Saturday, 20 December 2014

Bandung here we come...

Blog ni dah berabuk sangat. Lama juga tidak melancong ke luar negara. Maklumla..... now time cari duit dulu. Idea ke bandung sekeluarga ialah untuk memberi peluang kepada anak2 melawaat negara yg berpenduduk 280juta, dengan populasi muslim sekitar 87.2%. Lawatan kami dulu kebanyakan ke negara2 Eropah yang kaya dan mempunyai sistem transport, social, kebersihan yang terurus. Now ingin membawa minda anak2 terhadap kehidupan di Asia Tenggara.


Bandung terletak di Pulau Jawa Barat dengan populasi hampir 2.6mil di kota bandung. Kedudukan Bandung hanya 148km dari Jakarta dan berada 768m dari paaras laut menyebabkan suhunya sungguh nyaman sekitar purata 23.6Celcius. So bayangkanlah, tentu best weather sebegini untuk berjalan2 or shopping di Bandung. Bandung mempunyai kesan peninggalan sejarah Belanda secara langsung; dari wajah org bandung, bangunan, nama juga ada terikut juga.


Ridwan Kamil.png



Wali Kota or Mayor ketika ini Ridhwan Kamil, eh!!! mesti org tertanya2 saudara ke. Nanti saya nyatakan kenapa di ambil kisah Mayor ini.








Bandung ini bkn kali pertama bg aku. Udah beracap kali ke sini suatu ketika dahulu dari 2006-2009. Hampir 5 kali lebih, dah tau selok belok. Ni atas tujuan rasmi bekerja.... Ini kira kunjugan selepas 5thn enggak dtg semula.

Sebelum kami terbang ini merupakan kunjungan pertama kami ke KLIA2. Mula2 ingin parking mobil di sana, tetapi selepas di kira2 lebih baik menggunakan khidmat Pak Usop. Jom tinjau dulu...



Dlm Flight


Immediate after touch down
Untuk makluman, disebabkan kedudukan di kws tanah tinggi, pendaratan di Bandung Husein Sastranegara International Airport  sedikit mencabar dan juga landasan sedikit pendek. Alhamdulillah Airbus AIR ASIA mendarat dengan selamat tetapi cepat brek kerana landasan yg terhad. Utk makluman Airport dipanggil BANDARA bermaksud BANDAR UDARA. Perlu faham culture di Indon suka memendekkan atau mencatum perkataan. Nanti guest.....

BANDARA ini saiznya kecil iaitu seluas 5,000 meters square, dengan penumpang 2.46 million. Lepas aje checkout, screening terus keluar.




Sampai aje Pak Supir telah tunggu. Utk makluman sepatutnya fligh kami 2030, tetapi dicepatkan ke 1530. Take off delay 1 jam. So Pak Supir yg tunggu pun lama juga... kesian. Sampai waktu telah gelap.Maka kami pun terus ke Restoran Nasi Padang. Saya pesan kpd anak2 tengok bagaimana mereka membawa hidangan yg begitu banyak. Si kecik pun order Teh O Ais atau dipanggil Teh Manis. Saya Opocat bercoklat..... awek muda...




Amat mkn rendang bersama cousin yg handsome

Then terus check in ke Hotel Ibis yg berselahan Trans Studio.... itu untuk next day punya itenary




See u guys next day

Saturday, 12 April 2014

MENYEWA RUMAH DI OXFORD



MENYEWA RUMAH DI OXFORD
Bagi warga Malaysia yang ingin mencari rumah di Oxford terdapat beberapa tips yang dapat dikongsikan bersama iaitu:-


1) Mencari Rumah
·        Agen-agen bertauliah

http://www.premier.uk.com/


Selalunya agen akan mengenakan fee sebagai contoh jika rumah sewa sebulan harganya GBP1000, pihak agen akan mengenakan fee sekitar 1 minggu iaitu GBP250.(sebagai rujukan)


·        Terus ke Landlord



Menyewa terus dengan Landord tiada fee dikenakan tetapi perlu tahu selok belok proses menyewa di UK seperti Agreement, Housing Act, Payment, Deposit dan lain-lain lagi


·        Link-link lain

http://www.rightmove.co.uk
http://www.zoopla.co.uk/ 


[***Jika guna link rightmove, tiada rumah dr agent seperti Chancellor dimasukkan]


2) Agreement
Jika memilih menyewa menerusi agen atau Landlord, segala paperworks disediakan oleh mereka. Tetapi kita perlu faham agreement tersebut, dan terdapat beberapa tips berikut:-


·        City Council-Free Housing Advice Service



Agreement yang diberikan oleh agen atau Landlord boleh disemak oleh pihakHOUSING ADVICE SERVICE SECARA PERCUMA untuk mengelakkan daripada sebarang unsur yang tidak adil kepada penyewa.


·        Deposit

Setiap deposit yang dibayar oleh penyewa kepada Agen atau Landlord MESTIdisimpan ke dalam TENANCY DEPOSITORY SCHEME yang ditubuhkan oleh kerajaan. Selepas 14hari deposit di bayar,Agent atau Landlord perlu memaklumkan kepada penyewa maklumat deposit scheme itu:-



The contact details of the landlord or agent
How to apply for the release of your deposit
Information explaining the purpose of the deposit
What to do if there is a dispute about the deposit


Menjadi suatu kesalahan kepada Agen atau Landlord jika tidak menyertai skim ini dan penyewa boleh melaporkan kepada pihak county court yang mana jika didapati bersalah Agen atau Landlord dikenakan denda 3x amaun yang disewa.
Sila rujuk: Private Tenant's.pdf page 10


·        6 months break the contract

Minta dimasukkan clause ini ke dalam agreement, iaitu untuk memberi kemudahan kepada penyewa keluar daripada rumah sewa itu selepas 6 bulan jika penyewa mendapati keadaan rumah atau persekitaran tidak memuaskan. Ini amat diperlukan bagi yang menyewa rumah dari Malaysia lagi dan tidak berpeluang melihat sendiri keadaan rumah dan juga perangai Landlord. Bagi penyewa yang baru sampai, masa 6 bulan itu boleh dianggapkan jangka masa yang sesuai untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Oxford.




3) Jenis Rumah
Terdapat pelbagai kategori rumah yang ditawarkan


·        Furnished/Part Furnished/Unfurnished

Bagi yang baru sahaja sampai, boleh memilih Furnished House kerana tiada masa dan kenderaan untuk membeli perabot rumah. Namun bagi yang telah lama tinggal, Unfurnished tiada menjadi masalah, tetapi perbezaan sewa rumah Furnished&Unfurnished hanya sedikit sekitar GBP50 atau sama sahaja.


·        Bilangan Bilik

Ini ditentukan oleh bilangan ahli keluarga, jika 5 orang ke atas maka hanya rumah 3 bilik sahaja yang dibenarkan menyewa.


·        Date Available

Kena pandai nego, jika tidak kita kena bayar sewa rumah walaupun belum hendak masuk.


·        Double Glazing

Pastikan tingkap dan pintu rumah menggunakan kaca double glazing untuk mengurangkan kesejukan semasa winter.




4)Perkara Lain


·        White Items

Merujuk kepada Fridge, Washing Machine & Dapur yang selalunya disediakan oleh Landord. Namun kita boleh bincang untuk dapatkan microwave, toaster dan oven.


·        Heater

Dinasihatkan agar LAndord membeli pakej Maintenance dari British Gas atau agensi lain. Ini untuk memudahkan penyewa melaporkan kerosakan tanpa mengeluarkan wang. Kritikal bila breakdown semasa winter.


·        Lokasi

Bagi yang mempunyai anak sekolah, amat sesuai mencari yang berdekatan dengan sekolah. Namun ia bergantung kepada keperluan masing-masing




Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Tk