Saturday, 6 August 2011

Ramadhan Ke-6 2011

Hujung minggu pertama d Ramadhan menyebabkan kami tidak berkelana meneruskan perjalananku. Selepas bersahur, solat dan tadarus dgn bdak2. Almost jam 7am baru tidor smula. So dok fikir2 jika ke rumah pasti boringla, tambah bdak2 yg bercuti skolah. So apa lagi planning ke Bicester Village setelah sekian lama idak window shopping. Maka jam 11.30 kami pun bertolak, cuma 30 minit aje.

Bicester Village ni memang famous giler d England ni. Nak jumpe org Melayu and Malaysia memang ramai tak terkira especially Boxing Day. Shopping di sini kira ala2 KLCC or Pavillion, dengan pelbagai jenama Burbery, Boss, Clarks, Gucci dan lain2 lagi. Lupa plak Jimmy Choo.... Kira gaya2 mak datin juge ala shopping jika x menetap d Oxford. Memang gilos mahal..... Jimmy Choo tu aje dah ratusan pound.

Selepas lama x pergi ada perubahan ketara, pertama hiasan dia...nanti lihat. Kedua dah ade Prayer Room...very impressed. Dulu dok complaint juge, bila pergi masa autumn & winter...zohor&asar cepat sangat. Even dok d kampung oxford yg 30minit, x sempat nak jika nak lepak lama. So no reason to skip solat ye!!!!

Tiba2 jln ade org panggil Abg Bad....oopppssss. Rupanya penduduk kampung, itulah penting berkenal-kenalan. Kampung kami besar but rakyat TanahMelayu sekitar 150 orang je. So siapa yg ada dtg majlis anjuran Malaysian Community dapat berkenal-kenalan. Mira menemani Mas yg akan pulang beraya k TanahMelayu....banyak juga shopping utk family. Katanya jika x dpt kerje balik for good. Ramai yg dah balik kali ni, x pasti brape plak yg akan dtg dan join the Club. Sebab ade yg dtg just buat hal sendiri, infact ade yg x nak kwn dgn Melayu pun. 

Jom kita lihat gambar yg sempat diambil, sebelum bateri habis....

Cantik cawan berumput



Beruang masih sama,but kat belakang tu dah ade stall jual burger. Dulu just play area



 Prayer Room...ade perkembangan yg baik. Jgn lupa solat




Sekumpulan pelajar skolah dari China. Hebat negara China, 1++Billion penduduk. 10% berkemampuan..... lihat impaknya.

Dlm shopping2 tu terjumpa Datuk Zakaria, Duta kita di UK&Eire yg shopping bersama wife. Dia jemput dtg ke Majlis Hari Raya pada 31/8/2011 di London sempena jamuan raya dan Merdeka.... ingat 31/8/2011 hari kebangsaan. Jgn lupa ye!!! small world

Friday, 5 August 2011

Kueh Raya 2011

Raya lagi 3 minggu. Chef dah cuba2 buat kueh utk kali ke-2. Yg pertama dah habis terjual kpd bdak2 dlm rumah. So kali ni tambah lagi koleksi, kena cuba nanti bila berbuka..... kalu tidak kena tunggu third production.

Mari kita jengah..kueh apa tu. Biasale bg yg x dpt balik kampung.



Ramadhan Kelima 2011

Hari ke-5 ni cuaca di Oxford kembali panas tapi anginnya still sejuk. Solat Jumaat seperti biasa di JR Hospital. Kali ini brother Najib memberi Khutbah. Ia memperingatkan mengenai keberkatan bulan Ramadhan yg bukan semua orang dpt merasa nikmatnya.

Alhamdulillah, hari ini Chef balik awal. Dia terus ikut kami balik selepas solat. Apa lagi terus aje Chef beri option nak kueh pelita or buah melaka. Apa lagikan...... mestilah buah melaka yg memang telah menjadi kegemaran sejak azali lagi. Mungkin kebetulan dpt pula kwen org Melaka, hehe...memang best la majlis berbuka hari ke-5.

Apa lagi terus ke petrol station yg Unleaded udah GBP1.369(RM 6.845) perliter, but apakan daya jika tidak langkah pendek la. Biasala harga minyak di UK tidak di kawal oleh gomen...... ade baik&buruknya. Tapi gaji floor engineer or house keeper minimun GBP7 per hour, so still berbaloi lagi kan.

Lepas keta dah berminyak menuju ke Tong Heng di Headington yg menjadi Asian groceries yg top di Oxford. Sebab semalam ke Cowley & St Clement x dpt cari barang, but bila ke Tong Heng cencaluk melaka pun ada. Hebat kan......

Beli aje ramuan utk buah melaka, maka Chef pun siap ke dapur. Teruja...tanya, mana dapat warna hijau ni...tu, rupanya tepungnya dah berwarna hijau. X payah nak cari pewarna. Lepas itu ditabur desiccated coconut.....yg berbau seperti coklat ForeroRocher Putih. Peh hebat sungguh teknologi yang mengkomersialkan produk2 pertanian. Kali ni made in Phlipine. Kat Msia, industri kelapa tidak menjadi tetapi terpaksa mengimport dr Indon. Lepas tu kena ade AP plak..kan.

Mari kita lihat....next time ana pun boleh buat.




Selamat Berbuka..... 2.30jam lagi

Thursday, 4 August 2011

Moist Roasted Chicken

Baru 1 jam lepas sahur, nak tido x mengantuk lagi. Subuh masuk jam 3.47, berbuka dlm 2050. So kurang lebih 17 jam.... semakin kurang masa berpuasa. Alhamdulillah bdak2 yg besar 2 org still maintain. Tak ade complaint nak ponteng berbuka, cuma first day aje yg masing2 berputar2.

Berbuka semalam ada request nak buat ayam bakar. Since Chef besar balik lambat then aku pun keluar awal mencari ayam. Chef besar bagi resepi...entah dr mana  dia dapat. Apa lagi cuba skill, 1st time mencuba...ehe.

Hasilnya 2 ekor ayam di roasted. 1 ekor x cukup rasanya, sebab jika sodap giler kejap aje anak2 ini kerjakan. So ikut aje resepi dan marinate simpan dlm fridge. Cukup 3-4 hours dah boleh bakar.....

Disebabkan terlalu sedap, lupa nak capture awal2...sahur baru teringat. Manatau Chef Mat Gebu or Kak Jedad(my batch) nak tengok. Sorry le ye....... kepak dah hilang. Golap sikit ye..ni kena tanye org yg bakar.





Komen  cuma manis sikit, kena kasi pepper lebih sikit. Resipi.....

ChickenBahan-bahan
•1 ekorayam(lebihkurang700gram)
•2 sudu besar minyak zaitun
•2 inci halia
•2 ulas bawang putih
•1/4 biji bawang besar
•2 sudu besar madu
•1 sudu besargula
•1/2 sudu kecilgaram
•1 sudu kecil serbuk lada hitam
•1 sudu besar jus lemon
•1 sudu besarsos tiram
•1 sudu kecil serbuk kunyit
•sedikit marjerin@mentega

Cara-cara:
1.Kisarkan bawang besar, halia, bawang putihdengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah didalam bekas dan campurgula, lada sulah, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan ladahitam.
2.Cucuk-cucukkan ayam dengan garpu dan lumurkan bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam, perap ayam selama lebih kurang 3 jam atau lebih. Lagi lama diperap lagi sedap.
3.Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama satu jam. Setelah 30 minit dibakar, keluarkan ayam dan sapukan ayam dengan marjerin dan lebihan minyak yang terdapat pada dulang pembakar, kemudian teruskan proses pembakaran
4. Pastikan kedua-dua permukaan ayam perang dengan sekata, balik-balikkan ayam dan bakar ayam sehingga garing dan masak.
5. Setelah siap dibakar, potong ayam pada dua bahagian dan hidangkan bersama kentang putar, coslaw dan macaroni cheese

Tk kpd... 
http://www.jintanmanis.com


Kena Pau or Sedekah

Jika d Malaysia jarang sekali aku membuka tingkap dan tidak mengunci pintu apabila sedang melepak2 menunggu dlm keta. Tak kira le di mana jua, melainkan hanya membuka sedikit utk angin or udara masuk. Aku pun x sure kenapa jadi begitu bg negara yg di declare islamic country.

Tabiat itu terbawa2 sehinggalah di kampung Oxford, tapi lately bila summer tingkap keta yg d buka sedikit luas utk membiarkan angin masuk lebih banyak. Malah tangan pun boleh masuk...... but ptg semalam around 6.00 semasa parking di TESCO Cowley aku terlena kejap bersama Danish sementara menunggu wife membeli belah. Itu menjadi kebiasaan kami melepak aje dlm keta sebab lebih pantas pergerakan wife. Bila terjaga tu kadang2 tengok perangai org yg dok lalu lalang....... tiba2 sorang mamat Pakistan membebel tepi tingkap sambil memasukkan pergelangan tangan ke bhg sebelah penumpang depan.

Mate, I need 70p to take a bus.Please
I pray for you
Emm!!!!(sambil melengah2 situasi....)
A pound should be OK.
Aku pun menjengah ke tepi pemegang pintu kerana memang terperasaan ade letak coints d situ.
I just have 50p, sambil menghulur kpd dia.
It's ok mate. Thanks..... sambil berlalu pergi

Cara dia minta tu polite..... apa komen blogger

Kali pertama dulu pernah di sapa oleh wanita yg menangis teresak2 meminta duit utk membeli tiket bas.
My bike was stolen, I don't have any money to go home. Can you please give me 3 quid
Buat2 blur sikit mcm x faham...

Kat Oxford ni memang banyak kes kehilangan basikal drp bende lain. Ini sebab ia  transport paling popular especially dgn number of students yg ramai.
So ini citer2 may b kebiasaan kita dengar d Oxford dan may be d Western Europe especially dlm suasa economy yg x bagus. But tiade pula peminta sedekah berkeliaran.....may b kena cekup dgn cepat or social workers dia pandai memantau. Namun d Glasgow aku sempat nampak d city centre ade yg meminta sedekah...

Apa pun terserah kpd kita..... cuma beware. Wassalam

Parking biar bertempat

Hari ini kebetulan ke kedai Tahmid d Cowley yang menjual groceries & halal meat yang menjadi kunjungan mingguan kami. Kelebihan Tahmid ialah ia menyediakan parking percuma yang memudahkan kami membeli belah. Jika soal membeli sayur-sayuran seperti serai, cili hijau/merah, dan halia memang Tahmid pilihan kami. Cuma bila soal meat ayam/daging kebanyakan warga Melayu di Oxford akan melencong ke MaRoc DeLi yang hanya 1 minit dr Tahmid. So kira parking di Tahmid dgn serampang 2 mata.

But ptg semalam( sebab ni dah nak sahur...) citer teman2 menjadi kenyataan apabila beberapa keta parking d Tahmid kena clamp. Apa lagi mengamuk le tuan empunye keta yang kebanyakan bersolat Zohor dahulu sebelum k kedai Tahmid. Kecoh sebentar Tahmid apabila owner keta complaint, kebayakan warga Bangladeshi juga. Emmm!!! cabaran di Ramadhan. Mula2 cashier Tahmid slow aje percakapannya but finally semakin lantang.... may be kena complaint giler2.

Actually ade juga teman2 dah bg tau, org Malaysia pun ade yg kena clamp sebelum ini. In fact aku pun pernah parking di situ dan menuju ke city centre dalam 1 jam. Apa2 pun ambil iktibar bahawa parking di Oxford jangan hanya pakai letak aje, nahas.....buka clamp aje dah boleh beli  barang dapur for 1 minggu. Itu bezanya enforcement di sini. So take care....



Citer tanpa bukti x best......ade gambar senang masuk dlm memori. Salam Ramadhan


Wimbeldon 2011

Sempena kejohanan tahunan berprestij Wimbeldon 2011, warga Malaysia di Oxford juga tidak melepaskan peluang utk bermain tenis. Masing2 teruja dgn kehebatan jaguh2 dunia Nadal dan Djokovic yg menjuarai kejohanan 2011. Ramai yg sempat meluangkan masa utk game tersebut; seperti-
  • Uyiee
  • Ridza
  • Amer
  • Eddy
  • Badrul
  • Safuan

Mari kita lihat kehebatan mereka termasuk saya........




Court d Wolfson College memang best dgn cuaca sekitar 18-20Celcius memang sesuai utk permainan tenis. Apa lagi nak join, jemput dtg.