Thursday, 13 January 2011

Kegembiraan dalam kesejukan....... apa ni!!!

Hari ini sungguh nyaman bila aje suhu mencecah 12Celcius, tinggi tu. Semenjak sebulan lepas dibawah 5Celcius. Kalau tidak dalam rumah pun terasa mengigil dibuatnya.......... alhamdulillah semoga hari mendatang dapat kami tempuhi dengan lebih tabah.

Dalam kesejukan melampau yang lepas pasti ada keseronokan yang dinanti..........apa tu!!!!! SNOW la. Begitu indah ciptaan Illahi....syukur kepada mereka yang mengamatinya. Namun cuaca di UK ini boleh menjadi 4 musim dalam satu hari...........kagumkan. Inilah bila saat dan ketika dunia dihujung umurnya. Selamat malam...............................

Safee Sali, Khairul Fahmi....oh Suzuki ku

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.......... itu pembuka bicara. Hebat sungguh Harimau Malaya bila mengaum mengalahkan Harimau Malaysia. Masih ade lagi azimat pada perkataan Malaya tu. Tahniah buat mereka, semoga jangan golap dek habuan yang mengunung. Harta jika tidak pandai manage nanti jadi pape. But kalau terlebih tu............ bak mai sini...Bye

HARIMAU MALAYA

Mat Gebu oh Mat Gebu!!!!!!!!!!

Sikit-sikit Mat Gebu, apa ke hai ni!!!!!! Mat Gebu, Mat Gebu.
Buat teman confuse dengan sapa plak wife teman bercanda ni. Risau ke hai....nye

Mat Gebu plak d nyebutnya, kalu Minah Gebu logik la kan. Dibuatkan cerita teman mengintai d dapo.....selalu sangat cakap Mat Gebu bila ke dapo. Intai punye intai............ baru pecah tembelang..... Mat Gebu. Memang Gebu sungguh, teman pun terliuq juge........... meleleh air liuq. Rupanya ni nama tuan empunya blog http://tiffinbiru.blogspot.com/ . Eshhh!!!! nasib teman tak menyinsing baju nak belasah Mat Gebu.

Itula citenya, bila dok obersea ni selera kadang tu nak juge merase masakan kampung....ala2 Mat Gebu memasak. Sodap Kari Nagka Ikan Masin..... jom2 ikut Mat Gebu, ni rahsianya


Jangan marah Mat Gebu!!!!!!!!!!

Dah sampai Cambridge!!!!!! oi

Aha!!!!! setelah 2.30 jam driving sampai la kami ke Cambridge. Anak-anak excited nak ronda-ronda, dah boring dalam kereta. Apa lagi angkut la stroller dan beg bekalan, tahu ajela perangai anak-anak ni. Jalan aje ada yang nak minum...as usual.

Mula-mula kami ke Tourist Information Centre, di Peas Hill. Cari map free about city center sambil beli fridge magnet. Jalan 5 minit dah jumpa.....itu pentingnya planning. Alamak !!!!! kena beli pulak tourist map ni, nasib £1 aje. Then bacala map smabil meronda-ronda.....dalam kesejukan but sunny. Memusing juga mencari tempat menarik....mula-mula ke area river tour, mathematical bridge, king college, clare college, market dan area shopping center. Rasanya mudah kita tengok gambar menarik..........

Semua excited hendak memulakan pengembaraan di Cambridge. si baju merah tu memang selalu terlebih acting.





Nak merasa naik sampan or bot, boleh naik kat sini. Punting la laju-laju...

 


 The Mathematical bridge kat  gambar bawah, A popular fable is that the bridge was designed and built by Sir Isaac Newton without the use of nuts or bolts.




Ada orang berkanu sejuk-sejuk ni


Posing di depan mathematical bridge
 
Background of mathematical bridge...


Future cambridge students, come on guys...study smart ...and enjoy your life



 BGE.....

Depan King's College, view cantik dalam ni, tutup pulak
 
 King's College, pintu banyak sangat....


Jambatan menlalui Clare's College

 

 Fun time.....lompat tinggi2...lupa lepaskan Danish untuk lompat sekali.



Ambil dari atas bridge di Clare College



Clare College.......cantik landscaping dia. Kami masuk je since pagar terbuka.

Kedai buku di Cambridge, kat Oxford belum snap lagi....bila2 je
 

Jap..shot skali


Posing depan market, betui-betui in the middle of tourist attaractions and shopping center. Jual antik, souvenir, burger..tak halal

Nice shot in front of King College, dia tutup pula....



Patutla melilau cari The Corpus Clock, dia pi calibrate pulak masa winter ni.



Selesai solat Jamak&Qasar Zohor dan asar, sempat posing. Snap by aliff, boleh tahan juge....Masjid ini ramai orang berhenti sembahyang, may be dekat dengan city center. Cepat mama pulak nak solat... 

Makan time at Rizwan's Halal Cuisine...semua lapar tu. Si kecik pun tak sabar, but still patience for the photo. Just small take away restaurant, nak kata sedap.... kureng la. Boleh aje makan, may be because of bangladeshi punye restoran. Sepanjang Mill Road ni berlambak restoran halal, pilih aje.....tak pasti mana yang sodap.


Posing depan company ni.....apa menarik ye, banyak dia secure projek di Msia




On the way back, expected to arrive around 8.38pm...............

Setakat ini Cambridge.... hope to visit u again n again!!!!!!!



Wednesday, 12 January 2011

Journey Oxford to Cambridge

Sejuk la minggu ni, walaupun suhu dah naik ke 5Celcius. Tanggal 9 Jan 2011 ,kali ini aku ingin  berkongsi perjalananku ke Cambridge, bukan apa saja-saja nak datang dari Msia tentu payah. Melainkan ada projek atau conference di Cambridge. For sure ramai tahu Cambridge antara universiti ternama selain Oxford yang bila digabung selalu di panggil OxBridge.

Kebetulan pagi Ahad tu ade mild snow, so jalan sedikit licin. Kena hati-hati..... Perjalanan 2jam ini penuh dengan pelbagai cerita, biasala dengan budak-budak ni ade menangis, bergaduh but overall happy journey. Aku drive dengan berdasarkan arahan AWEK kami la...dibantu co-pilot Amirrul, sambil membaca buku Awang Murshid....seram.

Sampai saja Cambridge terus confirmkan lokasi masjid Abu Bakar, ok teguh di situ. Cambridge ni struktur bandar seperi dalam 1 bulatan, so shopping center dan tourist attraction semua di sekitar city center. Yang lebih menarik ada sungai or terusan mengalir sepanjang bandar ini.

Sebelum pergi aku dah buat study last minute, lokasi Masjid, Restoran Halal, Tempat Menarik dan shopping Center. Ini perlu planning agar ade improvement daripada perjalananKu minggu lepas ke Stonhenge->Bournemouth->Southhampton->Portsmouth(tak sampai sebab lewat).

Laluan kampung or countryside yang kami lalui memang menarik.....cool aje macam lalu highway LPT ke Kuantan hijau je. Respect how they preserved their land and forest. Sepanjang perjalanan jumpe juge industrial area yang banyak factory besar-besar SUZUKI, JOHN LEWIS, ASDA dan etc.

Ini gambar sepanjang perjalanan sebelum kita bercerita pasal CAMS

Anak bongsu mama dah thumbs up....dia dah 2weeks recover daripada deman dan batuk.













 Sunny day but temperature still 2.5Celcius!!! sejuk dalam mentari. Baru 30minit driving
Kesan snow diluar, jalan licin sikit. Ada sekali aku berhenti sebab terasa macam tayar pancit. Check punye check semua ok, may be jalan yang sedikit licin buat aku terasa tak balance.


Ninja kami tengah boring, buat jokes kat belakang tu..
 Isi minyak kejap....every week keep increasing. GBP126.9p almost RM6++ perliter..pehhhhh
New road, not been updated in our SatNav....but since there is a clear signboard to Cambridge...belasah aje.

Dah dekat tu, budak2 dah boring....

Cantek view..... captured by my lovely wife...Canon. Kat England ke ni...penuh dengan hutan dan pokok-pokok ni..... 



Sampai Cambridge dah ni....... hijau je city centre, banyak park boleh beriadah macam kat KL tu...

Heading towards city centre

Restoran Turkey halal sebelah Masjid, Mill Road




Huge park in the middle of city center

Sudah hampir dengan Parking area, very close to tourist information center Peass Hill.... GBP1.70 per hour. Mudah untuk tour tempat-tempat menarik.

Cite pasal Cambridge kita sambung kemudian, ok. Tchuss

Pencuri!!!!!!!!! oh Pencuri!!!!

Selagi hukum agama tidak menjadi pegangan manusia dan undang-undang islam menjadi primary dalam kehidupan sejagat pasti perkara mencuri, maling, thief atau dieb tak ade penyelesaiannya. Aku memperkatakan situasi yang melanda jiran aku back home yang tinggal di negeri paling maju di Malaysia. Apa nak jadi..... yang pasti robber atau perompok ini mengganas takkala hampir segenap pelosok dunia merasai cengkaman merudumnya ekonomi kapitalis. Di Malaysia setiap rumah pasti dilengkapi dengan grill besi, alarm, CCTV yang menjadi cabaran kepada perompok ini........ Namun ia hanya sebagai halangan mudah yang boleh ditembusi. Sememangnya negara yang majoriti penduduknya beragama islam dan pendatang dari seberang yang seagama tidak dapat meresapi islam sebagai 'way of life'...............

Jika aku bercerita mengenai teratak kami di Oxford ini pasti anda tidak percaya. Aku senantiasa memohon kepada Illahi agar kami berada di bawah lindungannya walau di mana jua berada. Namun hakikatnya rumah yang kami tinggal ini seperti nenek moyang kita di kampung dulu yang hanya tawakal kepada selak kunci di pintu utama tanpa sebarang grill. Kalau anda fikir, tak masuk akal. Tapi itulah realiti di negara maju yang majoriti penduduknya tidak Islam, namun anda berasa lebih confident........ Fikir-fikir kan bagaimana maju negara yang kita inginkan sehingga kehidupan tidak terjamin dan terbelenggu dalam ketakutan

Periksa pintu sebelum tidur........selamat malam 

Southampton

Pasukan bola southampton bukan dalam Barclays Premier League, so tak glamour la. Apa punya intro.... Actually saja pusing-pusing Southampton sambil ziarah Ir. Fadli aka Penghulu Keluarga Soton. Hebat tu...., lama tak jumpa since selepas grad dr USMKCP toronto 1996. But let us ronda-ronda dulu, tapi sebab dah golap bukan malam lagi... tak banyak gambaq yang dapat di ambil.

Ada juga singgah di City centre Sutton ni, more organised than Oxford....my personal opinion.


Golap-golap sempat posing pada landmark ni, tempat belajar Prof Dr. Basya.... my schoolmate dari Seratas. Hebatkan....







Akhirnya sampai juga ke teratak Fadli, tidak jauh dari U Soton. Terimakasih hidang kami makan nasi dan cucuq, actually budak-budak baru aje makan kebab so dia orang masih kenyang. Kalau tidak Fadli, habis depa gasak masakan demo tu. Masani dapat merasa sambal belancan after almost 5 months d Oxford, sempat berguru d mana nak beli belacan....Tk.
Hampir 2 jam juga beborak dari 5ptg ke 7ptg...... banyak gosip-gosip dan cerita lama terpacul. Thanks again for reminding me to renew my Ir annual fee, kawe dah bayar after balik berguru dengan demo, cuma belum pos or email dokumen-dokumen tu.




My wife & Fadli wife sama negeri...... cencaluk mari



Still maintain dua sahabat ni....... we are nearly 40s masih macam student lagi. Alhamdullilah....


Finally around 7pm, we make a move to our house........how about Portsmouth. Fadli bgtau memang cantekkk Portsmouth ni, boleh lepak tepi laut tengok kapal dagang lalu sambil shopping or minum kopi. Wooww factor tu, infact orang Soton pun shopping di sana. Emmmm..... menarik tu, but kena postpone since we need 2hours driving to Oxford. Dah malam...next time.....indeed jika datang summer ke Soton boleh ke Isle of Man by ferry just 40minutes....another land of UK.....ehhhh salah tu..

"The island is not part of the United Kingdom, but its foreign relations and defence are the responsibility of the UK Government. Although it does not usually interfere in the island's domestic matters, its "good government" is ultimately the responsibility of the Crown (i.e., in practice, the Government of the United Kingdom).[3]"

Tamat perjalanan ke selatan UK untuk ke sekian kali......but kami pasti akan kembali ke Portsmouth insallah or even Soton. Thanks to penghulu keluarga Sutton....sampai rumah almost jam 10.00malam.