Thursday, 21 December 2017

Memohon Visa Untuk Ke China

Apa perlu buat utk ke China???

Mesti banyak yang terfikir dlm minda, saya share no.1 aje dulu. Yg lain2 saya throw dulu...


  1. Mendapatkan Visa(Diterangkan utk pelancong)
  2. Mencari lokasi menarik
  3. Berapa kos
  4. Selamat & bersih ke....
  5. Makanan halal ade ke...senang ke
  6. Bahasa
  7. Apa nak cari...weh!!





Tenung2 dulu area mana nak pergi. Because China is too big, with 1.3billion population. The biggest in the world, Malaysia 31million almost same population as Beijing. So we must know the reality.....



Saya hanya ingin berkongsi info memohon visa ke China. Boleh layari link berikut:-


https://www.visaforchina.org/

Ada 3 lokasi China Visa Application Centre iaitu KL, Penang & Kuching

KL di alamat berikut;


157, Jalan Mayang Sari, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


Boleh isi borang online & print & submit. Atau datang terus ke Tingkat 5 dan isi borang dan submit. Tetapi perlu dulu tahu apa yang perlu di hantar!!!!!

1. Sediakan 2 gambar bewarna, dgn background putih. Ada size yang ditetapkan


https://www.visaforchina.org/SGP_EN/generalinformation/news/282849.shtml

Pergi kedai cakap utk gambar Visa ke China. Kedai perlu tahu standard tersebut.

**Jika dulu semasa kami memohon Visa ke USA, semasa semakan sahaja dah kena reject. Photo tak ikut spesifikasi ditetapkan. Ambil berat sikit


2. Membeli tiket penerbangan. Wajib bang!!!. Sediakan salinan

3. Membuat tempahan hotel. Wajib..... Salinan sediakan

4. Plan ke mana tempat lawatan  anda, sebab ini perlu dimasukkan dlm permohonan visa

5. Berapa lama siap. Penting tu!!!. Terdapat 3 jenis servis visa:-

  • Regular Service-4 hari siap
  • Express service-3 hari
  • Urgent service-1 hari


6. Salinan Passport-yg ada muka tu. Pastikan juga paspport more than 6 months from the expired date

7. Macamana nak hantar!!!

Sambil mengisi tu boleh booking online utk pilih hari & waktu untuk submit permohonan Visa. Tak perlu lah beratur panjang untuk submit, jika tak urgent. Dlm 30-60minit dah boleh siap. Smart sikit. Ada yg ambil upah submit&collect visa dengan bayaran sekitar RM60 per pax. Wow!! Kadang tu masa beratur baru nak isi form. Adoi…

Pada hari submission, terus ke depan kaunter katakan dah booking dan tunjukkan salinan booking. Kurang dari 5minit anda akan diberi mengadap kaunter reception utk Semakan dulu. Kat sini mereka akan semak dokumen samada mematuhi syarat yang ditetapkan. Screeening la ni.... berdebar takut fail.... kena datang balik

Jika dokumen lengkap baru diberikan nombor utk ke kaunter permohonan Visa. Di sini kena tunggu mengikut berapa ramai, tapi mereka very efficient.

Memang ada mesin photocopy berbayar & mesin print gambar jika yang terlupa. Tapi tolong la, prepare & submit. Kadang pening Miss di meja semakan. Tengah semak, ada plak cin cau cin cau tanya itu ini. aku pun pelik. Saya ada 1 pasang maata saja wooo. Yang dtg tu mandarin begitu baguih, tapi masa tu juga baru nak bertanya. Mcm tak bersekolah la pulak. Itu dugaan semasa di China nanti.....

Kita yg baru sikit2 cakap Mandarin 'Ni how' 'Shense', tunjukla professional sikit. English pun OK, steady. Mcm2 la.... hampa mai tengok yg mai apply ni...

Selepas disemak sekali lagi oleh kaunter pemohonan maka pegawai tersebut akan memberikan slip utk dibawa semasa mengambil Visa. Lihat yg beratur, belum siap2 lagi


8. Berapa kos buat Visa

Setakat blog ini ditulis utk tourist hanya dibenarkan Dual Entries within 6 months. Bayaran ialah RM124.20. Utk jenis permohonan yang lain seperti kursus, jemputan dan lain-lain lagi, biasanya ada kebenaran tertentu. Bayaran dilakukan semasa mengambil Visa, bukan semasa submit.


https://www.visaforchina.org/KUL_EN/yyxz/264516.shtml

Ingat, mereka hanya luluskan 2 enti ke China, yg sah utk 6 bulan. Sekali masuk boleh tinggal 3 bulan. Manatau ada rumah 2,3,4 boleh stay la...


Terjumpa mamat warga Korea yg tinggal di Deutschland, yg Visanya valid 6 months per entry utk Visa jemputan dari teman di China. Kebetulan dia keluar ke KL then fly balik ke China. Kenapa tak keluar dan balik ke Korea tanya saya, katanya takut kena tangkap di Airport sebab tidak buat military service. Aha!!!, dia sebenarnya dalam proses menukar kerakyatan ke Deutschland. Itu citer2 pengembara, masing2 ada alasan tersendiri

Mudah je kan.... tak perlu roket science pun....