Sunday, 2 January 2011

PengembaraanKu

Jauh perjalanan luas pandangan...begitulah pepatah berbunyi. Memang betul, dari pengembaraan baru kita dapat membandingkan hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Memang dari selepas SPM hajat hati ingin berkelana atau belajar di luar negara. Ikutkan result SPM, memang layak infact sudah pergi pun temuduga dengan JPA untuk ke luar negara. Tapi di saat akhir aku sendiri menolak kerana teringat pesanan ibu, 'tak payahla belajaq kat luar'......

Rezeki itu di mana-mana, memang betul tapi kena berusaha juga untuk mendapatkan. Pembuka jalan terhadap ke dunia luar pada ketika umur 30tahun. Peluang mengikuti program TOT ke Deutschland membuka minda dan cara berfikir untuk masa hadapan. Dalam 17 bulan banyak juga benua Eropah yang ku terokai, walaupun sekadar 2-3 hari namun ia menjadi lipatan sejarah dalam diari PerjalananKu. Di antara tempat-tempat yang telah dilawati:-
  • Austria
  • Belgium
  • Danmark
  • Deutschland(Munchen,Bremen,BremenHeaven,Hamburg,Berlin,GarmischPartenkirchen,Hannover)
  • France
  • Holland
  • Itali(Rome & Venice)
  • Rep Czech
  • Sweden(Gamla Stan)
  • Switzerland
  • USA(Los Angeles)
Jika ada kelapangan, aku akan berkongsi cerita perjalananku. Bye

Currency vs Harga petrol

Apa menarik topik ni, apa kaitan dengan aku...... Yela, kalu harga petrol tetap seperti Malaysia tidak mengapa. Tapi seperti di UK sekarang, harga petrol mencanak naik. Dari mula aku membeli kereta October 2010 pada kadar 1.18GBPperliter sehingga sekarang 1.36GBPperliter sekarang. Hampir 3kupang bezanya.

Tapi tahu ke, 1GBP sekitar RM4.8. Menarik tu bagi yang buat bisnis...... banyak bezanya. Tambah lagi bagi yang ingin bawa pulang kereta dari UK. Canteeekkkkk tu..... minyak naik, currency turun...kesimpulannya.

Saturday, 1 January 2011

Family holidays......

Tahun baru ini kami telah set target untuk mengembara, lagipun kami cuma tinggal 16 bulan di Oxford. Perancangan ini termasuk sehingga 2012, sebelum aje kami balik......pehh kemana hendak dilawati untuk melihat keindahan bumi ciptaan Allah. Perjalanan ini boleh di berikan kepada 2 kategori:-
1) UK
2) Europe

Melawat UK memang telah menjadi azam sejak tiba lagi, kalau poket cukup kami akan cuba mengembara lagipun kereta telah ada, lesen UK pun telah dapat apalagi. Scotland, Ireland dan Wales serta bandar-bandar di England Liverpool, Manchester, Birmingham(hari itu cuma berhenti makan), Southampton, Newcastle, lupa pulak Adam di Leceister dan banyak lagi. Insaallah........

Europe pula  Istanbul-Turkey, Spain-belum pasti ke mana dan Disneyland Paris. Kalu ade rezeki lebih insaallah lebih banyak tempat inigin dilawati. Maklumlah dengan 6 orang ahli keluarga, mungkin kita boleh mencongak kosnya.


Blue-Mosque Istanbul

Insaallah kami akan sampai ke Empayar Othmanniah.

2011..........

Sekejap aje masa berlalu, 2011 menjelma membawa harapan seterusnya. Topik biasanya mengenai AZAM. Bagi aku, azam itu penting but planning untuk mengapai AZAM itu perlu planning yang teliti. Setiap perjalanan perlu perancangan untuk.......... kalau tidak tempanglah laju tanpa irama. All the best....2011

Friday, 31 December 2010

Imbasan 2010

4 jam lagi 2010 akan melabuhkan tirai. Mungkin juga ini tulisan terakhir 2010, jika masa tidak mengizinkan. Tahun 2010 terlalu banyak mencatatkan sejarah dalam kamus kehidupanku. Bermula dengan planning ke UK, seterusnya meninggalkan alam pekerjaan setelah hampir 14 tahun bertungkus lumus mencari ilmu dan sesuap nasi untuk keluarga dan pemergian ibunda isteriku ke rahmatullallah.

Semuanya menjadi simpanan dalam diari kehidupan perjalananku. Aku perlu lebih kuat dan bijak menempuh hari-hari mendatang agar segala perancangan masterplan mencapai objektif. Semoga 2011 di murahkan rezeki, mempunyai kesihatan untuk terus bernafas,di lapangkan fikiran serta lebih mendalami islam dan mencapai sebuah keluarga bahagia. Auf weidersehen...selamat tinggal 2010. Willkomen...selamat datang 2011.Alhamdulillah

Muhammad Faiz Najmuddin

Hari terakhir 2010 ingin berbicara mengenai anak ke-3,....Muhammed dipanggil di New Marston Primary School. Pada awal persekolahan dia hanya termangu-mangu belajar dalam English. Namun selepas 2-3 bulan bersekolah, dia sudah mula bercoleteh dengan teman-teman beliau. Entah kadang-kadang aku sendiri pun tidak mengerti apa yang dipertuturkan.
 
Minatnya terhadap komputer dan games menjadi medan dia belajar. Tahu ajelah cakap Melayu pun masih belum fasih inikan pula membaca. Namun aku percaya dia seorang anak yang berdedikasi, jika ada homework dia pasti mengheret aku meminta aku membantunya. Sekarang.... itu ayat yang acapkali digunakan beliau.

Dia begitu cepat mempelajari komputer, dari games, surfing, PowerPoint dan bermacam lagi. Amat telah pandai membuat presentation dalam PowerPoint siap sekali dengan animations. Kami sungguh kagum, apa abang-abang boleh buat, dia pasti akan cuba melakukan.

Kegemaran seterus terhadap football or fussball atau bolasepak. Torres menjadi mainan di bibirnya, yang aku kagum dia sudah boleh sendiri surfing mencari gambar Torres, Raul..... 
Amat bersama kakak-kakak Oxford
Mengidam XBOX 360

Namun seminggu sebelum cuti sekolah dia deman dan batuk. Kesian tengok keadaan dia tetapi amat tidak langsung merenget. Hampir seminggu dia batuk dan terlantar di katil, makan pun tidak. Badan skinny cuma bertahan minum air. Namun aku amat kagum, dia melawan penyakit tanpa menangis. Alhamdulillah setelah seminggu dia semakin sembuh dan kembali dengan senyuman serta gurauan yang lebih nakal. Tambahan lagi dengan gigi rongak menyerlahkan lagi kenakalannya.

Membina semula pipi 
Cantek senyuman Amat...... bersama baju kegemaran
 
Cuti krismas dan tahun baru sudah hampir ke penghujung, sudah tiba masa bersekolah. Yang pasti Amat lebih bertenaga, bersemangat, dan nakal mengharungi 2011.All the best!!!!

Thursday, 30 December 2010

NHS v2

Apa nak jadi ni, almost 2 weeks anak bongsu belum hilang batuknya. Even sudah bagi ubat dari farmasi, tapi belum lega. Badan dah keding, 2 minggu tak makan tinggal rangka aje....skinny. Bukan itu aje, kami pun for the past 2 weeks tidoq malam pun macam ayam, kadang tu dia menangis subuh, batuk berterusan dan macam-macam lagi.

So nekad ke NHS medical centre untuk mendapat rawatan secepat yang mungkin. Sekitar 1030 sampai,
Me:Morning, I would like to make an appointment for my kid. Mr. D.
NHS: Can I arrange it next week.
Me:Nop, my son have been coughing for the past 2 weeks. Indeed he unable to sleep at night. Can I see the doctor today.
NHS: Oh!!!, does he has a fever.
Me:Yes, last week. But at moment he doesn't has any more fever but still continuosly coughing.
NHS: He is 2 yo and 10 months. Ok, you can come around 11.30am today but you might need to wait.
Me: That's good. Thanks a lot. Bye

Lebih kurang begitu skripnya. You must tau pusing-pusing untuk mendapatkan sesuatu. Good luck.