Sunday, 17 March 2013

Jgn masuk xxxxx

Al kisah utk perkongsian bersama

   ..Kedai: Taukeh esok saya punya org mari jam 1
Me:0k, jam 1

 


The next day
Me:Taiko mari jam berapa ni
Taiko: Sorri ma 

Me:Ayo, ini mcm susah la. Janji jam 1, mari jam 3. Ayo....
Taiko meneruskan kerja beliau, nampak mahir dgn alat pengukurnya.
Taiko:saya sudah ukur, nanti saya punya taukeh call kasi tau

 


2days later d kedai

Kedai: u mana mau
Me: Cambridge punya
Kedai: ok, RM 2 per 1 kaki
Me: Aik!!!!!, mcm mana  kata 1.90
Kedai: Mana dpt oooo,
Me:hari tu saya dah call b4 chinese new year. Sekarang lepas yamseng sudah naik harga
Kedai:tarak! Sama saja
(May b org lain pun bisa kena mcm ni..... Dgn Tok Pek)


Nanti u org mari ikut time, tarak mau janji melayu or cina. Jam 1 sudah ada. Tak mau janji jam 1, jam 3 baru mari. Taukeh kedai lihat aje.... ok ok, gua punya olang mali on-time.

D venue pemasangan
Taiko: bos,saya sikit jam mau smpai
Me: ok,( jam 1.10 aku smpai)
Taiko:dlm 1.20 baru smpai

Selepas 2jam kerja siap. Maka time utk borak2

Me:Taiko tinggal mana
Taiko:sg chua
Me:kampung mana
Taiko: n9, lu mana
Me:perak,.... Blah2.....

Tiba2
Taiko: Lu undi sapa,
Me:Blah2,..... Taiko undi sapa
(Terkejut juga aku dgn persoalan tersebut)


Taiko:XXX
Me:Emm!, kenapa
Taiko:Dia org tarak minum
Me: ooooooo...... itu mcm
Taiko: xxx islam, bnyk baguih. Lu org islam patut sokong
Me: saya sokong.....(saja nak tengok reaksi beliau) saya pun tarak minum, saya pun solat. Mcm mana. Saya pun janji on-time, itu Islam juga......


Taiko:senyum!,
Me: Taiko boleh berniaga, tarak org kacau pun itu islam juga.
Taiko: senyum lagi
Me: Blah ... Blah...... Dlm nada bersahaja, dlm masa sama berdakwah


Taiko: Lu org islam bnyk bagus, tarak main judi.
Me: cara dia bercakap dah berubah sikit
Me: Taiko, itu mcm Taukeh masuk Islam. Jgn masuk xxx






 


Habis salam perkenalan tadi, aku terfikir sejenak. Amat bahaya jika sesuatu organisasi mempromosi islam mengikut acuan mereka. Islam itu milik semua, yg memporak perandakannya ialah umat islam, bkn islam. Jadi dgn berdakwah katanya islam mcm mereka, pada pandangan ana itu tidak wajar.


Renung2kan ye


Saturday, 16 March 2013

Be rasional..





Tiba2 aku terimbau pengalaman semasa berada d bumi asing. Askar british terlibat secara langsung sebagai tentera pengaman di Iraq dan Afgan. Walaupun rakyat ada yg x bersetuju dgn penglibatan itu, namun ia adalah concesus government of the day to participate in this mission. Tak kita ketahui samada terdpt tangan2 ghaib yg mendesak kerajaan mereka utk terlibat.
Dari persepktif kita sebagai umat islam, malah penduduk dunia yg waras, ini merupakan suatu pencerobohan terhadap suatu negara yg berdaulat dgn mencampuri urusan negara tersebut. Yg mulanya dgn misi memusnahkan Weapon of Mass Destruction d iraq tetapi akhirnya smua ketahui itu hanya kaedah matlamat menghalalkan cara.

Apa yg ingin d kongsi ialah, wira2 tentera british yg terkorban ini akan d hantar pulang utk d lakukan post mortem d sebuah hospital di Oxford iaitu John Radcliffe Hospital aka JR hospital(may b nama dah d tukar ke oxford university hospital kerana fund disalurkan oleh uni kpd hospital ini).


Mayat2 ini akan dibawa pada hari Khamis petang sekitar 3-6pm,yg merupakan peak hour org ramai nak balik bekerja. Pada ketika itu polis akan memberikan laluan kpd kenderaan yg membawa mayat2 ini apabila ia memasuki jln utama ke JR. Jln2 sekitar d kawal polis, maka terpaksale menunggu jam yg teramat. Jln Copse lane, Headley Way, .... Akan sesak.... tunggu aje sehingga selesai. Bkn apa 3-4 kali juga aku terperangkap dlm situasi ini. Semua kenderaan akan di minta berhenti terus utk memberi laluan kpd mayat pewira mereka bergerak.


Semua pemandu menunggu sehingga proses ini selesai. Malah2 ketika ini ex askar2 akan berkumpul dgn pakaian seragam mereka memberi penghormatan terhadap 'wira2' mereka ini yg berkhidmat demi negara. Walaupun dunia menggelar mereka sebagai penceroboh!!
Malah di persimpangan JR hospital itu terdapat gereja yg juga turut menaikkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan. Perkara ini bkn berlaku 1 malah kdg2 tu setiap minggu. Betulla, mereka d medan pertempuran pasti ada yg terkorban.

            (Boleh baca kisah lanjut menerusi http://www.rafpa.com/carterton.htm)

Apa yg menarik hampir tiada d dlm tv, public secara open mengkritik atau condemn 'wira2' ini. Malah masing2 mengucapkan takziah dan meminta kerajaan mengkaji utk mengeluarkan tentera British d negara mereka terlibat.
Pasti rakyat British yg beragama islam atau yg tidak bersetuju dgn keputusan kerajaan ini menyimpan perasaan yg kita dpt membaca pemikiran mereka. Begitu juga begitu ramai imigran or pendatang asing d Britian akan mempunyai tafsiran berbeza. Tapi tiada la yg memberikan statement secara terbuka mengeji, condemn, malah membuat kecoh semasa mayat ini d bawa. Bolehla cuba buat kecoh semasa ini, or protess semasa mayat ini d bawa ke JR. But none of interruption happen!!. Ini bak pepatah "Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Langit Di Junjung". Kalu idak ada yg join skali dlm coffin itu.

Ini berbeza dgn apa yg berlaku d sini, tatkala pasukan keselamatan berjuang mempertahankan negara dr serangan penceroboh aka pengganas, ada yg mengelar diri manusia yg berpolitik dgn mengatakan sandiwara or lakonan. Malah yg lebih buruk mempersoalkan pejuang2 negara yg syahid dan terkorban ini.



Ada riwayat yg menceritakn Rasullallah sendiri berdiri tatkkala jenazah seorang Yahudi melalui baginda sebagai tanda hormat. Sehinggakan sahabat2 bertanya, dan saya pasti pembaca tahu kesudahan riwayat ini.

Jadi  Apakah motif mereka ini, inikah model alternatif yg ingin d bawa kpd rakyat utk d angkat. Memang negara memerlukan perubahan berterusan utk survival sebuah negara, tapi biarlah ada asas dan kualiti dan bkn hanya tangkap muat sebagai pemimpin. Adakah sebab pernah merengkok d penjara Kamunting, boleh d angkat sebagai pemimpin hebat.

Nelson Mandela yg berpuluh tahun merengkok dlm penjara namun hanya sekejap menjadi Presiden South Africa. Ada analisis mengatakan ia tidak tamak kuasa,  DAN ada beranggapan utk mentadbir smua negara tak cukup dgn hanya pengorbanan d penjara. Banyak skill sets dan kepakaran yg perlu lagi.  Setiap rakyat mengharapkan HOPE dan janji yg bkn retorik shj tetapi praktikal.


Jadi renungkan dlm melihat sesuatu dlm bigger picture. Jgn hanya ingin pentingkan diri sendiri nanti membakar diri. Islam itu bkn acuan mengikut sebuah negara/group shj. Islam ala Arab, ala Eropah, ala Amerika, ala Taliban, ala Indonesia or Islam ala sesebuah partai politik. Tapi islam itu adalah islam tanpa perlu kita mengikut acuan/ala mana.

Salam takziah dan al-fatihah buat wira2 negara, begitu   
                juga kpd yg bkn beragama islam