Sunday 30 October 2011

OSLo City Part1

N3 kali ini akan bercoleteh mengenai bumi Oslo. Menjadi kebiasaan sblum pergi kena buat homework sikit sebanyak utk memudahkan perjalananku. Oslo merupakan antara bandar yg termahal di dunia, peh!!!!.  
"
In 2009, however, Oslo regained its status as the world's most expensive city. A survey conducted by ECA International in 2011 placed Oslo 2nd after Tokyo."

Namun quite impress terdapat juga Masjid di OSLO melebihi 1. Penduduk sekitar 1.44Million berbanding total population of 4.5M in Norway.


Kami bertolak jam 12tgh dr Oxford sambil singgah sana sini utk menampung bekalan makanan, tambahan lagi utk dinner&breakfast di Oslo. Kebab Bodrum menjadi bekalan.... lagipun lama tak pekena kebab ni. Perjalanan menuju ke Gatwick mengambil masa 1.5jam, memecut juga aku utk kejar masa agar smpai di CopFarm iaitu tempat parking kereta agak murah berhampiran Gatwick airport. www.cophallfarm.co.uk/

Tiba d situ hampir jam 3pm dan berjejas d hantar oleh pemandu ke airport. Walaupun flight berlepas jam 6pm, namun aku lebih selesa berada lebih awal di Airport.

Gatwick sedang mengalami proses pembesaran maka banyak betul diversion yg kadang2 cepat berubah, dulu k Holland sekitar June 2011 telah berbeza. Jadi pastikan smpai awal utk mengelakkan kekalutan.

Setelah tercari2 kaunter RyanAir dan check in kami solat di Chapel/Prayer room. Kiblat semua telah ditunjukkan Cuma nak ambil wuduq terpaksa guna tandas. Then terus ke bhg pemeriksaan barang, yg mengambil hampir 30 minit.  Tu dia nasib dtg awal..... ramai org plak.





Selesai aje mula menunggu utk gate di buka, tiba2..... Delayed to 6.35pm. Waduh nanti tiba di Oslo pasti lewat, tambahan nak mencari hotel mlm2. Bila delay aje, bdak2 dah mula gelabah dgn pelbagai telatah yg ada mencuit hati but tak ketinggalan juga menaikkan darah.
 
Dalam pada itu terima pula panggilan dr sahabat yg berda d Edinburg ingin bertanya mengenai program tour. "Abey", kawe kat Airport ni, but tak dok hal buat demo. Dia ni lebih 13thn muda but PR memang baguih....tak pa puji dia sikit.

Namun setelah hampir 1.5jam menanti tiba2 Gate Telah dibuka pada 6.10pm. So pedoman jika delay tu jgn le p jauh2 dr skrin departure tu, ambil tahu juga sebab nanti terlepas flight.


Flight RYANAIR ni tak ramai pun, may be just 20%-30% seat yg diduduki. Sapa nak p jln sejuk2 ni..... org mcm kami je ni, yg tak punya ongkos yg banyak hanya mencari tiket murah sebab kami ramai. Hasil study memang Oslo akan hujan dlm beberapa hari mendatang.


Bawa aje air dr luar




Namun keberlainan yg aku alami semasa flight hendak landing ialah sakit telinga yg amat sangat. Rasanya tak pernah sepanjang aku naik flight, memang sakit telinga kiri ku. Oslo Rygge Moss kami jejaki almost jam 10.30pm, sunyi aje airport ini. Koboi aje as long dpt memberi servis kpd pengguna. Setelah siap mengambil beg&push chair maka terus mencari bus ke Oslo City. Cepat2.....


Cuaca malam terasa sedikit sejuk, sekitar 11Celcius. Tetapi tetap nyaman, nasib beratur pendek aje


Tambang bas utk return tiket saja udah separuh tambang flight. Wow!!!! Nasib boleh swap kad, udah itu yg maklumat diberi tahu. Namun itu terbaik drp tukar RM->Pound->Norwegian Kronor, sebab ini dah masuk allocation lain. Mana nak cukup habuan bln2 utk berjalan2, terpaksa guna creative accounting dlm menyusun perjalananku. Rasanya mungkin ade yg confused, namun jika dr tanahair nak ke Oslo pasti banyak belanjanya compare spend dr UK.
Perjalanan dgn bas hampir sejam, berpusing2. Dlm kegelapan ku lihat kontour muka bumi yg bergunung-ganang. Rygge terletak 60km selatan Oslo yg merupakan airport yg dimiliki oleh Norwegian Defence Estates Agency. Kadang2 bas macam melalui jln2 yg kecil berbanding dgn saiz bas yg panjang.

Hampir 11.30pm kami tiba di  Oslo Bus sentral station, cantik tempatnya. But sunyi aje, betulle...tengah mlm. Dahaga betul, bekalan air dah habis. Beli sebotol air mineral Oslo, sekitar 20kronor. Emmm GBP1=8kronor. So kira le....


Actually dah bawa sekeping map A4 utk ke Asker hostel, sebab dah tahu nak smpai mlm2 buta. Perjalanan hanya sekitar 10minit, nak naik teksi pasti le tak berbaloi. Pusing sana, cross sini Cuma utk memahami map yg di print dalam tengah malam. Hampir 10minit melilau, teringat ade bawa girlfriend dlm poket aka SatNav. On aje, ok bateri cukup so berjalanle kami 6 beranak dlm kegelapan malam. Alhamdulillah, Oslo bandar selamat but baru ku tahu rupanya bersepah Pak Arab kat sini. Patutle masjid banyak. Dlm dok cari2 jln pasang telinga juge... ana, anta!!!

Utk panduan jika nak beli gfren tu beli le yg boleh berkhidmat bukan aje setakat di UK, lebih enak juga di Eropah. Senang nak guide kita, so yg baru smpai ini perkara yg anta semua perlu ambil sebagai spec tambahan.(Ada yg bawa IPAD utk cari tempat....sempat menoleh semasa naik tram..tadi)

Asker Hotel ni memang di tengah bandar Oslo. 10 minit dr bus sentral station, patutla harga mahal namun boleh bg kami 6bed. Udah namanya hostel, tapi boleh masak sekali.... disediakan dapur.

Bila dah check in, masuk aje bilik bdak2 dah kelapaaran. 6 bungkus kebab tinggal 2 aje. Mama!!! sejuk le kebab ni kataku.... Tiba2 Dedek & Amat makan 2 coklat yg dibeli d Asda sebagai bekalan. Kenapa tak share ni. Nak dijadikan cite!! Bungkusan aluminium coklat itu telah digunakan oleh mama utk memanaskan kebab.... kreatif&inovatif juga ye isteriku ini. Ini jika minta grant innovasi dr MOSTI pasti dpt ni..... grant baru drp belanjawan 2012 utk menarik perhatian golongan muda.
[Terleka semasa mengupdate bicara...... burger ku jadi gloomy d mlm hari]





Asker Hotel di depan Hausmans Gate tram station

Itu celoteh sebelum semua mengadunkan lagu2 masing, but alhamdulillah subuh semua bangun.

3 comments:

  1. Dzulkifley Mohd. Said14 June 2012 at 08:11

    Salam.

    I think hotel ni namanya Anker Hotel, instead of Asker. I spent 1 nite there last May. Katil & tilam tu pun mcm sy pernah tngk aje. Sebelah stop tram Hausmann's Gate kan? Kat sebelah Navesen tu ada satu kedai mini market Asia, jumpalah mi Ruzki kat situ. Then ad satu kedai kebab Turki dkt2 situ.. Anyway Norway memang mahal yarabbi, air mineral sebotol NOK26 = GBP3.2 = RM16!!

    ReplyDelete
  2. Dzulkifley Mohd. Said14 June 2012 at 08:20

    One more thing Abang Badrul;

    Bas airport tu rasanya Unibuss Oslo. Memang bas dia panjang2, 3-axle, 10 tayar, 60 seats jenis Volvo. Masuk2 aje keluar sign "Fest Settebelten" (Fasten Seat Belt). Tambang sehala NOK150 = RM90!! Tapi awas, bas ni frequency dia berdasarkan time flt. Departure is 30min after each landing. Kalau terlepas, jenuh le jugak nak tunggu.. Nak naik teksi pitam le, NOK1,000+..

    ReplyDelete
  3. Oslo memang mahal bro.... but utk perjalananku memang berbaloi utk menjadi pengalaman... Sweden pun cantek

    ReplyDelete