Hari Jumaat yang banyak barakah merupakan penghulu segala hari. Kali seperti biasa bersolat di JR hospital...dalam kedinginan suhu 2celcius walaupun cahaya terang benderang.Maaf lewat published artikel ini....
Kali ini ingin berkongsi maklumat mengenai buku yang aku baca bertajuk "Secret of Millionaire Mind- Think Rich to Get Rich" oleh T. Harv Eker 2005. Buku ini sudah 5 tahun di pasaran, tapi aku mendapatnya secara percuma semasa "Activity monthly exchange item" di Headington.
Topik mengenai pengurusan kewangan....mudah aje...short topic. Biasanya kita alpa tentang menguruskan kewangan, ingat bila kaya baru nak uruskan wang, bila tu..... agaknya.
Kata-katanya
RICH PEOPLE MANAGE THEIR MONEY WELL
POOR PEOPLE MISMANAGE THEIR MONEY WELL
Lazimnya ramai orang tidak mahu menguruskan kewangan kerana dengan ia menghadkan kebebasan dan ada yang berkata kita tidak mempunyai wang untuk diuruskan. Tapi sebebnarnya pengurusan kewanganlah akan menyebabkan anda mencapai financial freedom dengan lebih cepat atau dlm ertikata yang lain pencen di usia muda. Sebaliknya bila orang berkata aku bukan ada banyak duit pun, biarlah bila duit berlonggok-longgok baru kita manage duit ini.
Aku amat tertarik dengan analogi yang diambil oleh penulis dengan membawa suatu kisah budak kecil bersama ayah sedang bersiar-siar. Happy family..... tiba-tiba si anak kecil nampak kedai aiskrim, meronta-ronta dia hendakkan aiskrim. So ayahnya pun melayan karenah si anak dengan membeli 1 scoop aiskrim. Apa lagi suka la si anak.....Jika d UK, 1 scoop mahula GBP2, itu pun yang small aje... Dalam kegembiraan dan kelazatan mejilat aiskrim itu ....anak ini terlupa apa yang akan terjadi, malangnya aiskrimnya terjatuh....klepek!!!! bunyi jatuhnya aiskrim....apalagi menjerit melolong-lolong sampai bingit telinga ayannya. Nak aiskrim ...nak aiskrim.... Sampai ayah mengalah serta menuju semula ke kedai aiskrim untuk membeli semula aiskrim. Namun kali ini mata tertumpu kepada sesuatu dan menuding ke arah itu....pembaca ingin tahu(kasi suspen sikit..agar lebih mudah org ingat dan faham cite serta menghayati tazkirah ini..) Si Anak inginkan 3 scoop......terkedu si ayah ini...
Moral of the story..... jika dgn keadaan kewangan sedia ada kita tak boleh manage, 1 scoop yg jatuh..tadi..masakan kita akan boleh handle....3scoop.....atau bila duit bertimbun-timbun. Jadi uruskan apa yang kita ada sekarang dulu....Sila fikir-fikirkan.....
Baru-baru tadi dapat email dr sahabat yang akan jadi jutawan..dia menang kes 2M....alhamdulillah..semoga dia dapat manage kewangan untuk pencen muda.... aku bila lagi.....
Become rich must follow the rules of islam..... in all aspects...