q7 menjadi kegilaan pengeksport AP Malaysia disebabkan design yang lebih anggun....

Memang hajat hendak berkongsi cerita, but since ada sorang sahabat dah minta guide so dipercepatkan mencari masa dlm kesibukan 24jam. Aspek yang akan disentuh seperti berikut....






Photo2 dr Autotrader




  • Sejarah BMW 3s or 5s
Ini penting, sebab terdapat pelbagai siri yg hanya sedikit sebanyak berubah samada dari segi interior design or exterior.... sikit2 je. Sebab kereta dah jadi macam fashion show...every year perlu ade model keluar so manufacturer pun terpaksa ikut trend ini.



Pls go through...... tengok 3S or 5S yg diminati

  • Bawa Balik Msia?
Jika ini untuk bawa balik ke Msia, maka bg pemegang AP student or malaysia yg attach di obersea terdapat beberapa perkara yg perlu diketahui.

Kereta yg lebih 60bln maka cukai adalah rendah, boleh anggap jika harga beli di UK RM50K, maka tax RM50K.Jika keta yg kurang drp 60bln, cukai lebih tinggi...... harap maklum

Nanti dah beli keta, jgn lupa ada lagi tax..... so pls kira budget.

  • Budget
Perlu tahu apa yg di consider:-
Harga Keta
Tax d Msia
Insurance di UK
Cost guna di UK(sebab kereta perlu 9bln di UK sebelum d bawa ke Msia...kos minyak, MOT, maintenance)

Sila kira....le, then up la 10%-20%, sebab dah berkereta ada kos parking, saman ,etc

  • Model BMW...
Terdapat pelbagai model, saya hanya fokus kepada model sedan 5 pintu 5s
Kapasiti Enjin

2000cc
2300cc
2500cc
3000cc
4400cc

Bagi kapasiti enjin melebihi 3000cc, harga roadtax di Malaysia ialah sekitar RM2300++.
Enjin 2500cc sekitar RM880. Pls refer link di bawah


Jika dah study sejarah BMW 5s, akan lihat sikit confuse;

Model 2007 above, model 523i utk 2500cc enjin.
Model 2007 below, 525i enjin 2500cc.


So tadi hanya contoh, so cuba fahamkan history BMW 5s.

  • Petrol or Diesel

Kebiasaaan ramai yg membeli enjin PETROL untuk di bawa pulang, sebab DIESEL lebih mahal di Malaysia.Tambahan lagi kualiti DIESEL di Malaysia lebih rendah mutunya dr di UK(berdasarkan info teman2)

  • Tahun dikeluarkan

Seperti dimaklumkan, kereta yang baru lebih mahal dan tax juga di Malaysia nanti tinggi. Tax bagi kereta berusia lebih 60bln adalah paling rendah.

  • Mileage

Selalunya yg mileage rendah akan lebih mahal, jika dibanding dua buah kereta dalam tahun yang sama. Sebaik-baiknya cari yg rendah dan berpatutan dgn harga. Jika dapat below 30K or 40K miles amat memadai.

  • Spec

Ini yang paling sukar, sebab setiap BMW boleh di customize mengikut keperluan sendiri:-

Seat automatik adjustable-(boleh configure level of seat 1,2,3: driver&front seat passenger)
Stering automatik adjustable-Additional
i-Drive- model 2004 ke atas sudah ade ciri2 ini. Terdapat beberapa version
SaT NAV- option
Leather seat
SunRoof- pilih kereta
Automatik Blind at rear windowoption
Bluetooth
Heated seats-boleh panaskan seat masa winteroption
Front and Rear Park Distance Control-Ada screen bg tau jaraak kita nak parking, merah rapat ke halangan
BMW 6 disk cd changer
Rear electric blinds, sun-blinds for side and rear windowsoption
Electric mirrors,option
Electric windows-wajib kot
Push Button Start
Remote central locking
Auto Lights
Auto Wipers
Climate Control
Cruise control-Set 100miles, keta jln sendiri tak perlu press accelerator pedal
Height adjustable drivers seat
Multi function steering wheel-ada button boleh ctrl volume,etc. Ini boleh configure sendiri
Drivers airbag-wajib

  • MOT
Ini mesti ada bg setiap kereta yg meluncur di UK jika telah berumur 3thn. Inspection ini hanya sekitar GBP50++, bg kes tiada fail. Jika fail kena repair dan kos bertambah.

Jika plan nak bawa kereta pulang, better dptkan MOT yg hayatnya sehingga kita pulang. Dpt kira untung sikit.

  • Insurance
Ini tricky sikit. Bg yg tidak mempunyai lesen UK harga insurance almost double. Jika kereta yg berusia 5thn, insurance sekitar GBP1000++ bg pemegang lesen UK. So kira2 lah sendiri...
Insurance juga syarat yg perlu ada apabila membawa pulang kereta ke Msia, mesti ada.


  • Tyre

Run Flat Tyre, apa tu. Maksudnya jika tayar itu bocor masih boleh berjalan dalam beberapa kilometer serta sensor ada bg tahu di dashboard.


Ada kwn yg travel almost 2hours dlm keadaan Run Flat Tyre nya bocor. But still ok lagi...
Logik, sebab bapak wikipedia bagi tau boleh travel up to 200miles lagi but kelajuan kena drop to 90kmph-50kmph. Bila guna Run Flat Tyre, selalunya tiada tyre spare diberikan dlm bonet.Jika mengunakan tyre biasa tiada masalah lebih smooth dan lebih murah.



  • Roadtax UK
Kereta tahun diregister seperti berikut:
1/3/2005-23/3/2006, tax for 2500c is 260pound per year. 
Jika 23/3/2006 -23/3/2007, tax 244++pound per 6 months. 
Katanya 2010 and above GBP1K...aje. Sila semak




  • Harga
Ini bergantung kepada kategori anda pilih. Jika utk:-
2500cc
mileage below 40K miles
Year around 5years
Petrol
Spec maximun,

Harga sekitar GBP 10K-12K, bergantung kepada nasib dan pasaran kereta.










523i but 2500cc... pls verify



  • Maintenance
Secara teori kereta yg berusia lebih lama 7 thn ke atas perlu lebih banyak maintenance disebabkan oleh ware and tare. But kemungkinan juga kereta yg baru juga ada maintenance. So dinasihatkan study sikit model dan year yg dikeluarkan, dari situ kita akan tahu seperti case recall yg berlaku kebelakangan ini.

Jika pernah terdengar ' Warranty 1 Year or just 6months'. Apa tu...
Sebenarnya di UK ini kita beli kereta boleh beli maintenance separately daripada 3 party. Ada teman beritahu, GBP200 per year. BUT kena study betul apa yang di cover........
Selalunya dia hanya cover major component seperti Gear Box; yg kebiasaannya jarang rosak utk kereta yg berumur 5-6 thn. May be still ok utk 20thn.

Apa yg nak di bg tau, jika hanya major component di cover dan selalunya tak akan rosak maka kita hanya akan membazir duit. Ada setengah dealer bg tau, dulu dia jual keta belikan insurance kepada clientnya BUT selalunya tiada yg claim pun melainkan bhg2 kecil yg tidak di cover maintenance. Maka sekarang dia yg cover sendiri maintenance let say for 6 months. Ini kita bercakap kereta yg mempunyai reputasi yg bagus. 




  • Bagaimana Nak Pilih Kereta
  1. Semasa switch on tiada lampu sensor yg berbunyi or merah
  2. Pastikan semua pintu boleh buka&tutup. Ada kes... beli pintu tak boleh buka dr dlm
  3. Test drive sekitar 10-15 minit pd kadar kelajuan berbeda, 40mph, 100mph....
  4. Jika berlaku pertukaran gear automatik.. semasa pecutan pastikan ia smooth
  5. Jika Run Flat tyre di gunakan, terdapat sedikit bunyi kasar/bising semcm ade bunyi masalah bearing
  6. Semak Vehicle Check, utk pastikan tiada tuntutan bank, keta curi,etc. http://www.autotrader.co.uk/vehiclecheck/vehiclecheck.jsp
  7. Check Service History......
  8. Jika boleh, bawa org yg dah ade keta BMW. At least dia tahu...selok beloknya. Banyak sensor yg display pada dashboard.
  9. Cuba radio dan setiap button, lampu
  10. Jika spec dan harga dah puas hati, apa lagi bayar deposit...

Boleh refer as guideline, jika perlu lagi info nanti akan cuba dimasukkan.....wassalam