Monday, 22 February 2016

Ho Chi Minh Apa Best!

Setelah 5 hari di HCM ada beberapa pemerhatian menarik yg ingin dikongsikan
  • Melintas jalan

Lintas aje, tak perlu tunggu jalanraya lapang. Rules of thumb...motosikal atau kereta akan mengelak kita yg melintas. Setakat ini tidak pernah pula nampak pelintas jalan kaki dilanggar motor atau digilis kereta. Tak pernah sepanjang 5 hari, malah ada yang sanggup berposing utk melintas.






Lihat aksi pelancong berposing sambil melintas

  • Banyak giler motosikal

Ini fenomena biasa di HCM. Kadang tu dari 2 lorong kenderaan, 1 lorong dikuasai oleh motosikal. Memang banyak tidak terkata. Jika ada 2 lorong kenderaan, kereta akan rapat di bahagian tengah utk membolehkan motosikal ini menyelit di kiri & kanan. Mutual understanding tu.... tak mcm di Msia, kiri,kanan & tengah ikut suka aje








  • Pemanduan

Ikut suka, macam tiada undang-undang jalanraya. Adakala akan terjumpa yang melawan arus, itu perkara biasa aja. Orang melintas tanpa perlu risau dilanggar, itu memang hebat. Tapi...  dlm 5 hari tiada sebarang kemalangan jalan raya dilihat. Memang menakjubkan, walau dlm situasi jln raya no rules. Kalau di Msia faham-faham. Why, adakah  pemandu lebih berhati2 atau memandu tidak laju. Walaupun kualiti jalanraya sememangnya jauh ketinggalan dari Msia.




  • Berniaga

Kemajuan ekonomi Vietnam berkembang dengan pesat, banyak pelabur masuk utk mendapat manafaat dr ini. Malah syarikat2 multinasional seperti Intel juga akan/telah memindahkan operasi manufacturing mereka dari Penang ke Vietnam. Kebetulan saya sempat berbual dengan Jurutera Intel yg menceritakan perkara tersebut. Beliau mengatakan bahawa Intel telah mencuba beberapa negara tetapi Vietnam dipilih bkn sahaja disebabkan oleh kos buruh yg rendah(seperti Malaysia tahun 80-an) tetapi mereka juga mempunyai tahap IQ yang hampir sama dengan rakyat Malaysia. Jadi bayangkan keuntungan pihak Intel dapat dengan hanya membayar RM900 mendapat kualiti kerja seperti Malaysia di alaf ke-21.

Dari aspek lain, perlu kita faham bahawa kaedah berniaga di sini adalah secara tawar menawar. Adakalanya yg di jual di pasar malam mereka lebih mahal dari harga kebiasaan di Malaysia. So pandai2 la, menawar. Tips nak bargain, u cuba la slash 50% diskaun see how. Mesti penjual mengomel & menarik muka masam, but biarkan sahaja. Nanti dia akan panggil semula apatah lagi kita pelanggan yg pertama. Akan nampak scenario terdapat org berkumpul di suatu kedai utk mendpt bargain yg terbaik. Jika beli dgn harga 10% diskaun drp harga di Msia, buat apa kan. So slash sebanyak mungkin.


Jika dipegang2&diraba2 oleh penjual di Pasar Ben Teh tu perkara biasa je. Tak kira la lelaki or pompuan.



  • Agama

Majoriti rakyat beragama Buddha. Kedudukan geografi kita dgn HCM tidaklah jauh sangat, dalam 2jam perjalanan dgn kapal terbang. Namun kita patut bersyukur kerana walaupun dari rupa wajah sesetengah mereka seakan-akan dengan kita tapi berlainan agama. Bagaimana bumi Tanah Melayu diberi rahmat untuk menerima Islam secara total. Mungkin faktor lokasi dan sejarah memainkan peranan penting, mungkin Qada & Qadar juga ada sumbangan. Terfikir sejenak, dan mensyukuri nikmat. Semoga bumi Vietnam kelak nanti berkembang dengan sinar Islam.