Sunday, 16 January 2011

Isabella.......


ISABELLA 

Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...

Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta

Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...

Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....

Tiba-tiba aku menyanyi-nyayi kecil lagu Search nyanyian Emy. Bukan apa, nama Isabella ni tiba-tiba aje terngiang-ngiang di telinga. Mungkin selepas tazkirah sebentar tadi bersama pelajar-pelajar Phd medik di Oxford ini mengingatkan aku terhadap Isabella...........

Nama Isabella sebenarnya mempunyai kesan sejarah yang penting dalam peradaban Islam. Setelah mengoogle, betul telahanku..... oh!!! rupanya masih belum  berkarat sel-sel memori di mindaku. 

Isabella diingati sebagai tokoh penting dalam sejarah islam di Sepanyol. Isabella hidup pada zaman kegemilangan Islam di Sepanyol iaitu selepas zaman pengembangan Islam yang dibawa oleh Tariq Ziad dan Musan bin Nusair. Beliau pada asalnya ialah seorang penganut Kristian yang taat dan patuh pada agamanya. Beliau merupakan anak kepada seorang ketua paderi di Cordova. Penganut Kristian pada masa itu sangat bencikan Islam dan menanggap penganut Islam sebagai kafir dan syaitan. Penganut Kristian di Cordova pada waktu itu berpegang pada doktrin Trinity iaitu dotrin 3 Tuhan iaitu Tuhan Bapa. Tuhan Anak dan Roh Kudus.

Namun hidayah Allah melepasi setiap pengetahuan dan ilmu manusia. Beliau memeluk islam setelah menjadi hakim  perdebatan pendita-pendita Kristian yang dikepalai oleh Father Michael dan Father Peter. Sementara di pihak Islam telah menghantar beberapa murid tersohor Ziad bin Umar dan antaranya ialah Umar Lahmi dan Muaz al-Andalusi. Kisah selanjutnya boleh dicapai dari nukilan lengkap  blog....
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13021.0 

Terdapat juga novel mengenai Isabella karangan MAULANA M. SAEED DEHLVI yang mengkaji mengenai Isabella. Anda boleh muat turut novel ini menerusi.. 
 http://blog.darulislam.info/node/93 

Semoga kisah ini dapat memberi kita iktibar bahawa sejarah amat penting dalam mengarab peradaban manusia ........supaya kita mengetahui dari mana kita datang... 

Al-Hamra Cardova(Ehsan Ghows )

Saturday, 15 January 2011

Menu ala...ala Mat GeBu

Shutttt!!!!! nak tau tak semalam sekodeng MaT GeBu punye blog http://tiffinbiru.blogspot.com/ ade menu menarik..... diam-diam kami nak cuba....tiru tiffinbiru...nak kena saman plak. Dengar cite CMG mengamuk giler, bila gambar dia kena cilok dgn sebuah majalah.......... betuila intellectual property(IP) orang senang-senang nak ambil madunya.

Bukan apa CMG, yang bagus sebab apa!!!!!
  • Dia publish menu dan story skali...kira open source konsep la tu..Linux...
  • Gambar dia tu ade classs gitu.... ade trademark plak CMG kat bawah 
Cukup la sikit2 puji...nanti bertambah gebu plak dia tu...dah tak nak memasak.

Sambung story..... so kami teringin sambal belacan dan ikan masin tu....apa lagi jenuh berkejaq cari kat kedai. Kat Msia just pakai seluaq katok naik motor dah boleh...kat sini..kena complete...stokin, baju pemanas dan penutup kepala....... rimas aku di buatnya. Cari punya cari.....jumpa, so kami masak la kurang lebih ala...ala Mat Gebu. Mari ramai2 jemput tengok..... dgn pinggan Port Meirion tu tau...Cikgu Jdad

 Gulai Ikan Mackarel
Ikan Goreng Sibas  
Sambal belacan...semangkuk tu
Lady finger and kacang bendi 


Gambar besar sikit....ade terliuq ke CMG


Bukan apa duduk obersea ni kadang tu teringat masakan kampung.......petai&jering tertinggal.. 

CMG tk...nanti kami jenguk lagi.....jgn lupa follow kami.... 

Dulu Kini dan Selamanya........


Chewah...... tajuk menarik kali ni..sinonim dengan sebuah partai tersohor di negara. Mestilahkan nak tarik minat pembaca.... Kali ini nak berstory mengenai sebuah company yang pernah aku mencari rezeki.....lama juga lah. Baguih company ni......antara yang berjaya for the past 20years if compared tu sahabat handai yang dapat peluang business pada masa itu.

Akhir-akhir ni company terus berkembang, dengan gah dari generasi ke generasi biasa la..pepatah orang duit menjana duit. Yang paling menyentuh kalbu aku sebagai pekerja bila company aku ni mendapat projek besaq....amaunnya mungkin ber BBBBB. Apa lagi semua orang seronok tak terkata, happy la kan projek masukkkkkkkk....ade la kerje. Pelbagai setuhan ajaib datang pada masa duit masukkkkk ni, program Town Hall untuk brefing kepada staff-staff about future planning. Memang menyentuh hati aku, macam-macam nak buat...sampai setitik-dua terkeluar air mata rasa terharu.......... tak pernah dilayan macam ni. Nak bagi increment 1 tahun dua kalila kepada pekerja excellent or tip-top!!!! wow factor tu.....

Biasanya bila company dapat projek, berduyun-duyun kroni masuk. Minta cow-cow aka lembu-lembu punye salary, yang staff otai pun revision menggunung-ganang la kan.....masa tu kira Dunia Ana la Yg Punye....lagu Datuk P. Ramlee. Bersusun kereta-kereta baru, biasala tu.....orang Melayu kereta mesti gah ...rumah biaq tak kisah. Sebab dok lama dalam kereta drp rumah.....jam jln KL ni...

Masa pantas berlalu, bila berlaku restructuring........... penuh la orang berjawatan tinggi. Ada yang muda or tua mengambil post masing-masing. Ada yang angkat kaki sebab terabai or rasa tak puas hati bila terpinggir. Cantas mencatas pun berlaku.....macam pesan Dr. M, buangkan tabiat cantas mencatas dalam politik d sebuah negeri di utara.

Bila masuk, 2-3 tahun baru nampak kesannya. Dulu ambik org ramai-ramai......, betuila nak keje siap. Bagi kontrak or permanent....but bila projek dgn gomen ni kadang tu tak menentu. Bila aje kata nak bayar lambat, company kena pandai manage financial risk........... maksudnya buat loan......bukan Along tau.

Ada staff yang dapat 2 kali increment dalam setahun memang rezekila kan.....kita pun nak tau hebat macamana depa ini. Nak habaq mai.....sepanjang aku keje kat situ almost 8thn, 2 kali je naik pangkat:1- masa ugut nak berhenti, sebab aku involve dr buat R&D, prepare tender dan sampai projek dapat. Yela...keje lobi2 tu bkan aku la kan.... 2-bila restructuring ni sklai lagi.!!!! Kita pun terpukau...tertarik menarik..... dgn org2 baru macam ni...

Sampai satu tahap, duit projek dah nak habis company dok tunggu gomen bg lagi projek...... biasala company besaq2 memang mcm ni...jgn risau....gomen bgnya. Management pun al pening la..staff ramai, so mula la buang orang. Betui itu hak majikan.....tapi kita ada tribunal pekerja kan. Dengaq2 kata tiada siapa yang postnya secure......what!!!!!!!!! so masing2 kelam kabut dalam gawat-gawat cari greener grass, dahla payah nak cari keje. Tak kira dari atas sampai ke bawah.................... bila create enviroment begini, opis dah hilang mood keje....semua mai pagi cari keje....petang balik. Dah tak serupa opis dah....................... ada ke akai. Yang kena deliver task pun tak semangat lagi......lastly good workers pun cabutla...dah orang kata streamline..faham aje bahasa org putih tu..........Itu senario biasa dlm pekerjaan dgn company local....or during current economics down turn. Dipendekkan cite.........ramai blah bak kata henry ford 
" u can buy my factory but u can't take my people". 
Sini ada kire ke!!!!!

Faham tak value pekerja, but company kita.....pekerja tak penting sebab projek senantiasa dapat. Ini menterbalikan tajuk blog kpd ....... Dulu, Kini tak semestinya selama-lamanya.

Aku berani tulis, sebab banyak buku-buku kat luaq tu berani exposed kelemahan depa utk survive for the next 20 years...seperti coretan-coretan berikut yang sempat aku baca di BLACKWELL Book Store d Oxford....... lihat apa dia tulis

EMPLOYEES FIRST customer second
karangan seorang CEO India mengenai restructuring yang dia lakukan terhadap HCL sebuah IT company yang start pada 1976, secara barsaati aka backyard...start dr belakang rumah je...but now mempunyai pulangan $6 billion setahun...... utk survival for future businessss. 








 EMPLOYEE FIRST, CUSTOMER SECOND...ade berani ke


 Kesan improvement, bila gossip2 opis ni dah mula kurang...





So sedap baca2 di kedai ni..... macam khutub khanah..besaq giler... 

Fikirkanlah........... serta renung-renungkan.....

Xbox...and PSP

Safee Sali.... menjadi sebutan anak-anak selepas Harimau Malaya menjuarai Piala suzuki 2010 dengan aggregat 4-2 terhadap GARUDA. Tiada lagi kedegaran Messi, Eto, Ronnie atau Gerrad yang terpacul dari mulut mereka. Respect juga semangat kenegaraan masih tinggi walau jauh dari kampung halaman. 

Penjaring terbanyak

Killer goal.......



Khairul Fahmi, Amirul Hadi, ....dah mula mewarnai Xbox dan PSP kami.... tahniah Harimau Malaysia. Sukan Olimpik 2012....target kita

Xbox.....PSP........Wii 

Friday, 14 January 2011

Fish Lorry..... Part2

Alahai....dah lewat pulak aku ni.....tidor kejap lepas maghrib, tapi jam baru je 5.30ptg. Sementara menunggu solat isyak sebelum menjengah Fish Lorry. Eh, dah 7.30mlm oh!!! tak ramai orang pulak malam ni. Nasib cuaca tak mencengkam kulit yang nipis ni...nanti gatal plak sebab cuaca sejuk serta kering....aku tak tahan sangat le.

Sempat snap beberapa gambo, tetapi biasalakan....malam-malam golap ni kualiti kurang sedikit, tambahan pula dengan Canon yg kocik ni....sila la....lihat

Baru nak turunkan barang-barang, lewat ni dah 7.30mlm...... David the Fish Lorry 


 Pilih-pilih....orang tak ramai malam ni


 Apa tu......


Perhati betui-betui..............Siput tut!!!!!!!!!!!! 


Udang 1 kilo 10Pound............. kira-kira RM50, boleh tahan juge sedapnya. Tunggu Cikgu Jdad datang buat Mee Udang....nanti beli kat sini le.. 


Sibas. 1kg 7.20Pound...sodap goreng, tambah cicah dengan sambal belacan...macam Chef Mat Gebu buat tu...pehhhh terliuqqqq 


Mackarel.............. macam ikan termenung je standard dia. Kat Msia...... mahalnya..dlm tin 


Ntah...nama si empunya 


Ikan apa ni Aliff.....kau tangkap biar betui-betui 


Dah siap memancing...beratur tau, dalam 40Pound untuk 2 minggu.....nanti kena beguk plak kurang iodin...betui ke Doktor..


Anak taukeh........hansem juge...mata biru....nak berkenalan nanti kawan tanye no hp nya +44xxx 


Solmon,,isi oren....tak pernah beli lagi.. 


Sambil dukung anak pun membeli juga, nasib baik kau...orang tak ramai


Budak ni la yang tangkap semua ni......goyang sana sini....Tk Aliff Ba Ta. Yg belakang tu cekak pinggang apa hal


David dok kira, jangan mahal sangat uncle.

Habis aje memancing terus balik.....ade orang ready untuk menyiang ikan....dah deal tadi.Rumah hanya 10 minit driving.Bye fish lorry 

Fish LorRy hari ni woi!!!!!!!!!!

Lori Ikan...Lori Ikan...cepat-cepat beRatur....... teringat zaman kocik-kocik semasa tinggal di Utara Semenanjung. Berpusu-pusu makcik-mockik datang membeli ikan.... tapi yang tu van yang ni betui..tarak tipu lori 5tan kot saiz dia...jual ikan.....

Aha itu gimik promosi Fish LorRy dari David anak beranak. Di Oxford ni beli ikan segar bugar selalu boleh dibeli sekali dalam 2 minggu aje tau.... kalau nak juga belila di kedai Asian tapi keras kedentong la ikan Thailand.....

Fish lorry ni datang seperti berikut:-
Jumaat
Jam 7pm
no telefon:- sila msg aku

Kat sini ramai berebut-rebut macam-macam ada, ikan mackarel,sibas..entah betui ke sebut, udang, ketam batu, ala udang besau tu...... dan ade juga SiPut Babi...ehhh!!!! geli teman.

Ketam batu..... kita tak boleh makan kan 


Sorry gambar goyang...ni la lorry dia...panjat tangga shopping kat atas banyak ikan, sotong pun ade. Udang kat bawah..... bayo beraturla. 


Intai-intai dua budak ni....masa ni belum sejuk lagi.....belakang pagar kayu buruk tu padang ragbi.. 


Ha...ingat balik..nama makhluk ni lobster.....


Yang dtg ni 95% orang Asia aje; India, PAkistan, Jepang, China-ramai sungguh, Melayu-kami & family Amir yang selalu dtg. Mat & minah Salleh jarang ade, tapi yang tak best tolak-menolak kekadang tu. Bila dgn org putih semua ikut peraturan. Tapi org melayu biasa la.....tolak ansur lebih itu yang bangsa pendatang boleh dok aman di seantario tanah melayu.......

Lauk dah ade, nak masak apa.....tanya sapa lagi Chef Mat Gebu la....apa lagi. CMG la ni dok mai Oxford.... jom suruh dia masak sedap-sedap....

JAKIM oh JAKIM

Pagi-pagi bangun tidur aje selepas solat subuh insaallah akan membaca Al-Quran dulu, sebagai pembuka hari. Al-Quran online dari JAKIM menjadi rujukan, memang effisen. But baru-baru ni dia orang upgrade webpage baru........ haru- biru aku nak mencari dan membacanya. Finally send them a feedback to take actions. I'm a bit disspointed how their testing procedures being done, hopefully they will improve their UAT. Disertkan komen untuk tatapan, sebagai rujukan:-


"Salam tuan, tahniah kerana upgrade webpage Jakim. Memang nampak lebih anggun dan tertarik..cewah. Tapi saya sedikit amat kecewa kerana cara saudara-saudara membuat testing kpd webpage ini sebelum di buka utk di capai atau surfing oleh pengguna.

Setiap pagi saya akan membuka naskah Al-quran online dr Jakim memandang di Oxford ini saya tiada membawa Al-quran. Alhamdulillah dalam webpage yang dahulu saya amat mahir mengendalikannya, namun versi baru webpage ini banyak sangat bugsnya:-

1-Apabila membaca versi mushraf, ikon Next&Previous terbalik. Maksudnya kita membaca Al-Quran dr kanan ke kiri, sepatutnya arrow <- ialah utk Next tapi dia ke Previous. Minta tuan perbetulkan

2-Versi Terjemahan, saya baca ayat al-Maidah. Bila skrol ke bawah tulisan menjadi lebih besar dan besar dan besar. Click Next page, dah habis.

3-Maklumbalas bila dalam e-Al Quran tidak boleh digunakan, sql errors

Saya amat berharap pihak IT JAKIM lebih peka dgn review the testing procedures, since it will affect the image of this department. By the way it has been on the internet since October/Sept 2010.

Akhir kata, tahniah dan minta diperbetulkan. May be orang d Malaysia tidak membaca A-Quran online, tapi ia amat penting bg kami di luar negara.

Tk"