Thursday, 29 December 2011

Memandu juga ye...

Bila terdesak baru terpaksa kita berubah. Jika hanya berada dlm comfort zone maka kita tak ingin berubah. Transformasi diri adalah perkara paling payah jika nak bandingkan dengan tranformasi yg dilakukan oleh Gomen samada GTP, PTP, STP..... senang aje org nak komen. But bila kena pd btg hidung sendiri, payah nak ubah. Umpamanya yg merokok tak ade inisiatif pun nak berhenti, but bila doktor kata u must stop, if not u will finish earlier, there is no other choice...... mula terpaksa transform utk berhenti. Banyak kwn yg jadi mcm tu, kena doctor bg tau juga.... alahai belajar smpai degree.

Begitu juga dgn Home Minister kita, malaslah nak drive. Mcm2 alasan dia bagi...... BuT hari tu terpaksa juga bertungkus lumus. Skil dah ade, polish sikit aje. Kita bg le training 2 weeks hanto bdak skolah. Lepass tu dia cekap le, so dah merayap di Oxford. 

Indeed nenek kat sblah rumah pun belajar keta lagi, umur tak la tua sekitar 50++. May be dia nak hantar cucu dia p skolah. Mula2 kecoh juga, keta pun kemek2 but now dah OK.

Berbalik kpd Home Minister kita, now dah pandai drive boleh plak cakap u nak p shopping bila, jika tak i p sorang....alahai dah pandai mcm tu plak. 

Hobi putera ke-3

Bola tidak boleh dipisahkan dlm kamus org lelaki malah juga anak2 lelaki. Bagaikan suatu yg sinonim boleh dikatakan. Memadangkan kami mempunyai semua putera belaka, maka anak2 raja ini tidak lain kerjanya fanatik bola bkn saja di padang malah juga PSP, XBOX, Wii dan juga menonton TV.

Putera ke-3 ni juga tidak ketinggalan addicted dgn bola, maka kena la hantar ke training setiap Jumaat. Bayaran GBP1.50, utk sejam. But dia ni bila main sungguh2, walaupun sepak pun belum kena. Begitulah bagaimana England boleh jadi antara negara gergasi bolasepak dunia.

Kataku kpd anak2, nanti bila u all balik Msia for sure u will miss a lot about football. Bkn saja training bersama kwn2, but also there are no proper pitch as u all can seen in UK. Di UK bersepah padang bola utk digunakan pada petang hari, main aje not 1 but kadang2 tu seluas mata memandang. Jika d Cutslowe Summertown, Oxford bersepah padang bola. Jika di Bdr Baru Bangi tu masa dulu hanya bermain di reserve sungai yg kdg tu penuh dgn tahi lembu disebabkan Mr. Singh yg tidak bertanggunjawab tu melepaskan lembu2. Begitu tolerate&acceptance bangsa Melayu....... jika di sini pastinya Lembu2 tu di cekup masuk balai. Ini aku katakan terlalu moderate terhadap org lain, smpaikan naik lemak.

Sambil tunggu turn di panggil berlatih Amat berborak bersama Ben 



Putera ke-2, selepas game bersama best fren Thomas



Namun bg anak2 putera ni bola tetap jua jadi hobi yg tidak dapat dilupakan. Aku dpt lihat bola ini sbg suatu cara anak2 belajar informal English. Kdg2 tu tercengang2 juga bila coach Gary memberi instructions. But alah bisa tegal biasa.............

Monday, 26 December 2011

Boxing Day 2011

26 Dec 2011 merupakan Boxing Day yg terakhir dlm perjalananku di UK. Insaallah kami akan mula berkemas2 utk pulang ke TanahMelayu next year sekitar May. Rindu juga lama tinggalkan keluarga di sana, begitu juga amat teruja nak tengok teratak kami. Bg aku sudah 2x pulang ke rumah, sempat juga menjengah namun hanya seketika. Saat ini dah ada pula tiles2 di rumah yg dah terangkat. Tak sampai 2thn dah jadi mcm tu. Jika d UK warranty 10thn, developer cover. So senang le, but di negara kita hanya 1thn itupun entahle. So kalu yg x jujur tu mcm2 yg terjadi. Semasa menyewa dulu, rumah baru 6bln dah bermacam ragam. Knape kita x boleh buat mcm tu...yek!!!!

Berbalik semula ke Boxing Day, destinasi kami ialah Swindon yg terdapat Designer Outlet. Kenapa Swindon!!!!!!Yg best ia stesen keretapi lama dan bertutup maka tidak le kesejukan dlm winter yg nasible idak sejuk. But miss la tiada winter... Kami bergerak agak lewat sekitar 8am dan smpai 9am dan terus aje shopping. Ada juga kedai di buka pada 6am tu yg kira belum masuk waktu subuh. Tak pasti betul2 ade boxing ke..... or betul2 harga2 runtuh. But d Oxford Streeet, London katanya ade yg terbunuh. Idak tahu le sebab apa, jika pasal berebut-rebut memang tidak berbaloi.

Anak2 ni sudah pandai ingin membeli2, ana ni saja mencari blazer2 yg cantik. Kat sini banyak pilihan, sampaikan 1 kedai dah berpuluh2 jenis. So mudah sikit pilih2 tu..... layan.


Ramai juga yg berboxing, but tenang 




 Saja kenangan... banyak kali dah




 Cantek kan..




Dua beradik nak....pandai teriak


Ikut pilihan memang banyak, dr segi harga kena periksa poketla. Ada juga dgr Mat Salleh borak yg harga sama je, may be stok lama depa release or harga buang. But kasut2 ni NIKE MERcury memang cantek dan harga hanya 15pound. Bayangkan le.....

Boxing2 jgn sampai KO...dlm erti kata bankrap le. Bye


** Add sikit, jika nak makan boleh cuba kedai TROY BBq http://www.troybbq.co.uk/ . Kebab yg dibeli memang banyak betul daging kambing for size small dgn hanya GBP3.50. Which yg wife dok cakap dulu2 kat tempat mula2 kita beli memang banyak daging kambing.....rupanya kat sini. Boleh TRY EAT baru boleh komen.

Sunday, 25 December 2011

Pengembaraan Cruise dr Hull ke Zebrugge

Kali in N3 ingin berkongsi pengembaraan yg berlainan sedikit drp apa yg kami lakukan sebelum ini. PerjalananKu kali ini secara berkumpulan seramai 181++ menaiki cruise P&O Ferry dari bumi Hull(UK) ke Zebrugge(Belgium). Program ini merupakan anjuran Kelab UMNO HULL yg disertai oleh semua lapangan masyarakat Malaysia yg berada di UK, malah juga Republik Ireland.

Majlis dirasmikan oleh Lord Mayor Collin drp HULL yg turut dihadiri oleh TYT Persuruhjaya Malaysia ke UK/Eire iaitu Datuk Zakaria Sulong. Program Excel Cruise 1M ini juga disertai oleh penceramah undangan Ustaz Amar atase Agama-EM dan Timb. Mufti Kedah-Sheikh Marwazi.

Program bermula pada 20/12 -9am utk pendaftaran. Kami bertolak dr Kampung Oxford sekitar 6.45am selepas solat subuh. Semua org teruja kerana pertama kali kami menggunakan cruise, malah berdebar2 juga takut mabuk laut. Tambahan tidak sempat membeli sebarang ubat mabuk laut. Perjalanan memakan masa sekitar 4jam, dan kami tiba sekitar 10.30am d HULL.

Ramai yg telah smpai dan mendengar ceramah drp penceramah jemputan. Ini begitu menarik skali, tambahan majlis diadakan di Guidhall Hull City Centre. Biasa la kalu masuk bgn mereka penuh dgn gambar2 ratusan tahun yg merupakan himpunan sejarah HULL yang suatu ketika dulu bandar pelabuhan di Nort East England.








Antara landmark HULL, iaitu Humber Bridge. Kami dah dekat nak sampai.......







 Kami mendaftar GuildHall @ Hull City Center. Ramai juga org lain yg booking bilik di situ





Saudara Pengerusi Kelab UMNO HULL, En. Nazri 



 Lord Mayor Hull



Lord Mayor menerima cendehati drp Kelab UMNO Hull 



 Datuk Zakaria memberi sepatah dua kata


Sebelum berangkat kami dihidangkan dengan nasi beriani dan kari ayam HULL. Pulun apa lagi










Selepas  jam 4pm kami semua bergerak ke Terminal 2 P&O Feri. Selepas mengambil tiket dan sekitar jam 5.30pm kami mula memasuki cruise. Bayangkanlah 180++ group kami ini, maka kira kecoh le...sikit.


UK Border...bersusun kami 


Mula memasuki cruise, kena qqqq 

 Suasana dalam cruise

Saja p di luar deck, sejuk..


 Santai2, sambil Dedek buat lawak




Setelah smpai d Zebrugge kami di bawa oleh bas P&O ke city center Brugge yg terletak sekitar 40minit dgn bas. Penuh aje dgn kami...




Puan Wasitah wakil drp Kementerian Belia & Sukan 








Setelah smpai d city center kami bergerak sekitar Brugge dlm cuaca lembab dan sedikit sejuk. Hujan renyai2 turun, tapi tidak mematahkan semangat kami utk terus berjalan. Ada juga baby yg turut serta ke pengembaraan ini



Memenuhi bandar Brugee, kami je.. 




Kami masuk yg lain pun ikut cari souvenir.... Fridge magnet 




Jaguar...dia kata keta sport 

Berposing d sekitar city centre. Brugge merupakan historic city centre yg di iktiraf World Heritage Site of UNESCO. Kepadatan penduduk sekitar 118K org(thn 2008) dan adakalanya di gelar North of Venice. Brugge dlm bahasa Old Norse Bryggja bermaksud port.


Kami berada sekitar Market Square 












                                                    Berposing di depan train station






Sekitar jam 1pm kami bergerak menuju ke dewan yg telah dibooking oleh pihak penganjur yg terletak sekitar 15minit dr Market Squre. Nasib baik dgn pedoman peta yg d beri, kami hanya bergerak mengikuti jejak yg telah dilakar. Di situ kami telah disambut oleh Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan EU iaitu Datuk Zainuddin yg hanya baru 3bln bertugas. Beliau dgn begitu ramah mesra menyambut kami semua dengan menyediakan Nasi Beriani kambing atau Ayam. Ayuh apa lagi dalm kesejukan tu..... pulun aje. Tambahan juga disediakan murtabak belgium dan karipap dr dapur Datin. Alhamdulillah sedap semuanya.

Selesai makan, ucapan selamat dtg oleh Datuk Zainuddin serta diikuti oleh penerangan 1Belia oleh Puan Wasitah dr Kementerian Belia Sukan yg turut bersama kembara kami. Majlis akhirnya ditamatkan dgn forum Wasatiah oleh penceramah kita. Sekitar jam 4pm kami bergerak ke city centre utk menanti bas ke P&O utk check in sebelum jam 6pm.


 Datuk Zainuddin Duta kita

Puan Wasitah 




Para sahabat yg turut serta 






Berposing sebelum menaiki cruise yg dibelakang itu ke HULL




Jam 5.30pm kami menaiki P&O ferry utk pulang ke HULL. Namun cruise hanya bergerak sekitar 8pm dan tiba 11.30 hari berikutnya kerana terdpt masalah teknikal di Terminal 2 maka terpaksa di divert ke Terminal 1. Bayangkan perjalanan hampir 16jam, namun alhamdulillah gembira kerana ia julung kali diadakan di UK oleh Kelab UMNO HULL.












Bila delay sempat tangkap gambar, jika tidak kami smpai sekitar 8am. Allah lebih mengetahui apa yg baik, hanya hambanya perlu jujur dlm menyusuri bumi ini. 








Semasa berkumpul utk keluar dr cruise 


Cruise ini ade 8 tingkat. Itu terasa sikit beralun-alun bg mereka yg pernah k Amsterdam/Rotterdam yg mempunyai 12 tingkat. But alhamdulillah, semua ok. 





Ada play area utk anak2 menghilangkan kebosanan



Program seumpama ini dapat mengeratkan silaturrahim dgn rakyat Msia yg berada di UK. Dari Southampton sehingga ke Glasgow masing2 ceria terutama anak2. Costa dlm cruise ini penuh dgn org Msia, lagipun harganya sedikit murah. Bagus......

Mungkin ade yg tertanya berapa bayaranya, GBP35 per adult dan GBP15per kid. Ini tambang cruise, makan di HULL dan Brugge. Memang berbaloi!!!!!!!, infact kami hendak ke Spain namun memandangkan tiket flight yg terlalu mahal maka cancel aje dan terus booking ke program ini.

Semoga program sedemikian dpt berterusan walaupun ada pelbagai aspek yg perlu diperbaiki memandangkan ini kali pertama diadakan. Terima kasih pihak pengajur, rasanya Lord Mayor Hull boleh bagi pingat kepada Kelab UMNO HULL kerana mengalakkan industri pelancongan & melariskan teksi dan biz sampingan. Tahniah Kelab UMNO HULL.


** PHOTO kurang jelas kerana Camera Canon yg best tertinggal d TanahMelayu. Akan dpt balik next year..jan