Wednesday, 24 August 2011

Mencari Janji Tuhan

N3 ni sedutan drp email yg saya dpt drp my cousin d Kulim. Nampak gayanya banyak lagi pengorbanan yg perlu dilakukan selepas 50thn kita merdeka. Tak sangka begitu jauh mereka ketinggalan walaupun kita ade billionare or bekas PM dr. Kedah. 
Tak boleh ke wujud pekerjaan di area tu, meamng awal2 kita bg bantuan. But jika mereka hanya menunggu tanpa berusaha utk survival tidak akan hilang kemiskinan. Bak pepatah cina, jika di beri ikan saja mereka akan menanti ikan lagi. Jika diberi kail pasti mereka tahu mencari ikan sampai bila2.
May be boleh bg mereka keja dalam Ladang kelapa sawit, padi, getah or industri kampung yg lain. But ini betui2 kena yg buat kerje sungguh2 utk mengubah kws ini bkn setakat utk keje mkn gaji. Jika 10years ade perubahan baru boleh kasi Dato' berkhidmat utk masyarakat.

Jemput2 renung2 tanahair kita.....

Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Janji Tuhan
Kejap tadi ada kawan dari pedalaman Kuala Ketil, Kedah call; dia tanya tak dak bantuan ka tahun ini? Saya tanya bantuan apa, dia kata ya lah bantuan untuk org2 miskin yang hangpa selalu dok buat tiap-tiap tahun bulan posa tu. Saya kata, baru kelmarin dulu 20 Ogos 2011 kami masuk belah area Belantek sana nu, dekat 60 buah kereta lebih.

Tadi pulak kat Surau, lepas Isyak tunggu terawih, Cikgu Din yang jadi penunjuk jalan untuk kami masuk kampong area Kubuq Panjang, Pendang Kedah tahun lepas habag, waktu dia balik kampong di Pendang sana nu semalam, Tok Imam masjid tu tanya dia, tak dak lagi ka program macam tahun lepas tahun ini? Cikgu Din kata, tahun ini depa (NGO WARGAKILANG) pi kot lain pulak kot.

Ahad weekend baru ini, waktu saya bawa balik satu Triton kain baju terpakai yg kwn-kwn bagi, bawa balik ke kampong halaman saya di Baling sana nu; waktu depa pakat dok berebut pilih baju tu, Tok Esah cakap depa dok sebut nama saya sejak awal posa lagi, bila la si Munir ni nak bawa balik baju-baju ni macam tahun sudah-sudah?

Hish, rupa-rupanya dalam sedaq tak sedaq, kerja amal yang kawan-kawan dok buat thru WARGA KILANG ini, walaupun tak organize tara mana, tapi hebat jugak kesannya; rasa bersalah pulak bila dok terima call dan feedback macam tu. Orang dok mengharap, tapi kita tak berkemampuan.

Kami ni bukanlah NGO besaq2 yang ada ramai kakitangan dan dana berpikoi-pikoi. Kami hanyalah sebuah NGO kecik, yang penerajunya tak sampai pun 10 orang, di mana kami sesama kami selalu mengingatkan antara kami bahawa modus operandi kami ialah sebagai PENUNJUK JALAN mcm kaum Aborigin yang menjadi pemandu arah dan pemikul brg kpd expedisi masuk rimba di hutan-hutan Amazon sana nu.

Bezanya, kami tak charge apa-apa, cumanya mengharap janji-janji Allah SWT, sebab kami yakin janji Allah adalah benar seperti mana firmannya dalam surah At-Taubah 111, barangsiapa yang mengorbankan masa dan tenaga, jiwa dan raganya untuk kerja-kerja macam ini, insyaallah akan dibalas dengan balasan syurga di sana kelak, di hari yg tiada apa yang mampu membantu kita melainkan kerja amal dan kerja buat kita yang baik sewaktu masih hidup di dunia ini.

Kerana memikirkan kami ini hanyalah sebuah NGO keciklah, makanya pada hari Sabtu 20 Ogos 11 lepas, saya agak terkejut bila melihat lebih drpd 60 buah kereta/MPV/4WD berbagai jenama menyertai expedisi Jln-Jln Masuk Kg membantu fakir miskin di bulan Ramadhan kali ini. Tak sangka pula ramai yang nak ikut mai.

Walaupun nama kami WARGAKILANG, tapi waktu saya bagi bagi briefing di Masjid Lubuk Merbau itu, saya nampak ramai juga yang datang bukan geng kerja kilang.

Antara bukan orang kilang yang saya ingat ialah Pak Ya dan Team Rukun Tetangga Tmn Utama, Mergong, Dr Nazri dari UUM, Sdra Azrul dari UiTM Permatang Pauh bersama para pelajarnya, Sdra Shamsul daripada sebuah NGO bernama PAKSI dari Perak, Encik Yusuf Presiden NGO Pertama dari Kuala Lumpur dan yang tak sangka sekali ialah seorang Tuan Imam dari Bertam Perdana, Hj Elias bersama beberapa orang anak kariahnya. Mereka ini masing-masing datang kerana ingin menyumbang dan melihat sendiri kerja-kerja amal dan CSR ini secara lebih dekat.

Pun begitu, majoriti yang memeriahkan aktiviti JJMK kali ini ialah pekerja-pekerja kilang dari berbagai buah factory di sebelah sini, dari level Security Guard, Clerk hinggalah ke level GM. Antaranya ialah dari kilang INTEL (depa saja!), Osram, Motorola, Siltera, Toray, Fuji, Seagate, Naza Gurun, Hoya, Celestica, Dell, Lumiled, Venture dan Schenker Logistic dll yang tak sempat saya catat. Ada juga wakil daripada KCSC (Kulim Hi-Tech Park Company Security Committee), gabungan lebih drpd 20 buah kilang-kilang industri di Kulim Hi-Tech yg turut serta.

Ada juga yang datang secara sendiri dan tidak mewakili mana-mana kilang atau pun pertubuhan seperti sdra Kamarul, sdra Zamros dan sdra Mansur suami isteri dari Perlis.

Ada sahabat suruh saya tulis sikit sebagai penutup Jln-Jln Masuk Kg kami untuk tahun ini.

Saya tak tau nak tulis apa sebab dok tengok ramai dah yang menulis dalam blog masing-masing seperti Pak Ya Mergong, Tuan Lukman, Puan Azura, Cikgu Shakir dan lain-lain.
Kalau saya nak tulis pun, saya nak habag kata perjalanan Jln-Jln Masuk Kg kali ini memang antara yang paling best.

Apa tidaknya, makcik kakak dan para penerima sumbangan itu nampak seronok dan gembira sungguh. Bila tengok wajah-wajah depa ini. Bila tengok depa gembira, kami pun jadi tumpang gembira, tak rasa langsung keletihan atau pun penat di bulan puasa ini.




Tapi, sepanjang pemerhatian saya, saya dok nampak yang paling seronok tak sangga sekali ialah budak-budak. Cuba lihat gambar-gambar di bawah ini:
 

Anak-Anak di Kota Aur Belantek ini begitu seronok sekali dengan kunjungan kami, selain dpt pelbagai jenis biskut dan makanan, dapat mainan pulak lagi. Bagi mak ayah depa, benda-benda macam toys, teddy bear dan mainan ini duduk last sekali dalam priority list depa. Nak beli teddy bear macam mananya, nak beli barang makan pun kena berkira. T.kasih lah kpd sapa-sapa yang terlintas hati bawa mai barang mainan tu. Saya pun tak terpikiaq nak bawa benda-benda macam toys dan anak patung ini, dlm kepala dok ingat gula beras kopi saja!

Di bawah ini pula ialah gambaq seorang budak kecik yang waktu kami pi survey/riki seminggu sebelum ramadhan dulu, dia bertelanjang bogel saja, tak pakai seluar dok berlari kat halaman rumah.


Rumah pun daif ber-attap rumbia saja.


Ini pula gambaq dia waktu kami pi bagi sumbangan untuk 8 buah keluarga di rumah Che Ros hari itu.


Bila saya tengok dia pakai baju Kedah KFA yang usang tu, memang nampak sangat dia tak ada baju baru sebab menjadi kecenderungan orang kampong untuk berhias pakai lawa-lawa bila ada tetamu mai dari jauh macam kami ini.
Orang-orang mcm depa ni lah yang selalunya berebut-rebut bila saya dok hantaq kain baju terpakai kampong-kampung pedalaman seperti ini.

Cakap pasal anak-anak, lihat pula anak Puan Rashidah ibu tunggal yang kematian suami 4 bulan yang lalu ini. Seronok tak kira dia bila dapat teddy bear – besaq pulak tu; dan di celah-celah itu pula ada seorang cik kak itu mai huluq kat dia pensil warna dan alat tulis Lagi sekali tak terpikiaq pula saya nak bawa benda-benda macam tu bawa mai. So, t.kasih lah kpd sapa-sapa yang terlintas hati nak bawa benda-benda macam itu, besaq manafaatnya buat adik kita ini.

Sebenarnya jiwa saya agak sensitive bila melibatkan anak-anak ini, mungkin sebab saya sendiri anak ramai, maka jadinya saya mudah terasa kalau ada isu bersangkut dgn anak-anak ini.

Mungkin itu juga antara sebabnya saya dan rakan-rakan di WK memilih untuk membawa rombongan masuk kampong kali ini ke Pondok Mat Nahu sebagai persinggahan akhir kami untuk JJMK kali ini.

Waktu kami mai melawat depa dua tiga bulan yang lalu, bila tengok betapa daifnya tempat anak-anak di sini belajar, tempat depa tidur, makan dan masak tu, saya bertekad suatu hari nanti kalau diizinkan saya nak bawa kwn-kwn yang selalu dok ikut kami masuk kg tu mai singgah sat tengok pondok ini.

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga bawa team JJMK Wargakilang mai ke sini, dan Alhamdulillah lah juga buat pertama kalinya dalam sejarah Jln-Jln Masuk Kg Wargakilang, inilah kali pertama expedisi kami berakhir dengan majlis tazkirah.



Sesungguhnya lain benar rasanya berada dalam majlis tazkirah, dalam madrasah usang, dalam kawasan pondok pengajian jauh di pedalaman, disampaikan oleh seorang Mudir yang begitu humble sekali orangnya, dalam bulan Ramadhan pulak tu. Satu pengalaman yang tersendiri buat kami.

Ustaz Kamel ini hebat ilmu mantiknya; antara yang saya ingat ialah bab yang menyatakan perihal kelebihan bersedekah dan memberi sumbangan. Kata Ustaz, bila mana kita bagi sedekah kpd org miskin katakan RM50, sebelum duit itu sampai ke tangan org miskin itu, duit yg kita bagi tu akan sampai kat Tuhan dulu, kemudian baru duit tu sampai kat org miskin tu. Hebatnya bersedekah - nak habag katanya setiap amalan bersedekah itu akan dicatat di sisi Tuhan.

Lagi satu kata Ustaz, kita kena ingat satu perkara, duit yg ada di tangan kita ini, katakan RM50, belum tentu lagi jadi milik kita, macam-macam boleh jadi; tapi kalau kita bersedekah di jalan Tuhan, duit itu sudah tentu jadi hak kita...di Akhirat kelak, kerana itulah janji-janji Tuhan dalam Al-Quran.

Bila saya dengar Ustaz cakap mcm tu, saya teringat surah At-Taubah ayat 111 yg saya tulis di awal tulisan saya tadi; dlm surah tu Tuhan habag kata DIA dah janji mcm tu dalam kitab Taurat, kitab Injil dan juga dalam kitab Al-Quran; kemudian Tuhan tanya lagi siapakan yang lebih benar janjinya berbanding janji Tuhan?

Tuan-tuan dan puan-puan, mendengarkan tazkirah ringkas Ustaz Kamel di Pondok Mat Nahu ini menyedarkan saya bahawa antara sebab utama saya dan rakan-rakan masih beristiqamah dengan kerja-kerja kebajikan ini ialah satu sebabnya kerana mencari JANJI-JANJI TUHAN. Kami yakin Janji Allah itu benar, akhirat itu benar dan balasan pahala syurga neraka itu benar.

Kerana itu juga, kami bertekad, dengan segala kudrat yg kami ada, insyaallah akan kami usahakan agar suatu hari nanti Pondok Mat Nahu ini akan punya sebuah Dewan Solat yang sempurna. Kpd rakan-rakan yang ingin membantu, bolehlah hubungi coordinator kami, sdra Aznee at aznee_othman@live.com untuk tujuan koordinasi. Ini adalah satu lagi pintu peluang untuk kita semua bertemu dengan janji-janjiNYA, insyaallah.



Last sekali, waktu dok browse thru gambar-gambar dalam FB Wargakilang, saya terjumpa foto Makcik Tua di bawah ini, antara penerima sumbangan kami di Masjid Nami. Cuba hangpa tengok, Makcik ini duduk bertinggung tak bangun-bangun, dok jaga brg2 dia tu takut orang ambik. Nak habag kata, beras 3 kampit 10kg itu bagi kita tak dak apa halnya, tapi bagi orang miskin macam Makcik ini, mahal nilainya.


Sesungguhnya wajah-wajah macam makcik inilah yang selalu muncul dalam sujud akhir solat hajat saya tiap kali saya bertawasul mohon apa-apa bantuan dari Tuhan!  
Moga ada menafaatnya.
Monier.
 p/s : Sumbangan boleh disampaikan melalui account AGROBANK bernombor 1-00-5101-00003934-0 diatas nama “ MADRASAH AHMADIAH ADDINIYAH ISLAMIAH”
 
 

CHUNA....

Apa ke tajuk ni.... pelik bebenor. Apa ke bahasa plak ni. Mengarut sungguh... La mai baca habis dulu, ini penting utk industri makanan tau ke idak.

Jika blogger yg mengikut tulisan yg  amat x berapa ni... BUT penuh informasi pasti teringat pasal industri cendol yg diusahakan kami. Lebih2 la sikit no, buat 2-3 kali dah jadi industri. But betui2 kat kpg ni mana nak dpt cendol kan melainkan u all kena buat le sendiri.

http://badrul-perjalananku.blogspot.com/2011/08/cendol.html

Dlm pembuatan cendol tempoh hari, 2x menjadi giler sebab makan la la tu(bahasa utara) or selalu(kelate).... kena blaajr ni dialet tempatan. Nanti nak jumpe org lelaki berskirt tartan aka scottish and ireland dgn ascent dia berbeza mcm cakap ALAN Sugar...ade impression u all dtg dr kpg or kota.

Sebab production cendol dan proses makan tu cepat, maka bentuk cendol tu kekal seperti dlm gambar blog. But ade 1x yg di simpan dlm fridge nak bagi sejuk dlm 1 hari maka ia menjadi hancuq or tinggal air hijau aje. Alahai cendol ku......

So baru teringat ini angkara tiada CHUNA aka CA(OH)2 aka bahasa mudah air kapur. Itu peranan air kapur utk bg maintain bentuk cendol.........

Ingat nak order kpd para researcher kimia agar dia buat kat lab....apa macam good idea tak. Campur kalsium & yg lain jadi le air kapur kot.


So jika org kpg nak beli boleh cuba kedai ni, may be kedai lain pun banyak but d sini yg kami beli.

Mirchi Oxford
381 Cowley Road
Oxford
OX4 2BS

T: 01865 236264

F: 01793 433916



Dah ade CHUNA ni boleh la buat bkn aje cendol, mcm2 kuih or kegunaa lain le kan. Selamat Mencuba!!!

Tuesday, 23 August 2011

Nak Makan Apa Hari Ni...

Itu persoalan bila tiba tengah hari. Sempena bulan Ramadhan dan cuti sekolah aku lebih prefer tanya anak2 apa nak makan. Alhamdulillah setakat hari ke-23 tiada lagi ponteng bagi dua yg besar. May be di sebabkan cuaca yg sekitar 17Celcius menyebabkan kurang terasa panas dan dahaga. Cuma bila sejuk mungkin mereka tersa sedikit lapar..... setakat ini tiada rengetan utk bargain membuka puasa. So just carry on sahaja....

Bila tanya nak makan ikan or kambing today, almost keempat-empat org prefer Kambing. Sejak 6bln kebelakangan ini mereka sudah pandai appreciate makan kambing. Lagipun daging di sini lembut dan pelbagai pilihan yang boleh kita hendak, nak buat lamb chop ke or curry  semuanya ada. Apa lagi kambing la menu ptg ini, jemput2......

Monday, 22 August 2011

Tour Scotland Day1-Part1

Hajat di hati ingin bertemu lelaki berskirt yang berkain TarTan sambil mendengar alunan BigPipe dengan memerhatikan keindahan alam semulajadi yang hilly tapi amat berbeza dgn tanahair disebabkan faktor kedudukan geografi yang lebih ke utara. Bila cuaca berbeza maka hutan serta gunung-ganang berbeza begitu juga dengan perangai manusia. Sepanjang perjalananKu itu yg menjadi pemerhatian dalam mengerak sisa2 sebelum meneruskan perjalanan pulang ke TanahMelayu. Banyak sepatutnya dapat ku pelajari atau di ajar oleh mereka, namun banyak juga patut kita memperluaskan dakwah yang tanpa sempadan dalam way of life.

Perjalanan bermula dari
Day1:Oxford->Lancaster->Glasgow
Day2:Glasgow->Loch Lomond
Day3:Loch Lomond->Fort William->Inverness->Perth
Day4:Perth->St. Andrew-Edinburgh
Day5:Edinburgh->Stonehaven->Aberdeen->New Castle
Day6:New Castle->Hull->Oxford
yang memakan masa selama 6D5N.


 Day1:
Kami bermula pagi dan sampai ke Lancaster sekitar jam 1pm. Dalam 4.5 jam juga driving. Alhamdulillah cuaca amat menarik. Ada la singgah kejap di services utk merehat badan. Passenger semua biasale sodap tido semua, tinggal drebar layan radio&pemandangan.

Smpai aje Lancaster cari souvenir & makanan. Jumpa restoran halal yg besar juga nama Sultan. So emak dia pun pergi la membeli ..... after terpusing2 mencari tadi. Tiba2 anak yg ke-3 nak k tandas plak, so hantar abang yg sulung teman dia. Selepas tunjuk restoran tu, maka mereka pun pergi. Aku cuma parking kat loading area. Maka tak boleh nak just tinggal kereta begitu saja. Tiba2 anak yg ke2 nak juga ke tandas, dia sebenarnya baru bangun tidor. Lepas explain ke mana arah nak pergi, aku pun lepaskan dia. Sebenarnya kalau boleh nak tunggu anak yg sulung balik dulu but bila call wife tak berjawab2. Dah nak marah ni.... dah le lapar, panas sikit plak tu. So dijadikan cite aku pun lepas la dia. Sambil memerhati dr dlm keta kerana yg ke4 dok tidor  rasanya. 

Aliff anak ke2 ni yg baru bangun tidor terus aje berjalan ke traffic light utk cross jalan. Namun ia terus berlari menonong bahasa utara... kira meluru aje cross jln. Woi!!! jerit aku dlm keta.... dia dah salah jln. Tunggu kat 5 minit dia x patah balik, adoi bdak ni... org dah explain dia x faham la tu. Aku jadi kelam kabut sikit at last dokong anak ke4 bergerak mencari Aliff. Risau sungguh aku ni, memang la dia tau baca but dlm poket 1 sen pun x ade. Handphone pun x ade. Dgn pantas aku meluru cross jalan, sampa aje depan Restoran terpacul dia dr arah bertentangan..... apa lagi kena lecture 1 round. Emm!!! itu kadang2 x nak lepas dia org even dlm situasi getir nak ke tandas. Rupa2nya handphone wife x dpt sebab signal very weak... alahai mcm2 dah terfikir dlm kotak minda aku ni. Itu baru 1/2 journey day kelam kabut. Apa2 pun kena lebih berhati2.... dgn askar yg ramai ni..

Dapat  aje nasi beriani kami singgah d park. Memang lapar driver ni. Lepas makan kami singgah k rumah teman d Lancaster, Jaa' nama pendek. Ini hikmahnya berpersatuan dan berkawan, tarak sombong punye. Org2 Melayu ni banyak bende lagi boleh buat but kalu nak limit kan kpd siapa lebih benar or lebih berharta, maka x ke mana kita. Banyak lagi yang boleh kita dok dan diskuss bersama2. Betul ke idak......

Jaa' ni wife dia yg belajar, but dia ambil inisetif sendiri self sponsor buat Master. Dengar cite nak habis dah..baguih tu. Seronok dengar cite dia keje utk support belajar. Yg paling menarik dia jaga student lumpuh kat University of Lancaster. Katanya jika jaga mlm utk bantu student tu dpt la GBP60. Peh!!! boleh tahan, katanya semangat sungguh pelajar tu walaupun dirinya serba kekurangan. In fact nak pakai baju pun x boleh, semua kena bantu. Itu kadang2 kena muhasabah diri yg punyai segala-galanya namun masih berdolak-dalih.

Setelah siap menjamah hidangan ikan Termenung  & kari ayam bersama Dir kami meneruskan perjalanan. Dir & Jaa' ni kwn dr darjah5. Tengok bagaimana erti persahabatan. Rupanya Dir ni dah 5-6 thn bekerja di Lancaster, kebetulan wife masing2 org negeri d bawah bayu, maka lagi rapatle.

Lancaster ni famous sebab ade Lake Districts... but ade org bagi tau Loch Lomond jauh lebih hebat. But nanti nak juge ronda2. Bil pelajar Malaysia d Lancaster sudah berkurangan especially bagi yg d sponsor oleh gomen. Beberapa kerat aje kata Jaa' yg tinggal.

Bercerita tanpa gambar x best kan... mari jelajah



Berhenti berehat jap, ke WC. Ramai yg memakai pakaian Arnab dlm bas ni..

Sudah di atas M6... nak smpai dah

Banyak pula motor2 besar...




Udah smpai Lancaster...


Restoran sultan kat sini....berdebar bila teringat cite

Lepak makan kat sini, semua dah lapar



 





Udah smpai rumah Jaa' kat cornner tu aje...cantek view. Kami di atas bukit, yang jauh tu Lake Districts. Rupanya dia org baru pindah rumah. Sewanya peh!!! dlm GBP500, but boleh buat solat raya kat guess area.

Ni wife Dir bagi, tarikan wanita di Glasgow. Kebetulan dia study d sana dulu.
Bonnpack Scotland




Selepas aje berehat d rumah Jaa, kami mula meneruskan perjalanan semula ke Glasgow dlm 3 jam. Nanti kita terus bercerita.

Sunday, 21 August 2011

Terawih Minggu Ketiga di Wolfson College

Kali ni x ramai yg hadir sebab mostly balik beraya k Msia. Ada balik dgn AirAsia, Emirates, dll....x sure pula dgn MAS sebab mahal le. Sob222..... sedih, kena kuatkan semangat. Insaallah ramai lagi yg beraya di sini cuma kena kumpulkan kwn2 dgn idea kreatif baru dpt bersama2 meraikan hari raya Aidil Fitri 2011. Rasanya dlm 50-60 org ade lagi ni....

So terawih kami simple aje, utk week ke-3.


Tazkirah dr imam-Khair 







Yg ke-4 nanti special sikit dah plan berbuka sekali insaallah. 

Production hause...

Alahai weekend ni sibuk memanjang. Sabtu p shooting sikit......bkn jadi model. Ambil gambo2 building di kpg ni, tadi baru aje siapkan Video Klip. Ni antara ciri2 nak lwn Dato Yusof Haslam, nak create production house la  kan. Modal plak x ade...but dlm biz modal belakang kira, company RM2 boleh buat Highway berjuta2. As long yg penting projek dpt, barule..... semua sudi berkawan, tambah2 lagi bank2 la kan......

N3 ni x ade mcm tu, cuba dpt assignment last minute utk Pre Depature briefing di Msia.... alah program utk adik2 nak mai ke UK. Selalunya program ni diadakan setiap tahun, kali ni kena perkemas strategi agar dpt adik2 idea bila mai ke UK, especially Oxford. Rasanya program ini utk Undergrad..... may be PostGrad pihak sponsor sendiri2 dah bagi info.

So teman pun buatle Video Klip dlm 4-5 minit, boleh tahan jugakan. Cuba2 je x pandai, sebab bende2 ni kena kreatif baru la cantik&tertarik. Nasib baik ade bnyk juga koleksi gambar2 aktiviti di Oxford. Cuma kekurangan gambar2 tourist attractions.....sebab yg ade tu bnyk gambar family. Tu yg kena shoot semula. But sempat juga belajar nama2 building Oxford ...mari kita lihat.

Boldenian Library 


 Sheldonean Theatre...PM bg ucaptama di sini


 Natural Museum.... x sempat masuk lagi



 Department of Materials.... Oxford U


InOrganic Chemistry Building, ada PG akan dtg very very soon.... x sure ni ke tempat research beliau for the next 3-4 years. All the best... 


Nama College yg terpampang tu...

New Building of Oxford Centre for Islamic Studies(OXCIS). Ni just 5 minutes walking from my house. Ade mosque juga dlm ni. Not sure bila nak buka.


Mostly Oxford U punye department dlm satu area bg course engineering, physic, chemical & etc kat South Park tu la.... Ada juga yg terpisah seperti IBME, OXCIS


Yg kat bawah ialah Oxford Brookes Uni. Ia pun berterabur kampusnya, yg di bawah kat Headington. Banyak student Msia study Architecture kat sini. Ade juga kat Wheatly agak jauh ini ade buat automotif, nuclear-part of it, business.  





Nak tengok Video Klip yg sangat simple tu nanti la pre-depature program habis next week baru start. Hope boleh menang hadiah...sebab submit tugasan. Selamat berbuka

Friday, 19 August 2011

UK Riots...

Riots ni dah reda nampaknya, keadaan sudah terkawal. Memang dasyat juga masa riots tu BUT utk kampung Oxford tidak teruk sangat. Tuan2 boleh baca drp petikan akhbar di bawah.


Actually drp dokumentari yg d tonton 2 hari lepas ia bermula di Totenham bila mark dougan(black) ditembak mati oleh polis. Maka community minta penjelasan drp polis. Why!!!!!

Bermula dr kemarahan itu maka bermulanya kekecohan. Sebenarnya kekecohan ini telah berlaku di Tottenham juga pada 1985 dulu, maksudnya di area yg sama apabila seorang wanita black ditembak mati. It was called Broadwater Farm riot occurred around the Broadwater Farm area of Tottenham, North London, on 6 October 1985.

Ini disebabkan oleh kematian Cynthia Jarrett apabila rumahnya di lakukan HOME SEARCH oleh polis disebabkan kesalahan anak lelaki beliau young black man, Floyd Jarrett, was arrested by police, having been stopped in a vehicle with an allegedly suspicious tax disc.

Di situ bermula...... Broadwater Farm Riot ...26 years ago.
 Rujuk di bawah utk lebih lanjut
http://en.wikipedia.org/wiki/Broadwater_Farm_riot

Sepanjang pemerhatian aku menjelajah kws ini..... pertama ketika membeli keta utk teman di Msia dan kedua ke Stadium Totenham dan sekitarnya.

Kalau nak tahu Stadium Totenham ni sepeti stadium di UK yg lain kebanyakan di sekitar kws perumahan...x macam Msia gah sebijik dgn parking yg banyak. But stadium ni lain sekali bkn apa kerana kami tidak dibenarkan masuk even di perkarangan stadium. Ini semasa tour kami di bln May 2011. Pelik2...x pernah x boleh masuk. Pi la Arsenal, Rangers&Celtic-Scotland, Liverpool even MU, semua boleh masuk di sekitar stadium.




Pengalaman mencari kereta kwn meamng nampak kws ni penuh dgn warga Britian yg black. Tahu aje la bila black ni mcm2 hal & perangai. Satu kadar pengangguran yg tinggi.... itu main coz. Kerja tarak apa mau mkn, kalu di msia. But sini winter nak mai nanti perlu survive utk panaskan badan..... sebab kena ade heater. Jika ade rumah x ade Heater aduhai. Allah aje yg tau.... Tu duit lagi kan....

Jika di USA semasa pergi k Los Angeles dr Universal Studio k City Centre tu ade la sorang  lelaki muda black, peh!!!! dok membebel nak tackle awek black juga. Perjalananan tu 1 hour..... di membebel kuat2 sepanjang perjalanan satu bas boleh dengar, x ade plak org sound... memang dah faham perangai black.

But bukan semua, tapi percentage very high. Jiran kami dulu origin drp Jamaica, begitu baik and soft old lady. Always greet us Are you Alright.

Bermula dr kematian Mark Dougan tadi bermula riot, atas rasa x puas hati kpd Metropolitan Police. Maka balai polis di serang.....

Yg menarik polis pd awal x kejar2 pun dok berkeliaran aje. Strategi awal just by CCTV monitor dan bila mlm rush. But bila nampak polis x ligan&godam...bahasa utara sikit maka copy cats menjadi2 di kws lain. Mula merebak tempat lain & menyerang kedai2.... Take Now, Later No Need To Pay yg famous diperkatakan dlm BBC news.

Lebih hebat riots ni kebanyakan bdak2 sekolah ade yg 11yo pompuan pun dok baling batu ke tingkap  kedai. Hebat tu...... Polis just tengok. Hinggalah keadaan merebak di bandar2 lain..copy cats Birmingham, Liverpool, Manchester, Oxford, Northampton.....

Di Birm 3 Pakistani British terbunuh di langgar keta semasa protect dia punye business. Ini menyemarakkkan lagi api riots antara British Asian dgn Looters. But keadaan ini cepat di bendung dgn pelbagai gathering oleh local comunitty to fight the looters..... so cool down sikit.

But di sekitar kws2 perniagaan org... turkey & kuds..mereka turun ramai2 berganding bahu protect business.

The riots just few block away from our area, we don't want to take law on our hand. But we must ready to protect our business, if looters try to destroy our shops we will all together protect it. Petikan ringkas dr dokumentari...riot


Kenapa jadi riots ni, root cause:-
1-Kadar peganguran yg tinggi terutama dikalangan black
2-Ekonomi yg semakin meruncing
3-Too many Budget cut-youth, DOL,
4-Institusi keluarga yg semakin runtuh-dlm bahasa kasar, banyak anak luar nikah
5-Cukai yg meningkat
[Base on My  study]

Kebetulan PM David Camerron pergi bercuti, dan Deputy Polis still baru. Kerna ramai polis yg kena pecat apabila kes HACKING oleh company Rubert Mudoch. So looters menjadi2 sampai membakar bangunan dan kedai2. Until PM short cut his holoday dan meeting dgn team COBRA(The Civil Contingencies Committee is a British cabinet committee chaired by the Home Secretary. It is intended to deal with major crises such as terrorism or natural disasters.). Selepas itu baru polis mula start ligan&godam looters dan bertindak more aggresive. After a week, keadaan terkawal.

Kebetulan student kita Asyraf Haziq pun di PAU & jaw dia berdarah. Amat malang bagi beliau di bulan Ramadahan. Alhamdulillah, beliau sudah keluar dr hospital dan bersama2 di Majlis Berbuka dgn warga Malaysia di MSD London semalam-Khamis 18/8 di atas anjuran Kelab UMNO London & MSD.


So itu sipnosis drp kekalutan riots yang berlaku di Britian. Semoga ia menjadi pedoman kpd kerajaan TanahMelayu agar tidak meminggirkan mana2 pihak dan juga tidak hanya fokus kepada meritokrasi kerana jika playground tidak sama bagaimana we want to get a fair result. X leh nak secara total mengambil meritokrasi seperti d laungkan oleh sesetengah parti politik, jika kita dok terikut2 mereka for the political mileage pasti anak2 Melayu akan terpinggir dan akhirnya negara rugi.

Apamacam boleh ganti KaK Haliza Hashim TV3 ke...